Sunday, January 07, 2007

Kisah Pelangi Tiga Line
Dan Blogger Sosio-Politik
Oleh Ruhanie Ahmad

Dua tiga hari yang lalu saya didatangi seorang sahabat bukan Melayu. Dia anak Batu Pahat. Dia memanggil saya abang. Dia ramai taulan dan handai. Dia tidak main politik. Dia cuma seorang usahawan kecil.

Baru kira-kira setengah minit dia duduk di kerusi di pejabat saya, dia pun berkata: “Be careful. Their eyes are on you. Yes you!”

Saya renung sahabat saya dengan mata yang tajam. Kemudiannya, saya mengebil-ngebilkan mata. Saya pun bertanya dengan nada perlahan: “Apa halnya ni? Mata sapa? Pasal apa?”

“Mata dia oranglah. Dia orang! Dia orang you know who la!!,” jawabnya spontan diiringi senyuman sinis.

“Hisss!! Budak ni tebiat kot,” kata hati saya bila menerima jawapan penuh teka-teki seperti di atas.

Teropong

“Bang. Saya kasi tau sama lu, banyak mata tengah tengok Abang. Mana-mana ada mata cuba nak tau apa pasal Abang jadi blogger,” kata sahabat saya.

“Ohhh.. Rupa-rupanya dia cerita pasal blogger. Jadi, saya yang tengah diteropong oleh banyak mata ni adalah Ruhanie Ahmad Kuda-Kepang! Siap.. Nampak gaya gendang kuda kepang kenalah tukar beat kepada rentak kuda perang. Kalau tak, nanti jadi kuda tempang,” kata hati saya lagi.

“Bang. You don’t like that la! You look at me macam mau telan aje! Don’t la like that. I am telling you the truth. Sumpah Bang!” kata sahabat saya.

Saya bukan marah kepadanya. Saya juga tidak marah kepada sesiapa. Saya cuma jelak dengan maklumat-maklumat “banyak mata sorot saya,” atau “banyak orang nak jumpa saya,” atau “hati-hati, banyak pihak akan hentam saya.”

Dalam gitu-gitu, saya teringat kisah Blogger Sheh yang pernah diberitakan dalam blog ini sebagai ‘hilang.’ Saya juga teringat kisah Pyan Gen-M yang juga saya beritakan sebagai ‘hilang.’

Pelangi

Syukur Alhamdulillah. Sheh sudah kembali aktif. Tapi kawan-kawan kata, ada perubahan sedikit dalam blognya selepas ‘kehilangannya’ baru-baru ini.

Saya tak tau apa perbzaannya. Tetapi, tup-tup dia cerita pasal pelangi tiga line. Saya tak tau apa yang dimaksudkan oleh Sheh dengan tiga line. Saya pun tanya seorang ‘toyol’ apa itu tiga line.

Sekarang saya dah tau, apa itu tiga line. Saya istilahkan sebagai ‘pelangi tiga rona.’ Menurut 'Toyol' saya, puak-puak ini adalah sahabat. Jangan kita kata apa-apa. dan jangan kita cerca. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

Balik kepada cerita sahabat saya seperti di atas, saya pun terus tertanya-tanya sendiri, mata manakah yang kini sedang dan sentiasa memerhati dan meneropong saya? Apa salah saya? Adakah blog saya brutal?

Adakah pasal The Toyol Code? Mungkinkah sesetengah pihak memang kini berusaha untuk menggertak beberapa bloggers tertentu? Sebab itukah kini terdapat beberapa sahabat bloggers seolah-olah resah, gelisah, rimas dan cemas?

Buta Hati

Atau, mungkinkah kini wujud satu syndicated move oleh kelompok tertentu untuk melemahkan semangat Malaysian bloggeres specializing in socio-political and current affairs supaya tutup kedai dan goyang kaki jadi pemerhati yang buta hati?

Saya tak tau jawapannya. Saya hanya bloggers kerdil. Saya bukan lagi Ahli Parlimen. Tapi, saya tetap ahli Umno dan penyokong BN, biarpun hari-hari Umno dan BN menerima kecaman demi kecaman.

