Monday, January 29, 2007

Kemenangan BN Di Batu Talam
Bukti Rakyat Sedia Sertai P/raya - PM

SEPANG, 29 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Talam membuktikan rakyat menyedari pentingnya pilihan raya dan kuasa undi walaupun pembangkang berusaha keras memboikotnya.

"Pengundi lebih bijak memahami apa erti pilihan raya bagi mereka.

"Mereka nak tunjukkan bahawa yang pentingnya ialah mereka hendak memilih seorang wakil rakyat dalam kalangan mereka," kata Perdana Menteri kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sekembalinya dari London selepas menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland.

Beliau mengulas kemenangan BN di Batu Talam semalam, apabila Abdul Aziz Mat Kiram, 47, menewaskan calon Bebas, Ng Chee Pang, 22, dengan majoriti lebih besar walaupun peratusan yang keluar mengundi lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2004.

Abdul Aziz memperoleh 6,276 undi berbanding Ng yang hanya menerima 419 undi sekaligus menyebabkan Ng hilang wang pertaruhan.

Abdul Aziz menang dengan majoriti 5,857 undi, berbanding 2,761 undi majoriti yang diperoleh wakil rakyat BN allahyarham Datuk Tengku Paris Tengku Razman pada pilihan raya 2004. Beliau meninggal dunia 27 Dis lalu.

Abdullah yang bersyukur dengan kemenangan itu berkata kejayaan besar BN di Batu Talam sekali lagi membuktikan proses demokrasi tetap subur di negara ini dan segala tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang ternyata meleset.

Beliau berkata pembangkang sebenarnya memboikot pilihan raya kecil itu kerana mereka tidak berani untuk meletakkan calon di situ.

"Mereka sebenarnya nak uji kekuatan kita (BN), nak tengok sejauh mana rakyat suka kat kita," katanya.

Bagaimanapun, Abdullah berkata rakyat sudah matang dengan tindak-tanduk pembangkang justeru memberikan kemenangan yang lebih besar kepada BN pada pilihan raya kecil itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Abdul Aziz turut berada di Kompleks Bunga Raya untuk menyambut kepulangan Perdana Menteri, di mana Abdullah secara peribadi mengucapkan tahniah kepada wakil rakyat baru itu.

BERNAMA, 29 Januari, 2007
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=244043
Abdullah Nafi
Beli Jet Eksekutif

SEPANG, 29 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan laporan berita kononnya beliau membeli jet eksekutif, dengan menjelaskan kerajaan hanya menyewa pesawat itu daripada Penerbangan Malaysia Berhad.

Perdana Menteri menegaskan bahawa pesawat itu bukan untuk digunakan oleh beliau semata-mata.

"Jet itu adalah untuk kegunaan kerajaan, bukan Perdana Menteri (sahaja). Kerajaan pun ada juga Yang di-Pertuan Agong, semua ada," kata Abdullah pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sekembalinya ke tanah air setelah menghadiri Forum Ekonomi Dunia di Davos dan lawatan kerja ke London.

Mengulas lanjut Abdullah berkata: "Kapal terbang itu Penerbangan Malaysia Berhad punya, duit mereka. Kita hanya sewa sebagaimana MAS (syarikat Penerbangan Malaysia) menyewa kapal terbang daripada mereka juga."

Laporan laman-laman web mendakwa kononnya beliau membeli sebuah pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara US$55 dan US$60 juta.

Laman-laman web itu, antara lain, mendakwa pesawat itu yang berasaskan model A320, kini dalam proses pengubahsuaian dalaman di Switzerland.

Sambil menjelaskan rasional penyewaan itu, Abdullah berkata langkah untuk menyewa adalah lebih baik daripada membeli kerana ia menjimatkan wang kerajaan.

"Buat apa kita (kerajaan) beli kapal terbang. Kalau beli, nak kena perbaik, nak kena belanja banyak lagi juga.

"Jadi lebih baik sewa, maka kalau rosak atau apa pun, pihak yang memberi sewa kenalah bagi kapal terbang lain pula untuk kita pakai," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa PMB akan mendapat keuntungan hasil sewaan tersebut seperti keuntungan yang diperolehnya apabila menyewakan pesawat kepada MAS.

Abdullah bagaimanapun tidak dapat menyatakan butiran penyewaan itu.

BERNAMA 29 Januari, 2007
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=244078
The Toyol Code 2007
Bahagian Satu:

Ada Rombakan Kabinet
Lepas Cong-Xi-Fa-Cai?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tidak lama lagi dijangka ada satu rombakan kabinet yang agak besar. Ini adalah berdasarkan satu maklumat berkod yang saya terima daripada seorang ‘toyol’ pada akhir Disember 2006.

Maklumat ini terkandung dalam sms yang amat ringkas daripada ‘toyol’ tersebut. Ia berbunyi begini: juara lagu selepas cong-xi-fa-cai.

Berasaskan beberapa kod yang telah sama-sama kita pecahkan menerusi siri The Toyol Kod 2006, perkataan juara lagu bermaksud rombakan kabinet.

Jadi, bila mesej ‘toyol’ itu mengatakan juara lagu selepas cong-xi-fa-cai, ini bermakna satu rombakan kabinet dijangka dilakukan selepas Perayaan Tahun Baru Cina.

Identiti

Hari ini saya hubungi ‘toyol’ berkenaan menerusi sms. Ini kerana dia tidak pernah mahu menjawab panggilan telefon daripada saya. Mungkin kerana dia takut saya akan cam suaranya dan sekaligus memecahkan identiti ketoyolannya.

Mesej ringkas daripada saya kepadanya berbunyi begini: Saya nak tulis siri The Toyol Code 2007. Kalau betul akan akan ada juara lagu lepas cong-xi-fa-cai, juara lagu tu ikut cai siapa?

Maksudnya, saya nak tau, kalau betul akan ada rombakan kabinet selepas Perayaan Tahun Baru Cina, nama-nama mereka yang dijangka gugur atau naik pangkat, ikut senarai siapa?

Saya tanya pasal senarai tersebut kerana dalam siri The Toyol Code 2006, ‘toyol’ yang sama telah memberikan senarai nama Menteri dan Timbalan Menteri yang dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet tahun ini, seperti berikut:

Temasek?

Datuk Rais Yatim, Datuk Azmi Khalid, Datuk Seri Rafidah Aziz, Datuk Seri Aziz Samsuddin. Datuk Zainuddin Maidin, Datuk Abdullah Zain, Datuk Tengku Adnan Mansor, Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Seri Dr. Lim Kheng Yeik dan Datuk Azalina Othman. Timbalan Menteri yang dijangka tersingkir adalah Datuk Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan Datuk Zainal Abiudin Zin.

Dalam masa kira-kira 10 minit, mesej saya dijawab dengan ringkas sahaja. Kata ‘toyol’ itu soal senarai ikut nota lagu orkstera temasek.

Anda yang telah mengikuti seluruh siri The Toyol Code 2006 pasti akan faham maksud jawapan ‘toyol’ tersebut seperti di atas.

Sesiapa yang belum membaca seluruh siri the Toyol Code 2006, atau mahu mengimbas kembali seluruh siri tersebut, rujuklah kepada arkib postings di blog ini sepanjang Oktober 2006 menerusi link berikut: http://kuda-kepang.blogspot.com/2006_10_01_archive.html

Ramalan

Jadi, berasaskan mesej terbaru daripada ‘toyol’ yang tidak saya kenali ini, mungkinkah benar bahawa satu rombakan kabinet dijangka diadakan selepas Perayaan Tahun Baru Cina Februari 2007 ini?

Dan, mungkinkah senarai yang terlibat dalam rombakan kabinet itu sama seperti yang disampaikan kepada saya oleh ‘toyol’ tersebut pada Oktober 2006?

Sebagai kesimpulan, apa yang disampaikan oleh ‘toyol’ berkenaan kepada saya seperti di atas mungkin hanya satu ramalan belaka.

Mengambilkira soal banjir besar di Johor dan masalah berkaitan dengannya, mesej dari ‘toyol’ di atas mungkin terjadi dan mungkin juga tidak. Hanya Allah SWT jua Yang Maha Berkuasa dan menentukan segala-galanya!
Syabas Kepada Najib
Tahniah Kepada BN

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Batu Talam sudah berakhir. Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) kerana ‘menang besar.’

Syabas juga kepada jentera BN dari seluruh Malaysia yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan lain-lain pembesar.

Moga-moga kemenangan ini jadi perangsang kepada BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 dijangka tahun ini. - Ruhanie Ahmad
Spektra Dua Tujuh

Aku air
ngalir ke hilir
aman damai
tuju muara
badai segara.

Aku air
menitis ke bibir
peluh siksa
hempas pulas
di belenggu sengsara.

Aku air
hujan dan banjir
tegas
ganas
apa dan siapa
tumbang ranap
mangsa binasa.

Ruhanie Ahmad
Petaling Jaya
1974
(Utusan Zaman)

Sunday, January 28, 2007

BN Menang Di Batu Talam
Dengan Majoriti Lebih Besar

RAUB, 28 Jan (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Batu Talam pada pilihan raya kecil hari Ahad dengan majoriti lebih besar daripada yang diperolehi pada pilihan raya umum 2004.

BN bukan sahaja mengekalkan kerusi itu, malah memenanginya dengan bergaya setelah mencapai kedua-dua sasaran pucuk pimpinan - mencatatkan majoriti melebihi 3,000 undi dan calon Bebas hilang wang pertaruhan.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Abdul Kadir Abu Bakar mengumumkan pada pukul 8.17 malam bahawa Abdul Aziz Kiram, 47, memperolehi 6,276 undi, menewaskan calon Bebas, Ng Chee Pang, 22, dengan majoriti 5,857 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Tengku Paris Tengku Razlan yang menewaskan calon PAS di kerusi Batu Talam pada pilihan raya umum lepas dengan majoriti 2,761.

Seramai 7,080 orang atau 67.32 peratus daripada 10,525 pengundi berdaftar mengundi hari ini.

Abdul Kadir mengumumkan terdapat 385 undi rosak pada pilihan raya kecil ini.

DUN Batu Talam mempunyai 79.36 peratus pengundi Melayu, Cina 10.8 peratus, India 4.74 peratus dan Orang Asli 5.09 peratus.

Proses pengundian di 12 pusat pengundian berjalan lancar dalam keadaan cuaca yang mendung sejak dibuka pukul 8 pagi sehingga ditutup pada 5 petang.

BERNAMA, 28 Januari, 2007
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=243869
Tai Wee Co (Pte) Ltd
Wujud Di Singapura

Tai Wee Co (Pte) Ltd wujud di Singapura. Syarikat ini mengedarkan daging, makanan laut dan sayur-sayuran yang dibekukan. Antaranya adalah daging babi, daging ayam, daging kambing, daging lembu, dan daging itik.

Alamat ibupejabatnya: 228A Pandan Loop, Singapore 128414. Telefon: 6778 1628. Fax : 6779 6689. Email: taiwee@singnet.com.sg. Laman web: http://web.singnet.com.sg/~taiwee/.

Antara links yang mengandungi maklumat mengenai operasi dan perniagaan Tai Wee Co. (Pte) Ltd. adalah seperti berikut:

http://www.contactsingaporecompanies.com/index.php?action=detial&actid=44248&catID=2045,
.http://www.singaporebusinessguide.com/category/Warehouses_-_Cold_Storage.htm,
http://www.singaporemirror.com.sg/co_taiwee.htm
http://english.sccci.org.sg/index.cfm?GPID=-1&CSEARCH=1&Catg=IE&SSIC=31219
http://www.icpcredit.com/ReportRequest.asp?sCompanyID=9182
http://www.sgmaritime.com/ttd_bizenterprise/CompanyProfile_MG.aspx?cocode=80006182&dirid=25&coname=TAI%20WEE%20CO%20(PTE)%20LTD
https://pes.wda.gov.sg/jbs/Logon/JobsLiteDetails.aspx?JobPostingId=6925
http://www.google.com.my/search?hl=en&q=lembaga+tabung+haji+joint+venture+with+tai+wee+co+%28pte%29+ltd&meta=

Berikut pula adalah maklumat dan komen daripada seorang pengunjung blog ini mengenai syarikat yang sama.

Datuk:
TANPA PREJUDIS.
Saya ada membuat beberapa carian untuk memuaskan hati saya mengenai isu Tai Wee Company (Pte) Ltd sepertimana posting Datuk dan komen oleh Mika Angel-O dan Ibnawawi.

Carian saya melalui eGuide:
http://www.eguide.com.sg/company-13188-taiweecompanyprivatelimited-Singapore,Asia.html menemukan fakta produk-produk syarikat Tai Wee dan alamat pejabat serta warehouse mereka.

