Sunday, November 11, 2007

Gelombang Kuning Wajar Diteruskan
Dengan Pakaian Kuning Setiap Sabtu

Gelombang kuning perlu terus digelorakan di seluruh pelusuk tanahair tercinta. Bukan dengan perarakan ke Istana Negara di Kuala Lumpur. Tapi, hanya dengan memakai pakaian - baju, baju-t, tudung, necktie, selendang, kot, jubah, serban, seluar, skirt atau topi – berwarna kuning pada setiap hari Sabtu.

Kita pakai warna kuning pada setiap Sabtu mulai hujung minggu ini sebagai simbol kasih dan sayang kita kepada Raja dan Negara.

Tindakan ini amat bersesuaian dengan prinsip kedua Rukun Negara di mana kita mengikrarkan kesetiaan kita kepada Raja dan Negara pada setiap masa.

Kita juga kenakan pakaian warna kuning setiap Sabtu untuk memperingati Sabtu 10:11 atau Sabtu 10 November 2007, tarikh bermulanya gelombang kuning di negara ini.

Kuning adalah warna yang melambangkan kebijaksanaan, persahabatan dan kesetiakawanan. Ini bermakna warna kuning adalah warna kebijaksanaan kita dalam memperjuangkan kesejahteraan, keadilan dan kesaksamaan. Ini bermakna, kuning juga adalah warna perpaduan dan permuafakatan di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Jom kita mulakan pada Sabtu depan ini. Jom ramai-ramai kita kuningkan suasana Malaysia biar lebih ceria dan bahagia. Jom kita kuningkan semangat dan jiwa kita demi Malaysia yang lebih adil dan saksama. – Ruhanie Ahmad

5 comments:

blogus said...

Datuk, satu soalan kenapa kuda kepang. Bagi I yg kat oversea camana nak gelombang kuning ? hanya web sahaja boleh dikuningkan

-thethinker- said...

bagi saya... lebih baik momentum itu disimpan dahulu... usah terburu-buru meledakkan peluru yg terhad tuu.. biar rakyat semua kagum dahulu dgn pergerakan gelombang kuning ini.. sebarkan mesej kpd rakyat jelata di desa-desa, kampung baru , estet , dan kawasan sub-urban. Ubah mentaliti mereka mengenai perhimpunan aman.

Masa yg sesuai utk satu lagi perhimpunan raksasa ialah bila harga petrol dinaikkan...masa itu , penyokong BN pun pasti akan turut serta.. kerana ianya betul betul menusuk tepat ke luka di hati dan perut. mana taknya... satu tangki penuh petro kereta iswara akan mungkin memerlukan rm100 ( laa nii... rm 70 jee )

ikhwan said...

Datuk, selain pakai kuning pada hari sabtu, jom kita pakat tampal stikers kuning bersih kat kereta/motor/lori/bas. edarkan kepada semua rakyat yang cintakan negara. biar semua kenderaan tertampal stikers kuning ` bersih`. sebagai satu lambang kesatuan. moga dapat di mulakan segera. terima kasih.

MekNa said...

Datuk, we have seen how difficult is was to hold the 10-Eleven rally. Some people say 10,000 or 40,000 is a only a speck of the 26mil population; it is not a majority voice. So Datuk, my 2 sen worth suggestion; let's organise a nation-wide virtual rally on 8-December, exactly 1 month from 10-November. On that day, whoever is in solidarity with Gelombang Kuning, please be in your best yellow attire. Post photographers in every city/town/village nation-wide and share the pictures. You think Malaysia will get jaundice on that day?

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian, terima kasih.

Anakmama: Saya serahkan soalan anda “apakah kejayaan yang dicapai oleh Abdullah & Co sehingga kini?” kepada rakyat jelata menjawabnya.

Pemerhati: Terima kasih di atas huraian anda mengenai Rukun Negara. Saya juga terharu di atas komitmen anda untuk turut menjayakan kempen SABTU YANG KUNING.

Naufal: Jangan sedih. Anda akan mengetahui tidak lama lagi mengapa saya memilih jalan yang saya lalui sekarang. Bertenang, bersabar dan tunggulah. Rasanya anda akan mengetahui dengan sendiri jika anda sudi menganalisa keadaan menerusi prespektif the bigger picture di Malaysia mutakhir. Untuk makluman anda, saya masih ahli UMNO dan tetap sayangkan UMNO.

Mohd Shani: Seperti saya jelaskan kepada Naufal, jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Bila fajar perubahan menjelma di kaki langat nanti akan anda insafi di manakah realiti yang sebenar-benarnya.

Millie: Jawapan saya kepada anda adalah serupa dengan jawapan saya kepada Naufal dan Mohd Shani. Tenang, sabar dan be sensitive to the current development.

The Eugenist: Terima kasih atas ikrar menjayakan kempen SABTU YANG KUNING ATAU YELLOW SATURDAY!

Jue: Gunakanlah kebijaksanaan untuk memperolehi maklumat yang akan membolehkan anda membuat perbandingan komprehensif terhadap apa jua yang sedang berlaku di tanahair tercinta ini.

InMine: Kenyataan PM itu adalah hak beliau. Tetapi, janganlah diizinkan mana-mana pihak mempengaruhi kita membina persepsi bahawa SPB YDP Agong kononnya sebagai insan yang tidak mampu membuat perkiraan yang waras, rasional dan demi kepentingan rakyat dan negara. Sebagaimana saya tegaskan kepada Naufal, Mohd. Shani dan Millie, bersabar, bertenang dan jangan terlalu konklusif pada ketika ini. Seandainya anda analisa antara yang tersurat dan tersirat dan analisa profil peserta gelombang kuning, pasti anda akan terangsang untuk merungkai apakah agenda tersirat. Untuk makluman anda, di antara ribuat rakyat jelata yang menyertai gelombang kuning adalah ahli-ahli UMNO, professional muda, eksekutif tinggi dan pemimpin akar umbi yang tidak menganggotai mana-mana NGO. Sekali lagi, harap anda sabar dan teliti keadaan menerusi perspektif yang lebih analytical dan luas.

Muhammad Hafiz Muim: Saya akan cuba hubungi pihak penganjur. Tapi, untuk menyertai kempen SABTU YANG KUNING anda cuma perlu kenakan pakaian yang berwarna kuning tanpa memerlukan apa-apa logo.

Jebat Pembela: Terima kasih atas kiriman senarai kisah Abdullah. Semoga ini menggelorakan lagi gelombang kuning@gelombang rakyat.

Abu Hasan Adam: Terima kasih sahabat. Mana hilang. Saya lama tak membaca karya tulisan anda. Kirimlah ke KKepang untuk saya kongsikan dengan rakyat Malaysia.
Salam takzim, selamat berjuang, selamat maju jaya dan pastikan anda dan sabahat-sahabat anda akan menjayakan kempen berpakaian kuning setiap Sabtu.

Collapse comments

Pengunjung budiman, terima kasih.

Blogus: Kuningkan web pun satu tanda solidarity kita semua. Selamat berjuang.

The Thinker: Terima kasih atas nasihat yang saya yakin dicerna secara serius oleh pihak terbabit.

Ikhwan: Pandangan kreatif yang saya pasti akan diperincikan oleh pihak berkenaan. Sebagai permulaan, jom kita kuningkan setiap hari Sabtu kita……

MekNa: This another interesting idea which I believe will be studied by the party concerned. To kick the ball rolling, please don’t forget this coming Saturday. YELLOW SATURDAY!!!!

Salam takzim dan selamat berjuang.