Thursday, January 04, 2007

Selamat Hari Raya Korban
Dan Selamat Tahun Baru..

Saya sihat walafiat. Saya mendiamkan diri sejak 22 Disember 2006, bukan kerana apa-apa. Tapi, sebab saya sekeluarga berada di Tehran, Iran, dari 23 Disember sampailah 30 Disember 2006.

Saya bawa lap-top saya bersama dengan harapan boleh buat posting dari Tehran. Tapi, akibat apa yang terjadi di Taiwan, saya tidak dapat buat aksess ke intrnet. Jutaan maaf saya pinta.

Saya akan berusaha membuat beberapa posting dalam blog ini mengenai kisah-kisah dari Tehran. Antaranya, di Tehran ada Proton Wira, Satria Neo dan juga Gen 2. Antaranya, di Tehran tidak ada saya terjumpa wanita pakai purdah. Antaranya, masuk ke Iran tak payah pakai visa dan tak payah isi borang pendaratan.

Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat - Dr. Butiq, Spycatcher dan lain-lainnya - yang bimbangkan saya mungkin diganggu-gugat oleh pihak-pihak tertentu. Saya tidak diapa-apakan oleh mana-mana pihak. Syukur Alhamdulillah!

Sebenarnya, kalau pihak berkuasa bijaksana, mereka perlu pantau seluruh komen dalam blog ini. Banyak maklum balas yang boleh dikutip, dianalisa dan seterusnya dijadikan pedoman untuk tindakan sewajarnya oleh pihak kerajaan, Umno dan BN.

Apa pun, saya harap sahabat-sahabat sekalian teruskanlah mengunjungi blog ini. Baik dan buruknya contents kuda-kepang adalah berasaskan citarasa kita sendiri.

Jadi, tak usahlah kita nak syak wasangka sama ada saya gunakan taktik gangsterisme dalam blog ini atau sebagainya. Sekali-kali saya tak pernah buat begitu!

Saya juga tidak pernah delete mana-mana komen. Kalau ada yang di deleted, tindakan itu adalah dilakukan oleh tukang komennya sendiri. Saya pun hairan macam mana jadi begitu. Mungkin selepas berfikir panjang, tukang komen itu dapati komen itu tidak sesuai. Atau, mungkin juga ada kuasa ghaib yang memansuhkan komen-komen berkenaan!

Mengenai perihal Malaysia, biarkanlah dia. Kalau dia nak menjauhkan diri dari kuda-kepang, apa boleh buat. Apa yang saya harapkan, kita sentiasa beretikalah bila kita berkomentar di blog ini. Itu saja.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Korban dan Selamat Tahun Baru 2007 dari saya sekeluarga. Moga-moga Allah SWT akan sentiasa merestui perjalanan hidup kita bersama. Insya Allah. – Ruhanie Ahmad.

1 comment:

Amiruddin Azlan said...

selamat tol baru dato' ron

REFORMASI!!!