Carian dari link:
http://www.dpgroup.com.sg/s1000/sme500_pastrankings_alpha.asp?a=T
Dipercayai Tai wee Company (Pte) Ltd disenaraikan dalam Small & Medium Enterprise 500 - SME 500 (sama seperti Fortune 500 di Amerika Syarikat).

Mungkin atas pencapaian mereka tersebut membuatkan mana-mana panel pelaburan berminat dengan mereka jika ditawarkan saham. Juga dipaparkan dalam link di atas rancangan Tai Wee Company (Pte) Ltd untuk menyenaraikan saham mereka di Bursa Saham Singapura. Keadaan tersebut akan memberikan pemegang saham sedi ada menerima "PINK FORM"... Tak interested ke? (dipandang dari sudut pelaburan)

Past Rankings 1998 – 2006
TAI WEE COMPANY (PRIVATE) LIMITED SINGAPORE 1000 & SINGAPORE SME 500 LISTING
Year Ranked 2002
Ranking Singapore SME500
Sales Rank 40
Net Profit 389

Tai Wee Co (Pte) Ltd
228A Pandan Loop Singapore 128414
Tel : 6778-1628
Fax : 6779-6689

Type Address Tel. No. Fax. No.
1 Main 31 Fishery Port Rd Singapore 619741 62660270, 62610342, 62648647, 62663416, 62651258.

Untuk melihat produk Tai Wee Company (Pte) Ltd layari :
http://web.singnet.com.sg/~taiwee/

Dari carian Kelly Search:
http://www.kellysearch.com/sg-company-365020090.html

Berdasarkan semua pencarian di atas, saya berpendapat berkemungkinan Tai Wee Company (Pte) Ltd memang wujud.

Sejauh mana kebenaran kerjasama mereka dengan Tabung Haji (TH) saya tidak dapat memberi apa-apa komen kerana hanya Allah saja yang Maha Mengetahui jika fakta tersebut disembunyikan. Saya berharap kerjasama tersebut tidak wujud dan tidak benar.

DIHARAP MIKA ANGEL-O DAN IBNAWAWI DAPAT MELAYARI LINK YANG DIBERIKAN DIATAS DAN LAYARINYA TANPA PREJUDIS !!!!

Saya harap seluruh sahabat yang berminat, kunjungilah links di atas mengenai Tai Wee Co. (Pte) Ltd. Singapura. Apa yang belum dapat dipastikan setakat ini adalah joint venturenya dengan LUTH. Maklumat ini belum dapat saya bongkar menerusi internet. – Ruhanie Ahmad

Saturday, January 27, 2007


Beli Pesawat VIP Baru Tak Salah
Tetapi Adakah Ia Memang Perlu?

Kerajaan Malaysia memang telah membeli sebuah pesawat baru bagi kegunaan orang-orang kenamaan (VIP) negara.

Tetapi, pesawat itu bukan milik TUDM. Ianya milik kerajaan.

Harganya kira-kira $200 juta. Ia disolek dan didandan oleh pakar-pakar hiasan dalaman kapalterbang di Switzerland dengan kos kira-kira $70 juta.

Seluruh hakikat di atas disahkan oleh sumber-sumber www.kuda-kepang.blogspot.com. yang berada dalam kerajaan petang tadi.

Blog ini memperolehi pengesahan di atas sewaktu membuat susulan kepada berita eksklusif laman web pro-UMNO, www.beritakmu.net, dengan jodol PM Abdullah Beli Pesawat VIP Baru Berharga RM 200 juta.

Kemudiannya, berita tersebut pula disiarkan oleh www.rockybru.blogspot.com. dan juga www.malaysia-today.net.

Oleh itu, wajar kita betulkan satu fakta khusus mengenai pemblian pesawat VIP ACJ 319 keluaran Airbus ini.

Fakta tersebut adalah mengenai pemiliknya. Ia bukan milik peribadi seseorang. Ia milik Kerajaan Malaysia. Ia untuk kegunaan pembesar-pembsar negara, termasuklah Yang Di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri.

Jadi, dari segi prinsipnys, adalah tidak salah kalau kerajaan membeli pesawat itu.

Cuma, adakah perlu pesawat itu dibeli dalam situasi di mana negara kita dikatakan sedang berhadapan dengan kemelut kewangan? – Ruhanie Ahmad

Friday, January 26, 2007

Perkataan Suckling Pig
Ertinya Babi Muda.….

Bila saya membuat posting mengenai Lembaga Tabung Haji (LUTH) menjadikan sebuah syarikat Singapura sebagai rakan kongsinya, saya tidak pernah berniat untuk mempersoalkan usahasama berkenaan.

Ini kerana LUTH berhak memilih sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk jadi rakan kongsi perniagaannya, waimah rakan kongsi itu adalah syarikat asing.

Niat saya buat posting itu adalah untuk membolehkan pengunjung blog ini membaca dan memahami erti seluruh perkataan yang dalam warna merah.

Antara perkataan yang dalam warna merah dalam posting tersebut adalah “suckling pig processing plant.”

Jadi, tidakkah anda mengetahui erti “suckling pig?” Bukankah “suckling pig” ertinya “babi muda?” Tidakkah “suckling pig processing plant” ertinya “kilang mempross babi muda?”

Persoalannya, adakah ini benar? Persoalannya, macam mana sampai jadi begini? Persoalannya, apakah reaksi para pencarum LUTH bila mengetahui bahawa makna “suckling pig” adalah “babi muda?”
- Ruhanie Ahmad
Usahasama Pelaburan Tabung Haji
& Tai Wee Company (Pte) Limited

Baru-baru ini seorang sahabat saya melayari internet untuk mencari beberapa fakta bagi penyediaan satu kertaskerja perniagaan. Secara tidak sengaja, beliau terjumpa satu fakta yang disifatkannya sebagai menggemparkan. Fakta itu terkandung dalam laman web dengan alamat: http://web.singnet.com.sg/~taiwee/profile.htm.

Beliau mengirimkan alamat di atas kepada saya menerusi e-mail. Saya akses laman web berkenaan. Ianya adalah mengenai profile sebuah syarikat di Singapura.

Setelah baca punya baca, dan punya baca, saya temui beberapa perenggan yang mungkin disifatkan oleh sahabat saya sebagai memeranjatkan. Perenggan-perenggan itu adalah seperti berikut:

OVERSEAS JOINT-VENTURES:

Tai Wee has good connections and investments in the Far East region.
In Malaysia, we team up with Tabung Haji (Pilgrim's Fund) which is regarded as politically and economically one of the most influential groups in Malaysia in the food trading and distribution.

Similarly, Tai Wee is involved in the trading, sales and distirbution of food and agri-business in China.
In China, Tai Wee has investments in the followings:

(a) Hunan - Suckling Pig Processing Plant.

(b) Shandong - Integrated Feedmill and Poultry Production.

Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat saya. Tetapi, selepas membaca kedua-dua perenggan di atas, saya tidak berani buat apa-apa komen.

Anda akseslah sendiri alamat web di atas, dan ambillah kesimpulan kepada seluruh perenggan yang saya paparkan di sini.

Persoalannya, adakah apa yang dinyatakan secara hitam putih dalam perenggan-prenggan di atas sebagai satu hakikat yang benar? – Ruhanie Ahmad

Thursday, January 25, 2007

new voice on the blog
www.globalpartner.blogspot.com
e-mail: globalpartner07@yahoo.com
managed by ruhanie ahmad

Tuesday, January 23, 2007


Reaksi Isu Politik Tiga Segi:
Mungkin Atau Tak Mungkin
?

Hubungan politik tiga segi memang rumit. Datuk Seri Anwar Ibrahim dipercayai serius untuk berbaik-baik dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Seri Abdullah Ahmad nampaknya terus membisu terhadap segala masalah dan isu yang telah dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir selama ini. Beberapa individu di sekeliling Datuk Seri Abdullah pula kononnya sedang merintis jalan supaya Datuk Seri Anwar kembali ke pangkuan UMNO.

http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ telah membuat satu posting mengenai kisah politik tiga segi ini menerusi postingnya pada 20 Januari 2007. Pada 21 Januari 2007, disiarkan pula reaksi blogger Aspan Alias dan juga komen Mika Angel-O.

Hari ini, banyak lagi komen mengenai kisah berkenaan. Semuanya berbeza-beza. Inilah adat manusia. Walaupun rambutnya sama hitam, pendapatnya tetap berlainan. Komen-komen berkenaan adalah seperti berikut:

Lamandau: Perdamaian antara Datuk Sri Anwar dan Tun Dr. Mahathir, tak mungkin, walaupun saya berpegang kepada prinsip politik is an art of possible.

Tun Dr. Mahathir buang Datuk Seri Anwar kerana misdemeanournya. Datuk Seri Anwar belum sebersih seperti tanggapan blogger Aspan Alias.

Kalau berdamai dengan Datuk Seri Abdullah mungkin. Itulah 'deal'nya dengan Datuk Seri Abdullah sebelum dibebaskan. Strait Times Singapura percaya wujudnya deal ini, walaupun Datuk Seri Abdullah dan Datuk Seri Anwar menafikannya!

Khairy

Apa yang berlaku sekarang (Khairy Jamaluddin hentam Datuk Seri Anmwar dan sebagainya) hanya lakonan dalam episod terakhir sebelum Datuk Seri Anwar dipulihkan. Kalau ini berlaku, maka populasi UMNO lebih tiga juta itu akan turun dengan drastiknya.

Kalau senario perdamain Tun Dr. Mahathir dengan Datuk Seri Abdullah, ada besar kemungkinannya akan berlaku. Tun Dr. Mahathir amat pemaaf orangnya. Ia akan berlaku sekiranya penesihat 24jam Datuk Seri Abdullah, bersetuju!

Harat: Sebenarnya saya tidak mengharapkan sangat Tun Mahathir berdamai dengan Datuk Seri Anwar. Saya fikir kalau mereka tidak terus "bermusuh", dan sebaliknya menjalankan peranan mengikut cara dan jalan masing-masing pun sudah baik.

Sebagaimana yang kita tahu, Tun masih mampu menjalankan beberapa peranan yang penting, walaupun beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Datuk Seri Anwar pula sedang berhempas pulas untuk memasuki politik arus perdana.

Saya kira Datuk Seri Anwar belum dapat "dimatikan." Hari esok bagi beliau mungkin masih ada. Dan di saat orang Melayu sudah ketandusan pemimpin yang berwibawa, Datuk Seri Anwar sekurang-kurangnya boleh menjadi salah satu pilihan kita !

Saya fikir lebih baik jika ketiga-tiga tokoh itu terus berjalan mengikut haluan masing-masing: buat sementara ini biarlah Pak lah terus memerintah, Tun Mahathir secara perlahan-perlahan akan ‘terketepi’ juga, dan Anwar pula terus berjuang melalui Keadilan.

Dirancang

Walaupun sekarang belum begitu pasti, manalah tahu Keadilan akan mampu mengetuai dan memimpin BA, dan pada satu masa nanti boleh menjadi alternatif kepada BN.

NMY: Saya percaya semua yang berlaku kepada Malaysia, kepada Pak Lah sendiri adalah mainan Datuk Anwar melalui Khairy.

Percayalah, ini semua telah dirancang sejak dari mula. Iaitu, Khairy akan membuka peluang kepada Datuk Seri Anwar untuk kembali ke UMNO dengan mempengaruhi Datuk Seri Abdullah.

No such thing mengenai perdamaian antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar. Ini kerana apa yang berlaku bukanlah pergaduhan antara mereka. Undang-undang yang telah menghukum datuk Seri Anwar atas perbuatannya sendiri, bukan Tun Dr. Mahathir.

Begitu juga Datuk Seri Abdullah. Perdamaian apa? Tun Dr. Mahathir bukan mengajak Datuk Seri Abdullah bergaduh. Tun Dr. Mahathir hanya menegur apa yang patut ditegur. Tun Dr. Mahathir sememangnya berada dalam keadaan damai. Datuk Seri Abdullah sahaja yang masih tercari-cari damai abadi!

Tun Dr. Mahathir bukan bermain politik. Tun Dr. Mahathir hanya bekerja dan berkhidmat selama ini. Jika mereka mengajak Tun Dr. Mahathir bermain politik seperti mereka, iaitu berdamai atau bergaduh mengikut kepentingan semasa, mereka salah.

Politicide

Mullah: Ingin saya gunakan istilah ini kepada Datuk Seri Anwar - 'politicide', walaupun ianya istilah khusus untuk Ariel Sharon.

