Sunday, January 14, 2007

Tsunami Politik
Landa Malaysia?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tahun ini dijangka ada Pilihan Raya Umum (PRU). Tanda-tandanya amat jelas dan nyata. Barisan Nasional (BN) yakin akan menang. Ia juga yakin untuk terus memerintah Malaysia.

BN sentiasa optimis kerana begitulah hakikat dan sejarahnya sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Biarpun rakyat dilanda ribut, taufan dan banjir, BN terus yakin untuk berkuasa dan memerintah.

Tetapi, adakah sikap optimis ini akan berkekalan? Bagaimana kalau majoriti para pengundi berubah citarasa? Bagaimana jika ada political upset? Bagaimana kalau terjadi tsunami politik?

Saya menlontarkan tiga persoalan di atas berasaskan senario siasah mutakhir di Malaysia, khususnya yang membabitkan pucuk kepimpinan negara dan segelintir individu di sekelilingnya.

Sama ada kita suka atau tidak suka, wajarlah diakui bahawa pucuk kepimpinan Malaysia mutakhir memanglah sedang berhadapan dengan krisis kredibaliti yang agak serius.

Sentimen

Saya juga membangkitkan soalan di atas berasaskan sentimen rakyat terhadap pucuk kepimpinan negara. Sentimen ini saya kutip daripada pelbagai blog dan portal berita tempatan.

Sejak saya menceburi dunia blogging secara aktif tujuh bulan yang lalu, saya dapati keresahan dan kemarahan warga internet Malaysia terhadap pucuk kepimpinan negara mutakhir ini adalah real dan meluas.

Sering kalinya keresahan dan kemarahan warga internet tempatan ini dikuncikan dengan hasrat dan ikrar mereka untuk berubah citarasa menerusi PRU.

Hasrat merobah selera politik ini pula bukan sahaja daripada kelompok atas pagar. Kalangan UMNO dan BN juga ada yang mengatakan untuk berbuat demikian.

Hakikat ini bukannya palsu. Telusurilah sendiri seluruh lamanwb, blog dan portal berita internet Malaysia. Bacalah sendiri komen-komen warga internet Malaysia mengenai politik dan PRU.

Polemik

Kelompok rakyat jelata yang buta ICT pula mempelbagaikan pendapat serta sikap masing-masing menerusi maklumat-maklumat yang ditimba dan diceduk daripada internet.

Maklumat berkenaan diedarkan kepada mereka dalam bentuk salinan fotostet. Maklumat-maklumat itu juga dijadikan polemik harian di merata ceruk desa dan kota.

Pada ketika ini juga berlaku beberapa proses tawar-menawar politik, beberapa perancangan penjajaran semula kedudukan beberapa parti politik, dan juga komunikasi sulit antara beberapa tokoh politik.

Semua usaha ini dikatakan menjurus kepada persiapan PRU yang mungkin diadakan pertengahan 2007. Semua usaha ini juga bermatlamat memperkukuhkan barisan pembangkang.

Saya mungkin tersilap perkiraan bila membuat huraian dan mengemukakan soalan-soalan pessimis seperti di atas. Saya juga mungkin terbawa-bawa dengan prejudis majoriti warga intrnet tempatan terhadap pucuk kepimpinan negara.

Menggemparkan

Tetapi, macam mana kalau saya betul? Bagaimana jika gerhana politik yang sedang kita alami sekarang mendorong kemaraan tsunami politik menerusi PRU 2007?

Sama-samalah kita tunggu dan kita lihat. Kita tunggu, mungkinkah tidak lama lagi wujud banyak perkembangan politik yang menggemparkan di negara ini.

Kita lihat mungkinkah sesetengah perkembangan itu pula tidak pernah terlintas dalam pemikiran kita bahawa ianya akan jadi realiti.

Kita juga tunggu dan lihat, sama ada perkembangan-perkembangan politik yang mungkin muncul kelak membabitkan hanya bangsa Melayu atau pun seluruh masyarakat Malaysia.

Jadi, adakah saya mimpi di siang hari? Adakah saya hanya ngomong-ngomong kosong? Adakah saya sengaja mereka-reka kisah tsunami politik ini?

Katalah apa yang wajar diperkatakan mengenai kemungkinan ini. Akhirnya, manusia hanya merancang. Tetapi, Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya!

7 comments:

Anonymous said...