Kecaman-kecaman itu jadikan saya panas telinga dan panas hati. Tetapi, selepas membaca beberapa tulisan Raja Petra Kamaruddin (RPK), A. Kadir Jasin, Rocky’s Bru, Surat Dalam Botol, Gen-M, KMU, Zaharin Sang Kelembai, Aspan Alias, Sheh Kickdefella, Laman Marhaen, dan lain-lain, (bila Tok Him nak buka blog?), saya terus termenung.

Angkatan 2000

Dalam keadaan begini, hati saya terus berbisik sendirian. Saya bertanya kepada diri saya, mungkinkah seluruh gambaran suram, seram dan kelam mengenai Malaysia mutakhir akan jadi realiti? Kalau jadi realiti, macam mana?

Justeru itu, jangan kita patah semangat. Jangan kita patah hati. Sepatah kata orang tua-tua: patah sayap, bertongkat paruh, namun tetap terbang jua.

Sebagai noktah akhir dalam coretan ini, mungkinkah satu hari nanti seluruh bloggers dalam bidang ‘socio-politics, economy and current affairs’ di Malaysia akan dicatatkan oleh sejarah sebagai Angkatan 2000, seperti kumpulan penulis dan sasterawan Angkata 50? Mungkinkah begitu?

5 comments:

Harat said...

Salam,

Kalau betul blog Dato' sedang diteropong, barangkali kerana Dato' orang yang "ada nama", dan dikenali. Saya rasa ini bagus. Saya ingin melihat blog
Dato' menyiarkan tulisan yang bernas dan rasional, walaupun mungkin ada kalanya perlu agak kritikal, seperti blog Kadir Jasin.

Dalam konteks semasa, saya ingin melihat blog memainkan peranan sebagai alternatif kepada akhbar arus perdana yang terlamapau mengampu kerajaan, dan tidak mendidik rakyat berfikiran kritis dan matang. Inilah harapan saya kepada Dato'.

Anonymous said...

polpen

Anonymous said...

Persetankan lah Datuk! They should appreciate what you are doing in highlighting issues affronting the nation. The responses from your blog visitors actually will help tgkt 4 to feel the pulse of the rakyat hence be able to advise PM correctly and effectivelly. I think I have given my contributions in the form of my comments to myou and other bloggers with the hope that somebody pick it up to use it as source of reactions from people on the street. I feel that Tgkt 4 have more to learn when it come to foraging intelligence to feed the boss ! I also love to read esteemed blogger like Kadir Jasin who make use of the comments by the visitors to give his overview of the previous issue posted by him. Of course yours too, Datuk! Ithink this is very healthy and no amount of ISA can stop these overt, and honest voices to be heard , of course within contact of our laws. Ihope politicians especially MPs and ministers do monitor these blogger not for punitive intention but to retrieve as much informations as possible. They too could participate in our discussions. But Ihave got the feeling that most of them have no time to do that. If that is so, then assign your staff to give you a summary report either daily or weekly ! Nak seribu daya. Macam khutbah khas pulak! It is our duty to remind each other ! Go on blogging Datuk!

kluangman said...

Perhatikan RPK, setakat ini tulisan beliau yang paling bernas walaupun komentar komentar dari blogger lain di blognya banyak sampah dari isi.

Dan Dato' tidak perlu syok sendiri atau berpura pura takut diteropong dan dihilangkan oleh gestapo, semua itu tidak akan berlaku kepada Dato' kerana tulisan Dato' hanya lebih kepada 'cari makan' untuk mendapat perhatian. Perjuangan Dato dari dulu hingga sekarang lebih kepada menang sorak kampong tergadai.

Dan tulisan tulisan Dato' yang kononnya keras dan pedas akan tersasar dan hambar dan akhirnya kerajaan terus mendapat sokongan hasil gelagat jelek Dato sendiri.

Teruskanlah blog ini Dato'...perjalanan itu ada noktahnya, samada kubur itu wangi atau tidak bukan pada bunga2 yang ditaburkan di atasnya.

anqi said...

3 line is subversive movement..they should be abolished..