'Politicide' ini, secara teori dan praktikalnya, boleh dilakukan. Datuk Seri Anwar perlulah mengikut suara rakyat dan sentimen yang tengah meluap-luap ketika ini, dan lakukannya dengan bersungguh, membara, dan paling penting 'berkesan'.

Namun tindakan Datuk Seri Anwar membuka gelanggang terhadap Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, membuat orang bertambah meluat dengannya.

Umum melihat seorang 'ambitious' bersedia untuk datang kembali ke dalam.... Perlukah Datuk Seri Anwar memberatkan isu Datuk Seri Mohd. Najib, sedangkan banyak isu lain yang perlu dibangkitkan oleh BA?

Perbuatan Datuk Seri Anwar untuk berbaik dangan Tun Dr. Mahathir juga sudah lama diketahui dari temubual RPK dengan Tun Dr. Mahathir sebelum ini.

Memang tiada respons positif daripada Tun Dr. Mahathir. Namun ini tidak bermaksud Tun Dr. Mahathir tidak memikirkannya..

Namun pendedahan kuda-kepang menunjukkan ada usaha sedang dilakukan lagi. Sekali lagi, Tun Dr. Mahathir tidak boleh diketepikan.

Wabak

Dan yang paling penting, Datuk Seri Anwar haruslah 'mengubati' negara ini secara bijak, kerana 'wabak penyakit' yang dibawanya, sehingga kini masih terasa?

InMine: Pengunjung ini mengirimkan sedutan wawancara RPK dengan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini seperti berikut:

“Do you know that Anwar has tried to meet me many times?” asked Tun Dr Mahathir.

I know this was a question but there are times when statements are presented in the form of questions so I took this as one such case.

I hesitated awhile, not knowing how I was supposed to respond. What should I reply anyway? When someone asks you whether you think he is stupid, he clearly does not expect you to say ‘yes’ as he means to say that he is not stupid.

Nevertheless, not being one who likes the other to have the last word, I replied, “Yes, I have heard.”

This is actually true and I was not lying. I had heard about it from one chap who alleged that Anwar spoke to him and asked him to act as a go-between to arrange a meeting with Mahathir.

“Anwar has spoken to a few people and asked them to approach me. He wants to meet me though I don’t know why. Why do you think he wants to meet me?”

Demikianlah reaksi kepada perjalanan politik tiga segi yang dipaparkan oleh www.kuda-kepang.blogspot.com. dua hari yang lalu. Komen-komen di atas telah disunting serba-sedikit komen-komen berkenaan. Tapi, tidak disunting intipatinya.

Jadi, setelah meneliti seluruh komen di atas, apa agaknya kesudahan kepada ura-ura perdamaian ini? Masuk angin keluar asap? Atau, mungkinkah ia jadi realiti demi bangsa dan negara? – Ruhanie Ahmad.

Monday, January 22, 2007

Perdamaian Anwar-Mahathir
Sangat Mulia & Dialu-alukan?
Oleh Aspan Alias
www.aspanaliasnet.blogspot.com

Posting saya mengenai desas-desus politik tiga segi yang sedang melanda Kuala Lumpur menarik minat sahabat saya, Saudara Aspan Alias. Saya muatkan komen beliau bersama komen Saudara Mika Angel-O di bawah ini untuk tatapan anda. Komen Saudara Aspan adalah seperti berikut:

Tulisan Datuk Ruhanie Ahmad di dalam blognya /www.kuda-kepang.blogspot.com. pada 22hb Januari 2007 agak menarik. Tajuk tulisannya yang berkisar tentang perdamaian Anwar-Mahathir adalah satu kemungkinan yang memang biasa di dalam politik.

Saya tidak mahu membuat ulasan mengapa dan kenapa kemungkinan perdamaian itu terjadi. Tetapi, lebih memikirkan tentang kebaikan yang akan dirasai jika pemimpin-pemimpin ini berdamai.

Jika kedua orang pemimpin ini berdamai ianya akan mengurangkan perbalahan di antara kita dan kita boleh menghadapi masalah yang sangat getir yang dihadapi rakyat ketika ini dengan lebih mudah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, sudah merasakan pengalaman pahit dalam politik masing-masing.

Di atas kesilapan Tun Dr. Mahathir, beliau telah pun mengakui kesilapannya dengan membuat pilihan yang salah selama ini, dan tentunya beliau merupakan orang yang paling kecewa dengan apa yang berlaku sekarang.

Bagi Datuk Seri Anwar pula, beliau telah pun melalui pembersihan diri setelah dipenjara selama lebih enam tahun dan sudah cukup pembalasan yang diterimanya.

Tidak payahlah kita menambah-nambah pembalasan kepadanya, kerana Datuk Seri Anwar telah pun menerima pembalasan jika benar dia telah melakukan kesalahan.

Bagi saya penjara Sungai Buluh itu merupakan neraka di dunia ini dan Datuk Seri Anwar telah pun berada di dalam ‘neraka’ ini selama enam tahun.

Yang belum dibersihkan ialah pemimpin-pemimpin yang dipercayai rasuah dan rakus pada hari ini, yang masih belum dipenjarakan.

Apabila Datuk Seri Anwar yang telah bersih atau dibersihkan itu memohon menyertai UMNO, adalah tidak baik jika dia disekat untuk menyertai parti kita ini.

Yang tidak mahu melihat Datuk Seri Anwar menyertai UMNO hanya mereka yang takut pada bayang-bayang dan yang merasa rendah diri yang keterlaluan.

UMNO itu Melayu, dan Melayu itu adalah UMNO! Itulah kata-kata ramai pemimpin, dan jika ada orang Melayu disekat menjadi ahli UMNO, ianya merupakan satu tindakan ‘ultra vias’. UMNO itu hak orang Melayu.

Jika benar perdamaian ini berlaku ianya adalah dialu-alukan, dan ini adalah satu tindakan yang sangat mulia.

Khalid Alwalid merupakan seorang yang sangat memusuhi Nabi Muhammad SAW. Tetapi, akhirnya Khalid Alwalid telah berdamai dengan Nabi Muhammad dan seterusnya menjadi pejuang Islam yang tersohor hinggakan dia diberi gelaran ‘Pedang Allah’.

Peperangan Sifin merupakan peperangan Islam dengan Islam yang pertama dalam mana satu pihak diketuai oleh Saidina Aishah yang dibantu oleh Muawiyah telah berperang dengan kumpulan Saidina Ali Karamallah Huwajhah. Tetapi, kedua-duanya berperang kerana menegakkan agama Allah.

Jika Datuk Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir bersatu untuk menegakkan kembali perjuangan orang Melayu yang telah luntur ini, mengapa pula kita tidak menyokongnya?

Saudara Mika Angel-0 pula memberikan komennya yang agak berbeza. Beliau yang kini jadi pengunjung setia www.kuda-kepang.blogspot.com, berkata, Datuk Sri Anwar wajar diberikan peluang bersuara di Mahkamah. Beliau juga lebih wajar berjuang menerusi Keadilan.

Komen Mika Angel-O sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris terdapat dalam blog ini. Silakan akses komen tersebut untuk mengetahinya dengan lebih terperinci. – Ruhanie Ahmad.
Mahathir-Anwar
Akan Berdamai?
Oleh Ruhanie Ahmad

Kuala Lumpur hari ini rancak dengan desas-desus politik tiga segi. Ia membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad; mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad; dan mantan Timbalan Perdana Mentri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pokok persoalan utama yang mewarnai desas-desus politik tiga segi ini adalah seperti berikut:

Mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad?

Kalau perdamaian dengan Tun Dr. Mahathir tidak berlaku, mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan membawa masuk Datuk Seri Anwar ke pangkuan UMNO?

Dan, kalau Datuk Seri Anwar memilih untuk terus berjuang di luar gelanggang UMNO, mungkinkah beliau merintis perdamaian dengan Tun Dr. Mahathir?

Perkembangan mutakhir membayangkan bahawa peluang perdamaian antara Datuk Seri Abdullah dengan Tun Dr. Mahathir nampaknya agak tipis.

Gagal

Pertemuan empat-mata antara kedua-dua tokoh ini Disember lalu gagal menghasilkan perdamaian yang dinanti-nantikan. Sebaliknya, pertemuan itu mengeruhkan lagi suasana siasah mutakhir.

Jadi, apakah kesudahannya? Mungkinkah Datuk Seri Abdullah akan berdamai dengan Tun Dr. Mahathir? Atau, mungkinkah ruang dialog perdamaian antara mereka akan terus terbuka?

Beberapa pemerhati politik berpendapat, agak sukar untuk Datuk Sri Abdullah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir. Kalau hakikatnya demikian, mungkinkah Datuk Seri Abdullah berkira-kira untuk merintis jalan supaya Datuk Seri Anwar dibawa kembali ke pangkuan UMNO?

Sumber-sumber memberitahu www.kuda-kepang.blogspot.com, kini memang wujud beberapa usaha untuk membolehkan Datuk Seri Anwar balik menyertai UMNO.

Sumber-sumber yang sama mengatakan, usaha ke arah ini dipercayai dilakukan oleh segelintir individu yang rapat dengan Datuk Seri Abdullah.

Usaha berkenaan, kononnya untuk memperkukuhkan UMNO menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang mungkin di adakah tahun ini.

Enggan

Bagaimanapun, sumber-sumber itu mengesyakki bahawa usaha ini sebenarnya bertujuan membolehkan beberapa individu yang berkepentingan memperolehi jalan pintas untuk melonjakkan kedudukan politik mereka di dalam UMNO dan Kerajaan.

Datuk Seri Anwar difahamkan menyedari matlamat di atas. Beliau juga dikatakan tidak akan mengizinkan dirinya diperalatkan oleh individu-individu terbabit.

Lantas, adakah pendirian Datuk Seri Anwar ini membayangkan yang beliau enggan kembali ke pangkuan UMNO? Adakah ini bermakna beliau akan terus berjuang menerusi Keadilan?

Seorang sahabat saya yang rapat dengan kem Datuk Seri Anwar menyatakan, memang benar Datuk Seri Anwar enggan balik kepada UMNO.

Sebaliknya, Datuk Seri Anwar telah dan sedang menyusun beberapa strategi khusus untuk membolehkan Keadilan menyertai PRU tahun ini secara cergas dan berkesan.

Strategi-strategi tersebut merangkumi pelbagai aspek. Antaranya, kata sahabat saya, boleh menggemparkan kita semua. Mungkin juga menyebabkan satu ledakan yang menghasilkan tsunami politik di Malaysia.

Perundingan

Sahabat saya juga berkata, antara strategi Keadilan ini telah dirincikan menerusi beberapa jual-beli dan perundingan politik. Usaha ini dipercayai dilakukan di luar negara.

Matlamat akhir kepada seluruh usaha Datuk Seri Anwar mutakhir ini, kata sahabat saya, adalah untuk mengukuhkan Keadilan dan memantapkan Barisan Alternatif (BA) menjelang PRU.

Maka jelaslah bahawa Datuk Seri Anwar tidak akan kembali kepada UMNO, Keadilan tidak akan dibubarkan, dan BA pula akan diperkasakan dari segi strategi, semangat serta kewangannya.

Bagaimanapun, Datuk Seri Anwar dikatakan masih belum puas hati dengan usaha-usaha sedemikian. Sebab itulah beliau kini dipercayai sedang mencari jalan untuk berdamai dengan Tun Dr. Mahathir.

Ada pihak-pihak yang dikatakan tidak mempercayai hakikat ini. Khususnya bila Datuk Seri Anwar telah pun mengheret Tun Dr. Mahathir ke mahkamah.

Usaha berdamai dengan Tun Dr. Mahathir ini juga sukar ipercayai bila kebelakangan ini, Datuk Seri Anwar juga sering bersuara negatif terhadap Tun Dr. Mahathir.

Serius

Tetapi, beberapa individu yang rapat dengan Datuk Seri Anwar yakin bahawa usaha beliau untuk berbaik-baik semula dengan Tun Dr. Mahathir adalah benar dan serius.

Kalau tidak, kata individu-individu berkenaan, mana mungkin Datuk Seri Anwar membuat satu kenyataan terbuka menerusi rangkaian Aljazeera baru-baru ini.

Dalam temuramahnya dengan Aljazeera di Kuala Lumpur beberapa minggu lalu, memang Datuk Sri Anwar ada menyatakan yang beliau tidak lagi menyimpan apa-apa perasaan negatif terhadap Tun Dr. Mahathir.

Jadi, adakah kenyataan itu yang dijadikan bayang-bayang bahawa Datuk Seri Anwar menang bersungguh-sungguh mahu berdamai dengan Tun Dr. Mahathir?

