Wednesday, November 21, 2007

Reaksi Kepada Isu Maya O Maya
Dan Monsoon (Wang Ehsan) Cup

Di bawah ini saya paparkan dua komen terhadap posting mengenai Maya Karin dan Monsoon (Wang Ehsan) Cup di Kuala Trengganu buat tatapan anda. Baca dan fahamilah maksudnya. Sesudah itu ambil iktibar daripadanya. – Ruhanie Ahmad

Komen Abraham: Kasihan rakyat Terengganu. Menang sorak kampung tergadai. Tnah dipijak milik orang! Apalah sangat Monsoon Cup jika dibandingkan dengan keperluan atau kebutuhan rakyat marhein terutama sekali kerana saya kira masih ramai lagi rakyat Terengganu hidup di bawah paras kemiskinan.

Apa manfaatnya Monsoon Cup kepada majoriti rakyat Terengganu kiranya yang mendapat habuannya adalah segelintir cuma.

Benar, tidaklah salah mencari sedikit keuntungan. Tetapi, janganlah rakyat yang memberi mandat diabaikan, kroni diutamakan.

Mungkin mereka merasakan gelombang biru penggal yang lalu mampu mengulangi kejayaanya pada pilihan raya akan datang. Mandat rakyat jangan dipermainkan. Anda dipilih bukan bermakna anda wewenang berbuat apa sahaja.

Suara majoriti bukanlah bermakna anda boleh melewati batasan hukum duniawi dan moral, jauh sekali hukum Tuhan. Suara minoriti yang tidak sealiran dengan ideology atau pendapat anda juga haruslah didengari dan diambil peduli. Bukankah mereka ini juga warga dan rakyat anda?

Tidak mengapa jika anda menganggap komentar ini sebagai suatu yang tidak bermakna. Pada anggapan anda umpama "anjing menyalak bukit." Tidak mengapa.

Teruskanlah dengan agenda anda mendodoikan rakyat semahu-mahunya atas manifesto (retorik?) tradisi membela rakyat, walhal lain yang berlaku.

Mengapa tergesa-gesa melakukan pembangunan drastik di kala mandat hampir tamat? Kenapa tidak semasa mula-mula mengambil alih tampuk kuasa (dari pembangkang)?

Anda adalah pemimpin Negeri yang banyak hasil mahsul. Tiada hakkah anda untuk mengutarakan segala macam pembaharuan dan perubahan untuk kebaikan rakyat?

Saya hanya berdoa dan berharap anda masih lagi mempunyai masa untuk melakukan perubahan dengan berani sebab anda dipilih oleh rakyat, bukan dipilih oleh Perdana Menteri atau Naib Ketua Pemuda.

Justeru, jadilah pemimpin yang bermaruah. Anda dipilih untuk memakmurkan rakyat dan negeri bukan sampingannya untuk memakmurkan diri sendiri dan kroni!

Ingatlah! Anda bukan tidak mengerti soal prinsip. Lainlah jika itu tidak menjadi soal lagi kerana kepentingan diri dan kroni telah mengaburi mata!

Salam Hormat. – Abraham, 4:33 pagi, 21 November, 2007

Komen Kamalkamal: Kerajaan Islam Hadhari cukup istimewa. Kalau kita cerita lebih-lebih, nanti dikatakan kita menabur fitnah. Kalau tak diberitakan perkara tersebut memang berlaku. Habis sebagai rakyat marhaen apa yang patut kita buat?

Akhir-akhir ini rakyat semakin di perbodohkan oleh kepimpinan Islam Hadhari. Apakah itu tuntutan Islam Hadhari yang sebenar terhadap Negeri Terengganu? Persoalannya, berapa kerat rakyat Terengganu mendapat faedah dari Monsun Cup tersebut?

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari cukup kebal. Langsung tidak memgambil "pot" rintihan rakyat... Asalkan kantung kroninya diisi, rakyat biarkan!!!, biarkan!!! – Kamalkamal, 8:35 pagi, 21 November, 2007

4 comments:

banghuris ghutghut said...

pilihanraya diadakan untuk memberi peluang memilih - semua maklum. gelombang biru karinahnya memang gitu - juga semua maklum. kendati pun demikian maklumnya, alahai… pangkah juga karinnya. dah terantuk baru nak mengadah. padan muka!

don’t like mayakarin? so 2car mayoritas DUN pd PRU 12 mendatang. susah sangat ka?

kudakepang said...

Banghuris, salam perkenalan dan terima kasih.

Si Katak Lompat said...

Salam Datuk,

Bukan saja rakyat Terengganu kecil hati dengan limpahan kewangan yang diterima Monsun Cup, bahkan banyak pemimpin negeri mual melihat Exco Kerjaraya Terengganu, Wan Hisham Wan Salleh, begitu angkuh menonjolkan kemewahan dan keGAHannya berkawan dengan orang putih.

Penyediaan Pulau Duyung menyaksikan jurang kehidupan antara kemewahan pemilik Kelab Teluk Warisan yang dibarisi nama terkemuka dunia, dengan lebih 500 penghuni Kampung Pulau Duyung yang masih disulami perkampungan ala setinggan.

The rich and the poor, adalah gambaran paling tepat untuk menggambarkan mereka yang di Pulau Duyung.

Menteri Besar dan Wan Hisham patut disingkirkan kerana mewujudkan fenonema 'ANTARA DUA DARJAT'.

Pastikan rakyat Terengganu hidup mewah dahulu, sebelum mereka terus memewahkan diri sendiri.

Pemerhati Terengganu

banghuris ghutghut said...

tq atas alu2an kuda kepang. teruslah menulis dari perspektif luar kotak parti, jemaah, geng, tok guru, sheikh dan seumpamanya. I cud do w/ more pencerahan of tis quality.