Saturday, November 17, 2007

Hari Ini Adalah Permulaan
Gelombang Rakyat Malaysia

Sabtu adalah hari yang kita tunggu-tunggu. Sebagaimana telah saya saya sarankan Ahad lalu, gelombang kuning perlu terus digelorakan dengan memakai pakaian - baju, baju-t, tudung, necktie, selendang, kot, jubah, serban, seluar, skirt atau topi – berwarna kuning pada setiap hari Sabtu.

Tindakan ini adalah simbol kasih dan sayang kita kepada Raja dan Negara dan bersesuaian dengan prinsip kedua Rukun Negara di mana kita mengikrarkan kesetiaan kita kepada Raja dan Negara pada setiap masa.

Kita juga kenakan pakaian warna kuning setiap Sabtu untuk memperingati Sabtu 10:11 atau Sabtu 10 November 2007, tarikh bermulanya gelombang kuning di negara ini yang kini sudah bertukar menjadi fenomena gelombang rakyat.

Kuning adalah warna melambangkan kebijaksanaan, persahabatan dan kesetiakawanan. Kuning adalah warna kebijaksanaan kita dalam memperjuangkan kesejahteraan, keadilan dan kesaksamaan. Kuning adalah warna perpaduan dan permuafakatan di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Jom kita mulakan hari ini. Jom kita kuningkan suasana Malaysia biar lebih ceria dan bahagia. Jom kita kuningkan semangat dan jiwa kita demi Malaysia yang lebih adil dan saksama. – Ruhanie Ahmad

9 comments:

putera bentan said...

Kita kuningkan Malaysia sampai Pak Lah naik pening dan menantunya jadi juling. Daulat Tuanku!

kudakepang said...

Cyber, terima kasih atas sokongan dan dukungan kepada gelombang rakyat.

Salam takzim.

Tanakwagu said...

saya sangat setuju bahawa kita mesti dan wajib setia kepada Raja kita. memandangkan negara kita adalah negara beraja, maka kita mengakui bahawa Raja adalah simbol negara dan harus dihormati, maka dengan itu kedaulatan Raja termaktub dalam 5 prinsip rukun negara sejak sekian lama. Kuasa Raja mungkin telah terhakis sedikit demi sedikit dan ini haruslah dikembalikan sepenuhnya secepat mungkin! Daulat TuanKu!

A Voice said...

Sahutan Dato ajak orang UMNO pakai baju merah pada hari Ahad untuk meluahkan rasa tidak puashati mereka terhadap pucuk kepimpinan parti telah di war-warkan oleh mereka-mereka di Forum KMU (baca di sini).

Ada yang merah dan ada yang kuning. Untung Selangor :-) .

Dari beberapa aspek, UMNO perlu di reformasikan balik kepada semangat perjuangan asal.

Pejuang-pejuang lama dan pemimpin-pemimpin veteran sudah patut mula bersuara.

kudakepang said...

Tanakwagu, salam perkenalan dari siya. Voice, terima kasih.
hli-ahli
Tanakwaga: Terima kasih atas pandangan yang berharga. Mudah-mudahan kebangkitan rakyat untuk mengkoreksi kepincangan yang ada hari ini akan mengambil saranan anda secara serius. Daulat Tuanku.

Voice. FYI saranan memakai pakaian warna merah untuk ahli-ahli UMNO datangnya dari seorang pembaca KK, nukannya saya. Maka terserahlah kalau saranan itu mendapat respons positif. Hidup Melayu.

Salam takzim.

ahmad said...

Adakah orang UMNO menyokong kebangkitan GELOMBANG KUNING? Ini kerana bagi saya kerakusan ABB & Co sejak akhir-akhir ini menjejaskan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira idelogi politik

kudakepang said...

Saudara Ahmad, terima kasih.

Soalan anda amat strategik. Bagaimanapun, soalan itu telah sepatutnya dijawab sendiri oleh mereka kerana seperti anda katakan: "kerakusan ABB & Co sejak akhir-akhir ini menjejaskan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira idelogi politik."

Salam takzim.

spycatcher03 said...

Datuk , saya melihat episode ini with contempt. Akta Polis menggariskan kuasa mutlak mengeluarkan permit perhimpunan dibawah sek. 27, adalah terletak kepada kuasa Ketua Polis Daerah (KPD), bukan Ketua Polis negeri, Ketua Polis Negara waima Menteri!!! Jadi segala kenyataan 2 ya ng di keluarkan sebelum keputusan KPD dibuat adalah null& void dan dilihat sebgai usaha untuk mempengaruhi KPD membuat keputusan secara bebas. Kuasa Ketua Polis Negeri hanya membuat keputusan apabila ada rayuan terhadap keputusan KPD.
Jadi disini kita dapat lihat betapa 'takutnya' kerajaan terhadap gerakan gelombang kuning ini dengan mengeluarkan kenyataan2 untuk mempengaruhi keputusan KPD (Sehingga dibawa dalam PAU). Bagi saya kerajaan harus mempunyai pemikiran terbuka dalam hal ini. Perhimpunan ini harus dibiarkan tanpa halangan untuk memberi peluang kepada kerajaan menilai tahap sokongan rakyat terhadap gerakan ini dan mengambil tindakan susulan terhadap tuntutan mereka! Dengan cara ini gelombang kunung akan berkubur apabila didapati kerajaan membuat koreksi terhadap isu yang dibangkitkan. PS : saya belum lagi dapat buku Toyol Code Datuk!!!)

kudakepang said...

Spycatcher, terima kasih.

Komen anda sungguh objektif. Saya pohon izin untuk menyiarkannya ke muka depan blog ini untuk dikongsi oleh pihak umum.

Salam takzim.