Adakah cukup hanya dengan kenyataan sedemikian kalau Datuk Seri Anwar serius berhasrat untuk berdamai dengan bos lamanya? Bagaimana pula dengan kes mahkamah yang membabitkan Datuk Seri Anwar dan Tun Dr. Mahathir?

Pendek kata, banyak lagi persoalan yang akan timbul kalau hasrat Datuk Seri Anwar mahu berdamai dengan Tun Dr. Mahathir adalah serius.

Terbuka Hati

Antaranya, apakah motif usaha tersebut? Siapakah yang akan jadi orang perantaraannya? Adakah Tun Dr. Mahathir akan terbuka hati untuk bertindak balas secara positif?

Seterusnya, apakah implikasi ura-ura usaha damai ini kepada UMNO? Apakah pula reaksi individu-individu yang dipercayai rapat dengan Datuk Seri Abdullah, yang dikatakan sangat-sangat memerlukan kepulangan Datuk Seri Anwar ke dalam UMNO?

Demikianlah desas-desus politik tiga segi yang kini melanda Kuala Lumpur. Segala-galanya mungkin hanya ura-ura. Mungkin jadi, dan mungkin tidak.

Apa pun, dalam suasana politik Malaysia hari ini, Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Anwar merupakan dua tokoh yang tidak boleh dipinggirkan secara mudah.

Kedua-duanya masih berpengaruh. Kedua-duanya masih boleh mewarnakan politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang.

Sunday, January 21, 2007

Pecat ......………
Daripada NST?

Saya cukup sentimental dengan NST. Tapi, saya dah lama pencen daripada membaca NST. Bukan sebab apa-apa. Tapi pasal saya geli dengan gelagat dua orang manusia dalam NST - seorang bernama … seorang lagi bernama Bipi.

Saya meluat bukan pasal saya bencikan dia orang. Tapi kerana saya memprotes kelicikannya mereka. Lepas tu, banyak pihak berkata, kedua-dua manusia ini di bawa masuk ke NST kononnya dengan sesuatu agenda yang cukup rahsia. Tak percaya? Tanyalah pihak yang tahu!

Saya juga memprotes kerana TAUKE NST hanya diam macam batu. TAUKE NST langsung tak sensitif kepada kehadiran kedua-dua manusia ni.
Hari ini, Bipi dah tak ada lagi. Tapi, yang seorang lagi masih terus berlagak. Dia tayang belang. Dia tunjuk taring. Kononnya, dialah satria maha agung.

Tapi hairan. Satria ni tak berani berlagak seorang diri. Dia heret orang itu, dia heret orang ini. Orang itu dan orang ini pun ikut aje. Kalau satria itu kata terjun, mereka pun terjun!!

Apa dah jadi ni? NST sapa punya? Bukankah asalnya NST tu milik UMNO? Bukankah Allahyarham Tun Razak Hussein merupakan pemimpin kita yang telah berjuang memisahkan NST daripada entiti Singapura pada awal 70-an?

La ni, bukankah NST masih dimiliki oleh UMNO menerusi proksi? Kalau gitu, apa pasal NST hari ini macam NST hari ini? Kenapa NST hari ini tak serupa NST dulu-dulu?

Kenapakah NST hari ini macam diizinkan jadi gelanggang sepak terajang yang boleh menghakis keyakinan rakyat kpada kepimpinan negara? Kenapa TAUKE NST terus berdiam diri? Kenapa TAUKE NST terus jadi macam batu yang berhantu?

Kenapa begitu? Kenapakah NST kini diheret untuk membuli pengamal-pengamal kewartawanan siber? Kenapakah NST seolah-olah sanggup gali kubur sendiri demi seorang satria yang sebenarnya pengecut?

Jadi, dalam kes saman terhadap blogger Ahirudin Attan dan Jeff Ooi, apa lagi kita nak tunggu? Setujulah dengan Datuk A. Kadir Jasin. Sokonglah saranan Datuk Marina Mahathir. Sokonglah surat terbuka Nuraina A. Samad kepada Perdana Menteri dan seluruh anggota Kabinetnya. Sokonglah cadangan Sheih.. DAN, JOINLAH KELAB SAYA – KELAB ORANG YANG DAH PENCEN MEMBACA NST!!!

Sebagai tambahan kepada semua cadangan, buah fikiran dan saranan oleh sahabat-sahabat bloggers Malaysia, macam mana kalau kita semua pakat-pakat minta TAUKE NST mainkan lagu Cukuplah Sampai Di sini Sayang, kepada satria yang sebenarnya pengcut, yang kini sedeng menjerumuskan NST ke suatu era yang gelap dan bergelora?

DALAM BAHASA MUDAHNYA, MACAM MANA KALAU KITA SEMUA DESAK …. TU DIPECAT DARIPADA NST? KALAU TAUKE NST ENGGAN AMBIL TINDAKAN, ………. – Ruhanie Ahmad.

Saturday, January 20, 2007

Salam Maal Hijrah 1428
dari saya sekeluarga
kepada seluruh pengunjung
www.kuda-kepang.blogspot.com
moga-moga Allah SWT akan sentiasa merstui
perjuangan kita bersama.
Ruhanie Ahmad
The Toyol Code Bahagian Dua
Menemui Anda Tak Lama Lagi

Hari ini saya nak masuk bakul dan pikul sendiri. Ini kerana pada hari ini http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ mencecah cumulative dircet hits yang ke 100000 dari 19 November 2006 hingga 19 Januari 2007.

Jumlah ini tidak termasuk cumulative direct hits dari 19 Jun 2006 hingga 18 November 2006 kerana ketika itu blog ini belum lagi dipasang hit counter. Jumlah ini juga tidak termasuk cumulative indirect hits dari blogs sahabat-sahabat yang dianggarkan hampir 400000.

Ini bermakna dalam usia kira-kira 8 bulan, http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ berjaya merakamkan 500000 hits – hitung panjang hampir 60000 sebulan.

Antara isu yang melonjakkan blog ini adalah lapan siri The Toyol Code. Siri ini meletup-letup. Ia mendedahkan wujudnya satu perancangan besar untuk pilihan raya umum (PRU) yang dijangka pada tahun ini.

Sampai hari ini tidak ada sesiapa pun yang menafikan apa yang telah didedahkan oleh siri tersebut. Sebaliknya, hari-hari ada sahaja pihak yang mengirimkan sms atau email kepada saya mengenai siri berkenaan.

Kini, ada pihak mengatakan http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ agak hambar. Terserahlah. Katalah apa yang perlu dikatakan. Tapi, dia-diamnya blog ini sekarang adalah diam-diam ubi. Makin lama makin berisi!

Jadi, tunggulah. Maklumat yang dikirimkan kepada saya oleh beberapa ‘toyol’ sejak akhir Disember 2006 hingga kini sudah pun masak.

Tak lama lagi akan saya letupkan The Toyol Code siri yang baru. Ia mengenai perkembangan politik Malaysia mutakhir. Ia mengenai gerakan mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia juga mengenai tsunami politik seperti yang telah saya bayangkan dalam satu posting saya baru-baru ini.

Oleh itu, bersabarlah. Sementara menunggu The Toyol Code siri terbaru, teruskanlah kunjungi blog ini. Dan, sempena hits http://www.kuda-kepang.blogspot.com/ yang ke-100000, lawatilah blog baru saya dalam Bahasa Inggeris, iaitu http://www.globalpartner.blogspot.com

Akhir kalam buat kali ini, jutaan terima kasih didedikasikan kepada seluruh pengunjung. Tanpa sokongan anda semua, siapalah www.kuda-kepang.blogspot.com yang kerdil ini? - Ruhanie Ahmad

BLOGGERS UNITED CONDEMNS ACTION AGAINST ROCKY & JEFF & DEMANDS LEVEL PLAYING FIELD IN ALL ACTIONS AGAINST BLOGGERS

We, Malaysian bloggers, we, who believe in justice and right to free speech, we, who endorse the Bloggers United movement, unanimously condemn the action taken by media conglomerate NST against bloggers Rocky Bru and Jeff Ooi. The action by the newspaper against the duo is an action against all bloggers who believe in their right to free speech, freedom of expression and justice.

The recent event may seem like a grave development in the path of bloggers, but it can never and must never impede or stop us from defending our right to speak, to express, to write and to tell the truth, to be the watchdog, eyes and ears of the people, or simply to share our view, and give fair comment on any subject which involves and affects us as humans, as rightful citizens of this country.

The recent event may very well give the government owned media the opportunity to dictate the so-called ‘truth” but such actions only prove that bloggers must unite, continue to uphold the right to free speech and freedom of expression, fight for justice, even if it is not our own, be more alert, committed to the cause of free speech, relentless and persistence in the face of such persecution like the one which had befallen on the two of us.

What YOU do to any of US, is what YOU do to ALL.

As responsible bloggers, we demand and claim our space on the blogosphere for free and fair comment, where important national issues and prominent personalities are discussed.

Although it may seem as if the NSTP defamation suits will have a chilling effect on freedom of bloggers, as litigation can be expensive and may jeorpadise a blogger’s economic position, we will not be cowed or silenced by those who have no regard for free speech.

If you find our post offensive, you may refute us with correct facts and figures and fair comment, in the spirit of free speech.

The first two cases will have grave impact not only on the internet, but country as a whole as the country celebrates VMY2007. The healthy, mature and democratic growth for free speech and expression in our midst is at stake. The reputation of the nation as it strives to promote our multimedia supercorridor and love for IT will be a national joke for all the world to feast on.

We demand for a level playing field in all action meted out to bloggers and in particular in the defamation proceedings particularly in terms of financial resources and capabilities, and secondly, that the legal rights of bloggers et al are properly protected in keeping with the imperatives of an information society and knowledge economy which Malaysia aspires to become.

For further information, please contact blogger susan loone at susanloone@gmail.com and sheih at kickdefella@yahoo.com
www.globalpartner.blogspot.com.
Blog kembar kepada kuda-kepang

Hari ini saya memulakan satu blog baru dalam Bahasa Inggeris – www.globalpartner.blogspot.com. Ianya didedikasikan kepada warga dunia, sejarah, budaya, ekonomi, dan politiknya.

Blog ini juga memberikan ruang kepada isu geopolitik di abad ke- 21, khususnya di benua Asia dan wilayah Asia Tenggara. Ini termasuklah soal peperangan di Iraq, pertumpahan darah di selatan Thailand, siri ledakan bom di Indonesia dan pergolakan umat Islam di selatan Filipina.

Pada waktu yang sama, blog ini menentang neoimprialisme dan peperangan. Ini kerana warga dunia mutakhir sudah muak dengan pertumpahan darah, pemusnahan, pembunuhan, penderitaan dan dan kezaliman akibat tindak tanduk kuasa besar dunia.

Dengan takzimnya, saya mempersilakan seluruh pengunjung www.kuda-kepang.blogspot.com menziarahi www.globalpartner.blogspot.com. Saya juga mengalu-alukan sumbangan artikel, buah fikiran atau pun komen kepada blog tersebut. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

Friday, January 19, 2007

Kes Rocky Dan Jeff:
Undang-Undang Conventional
Lawan Undang-Undang Siber?

Hari ini genap lapan bulan saya jadi blogger dengan alamat domain www.kudakepang.blogspot.com. Tempoh ini penuh dengan debaran, getaran, dan ada kalanya, penuh dengan kebimbangan.

Ini kerana blogging bukannya seperti kewartawanan tradisional. Ini juga kerana blogger adalah loneranger - sebagai penulis, sub-editor dan editor-in-chief.

Pada waktu yang sama, olehkerana blogging membabitkan kewartawanan dan alam siber, saya terpaksa berhati-hati dengan seluruh aspek perundangan mengenai traditional journalism dan juga digital operation.

Hakikat ini amat merumitkan. Karya yang saya tulis adalah hasil kewartawanan tradisional. Tetapi, wadah yang menampung dan menyibarkan karya berkenaan pula adalah media digital.

Maka, timbullah persoalan, apakah sebenarnya undangan-undang yang membatasi karya seseorang blogger? Adakah undang-undang kewartawanan tradisional dan undang-undang siber yang akan membataskan karya seseorang blogger?

Satu lagi persoalan adalah mengenai entiti seseorang blogger dan blognya. Adakah seseorang blogger yang berpangkalan di Malaysia, tetapi menggunakan alamat domain asing, boleh disifatkan sebagai blogger dan blog berentitikan Malaysia?

Persoalan ini sungguh menarik. Ia wajar diambilkira oleh mana-mana peguam yang akan mewakili sahabat kita, Saudara Ahirudin Attan dan Saudara Jeff Ooi, yang kini berhadapan dengan masalah undang-undang.