Well said Datuk ! Perkara yang sama sentiasa bermain di pemikiran saya, bahkan pernah saya luahkan kepad bebrapa pemimpin UMNO. Kalau terjadi seperti yang kita telahkan , akibat kepada ketuanan melayu adalah katerstopik , suatu malapetaka yang amat dahasyat ! Nadi2 masyarakat(rakyat) telah menunjukkan tanda2 tsunami akan melanda dalam politik Malaysia begitu mmenyerlah sekali. Malangnya mereka yang disekeliling AAB atau tgkt 4 gagal meberi analisis yang sebenar dan mutakhir kepada nya. Mereka masih berkeras menyatakan AAB masih releven dan mendapat sokongan padu dari rakyat. Bah kan perkara yang sama turut di spinkan dalam forum2 yang sengaja di adakan oleh 'pelawak' untuk mengabui AAB sehingga beliau menjadi komplesent dibuai dengan pernyataan yang tidak jujur dari 'pelawak' yang di sewa khas dari menara gading! Saya berkongsi kebimbangan dengan Datuk terhadap senario politik tanah air sekarang ini. Menteri2 dan ahli MT yang ada harus memain peranan menyatakan yang sebenar berlaku dibawah sana. Jangan biarkan AAB hidup dalam "falsehood" gara2 ahli pemikir yang tidak jujur ! Rais Yatim, Aziz samsuddin, Hamzah Zainuddin, Hilmy dan lain2 AMT yang kami pilih (bukan pilihan Pak lah) bertegas lah dalam memberi nesihat kepada AAB agar beliau tidak terus menerus dirasuk olhe SIL dan kuncu2 yang mempunyai hubungan dengan tumasek . Kami amat menyangi UMNO, our only saviour ! Harap ramai baca blog Datuk , termasuk pemimpin2 UMNO !

Andin Salleh said...

Saya tidak fikir Tsunami Politik akan melanda Malaysia dalam pilihan raya yang akan datang.

Memang ada perasaan tidak puas hati di kalangan orang-orang Melayu kelas menengah yang tinggal di bandar atau bandar kecil.Mereka cenderung kepada PAS dan suka "berkumpul" di surau-surau yang dikatakan "surau , bebas", dan sering menjemput pendakwah "bebas" untuk mendengar ceramah "Islam-ala PAS".

Akan tetapi, kekuatan UMNO pada asasnya adalah di kampung. Dan majoriti orang Melayu kampung saya rasa masih "setia" menyokong UMNO, walau apa pun kesusahan hidup yang mereka alami kerana pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang didukung oleh UMNO.

Memang orang Melayu kampung ramai yang hidup "susah". Tapi mereka sudah biasa susah. Dengan itu, selagi mereka masih dapat makan dua kali sehari, saya rasa kesetiaan kepada UMNO dan kerajaan sukar berubah.

Pelbagai kritik dan kutukan terhadap Pak Lah dan menantunya serta kerajaan BN memang kita boleh baca di pelbagai blog dan website. Tapi saya fikir ini suara golongan minoriti; bukan majoriti.

Mereka riuh rendah di pelbagai blog dan website. Tapi suara mereka bukan dibaca oleh orang-orang kampung, dan orang-orang kampung mungkin tidak kisah langsung tentang kewujudan blog dan website itu.

Lagi satu faktor yang menyebabkan UNMO/BN akan terus mendapat sokongan golongan majoriti ialah kerana UMNO dan BN sudah lama dapat "menguasai" pemikiran dan jiwa majoriti orang Melayu bahawa tidak ada parti lain yang boleh mengganti UMNO/BN untuk memerintah negara ini.

Oleh itu, walaupun mereka tidak puas hati terhadap pelbagai dasar dan pelbagai tindakan kerajaan, mereka masih enggan menyokong parti pembangkang.

Mereka sama ada menganggap pemimpin parti pembangkang tidak ada yang mempunyai "kelayakan" untuk memerintah, atau tidak bersetuju dengan ideologi parti pembangkang.

Oleh itu, mahu tidak mahu mereka akan terus menyokong UMNO/BN, kerana seolah-olah tidak ada parti lain yang boleh menjadi alternatif kepada UMNO/BN.

Pada masa yang sama mungkin ramai juga di kalangan orang-orang yang tidak berpuas hati dengan pimpinan sekarang, yang hanya mengharapkan tokoh lain boleh diketengahkan untuk menngganti Pak Lah, tetapi mereka masih belum mahu menukar kerajaan kepada parti lain.

