Monday, January 22, 2007

Perdamaian Anwar-Mahathir
Sangat Mulia & Dialu-alukan?
Oleh Aspan Alias
www.aspanaliasnet.blogspot.com

Posting saya mengenai desas-desus politik tiga segi yang sedang melanda Kuala Lumpur menarik minat sahabat saya, Saudara Aspan Alias. Saya muatkan komen beliau bersama komen Saudara Mika Angel-O di bawah ini untuk tatapan anda. Komen Saudara Aspan adalah seperti berikut:

Tulisan Datuk Ruhanie Ahmad di dalam blognya /www.kuda-kepang.blogspot.com. pada 22hb Januari 2007 agak menarik. Tajuk tulisannya yang berkisar tentang perdamaian Anwar-Mahathir adalah satu kemungkinan yang memang biasa di dalam politik.

Saya tidak mahu membuat ulasan mengapa dan kenapa kemungkinan perdamaian itu terjadi. Tetapi, lebih memikirkan tentang kebaikan yang akan dirasai jika pemimpin-pemimpin ini berdamai.

Jika kedua orang pemimpin ini berdamai ianya akan mengurangkan perbalahan di antara kita dan kita boleh menghadapi masalah yang sangat getir yang dihadapi rakyat ketika ini dengan lebih mudah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sudah merasakan pengalaman pahit dalam politik masing-masing.

Di atas kesilapan Tun Dr. Mahathir, beliau telah pun mengakui kesilapannya dengan membuat pilihan yang salah selama ini, dan tentunya beliau merupakan orang yang paling kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.

Bagi Datuk Seri Anwar pula, beliau telah pun melalui pembersihan diri setelah dipenjara selama lebih enam tahun dan sudah cukup pembalasan yang diterimanya.

Tidak payahlah kita menambah-nambah pembalasan kepadanya, kerana Datuk Seri Anwar telah pun menerima pembalasan jika benar dia telah melakukan kesalahan.

Bagi saya penjara Sungai Buluh itu merupakan neraka di dunia ini dan Datuk Seri Anwar telah pun berada di dalam ‘neraka’ ini selama enam tahun.

Yang belum dibersihkan ialah pemimpin-pemimpin yang dipercayai rasuah dan rakus pada hari ini, yang masih belum dipenjarakan.

Apabila Datuk Seri Anwar yang telah bersih atau dibersihkan itu memohon menyertai UMNO, adalah tidak baik jika dia disekat untuk menyertai parti kita ini.

Yang tidak mahu melihat Datuk Seri Anwar menyertai UMNO hanya mereka yang takut pada bayang-bayang dan yang merasa rendah diri yang keterlaluan.

UMNO itu Melayu, dan Melayu itu adalah UMNO! Itulah kata-kata ramai pemimpin, dan jika ada orang Melayu disekat menjadi ahli UMNO, ianya merupakan satu tindakan ‘ultra vias’. UMNO itu hak orang Melayu.

Jika benar perdamaian ini berlaku ianya adalah dialu-alukan, dan ini adalah satu tindakan yang sangat mulia.

Khalid Alwalid merupakan seorang yang sangat memusuhi Nabi Muhammad SAW. Tetapi, akhirnya Khalid Alwalid telah berdamai dengan Nabi Muhammad dan seterusnya menjadi pejuang Islam yang tersohor hinggakan dia diberi gelaran ‘Pedang Allah’.

Peperangan Sifin merupakan peperangan Islam dengan Islam yang pertama dalam mana satu pihak diketuai oleh Saidina Aishah yang dibantu oleh Muawiyah telah berperang dengan kumpulan Saidina Ali Karamallah Huwajhah. Tetapi, kedua-duanya berperang kerana menegakkan agama Allah.

Jika Datuk Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir bersatu untuk menegakkan kembali perjuangan orang Melayu yang telah luntur ini, mengapa pula kita tidak menyokongnya?

Saudara Mika Angel-0 pula memberikan komennya yang agak berbeza. Beliau yang kini jadi pengunjung setia www.kuda-kepang.blogspot.com, berkata, Datuk Sri Anwar wajar diberikan peluang bersuara di Mahkamah. Beliau juga lebih wajar berjuang menerusi Keadilan.

Komen Mika Angel-O sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris terdapat dalam blog ini. Silakan akses komen tersebut untuk mengetahinya dengan lebih terperinci. – Ruhanie Ahmad.

4 comments:

lamandau said...

Tak mungkin,w/pon saya berpegang kepada prinsip 'politik is an art of possible'. TDM buang DSAI kerana misdemeanour nya . Saya cadang penulis hayati betul2 hujah hakim ketika memberi keputusan membebaskan DSAI. Refer kepada MLJ ! Jagan nak jadi spin doktor DSAI pula !. Dia belum sebersih spt tanggapan sdr. Kalau berdamai dgn AAB mungkin kerana itulah 'deal'nya dengan AAB sebelum beliau dibebaskan. Strait Times S'pore percayaujudnya deal ini walapon kedua2 AAB dan DSAI menafikannya! Of course jari jemari SIL tetap berperanan ! Apa yang berlaku sekarang (KJ hentam DSAI dsbg nya) hanya lakonan dalam episod yang terakhir sebelum DSAI dipulihkan.Kalau ini berlaku maka populasi UMNO lebih 3 juta itu akan turun dgn drastiknya. Kalau senario perdamain TDM dgn AAB, ada besar kemungkinan nya akan berlaku. TDM amat pemaaf orang nya. Ia akan berlaku sekira nya penesihat 24jam AAB,anak dan SIL, bersetuju! Maaf Datuk saya tidak optimistik dalam hal ini . Sekiranya gagal maka kita sama2 nilai siapa yang beriman !

Andin Salleh said...

Sebenarnya saya tidak mengharapkan sangat Tun M akan berdamai dengan Anwar.

Saya fikir kalau mereka tidak terus "bermusuh", dan sebaliknya menjalankan peranan mengikut cara dan jalan masing-masing pun sudah baik.

Sebagaimana yang kita tahu, Tun masih mampu menjalankan beberapa peranan yang penting, walaupun beliau tidak lagi menjadi PM.

Anwar pula sedang berhempas pulas untuk memasuki politik arus perdana.

Saya kira Anwar belum dapat "dimatikan" Tun M, dan hari esok bagi beliau mungkin masih ada. Dan disaat orang Melayu sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa,Anwar sekurang-kurangnya boleh menjadi salah satu pilihan kita !

A Voice said...

Gilo ke kao Aspan?

Dulu dalam S46, ekau juga porang si Anwar. Sekarang kau sonang2, terimo dio. Kau terima maafnya cukup lah.

Gilo ko nak dia masuk UMNO dan nak kasi chance jadi PM. .... hoooo ... selisih 44 malaikat.

Bukan ekau tak tahu belakang Anwar siapo? Dah tahu setan, nak cayo lagi.

Hai... setan tu Quran dia hafiz. Bersyarah ... Sukarno kalah. Semua doa dio hapal. Apo aja dio tak tahu? Tapi setan ni dah engkar dgn tuhan dan mahu menyosat kan orang sampai bilo2?

Hai... colik lah sikit mato tu, Pan. Baik kau kojokan si Dolah ni. MUka alim, cakap lombut, menipu kuek. MUnafiq bosa. Belum tarap setan ajo.

Anak Bugis said...

Benarkah Saiditina Aishah r.a terlibat dalam Peperangan Siffin? Bukankah beliau hanya terlibat dalam peperangan al-Jamal. Siffin hanya melibatkan pengikut Saidina Ali ra dengan penyokong Muawiyyah.