Saya timbulkan persoalan ini kerana Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff menggunakan alamat domain luar. Jadi, walaupun kedua-duanya warganegara Malaysia, bolehkah tindakan undang-undang diambil ke atas mereka berasaskan karya yang mereka papar dan sebarkan menerusi satu lamanweb yang menggunakan alamat domain asing?

Persoalan ini strategik dan crucial kepada kes Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff. Oleh itu, sama-samalah kita perolehi nasihat pakar mengenai persoalan ini demi membantu kedua-dua sahabat kita ini.

Di Malaysia pun ada segelintir pakar dalam soal undang-undang siber. Mereka merupakan pensyarah di beberapa universiti tempatan. Marilah sama-sama kita ikhtiarkan semoga pakar-pakar ini sudi membantu Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff. – Ruhanie Ahmad.
Kita Bersama Rocky dan Jeff
Patah Sayap Terbang Jua!....

Akhirnya, gossip jadi realiti. Saudara Ahirudin Attan (Rocky’s Bru) dan Saudara Jeff Ooi (Screenshots) dah kena dah…

Kes mereka adalah yang pertama kali terjadi kepada bloggers di Malaysia. Kes mereka akan jadi rujukan. Kes mereka juga akan jadi bahan kajian, terutamanya kepada cyberlaw lawyers dan cyberlaw scholars di Malaysia dan seluruh dunia.

Saya minta maaf. Jutaan maaf. Pertama sekali kepada Saudara Ahirudin dan Saudara Jeff. Keduanya kepada seluruh netcitizens Malaysia. Saya minta jutaan maaf kerana terlambat memberikan respons kepada bala yang menimpa kedua-dua sahabat kita ini.

Sebabnya bukan kerana saya tidak sensitif. Tetapi kerana selama 48 jam yang lalu komputer bimbit saya terpaksa diconfigurekan semula. Komputer tersebut telah diintip dan dipantau oleh pelbagai trojan horse dan spyware.

Akibatnya, saya tak boleh buat apa-apa melainkan panggil seorang pakar untuk melindungi hard-disc komputer berkenaan yang mungkin musnah kalau tidak segera diselamatkan.

Jadi, sementara Ahiruddin dan Jeff kena saman, saya pula diserang menerusi pelbagai monitoring devices dan spywares ke atas komputer bimbit saya.

Inilah nasib blogger kerdil macam saya, Ahiruddin, Jeff dan lain-lainnya. Kita semua jadi bloggers bukan pasal nak cari makan. Tetapi, kita nak sama-sama menyumbang, setakat mana yang terdaya, kepada perjuangan menegakkan kebenaran.

Oleh itu, saya harap Datuk A. Kadir Jasin akan segera tampil untuk memimpin kita. Kalau ratusan netcitizens Malaysia mahukan kita tubuhkan tabung untuk membantu kos perbicaraan Saudara Ahiruddin dan Saudara Jeff, Datuk Kadir kenalah segera bertindak.

Kita kena tubuhkan tabung itu dengan serta-merta. Pada waktu yang sama, kita juga kena bentuk satu pakatan bloggers Malaysia untuk membolehkan ianya berkerjasama dengan international bloggers organizations.

Moga-moga tabung dan organisasi bloggers Malaysia ini dapat dijadikan manifestasi kepada perpaduan kita, dari segi moral dan material, dalam menghadapi cabaran mutakhir ini.

Insya Allah, saya akan tetap bersama dalam semua usaha ini. Berani kerana benar, takut kerana salah, patah sayap bertongkat paruh, namun tetap terbang jua! – Ruhanie Ahmad


Wednesday, January 17, 2007

BA Boikot Batu Talam
Tapi Nak Serang Johor?

Barisan Alternatif sah memboikot pilihan raya kecil DUN Batu Talam, di Raub, Pahang. Bagaimanapun, pakatan pembangkang ini dikatakan akan menumpukan seluruh sumbernya ke Negeri Johor sebagai persiapan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sumber-sumber hari ini memberitahu kuda-kepang, BA, khususnya Parti Keadilan, dipercayai akan ‘menyerang’ Johor dalam musim banjir ini.

BA dijangka berbuat demikian kononnya untuk memaksimumkan keresahan rakyat jelata di negeri tersebut akibat banjir, pembatalan projek Jambatan Bengkok dan juga pelaksanaan SJER.

Penasihat Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta beberapa pemimpin pusatnya dikatakan akan meredah banjir di beberapa daerah di Johor, termasuk Johor Bahru.

Sumber-sumber berkenaan juga berkata, Keadilan kini dipercayai mempunyai sumber material yang kukuh. Ia juga dikatakan menerima banyak tajaan keperluan asas yang akan dibahagi-bahagikan kepada mangsa-mangsa banjir di Johor.

Kita tunggu dan lihat sama ada maklumat sumber-sumber ini benar? Kalau betul, bagaimanakah agaknya reaksi mangsa-mangsa banjir di Johor terhadap pendekatan BA ini? - Ruhanie Ahmad
Perut Membawa Penyakit
Oleh Aspan Alias
www.aspanaliasnet.blogspot.com

Saya berjumpa doktor kerana kurang sihat dua hari yang lepas. “Hi doc! saya menegurnya. Dia menjawab, “Hi man! Why are you allowing your body to grow sideways! You must be taking tons of food! Hampir semua penyakit datang dari perut tau! Kalau makan banyak dan cepat pasti penyakit akan datang kat you. Bila makan tu, do it slow dan jangan terlalu banyak!” katanya dalam bahasa rojak Melayu Inggeris.

Selesai mengambil ubat saya duduk di kedai kopi di sebelah klinik kawan saya itu. Saya mula berfikir tentang nasihat doktor tadi. Memang betul kata doktor itu. Penyakit selalunya datang dari perut.

Kalau makan banyak dengan kadar yang cepat penyakit akan menghampiri kita. Nasihat doktor tadi tepat dan pemimpin kita patut dinasihatkan oleh doktor ini.

Di peringkat negara, penyakit rasuah, salahguna kuasa, masalah kroni dan banyak yang lain yang sedang kita hadapi sekarang ialah kerana PERUT. Perut-perut ini ‘makan’ terlalu banyak dan hendak cepat habis, dan perut rakyat bertambah kempis.

Apabila ‘perut-perut’ yang memimpin tidak pernah merasa kenyang maka mereka akan makan tanpa henti sehingga hinggap penyakit yang bermacam-macam. Jika ‘perut-perut’ ini masih makan dalam kadar yang ada pada hari ini, penyakit-penyakit ini amat sukar untuk diubati.

Kita kena selesaikan isu ‘perut-perut’ yang kuat makan ini. Kalau tidak diselesaikan nanti anak cucu kita akan kerugian. Rakyat khususnya ahli UMNO jangan hanya menghilangkan ‘sakit’, kita wajib hilangkan penyakit.

Kita nampak dengan jelas, mereka bukan sahaja makan banyak tapi cepat-cepat pula.

Ingat kepada nasihat yang di berikan oleh doktor kepada saya tadi, PENYAKIT SELALUNYA DATANG DARI PERUT.

WASSALAM

Dipetik daripada www.aspanaliasnet.blogspot.com
Pilihan Raya Kecil DUN Batu Talam
Bebas Bukan Tajaan Pembangkang?

Pilihan raya kecil DUN Batu Talam, di Raub, Pahang, tidak ditandingi oleh parti-parti pembangkang. Calon Barisan Nasional (BN), Abdul Aziz Mat Kiram, 47, hanya akan ditentang oleh calon bebas, Ng Chee Pang, yang baru berumur 21 tahun, 11 bulan, 25 hari.

Calon BN datang ke pusat penamaan calon diiringi oleh 10,000 penyokong yang diketuai oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Ng pula datang ke pusat penamaan calon secara low-profile. Beliau hanya diiringi oleh beberapa orang penyokong yang datang dengan sebuah kereta sahaja.

Jadi, adakah ini bermakna calon BN akan berhadapan dengan jalan paling mudah untuk memenangi DUN Batu Talam? Bagaimana kalau Ng mempunyai penyokong secara rahsia?

Sumber-sumber kuda-kepang di Batu Talam menyatakan, ayah kepada Ng dikatakan pernah bertanding sebagai seorang calon parti pembangkang dalam pilihan raya umum 1990 dan 1995.

Adakah maklumat ini benar? Parti manakah yang pernah diwakili oleh ayah Ng? Adakah personaliti besar parti berkenaan akan berkempen untuk Ng kali ini?

Yang pastinya, hari ini tidak seorang pun pemimpin Dap, Pas atau Keadilan kelihatan di pusat penamaan calon.

Tetapi, tidak mungkinkah para pemimpin serta penyokong ketiga-tiga parti ini berkempen secara sulit? – Ruhanie Ahmad

Tuesday, January 16, 2007


Strategi Pasca Banjir
Penting Dan Perlu…

Soerang pengunjung blog ini menyokong penuh pendapat kuda-kepang supaya Kerajaan mempunyai strategi khusus untuk meringankan beban mangsa banjir selepas malapetaka berkenaan.

Antara pandangan pengunjung yang menggunakan nama samaran Cakapsiang adalah seperti berikut:

Saya amat bersetuju dengan cadangan pengendalian krisis mangsa pasca banjir. Keadaan selepas banjir adalah ketika yang amat kritikal buat mangsa-mangsa.

Bayangkanlah mereka tidak punya apa lagi yang tinggal, harta benda, sumber pendapatan dan ada juga yang kehilangan ahli keluarga.

Jika kita lihat sekarang ini ramai yang turun padang membantu mangsa banjir, meredah air bah - satu langkah terpuji.

Tapi, berapa ramaikah yang akan turun padang membantu mangsa-mangsa banjir sesudah banjir pulih? Jawapannya hampir tiada.

Hakikatnya, waktu yang paling derita bagi mangsa-mangsa adalah ketika berhadapan dengan masa depan selepas banjir surut.

Kerajaan perlu memberi perhatian berat dan bersungguh-sungguh dalam memastikan kehidupan mangsa banjir ini dipantau selepas banjir surut. Kerajaan harus mempertimbangkan langkah-langkah bantuan yang harus diberi.

Jika kita lihat daripada bencana-bencana yang lepas, banyak kes wang bantuan diselewengkan. Mereka yang patut dapat bantuan dinafikan, sebaliknya mereka yang membahagikan bantuan pula yang senang lenang.

Lihat sahaja bantuan untuk mangsa Tsunami, wang puluhan juta habis dibelanja. Tetapi, pembahagiannya dibuat secara kurang adil dan ada kalanya tidak munasabah.

Sebaliknya, kain baju yang disumbangkan, makanan dan air mineral yang diderma tidak sampai kepada penerima malah hingga sekarang masih ada yang tersimpan di setor dan banyak sekali yang terbuang begitu sahaja.

Kenapa? Kerana pihak yang mengagihkan pakaian, makanan dan minuman ini tidak dapat faedah daripadanya!

Sedemikian, bantuan dalam bentuk bukan wang ringgit juga amat perlu difikirkan bagi meringankan beban mangsa.

Sebagai contoh - pencualian cukai pendapatan, cukai jalan, cukai pintu serta cukai-cukai lain, yuran sekolah, bantuan buku, bantuan makanan untuk murid, bantuan rawatan percuma, penurunan kadar eletrik, air dan telefon dll untuk jangkamasa beberapa bulan atau tahun bagi mangsa.

Bantuan dalam bentuk ini tidak mudah untuk diseleweng dan semua mangsa akan dapat menikmatinya.

Mentaliti sesetengah pemimpin hanyalah pergi meredah air bah, ambil gambar, masuk TV beri sedikit biskut dan bantuan RM300 untuk satu keluarga. Ini sahajakah yang mampu difikirkan oleh mereka?

Demikian pandangan Cakapsiang. Elok juga pandangan seperti ini dirincikan oleh pihak Kerajaan. Dan, memang wajarlah Kerajaan mempunyai satu blueprint yang praktikal, berkesan dan menyeluruh mengenai bantuan pasca banjir. – Ruhanie Ahmad.

Monday, January 15, 2007

Kisah Naga Keluar Dari Pertapaan
& Strategi Pengurusan Pasca Banjir
Oleh Ruhanie Ahmad

Saya mengalami banjir besar pada tahun 50-an. Ketika itu saya menuntut di Sekolah Kebangsaan Kampung Separap, Batu Pahat, Johor. Kampung dan sekolah saya ditengglami air sedalam hampir empat kaki.

Kebanyakan orang kampung ketika itu berkata, banjir besar berlaku kerana naga penjaga sungai sudah keluar daripada pertapaannya di hulu Sungai Simpang Kiri.