Sekiranya konflik antara Tun M dengan Pak Lah dahulu menimbulkan gelombang besar yang boleh memecahbelahkan UMNO, parti pembangkang mungkin boleh mengharapkan UMNO akan pecah dan karam, dan boleh dikalahkan dalan pilihan raya yang akan datang.

Akan tetapi, setakat ini gelombang besar itu tidak berlaku. UMNO masih "kukuh", walaupun pemimpinnya dikutuk dan dicerca. Dan dengan itu, saya fikir UMNO/BN akan terus memenangi pilihan raya yang akan datang dan akan terus menjadi parti pemerintah.

Anonymous said...

Datuk,

Pembesar-Pembesar UMNO percaya apa yg berlaku hari ini adalah rencah politik yg biasa dilalui.

Mereka tidak akan percaya Tsunami politik bakal tiba. Terutama sekali'think tank' atau 'Ding Dong' di tingkat 4. Mereka percaya semuanya boleh diselesaikan dgn 'sogokan'.

Lihat saja komen Pembesar-Pembesar UMNO perihal Pilihanraya kecil Batu Talam. Terutama sekali Ketua Pemuda UMNO Malaysia yg dikenali sebagai Panglima Keris buatan China. Beliau mengatakan pemboikotan di Batu Talam sebagai tidak masuk akal. Mungkin akal beliau dah beku dan bebal. Beliau masih percaya UMNO akan kekal menang selama-lamanya.

Sedih untuk menyatakannya, tapi bukan kami ahli-ahli UMNO yg kecil ini yg berkuasa untuk mengubah. Lihat sajalah..Dgn apa yg berlaku, tingkah laku Pembesar-Pembesar UMNO hari ini yg rakus kuasa, tamak haloba, rasuah dan penyelewengan itu bakal di hukum oleh rakyat.

Tidak pula saya mendoakan yg tidak baik..namun hati kecil ini mengatakan..Tsunami politik semakin hampir tiba.. jgn salahkan rakyat..kpd Pembesar-Pembesar UMNO, tepuk dada tanyalah selera.

Bagi PM Malaysia beliau boleh mendabik dada dan angkuh dgn kemenangan besar yg beliau capai di pilihanraya yg lalu. Itu dulu, kerana rakyat menaruh harapan dan kepercayaan ketika itu. Namun harapan dan kepercayaan itu telah dirobek hancur.

Malaysia bakal mencatatkan satu sejarah baru poltik Malaysia.

A Voice said...

Join us to paste the Bloggers United protest logo. I have also resume my ole blog at http://anotherbrickinwall.blogspot.com/

Anonymous said...

Datuk, saya terbaca dalam Malaysia kini tulisan RPK "How malaysia borrow USD50 bil without borrowing". Beliau juga telah mengemukakan beberapa surat rasmi kerajaan sebagai bukti tuduhan beliau. Kalau mengikut OSA (Akta Rahsia Rasmi) RPK telah meyalahi undang2 tersebut. Mohon Datuk sampaikan cabaran saya kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan, BPR atau PDRM agar mengambil tindakan segera. It is a blatant act of crime since all the letters were not declassified by any authorised govt officials ! Kalau pihak kerajaan tidak mengambil apa2 tindakan , saya anggap cerita ini betul ! Cuba Datuk cuit2 pegawai polis atau pegawai keselamatan Kerajaan yang Datuk kenal, saya tidak mempunyai kenalan.I'm sorry I have to go through your blog as I'm not their member( Malaysia Kini)

Anonymous said...

Dato'. Majoriti 'mereka2' yang saya jumpa mengatakan..

"apa perlunya lagi menyokong UMNO. UMNO TDM dan UMNO AAB adalah 2 benda yang berbeza"

Saya setuju. 2 benda berbeza. Satu untuk bangsa sedangkan yang satu lagi untuk Keluarga dan Republik sekangkang kera!

Dan Tsunami juga mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Anonymous said...

Askm Datuk...

Saya pasti berlakunya tsunami politik pada PRU akan datang..meluat dengan gelagat pembesaar negara terumata Pak Bodolah..yang sehingga kini membisu dengan persoalan yg dikemukakan oleh TDM.

lagi satu orang lain diwajibkan istiharkan harta tapi bila diri dan keluarganya tidak perlu...dasar apa ni??? Haprak!!!!

tks