Tuanku Mizan Kesal Dakwaan
Baginda Sokong Perhimpunan Haram
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melahirkan rasa kesal dengan dakwaan kononnya baginda dan Istana Negara memperkenankan dan menyokong satu perhimpunan haram di sini Sabtu lepas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Mohd Safiain Wan Hasan hari ini, Seri Paduka Baginda juga melahirkan rasa kesal dengan perhimpunan itu yang dianjurkan oleh satu kumpulan dikenali Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) yang disokong parti-parti pembangkang.
Dalam kenyataan itu, Tuanku Mizan menegaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah pada bila-bila masa jua memperkenankan atau memberikan apa-apa sokongan secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana pihak yang menganjurkan atau terlibat dalam perhimpunan haram itu dan apa-apa jua kegiatan lain yang berkaitan yang menyalahi undang-undang negara.
Sabtu lepas, BERSIH yang disertai oleh badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan parti pembangkang mengumpulkan penyokong-penyokongnya di beberapa tempat di sekitar ibu kota termasuk Jalan Masjid Jamek, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid Negara sebelum berarak ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Isnin lepas, Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, berkata dalam satu kenyataan bahawa BERSIH mengambil keputusan menyerahkan memorandum itu kepada Yang di-Pertuan Agong setelah Tuanku sendiri memberikan perkenan Baginda, dan kehadiran BERSIH ke Istana Negara pada hari Sabtu itu, adalah bagi menjunjung perkenan Tuanku untuk menyerahkan memorandum itu kepada wakil Baginda.
Tuanku Mizan bertitah sebagai Ketua Utama Negara, baginda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa prinsip sistem pentadbiran negara berlandaskan prinsip Raja Berperlembagaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sentiasa dihormati dan dipatuhi oleh semua.
Baginda berharap agar rakyat Malaysia sentiasa bertindak dengan mematuhi undang-undang negara dan tidak melibatkan diri dalam apa-apa juga kegiatan atau tindakan yang menyalahi atau bertentangan dengan undang-undang negara.
"Setiap rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara ketenteraman awam demi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara," titah baginda.
Seri Paduka Baginda juga berharap agar rakyat dapat bersama-sama mengekalkan semangat persaudaraan dan perpaduan demi membina negara yang lebih makmur, bersatu padu dan dihormati.
Wan Mohd Safiain pula berkata pihak pengurusan Istana Negara buat pertama kalinya memanggil media untuk menghebahkan kenyataan ini kerana Yang di-Pertuan Agong memandang serius perkara itu.
"Kebiasaannya Istana Negara mengeluarkan kenyataan melalui faksimili, tetapi kali ini terpaksa memanggil media untuk memastikan ianya dapat dihebahkan kepada seluruh rakyat," katanya.
-- BERNAMA, 16 November, 2007 12:45 PM
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=296599

5 comments:
Salam Dato'..
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.. Saya mohon agar Dato' dapat memberikan komen terhadap perkembangan dr Istana ini..Pd saya matlamat tidak menghalalkan cara dan saya jua berpendapat permasalahan ini sebenarnya dijuarai oleh mereka yang mempunyai agenda politik masing2..Misi serampang dua mata ini pada saya tidak sesuai dalam men'visualisasi'kan kelemahan yang ada pada kepimpinan sekarang..
Sekadar memberi pendapat..
Sebagai rakyat yang SETIA KEPADA RAJA DAN NEGARA, saya tidak akan sama sekali mempersoalkan kesahihan kenyataan akhbar tersebut.
Sedari awal, saya melihat situasi yang ada berpunca dari rasa benci terhadap orang lain. Adakah ini yang dituntut? seolah-olah yang terlibat dengan perhimpunan sebegitu sahaja yang sayangkan negara.
Adakah kumpulan yang hendak ditentang atau golongan yang menentang perhimpunan sebegitu tiada langsung rasa kasih dan sayang kepada negara?
Tidak dinafikan wujud begitu banyak kelemahan dan rakyat perlu disedarkan. Yang perlu dinilai dalam usaha menyedarkan rakyat adalah kaedahnya, mungkin kita beranggapan selama ini perhimpunan sebegitu adalah kaedah terbaik.
Terlupa kita terhadap usaha mendidik rakyat untuk menjadi rakyat yang bijak memuat pilihan (mungkin kerana memerlukan masa yang terlalu panjang)
Tiba masanya rakyat dididik menyuarakan tuntutan dengan:
- Rasa hormat dan kasih sayang
- Penuh dengan kesyukuran
- Tanpa menzalimi diri sendiri
- Tidak mengganggu kehidupan harian
Janganlah kita sampai ketahap dimana pemimpin dan rakyat saling membenci dan melaknat antara satu sama lain.
Glycerine dan Millie, terima kasih.
Glycerine: slam perkenalan darip[ada saya. Silalah fahami maksud posting saya yang terbaru. Kemusykilan anda terjawab menerusi posting tersebut.
Millie: Saya hormati pandangan anda. Tetapi, dalam perjuangan, ada kalanya kita perlu menyatakan the obvious untuk menginsafkan pihak terbabit. Sebab itu, yang dipolemikkan hari ini bukan BN atau kerajaan. Yang dipolemikkan adalah Abdullah dan konco-konconya. Adakah pihak ini benar-benar menjunjung aspirasi rakyat jelata yang memberikan mandat kepada mereka?
Salam takzim.
Saya dapat info terbaru. Jumlah yang menyertai gelombang kuning Sabtu lalu adalah 138,000 orang. Inilah sebabnya Abdullah khuatir sehingga KJ pun dah jadi bisu.
Satu lagi info. Katanya dalam istana pun ada talibarut Abdullah yang berusaha memperkecilkan Raja kita. Jadi, janganlah kita terburu-buru membuat kesimpulan. Wajar kita tunggu dulu perkembangan selanjutnya untuk mendapatkan kepastian. Daulat Tuanku.
Cyber, terima kasih atas kiriman info terbaru ini. Semoga ini akan menyemarakkan lagi fenomena gelombang rakyat.
Salam takzim.
Post a Comment