Sebab itulah banjir pada tahun itu melanda hampir seluruh kampung di sepanjang kanan kiri tebing Sungai Simpang Kiri - dari Kampung Gombak yang berhampiran dengan Bandar Penggaram, hinggalah ke Kampung Sejagong di hulu sungai berkenaan.

Jadi, anak-anak kecil seperti saya pada ketika itu diminta duduk diam di atas rumah. Kalau tidak, nanti kami ditelan oleh naga berkenaan. Kebanyakan kaum dewasa pula bergerak dari rumah ke rumah menggunakan rakit batang pisang.

Ketika itu negara kita masih dijajah British. Penjajah tidak peduli dengan nasib rakyat jelata yang dilanda malapetaka. Tidak ada wakil rakyat, tidak ada petugas banjir, tidak ada pusat pemindahan banjir, tidak ada bantuan banjir.

Bagaimanapun, kebanyakan orang kampung terus tinggal di rumah masing-masing. Ini kerana rumah merka adalah jenis rumah yang bertiang. Tinggi tiangnya sekurang-kurangnya empat kaki. Ada juga yang tingginya lima kaki.

Ubi Kayu

Jadi, mereka tidak perlu berpindah. Mereka juga tidak memerlukan bantuan makanan. Mereka berdikit-dikit. Kalau tengahari mereka makan nasi, sebelah malamnya mereka makan ubi atau keladi.

Lauk pauk pun begitu juga. Mereka makan berlaukkan ikan kering atau ayam atau pun sekadar telur ayam. Kalau ikan kering, ayam atau telur pun sudah habis, mereka hanya makan berlaukkan sambal belacan atau sambal tumis dengan sayur pucuk ubi.

Begitulah senario banjir di zaman penjajah. Ia amat berbeza dengan hari ini – macam langit dengan bumi.

Sewaktu saya jadi setiausaha politik pada awal 80-an, kawasan Seri Medan dalam Parlimen Air Hitam, Batu Pahat, dilanda banjir termenung. Ia digelar banjir termenung kerana air banjirnya tidak begerak sehingga hampir tiga bulan.

Datuk Musa Hitam yang jadi Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang melawat. Lawatan itu menghasilkan beberapa tindakan mencegah banjir.

Secara jangka pendeknya, Sunga Simpang Kiri yang tohor diperdalamkan semula. Secara jangka panjang, kerajaan membina Empangan Bekok.

Seri Medan

Kesannya, Alhamdulillah, kawasan Seri Medan kurang dilanda banjir. Bumi Seri Medan juga jadi satu-satunya kawasan kampung yang subur dengan tanaman hasil mahsul termasuk kelapa sawit.

Bagaimanapun, sewaktu saya mula jadi Ahli Parlimen pada 1990, Seri Medan sekali lagi dilanda banjir kira-kira dua kaki dalamnya. Ini kerana hujan yang berlebihan di kawasan Segamat dan di hulu Sungai Pahang. Air dari kedua-dua kawasan ini melimpah turun ke Sungai Simpang Kiri.

Saya turut berhempas pulas memindahkan penduduk terbabit ke beberapa pusat pemindahan di sekitar Pekan Seri Medan. Kerja-kerja sukarela itu dilakukan oleh anggota Rela, Kebajikan Masyarakat, pertubuhan belia, pertubuhan peladang dan juga JKKK.

Mereka berkhidmat kerana Allah. Mereka tidak mengharapkan muka mereka keluar dalam televisyen. Mereka juga tidak mengharapkan nama mereka dicalonkan untuk dapat pingat PIS Kerajaan Johor atau AMN Kerajaan Persekutuan.

Dalam banjir kali ini, pertubuhan sukarela yang sama masih terus menabur bakti dengan dedikasi dan komitmen kepada kesjahteraan rakyat jelata setempat.

Sultan Johor

Bagaimanapun, apabila banjir besar melanda kali kedua dalam tempoh tiga minggu di Johor, termasuk Johor Bahru, banyak teori diperbualkan mengapa Johor menjadi negeri yang paling teruk dilanda kali ini.

Teori yang popular, tetapi sukar untuk diprcayai, adalah kerana pemimpin negara kita engkar terhadap titah Duli yang Maha Mulia Sultan Johor yang baru-baru ini mencadangkan Tambak Johor dipecah dan digantikan dengan sebuah jambatan.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor membuat cadangan itu supaya air di Selat Teberau dapat mengalir dengan baik. Kalau tidak, Tambak Johor itu menghalang pergrakan air.

Adakah teori ini betul? Adakah benar bumi Johor dilanda banjir dengan seteruk-teruknya kerana pemerintah Malaysia enggan memecahkan Tambak Johor? Adakah benar banjir kali ini akan meredah Tambak Johor sehingga terbelah dua?

Seorang saudara saya di Kota Tinggi, baru-baru ini agak musykil kenapa bumi Johor paling teruk dilanda banjir. Katanya, mungkinkah ada sesuatu yang tidak kena?

Laksamana Bentan

Beliau juga memberitahu saya, bahawa biarpun Bandar Kota Tinggi dilanda banjir teruk, makam Laksamana Bentan yang hanya beberapa kaki jauhnya daripada tebing Sungai Johor tidak langsung ditenggelami air. Benarkah begitu? Kalau betul, apakah ertinya?

Kembali kepada kisah banjir dalam kawasan Parlimen Parit Sulong kali ini, ramai sahabat di Seri Medan mengirim sms kepada saya dan bertanya kalau-kalau saya akan turun padang.

Ada pula yang mengatakan bahawa sebilangan kaum tua di Seri Medan tidak tahu yang saya bukan lagi Ahli Parlimen Parit Sulong.

Bila dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen Parit Sulong kini adalah Syed Hood Syed Edrus, mereka tertanya-tanya, siapakah beliau? Hakikat ini buat saya jadi serba salah. Bagaimanapun, saya akan tetap turun padang.

Bagaimanapun, apa yang agak kurang mengenai pengurusan mangsa banjir adalah bagaimana kita mahu memulihkan saikologi dan kehidupan mereka selepas banjir?

Hakikat ini memerlukan satu perancangan pengurusan krisis pasca banjir. Ia penting kerana usaha memulihkan seluruh aspek kehidupan selepas sesuatu malapetaka adalah kritikal dan mendesak.

Kalau tersilap langkah, malapetakan ini boleh menyebabkan penderitaan yang berpanjangan di kalangan rakyat jelata di peringkat akar umbi!

Sunday, January 14, 2007

Tsunami Politik
Landa Malaysia?
Oleh Ruhanie Ahmad

Tahun ini dijangka ada Pilihan Raya Umum (PRU). Tanda-tandanya amat jelas dan nyata. Barisan Nasional (BN) yakin akan menang. Ia juga yakin untuk terus memerintah Malaysia.

BN sentiasa optimis kerana begitulah hakikat dan sejarahnya sejak berpuluh-puluh tahun lamanya. Biarpun rakyat dilanda ribut, taufan dan banjir, BN terus yakin untuk berkuasa dan memerintah.

Tetapi, adakah sikap optimis ini akan berkekalan? Bagaimana kalau majoriti para pengundi berubah citarasa? Bagaimana jika ada political upset? Bagaimana kalau terjadi tsunami politik?

Saya menlontarkan tiga persoalan di atas berasaskan senario siasah mutakhir di Malaysia, khususnya yang membabitkan pucuk kepimpinan negara dan segelintir individu di sekelilingnya.

Sama ada kita suka atau tidak suka, wajarlah diakui bahawa pucuk kepimpinan Malaysia mutakhir memanglah sedang berhadapan dengan krisis kredibaliti yang agak serius.

Sentimen

Saya juga membangkitkan soalan di atas berasaskan sentimen rakyat terhadap pucuk kepimpinan negara. Sentimen ini saya kutip daripada pelbagai blog dan portal berita tempatan.

Sejak saya menceburi dunia blogging secara aktif tujuh bulan yang lalu, saya dapati keresahan dan kemarahan warga internet Malaysia terhadap pucuk kepimpinan negara mutakhir ini adalah real dan meluas.

Sering kalinya keresahan dan kemarahan warga internet tempatan ini dikuncikan dengan hasrat dan ikrar mereka untuk berubah citarasa menerusi PRU.

Hasrat merobah selera politik ini pula bukan sahaja daripada kelompok atas pagar. Kalangan UMNO dan BN juga ada yang mengatakan untuk berbuat demikian.

Hakikat ini bukannya palsu. Telusurilah sendiri seluruh lamanwb, blog dan portal berita internet Malaysia. Bacalah sendiri komen-komen warga internet Malaysia mengenai politik dan PRU.

Polemik

Kelompok rakyat jelata yang buta ICT pula mempelbagaikan pendapat serta sikap masing-masing menerusi maklumat-maklumat yang ditimba dan diceduk daripada internet.

Maklumat berkenaan diedarkan kepada mereka dalam bentuk salinan fotostet. Maklumat-maklumat itu juga dijadikan polemik harian di merata ceruk desa dan kota.

Pada ketika ini juga berlaku beberapa proses tawar-menawar politik, beberapa perancangan penjajaran semula kedudukan beberapa parti politik, dan juga komunikasi sulit antara beberapa tokoh politik.

Semua usaha ini dikatakan menjurus kepada persiapan PRU yang mungkin diadakan pertengahan 2007. Semua usaha ini juga bermatlamat memperkukuhkan barisan pembangkang.

Saya mungkin tersilap perkiraan bila membuat huraian dan mengemukakan soalan-soalan pessimis seperti di atas. Saya juga mungkin terbawa-bawa dengan prejudis majoriti warga intrnet tempatan terhadap pucuk kepimpinan negara.

Menggemparkan

Tetapi, macam mana kalau saya betul? Bagaimana jika gerhana politik yang sedang kita alami sekarang mendorong kemaraan tsunami politik menerusi PRU 2007?

Sama-samalah kita tunggu dan kita lihat. Kita tunggu, mungkinkah tidak lama lagi wujud banyak perkembangan politik yang menggemparkan di negara ini.

Kita lihat mungkinkah sesetengah perkembangan itu pula tidak pernah terlintas dalam pemikiran kita bahawa ianya akan jadi realiti.

Kita juga tunggu dan lihat, sama ada perkembangan-perkembangan politik yang mungkin muncul kelak membabitkan hanya bangsa Melayu atau pun seluruh masyarakat Malaysia.

Jadi, adakah saya mimpi di siang hari? Adakah saya hanya ngomong-ngomong kosong? Adakah saya sengaja mereka-reka kisah tsunami politik ini?

Katalah apa yang wajar diperkatakan mengenai kemungkinan ini. Akhirnya, manusia hanya merancang. Tetapi, Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya!

Friday, January 12, 2007

Bloggers Sheih, Jeff Dan Rocky’s Bru
Adakah Sesuatu Yang Meracun Kalbu?

Hari ini saya betul-betul nak tanya khabar pasal brothers Rocky’s Bru, Sheih Kickdefella dan Jeff Ooi Screenshot. Pertanyaan khabar ini didedikasikan kepada mereka pasal saat ni banyak sangat sok-sek dan desas-desus mengenai bloger-bloger berkenaan.

Ada kisah yang begitu. Ada cerita yang begini. Kesemuanya mendebarkan. Kesemuanya membabitkan apa yang sudah mereka karyakan dalam blog masing-masing kebelakangan ini.

Kesimpulannya, hari ini memang banyak sangat desas-desus dan sok-sek pasal banyak hal di negara kita. Senarainya panjang berjela-jela. Temanya juga beranika rupa.

Tetapi, kisah-kisah mengenai bloggers tertentu hanya tertumpu kepada soal kebebasan di alam siber dan hakikat keselamatan di dunia nyata.

Semakin hari, nampaknya kedua-dua isu strategik ini jadi semakin bercelaru dan haru-biru. Ianya jadi begitu kerana kononnya ada pihak tertentu yang memang hendak ianya jadi begitu.

Tulisan ini bukannya karut-marut. Rocky’s Bru, Sheih dan Jeff Ooi tentu tahu. Komuniti bloggers yang belum tahu, haraplah ambil tahu.

Kalau perlu, ambillah tahu dengan satu komitmen bahawa para bloggers Malaysia wajarlah bersatu dalam situasi yang semakin meracun kalbu. – Ruhanie Ahmad.
Kempen DUN Batu Talam
Najib Jadi Sasaran Utama?
Oleh Ruhanie Ahmad

Pilihanraya kecil DUN Batu Talam, Raub, Pahang, bukan sekadar gelanggang tempur parti-parti politik. Ia juga mungkin jadi medan pembunuhan karier politik demi kepentingan segelintir individu tertentu.

Spekulasinya begitu bila Pas dan Keadilan yang memboikot pilihanraya kecil berkenaan diura-urakan mungkin menaja seorang atau beberapa calon bebas daripada kalangan sekutunya.

Beberapa sumber meramalkan sebuah parti pembangkang tertentu mungkin menaja seorang calon bebas untuk menentang calon Barisan Nasional (BN).

Calon berkenaan dikatakan pernah aktif dalam UMNO Raub beberapa tahun lalu. Ia akan diketengahkan atas tiket bebas bukan untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Calon bebas itu dijangka dipertandingkan untuk membuka ruang berkempen bagi seseorang personaliti tertentu.

Kempen itu pula dikatakan akan memfokus kepada beberapa isu panas yang kononnya membabitkan beberapa pembesar UMNO.

Najib

Lebih khusus lagi, kempen calon bebas itu difahamkan akan menjadikan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, sebagai sasaran utamanya.

Isu sensasi yang kononnya akan dibabitkan dengan Datuk Seri Mohd. Najib adalah kes bunuh yang didakwa melibatkan Datuk Razak Baginda.

Memang keterlaluan untuk bertindak seperti di atas. Begitu pun, kemungkinannya tidak boleh dinafikan.

Ini kerana segelintir individu tertentu memang dikatakan sedang berusaha keras untuk membina persepsi umum supaya kes bunuh yang membabitkan Datuk Razak Baginda boleh dijadikan senjata meluntur dan mungkin membunuh karier politik Datuk Seri Mohd. Najib.

Pengunjung blog ini mungkin memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai usaha ini sesudah membaca siri The Toyol Code secara berulang kali.

Mei 2007

Bayang-bayang kepada gerakan terhadap Datuk Seri Mohd. Najib ini telah huraikan menerusi siri berkenaan.

Gerakan tersebut dikatakan berkait rapat dengan beberapa perkembangan politik yang mungkin terjadi di negara ini Mei tahun ini.

Sebab itulah pilihanraya kecil DUN Batu Talam bukan setakat gelanggang mengadu kekuatan di kalangan parti-parti politik.

Sebab itulah juga terdapat ramalan seorang atau beberapa calon bebas mungkin ditaja oleh pihak yang berkepentingan kerana kempen bagi calon bebas berkenaan dijangka dijadikan medan pembunuhan karier politik yang terancang rapi.

Thursday, January 11, 2007

Boikot Batu Talam
Dan Reformasi SPR

Awal pagi tadi - 2.00 pagi, 11 Januari 2007 - saya membuat posting kisah Barisan Alternatif (tidak didaftar pasal tak cukup korum) yang antaranya dianggotai oleh Pas dan Keadilan, memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam, di Raub, Pahang.

Di peringkat akhir kisah itu saya mengemukakan empat soalan basik berkaitan pemboikotan berkenaan seperti berikut:

1. Tidak mungkinkah pemboikotan itu hanya satu gimik?

2. Adakah Dap juga akan akur dengan keputusan BA untuk sama-sama memboikot pilihanraya itu?

3. Mungkinkah akan muncul calon-calon bebas di hari penamaan calon kelak?

4. Mungkinkah BN akan menang tanpa bertanding?

Pada jam 1.00 tengahari 11 Januari 2007, saya menerima dua pucuk sms dari seorang ‘toyol’ seperti berikut:

1. Berita boikot itu gimik sahaja untuk tekan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) keluarkan lebih 100 nama-nama pengundi India yang dipercayai tidak bermastautin di Batu Talam daripada senarai pemilih.

2. Ada kemungkinan pada hari penamaan calon dia orang (BA) tarik balik pemboikotan itu. Syaratnya, SPR keluarkan seluruh nama-nama pengundi yang disyakki sebagai pengundi hantu.
Saya ucapkan terima kasih kepada ‘toyol’ berkenaan. Ada sebahagian daripada mesejnya saya blackoutkan kerana sensitif kepada kepimpinan negara.

Bagaimanapun, kalau betullah pemulauan di atas cuma satu gimik, marilah sama-sama kita tanya soalan-soalan berikut:

1. Kenapa perlu bergimik kalau hendak meminta SPR mengeluarkan senarai pengundi yang disyakki sebagai pengundi hantu?

2. Mengapakah tidak disuarakan soal pengundi hantu itu secara rasmi?

3. Tidakkah gimik seperti ini boleh mengkahis keyakinan BA sendiri?

4. Tidakkah gimik ini juga akan menjerat BA kalau akhirnya ia mengketengahkan seorang calon untuk menentang calon BN?

Walaupun begitu, BA bebas bebuat apa sahaja yang difikirkan perlu dan betul. Begitu juga dengan BN, SPR dan Kerajaan.

Kita nantilah apakah perkembangan selanjutnya menjelang hari penamaan calon pada 16 Januari 2007.

Akhir kata, sama-samalah kita akui hakikat bahawa SPR tidak selama-lamanya salah atau kononnya menyeleweng.

Sistem pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR selama ini telah pun memungkinkan Pas memerintah Kelantan sejak 1990 hingga sekarang.

Sistem yang sama juga telah memungkinkan Pas, Dap dan Keadilan memenangi beberapa kerusi Parlimen.

Jadi, janganlah asyik kutuk SPR secara melulu. Apa yang diperlukan masa ini adalah kewujudan sebuah organisasi multi-parti yang digabungkan dengan perwakilan NGO, professional dan elit akar umbi untuk secara ikhlas mengkaji dan mencadangkan reformasi SPR demi kepentingan demokrasi yang melalui evolusi dari zaman ke zaman di negara ini! – Ruhanie Ahmad.
Barisan Alternatif
Boikot Batu Talam

Kuala Lumpur (2.00 pagi) 11 Januari 2007: Barisan Alternatif memboikot pilihanraya kecil DUN Batu Talam, Raub, Pahang. Keputusan ini diisytiharkan di markas Pas di Sega, Raub, jam 10.00 malam, 10 Januari 2007.

Demikianlah isi kandungan sms yang saya terima dari seorang sahabat pada 2.00 pagi 11 Januari 2007. Sahabat berkenaan berada di Sega untuk membuat liputan majlis ceramah BA.

Katanya, selepas pengisytiharan di atas, satu kenyataan akhbar mengenai pemboikotan berkenaan, ditandatangi oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Aziz, telah diedarkan kepada para wartawan.

Turut berucap di majlis ceramah itu adalah Penasihat Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Abdul Hadi, dan beberapa lagi pemimpin tertinggi Pas.

Katanya sahabat saya lagi, beribu-ribu rakyat dalam DUN Batu Talam hadir. Saya pun mengirim sms kepada sahabat tersebut untuk bertanya, berapa ramai?

“Bayangkan sendiri satu padang bola penuh sesak dengan manusia” jawabnya.

Soalnya sekarang, kalau ceramah BA dihadiri oleh beribu-ribu orang, mengapakah BA memboikot pilihanraya kecil tersebut? Kerana ia tidak yakin akan menang? Kerana DUN Batu Talam kubu kuat BN?

Seorang daripada ‘Toyol’ saya pula memberikan jawapan kepada soalan di atas. Antaranya, BA dikatakan tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihanraya. Keduanya, BA dipercayai telah mengesan lebih seratus nama yang didakwa sebagai pengundi hantu.

Betulkah begitu? Tidak mungkinkah pemboikotan itu hanya satu gimik? Bagaimana dengan DAP? Adakah DAP juga akan akur dengan keputusan BA untuk sama-sama memboikot pilihanraya itu?

Jadi, mungkinkah BN akan menang tanpa bertanding? Atau, mungkinkah akan muncul calon-calon bebas di hari penamaan calon kelak? – Ruhanie Ahmad.

Kuda Kepang Mengalu-alukan
Kemunculan 3540 Jalan Sudin

Hari ini saya mengalu-alukan seorang lagi sahabat, Nuraina A. Samad, yang memulakan blog 3540 Jalan Sudin, dengan alamat http://www.nursamad.blogspot.com/. mulai Januari 2007.

Semalam saya mengalu-alukan M. Hanapiah A. Samad (http://www.sangjenglot.blogspot.com/.) sebagai blogger baru juga mulai Januari 2007.

Hanapiah anak Pak A. Samad, imam di Sungai Balang Muar. Nuraina anak Pak (Tan Sri) A. Samad Ismail, Tokoh Wartawan Negara yang ulung dan unggul. Hanapiah jawa tulen. Nuraina jawa campur mendeleng.

Hanapiah pernah berkhidmat di Berita Harian dan Berita Publishing. Nuraina pula berkhidmat dengan NST selama 27 tahun.

Nuraina pernah jadi pengarang bahagian politik. Dia juga pernah jadi pengarang berita NST. Malangnya, dia terpelanting bila NST dipimpin oleh Dato’ Kalimullah Hassan.

Saya pernah menyebut kisah Nuraina sewaktu menulis kisah MICHIAVELLI, PEMIDATO, BRENDON & PENGAMPU yang saya poskan ke blog ini pada Selasa, 20 Jun 2006, seperti berikut:

“Nuraina anak Pak Samad tu senior. Dia masuk kerja di NST pada tahun 70-an. Paling kurang, Nuraina dah mendedikasikan hampir tiga puluh tahun kesetiaannya kepada NST. Saya hairan macam mana Nuraina Samad tak boleh jadi pengarang kumpulan di NST? Dia dah kerja dengan NST hampir 30 tahun, tapi tak dapat jadi boss. Brendon Preira pula tergolong kepada pihak yang bernasib baik. Kata orang, dia mulai kerja dengan NST pada 2004, tapi dapat jadi boss. Jadi, atas perkiraan apa Nuraina Samad tak boleh jadi boss? Atas perkiraan apa Brendon Preira dapat jadi boss?”

Apa pun, cebisan mengenai Nuraina dan Brendon seperti di atas sudah akademik untuk diperkatakan dengan lebih lanjut. Nuraina sudah dapat kerja baru dan kini mempunyai syarikat konsultansinya sendiri. Brendon pula sudah meninggalkan NST dalam keadaan yang ….. (Rocky’s Bru banyak cerita mengnai Brendon!)

Selamat berblogging Ina! Nampak gayanya semakin meriahlah komuniti bloggers Malaysia. Tulislah apa yang anda fikirkan betul. Tulislah apa sahaja yang membuat anda rasa selesa, waimah kisah tarian gelek sekalipun!

(Yalah.. Sepatah kata Kak Teh kita yang kat London tu, bila lagi Aisah Ali nak jadi blogger?)

Saya harap selepas ini senyaplah pihak-pihak yang pernah secara semberono melabelkan bloggers Malaysia kononnya tak tau etika, penyebar fitnah, atau pun penembak curi.

Akhir kata, sampaikan sembah salam takzim saya pada Pak Samad. Tanpa dorongan beliau, tidak mungkin saya jadi wartawan, penulis, atau blogger!! – Ruhanie Ahmad.

Tuesday, January 09, 2007

Syabas Aspan Dan Hanapiah
Dua Maracong Jadi Bloggers

Baru-baru ini dua sahabat saya menjadi bloggers. Untuk mengetahui misi mereka, akseslah aspanalias.net di http://www.aspan_alias.net.blogspot.com/ yang muncul mulai Disember 2006, dan http://www.jenglot.blogspot.com/ yang menemui komuniti internet mulai Januari 2007.

Kedua-duanya jadi bloggers tanpa topeng. Mereka menggunakan nama sebenar, tanpa segan, silu dan gentar.

Aspan Alias dan M. Hanapiah A. Samad adalah lulusan Uitm – Maracong (sebut macam sebutan Vietcong). Aspan dari bidang pemasaran. Hanapiah dari jurusan mass komunikasi.

Harap-harap Maracong super seniors - Mansor Rahman, Ibrahim Shah, Samaruddin Rejab, Chubby, Sam Kerepsk, Ali Pua, Din Gentol, Sabtu Tauke Wayang, Aziz Pedro, Abu Talib Rabun dan lain-lainnya - akan mengikuti hidangan minda mereka.

Begitu juga dengan juniors seperti Jin Tanah, Ali Gajah, Makrom, Mohd. Kama Piah, Salleh Sulong, Azmi Bull dan Ibrahim Ali. Kunjungilah blog-blog di atas.

Kita ikutilah mereka. Pastikan sama ada mereka ada sengat macam ikan pari. Pastikan mereka ada taji macam ayam laga.

Akhir kata, sama-samalah kita kenang kembali lirik akhir lagu Barisan Kita - andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara; kami mohon doa, Uitm berjaya; semboyan sudah berbunyi, mari kita makan roti! (Lirik lagu ini telah diubahsuai untuk jadi lagu rasmi Maracong semasa ragging.) - Ruhanie Ahmad.
SPR Perlu Dirombak
Bagi Menangkis Dakwaan
Badan Itu Tidak Bebas – Pengerusi

Utusan Malaysia
9 Januari 2007

BANGI 8 Jan. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mencadangkan badan itu distruktur semula dan undang-undang serta peraturan pilihan raya di bawahnya yang sudah berusia 50 tahun dirombak secara drastik.

Kajian semua itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihan raya yang sering dikritik pelbagai pihak, menjadi lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat negara ini.

“Orang sekarang lebih pandai, negara juga dah moden. Orang bertanya kenapa tidak boleh dibuat pilihan raya yang lebih telus,” katanya kepada pemberita selesai sesi soal jawab pada majlis pelancaran Akademi Pilihan Raya di sini hari ini.

Bagi tujuan itu, tegas Ab. Rashid, satu suruhanjaya bebas yang dianggotai pakar undang-undang, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik perlu dibentuk bagi mengemukakan cadangan penambahbaikan tersebut.

“Saya berpendapat undang-undang pilihan raya dan struktur SPR sedia ada yang digubal kira-kira 50 tahun lalu ketika negara mengalami ancaman komunis dan masalah hubungan kaum tidak lagi sesuai dengan perubahan pada zaman moden sekarang,” katanya.

Ab. Rashid berkata, beliau mengemukakan cadangan itu kerana merasakan SPR agak terikat berikutan terlalu banyak kelemahan yang terdapat pada undang-undang pilihan raya sekarang dan berharap badan itu diberikan lebih kuasa.

“Saya bersedia menjadi penasihat kepada suruhanjaya bebas yang bakal ditubuhkan itu bagi memastikan SPR dimodenkan supaya ia boleh dipercayai, efektif dan tidak dipersoalkan oleh mana-mana pihak yang mengambil bahagian dalam pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, ketika menyampaikan ucaptama di majlis itu bertajuk Badan Pengurusan Pilihan Raya - Suatu Elemen Penting Dalam Menghasilkan Integriti Pilihan Raya Demokratik, Ab. Rashid menggaris beberapa pembaikan yang perlu dibuat terhadap SPR.

Antaranya, kata beliau, termasuk mempercepatkan proses pindaan undang-undang pilihan raya, peruntukan kewangan secara terus, kebebasan SPR untuk melantik kakitangan, kuasa menyelesaikan kes kecil dan pelantikan ahli badan secara telus.

Menurutnya, proses pindaan undang-undang pilihan raya yang kini mengambil masa sehingga bertahun-tahun dan perlu melalui pelbagai tahap harus dipermudahkan selain kerenah birokrasi yang perlu dikurangkan.

“Peruntukan kewangan untuk badan ini perlu diluluskan khas oleh Parlimen dan SPR perlu diberi kuasa untuk melantik kakitangannya sendiri dan membayar gaji tanpa perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“SPR juga harus diberikan kuasa untuk memproses, menghakim dan menyelesaikan pertelingkahan kecil pada musim pilihan raya yang kini dikendalikan oleh polis dan perlu melalui proses mahkamah yang mengambil masa agak lama,” katanya.

Menurut Ab. Rashid, Perlembagaan Persekutuan disaran memasukkan peruntukan jelas mengenai pelantikan ahli-ahli SPR bagi mengelak parti pemerintah diberi kuasa mutlak dalam proses pemilihan dan pelantikan ahli SPR serta memastikan mereka mempunyai kekebalan sebagaimana dinikmati pihak kehakiman.

Beliau juga menggariskan enam kuasa yang tidak wujud pada SPR yang menjadi punca kelemahan badan itu pada masa ini, iaitu:

· Kuasa menentukan penubuhan parti politik dan menjamin kebebasan mengambil bahagian bila-bila masa dalam pilihan raya.

· Kuasa mengawal semua keadaan pada musim berkempen.

· Kuasa mengatur keadilan dan kebebasan melapor bagi semua media cetak dan elektronik.

· Kuasa mengawal dan menghukum pihak yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk berkempen.

· Kuasa menentukan keadilan dalam hal-hal berkaitan dengan pembiayaan kewangan untuk kempen parti.

· Kuasa mengawal dan mencegah rasuah dan aktiviti membeli undi dalam musim pilihan raya.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Monday, January 08, 2007


Dr Mahathir Yakin
Usaha Jadikan Perang Satu Jenayah
Dapat Sokongan

BERNAMA
8 Januari, 2007

PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gerakan ke arah menjadikan perang satu jenayah akan didengar oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu selepas usaha itu mendapat sokongan masyarakat dunia.

"Jika kita lemah dan orang masih gemar membunuh untuk menyelesaikan pertikaian, permohonan kita tidak akan dipertimbangkan secara serius," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian pada sidang akhbar untuk mengumumkan mengenai satu persidangan dan pameran yang akan diadakan bulan depan sebagai sebahagian daripada usaha menjadikan perang sebagai satu jenayah. Persidangan itu, yang akan berlangsung di PWTC di Kuala Lumpur dari 5 hingga 7 Feb, dianjurkan oleh Perdana Global Peace Organisation yang beliau pengerusikan.

Dr Mahathir berkata penduduk yang pernah melihat peperangan dan kekejaman seperti di Hiroshima dan Iraq, termasuk seorang mangsa penyeksaan di penjara Abu Ghraib, akan dijemput bagi menceritakan mengenai penderitaan dan betapa sia-sianya peperangan itu.

"Dengan bertambahnya bilangan penceramah kali ini, kita harap persidangan ini akan menghuraikan secara lebih terperinci mengenai kesan perang. Kita perlu ubah pemikiran rakyat...biar mereka sedar bahawa perang itu kejam, perang bukannya jalan pilihan untuk menyelesaikan pertikaian antara negara," katanya.

Dr Mahathir juga bercakap panjang lebar mengenai hukuman gantung yang dijalani oleh bekas Presiden Iraq Saddam Hussein baru-baru ini, dengan menyifatkannya sebagai satu hasil perbicaraan memalukan yang menyaksikan hakim ditukar dan peguam dibunuh.

"Saya berpegang bahawa sebuah mahkamah yang ditubuhkan oleh musuh kita tidak mungkin menjalankan perbicaraan yang adil. (Dalam kes ini), yang jelasnya ialah mahkamah ini adalah mahkamah musuh, dan niat mereka dari awal lagi, pada pendapat saya, ialah untuk menjatuhkan hukuman salah dan menggantung beliau," katanya.

Sambil menganggap hukuman itu kejam kerana dibuat secara tergesa-gesa tanpa memberi masa untuk rayuan, Dr Mahathir berkata Iraq kini berada dalam keadaan lebih buruk.

Mengenai laporan bahawa Presiden Amerika Syarikat George W. Bush akan menghantar lebih banyak anggota tenteranya ke Iraq, beliau berkata langkah itu tidak akan mengubah keadaan.

"Dia hendak buktikan bahawa dia tidak akan dipengaruhi oleh sebarang perkembangan di Iraq...bahawa dia ada cara sendiri untuk bertindak, dan jika rakyat Iraq tidak setuju pun, dia tetap lakukan sesuka hatinya.

"Dia patut letak jawatan sekarang juga dan diadili oleh sebuah mahkamah yang dibentuk oleh musuhnya," kata Dr Mahathir. -- BERNAMA

Sunday, January 07, 2007

Kisah Pelangi Tiga Line
Dan Blogger Sosio-Politik
Oleh Ruhanie Ahmad

Dua tiga hari yang lalu saya didatangi seorang sahabat bukan Melayu. Dia anak Batu Pahat. Dia memanggil saya abang. Dia ramai taulan dan handai. Dia tidak main politik. Dia cuma seorang usahawan kecil.

Baru kira-kira setengah minit dia duduk di kerusi di pejabat saya, dia pun berkata: “Be careful. Their eyes are on you. Yes you!”

Saya renung sahabat saya dengan mata yang tajam. Kemudiannya, saya mengebil-ngebilkan mata. Saya pun bertanya dengan nada perlahan: “Apa halnya ni? Mata sapa? Pasal apa?”

“Mata dia oranglah. Dia orang! Dia orang you know who la!!,” jawabnya spontan diiringi senyuman sinis.

“Hisss!! Budak ni tebiat kot,” kata hati saya bila menerima jawapan penuh teka-teki seperti di atas.

Teropong

“Bang. Saya kasi tau sama lu, banyak mata tengah tengok Abang. Mana-mana ada mata cuba nak tau apa pasal Abang jadi blogger,” kata sahabat saya.

“Ohhh.. Rupa-rupanya dia cerita pasal blogger. Jadi, saya yang tengah diteropong oleh banyak mata ni adalah Ruhanie Ahmad Kuda-Kepang! Siap.. Nampak gaya gendang kuda kepang kenalah tukar beat kepada rentak kuda perang. Kalau tak, nanti jadi kuda tempang,” kata hati saya lagi.

“Bang. You don’t like that la! You look at me macam mau telan aje! Don’t la like that. I am telling you the truth. Sumpah Bang!” kata sahabat saya.

Saya bukan marah kepadanya. Saya juga tidak marah kepada sesiapa. Saya cuma jelak dengan maklumat-maklumat “banyak mata sorot saya,” atau “banyak orang nak jumpa saya,” atau “hati-hati, banyak pihak akan hentam saya.”

Dalam gitu-gitu, saya teringat kisah Blogger Sheh yang pernah diberitakan dalam blog ini sebagai ‘hilang.’ Saya juga teringat kisah Pyan Gen-M yang juga saya beritakan sebagai ‘hilang.’

Pelangi

Syukur Alhamdulillah. Sheh sudah kembali aktif. Tapi kawan-kawan kata, ada perubahan sedikit dalam blognya selepas ‘kehilangannya’ baru-baru ini.

Saya tak tau apa perbzaannya. Tetapi, tup-tup dia cerita pasal pelangi tiga line. Saya tak tau apa yang dimaksudkan oleh Sheh dengan tiga line. Saya pun tanya seorang ‘toyol’ apa itu tiga line.

Sekarang saya dah tau, apa itu tiga line. Saya istilahkan sebagai ‘pelangi tiga rona.’ Menurut 'Toyol' saya, puak-puak ini adalah sahabat. Jangan kita kata apa-apa. dan jangan kita cerca. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali!

Balik kepada cerita sahabat saya seperti di atas, saya pun terus tertanya-tanya sendiri, mata manakah yang kini sedang dan sentiasa memerhati dan meneropong saya? Apa salah saya? Adakah blog saya brutal?

Adakah pasal The Toyol Code? Mungkinkah sesetengah pihak memang kini berusaha untuk menggertak beberapa bloggers tertentu? Sebab itukah kini terdapat beberapa sahabat bloggers seolah-olah resah, gelisah, rimas dan cemas?

Buta Hati

Atau, mungkinkah kini wujud satu syndicated move oleh kelompok tertentu untuk melemahkan semangat Malaysian bloggeres specializing in socio-political and current affairs supaya tutup kedai dan goyang kaki jadi pemerhati yang buta hati?

Saya tak tau jawapannya. Saya hanya bloggers kerdil. Saya bukan lagi Ahli Parlimen. Tapi, saya tetap ahli Umno dan penyokong BN, biarpun hari-hari Umno dan BN menerima kecaman demi kecaman.

Kecaman-kecaman itu jadikan saya panas telinga dan panas hati. Tetapi, selepas membaca beberapa tulisan Raja Petra Kamaruddin (RPK), A. Kadir Jasin, Rocky’s Bru, Surat Dalam Botol, Gen-M, KMU, Zaharin Sang Kelembai, Aspan Alias, Sheh Kickdefella, Laman Marhaen, dan lain-lain, (bila Tok Him nak buka blog?), saya terus termenung.

Angkatan 2000

Dalam keadaan begini, hati saya terus berbisik sendirian. Saya bertanya kepada diri saya, mungkinkah seluruh gambaran suram, seram dan kelam mengenai Malaysia mutakhir akan jadi realiti? Kalau jadi realiti, macam mana?

Justeru itu, jangan kita patah semangat. Jangan kita patah hati. Sepatah kata orang tua-tua: patah sayap, bertongkat paruh, namun tetap terbang jua.

Sebagai noktah akhir dalam coretan ini, mungkinkah satu hari nanti seluruh bloggers dalam bidang ‘socio-politics, economy and current affairs’ di Malaysia akan dicatatkan oleh sejarah sebagai Angkatan 2000, seperti kumpulan penulis dan sasterawan Angkata 50? Mungkinkah begitu?