Saturday, November 03, 2007

Ciri-Ciri Kekuatan Dan Kelemahan
Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi

Persepsi umum mutakhir ini menyatakan, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Abdullah Ahmad adalah “lembik, kaki tidur, kurang gemar membaca, kurang articulate, sering dilanda sindrom tidak tahu, out of control, mengeluarkan beberapa kenyataan berdolak-dalik, mudah dipengaruhi dan dimanipulasikan oleh kalangan yang rapat dengannya, intim dengan Singapura, Australia dan Amerika Syarikat, terlalu memberi muka kepada bukan Bumiputera, prinsip hadhari dalam Islam yang diperjuangkan dicanggahi oleh gaya hidupnya sendiri, dan kebelakangan ini, terperangkap dengan keghairahan projek-projek mega, khususnya koridor pembangunan.”

Seluruh aspek positif peribadi Abdullah, termasuk kejujuran, keikhlasan dan ketulusan hati beliau, kini dikatakan tenggelam dan luntur akibat persepsi seperti di atas.

Sindrom Abdullah

Inilah apa yang disifatkan sebagai sindrom yang sedang melanda kepimpinan dan peribadi Abdullah yang pada peringkat awalnya mempromosikan diri sebagai seorang Mr. Clean dan insan waraq.

Inilah juga ironi diri Abdullah yang telah mengumumkan mission statement kepimpinan yang positif menerusi puisi Ku Cari Damai Abadi yang beliau deklamasikan pada 9 Mei 2003.

Puisi adalah cetusan minda seseorang yang dijana menerusi proses crystallization rasa, jiwa, hati, nurani, kalbu, sanubari, jasad dan makrifat seseorang insan. Sesuatu puisi lazimnya mencerminkan ketulenan jiwa dan ketulusan nurani penulisnya.

Oleh itu, tidak hairanlah kalau ramai rakyat Malaysia yang terpukau dengan puisi Ku Cari Damai Abadi karya Abdullah seperti di bawah ini:

Ku Cari Damai Abadi

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun
Untuk hidup kaya
Aku cari bukan wang berjuta-juta
Untuk hidup bergaya
Aku cari bukan kawan-kawan
Untuk hidup sekadar berfoya-foya
Aku cari mana dia Al-Ghazali
Aku cari mana dia Al-Shafie
Kita bongkar rahsia kitab suci
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

Kenyataan Misi

Rakyat jelata Malaysia menganggap puisi di atas mencerminkan misi kehidupan dan perjuangan Abdullah yang bersih, tulus dan ikhlas.

Kata-kata “aku cari bukan harta bertimbun-timbun untuk hidup kaya, aku cari bukan wang berjuta-juta untuk hidup bergaya, aku cari bukan kawan-kawan untuk hidup sekadar berfoya-foya” adalah bukti kepada imej Abdullah sebagai Mr. Clean.

Kata-kata “aku cari mana dia Al-Ghazali, aku cari mana dia Al-Shafie, kita bongkar rahsia kitab suci cari pedoman, kita bongkar rahsia sunnah nabi cari panduan” pula mengukuhkan persepsi umum bahawa Abdullah adalah insan yang waraq.

Maka, puisi di atas pun dijadikan benchmark oleh sebilangan besar rakyat Malaysia untuk mengukur keikhlasan perjuangan Abdullah sebagai PM.

Ia juga mendorong persepsi umum yang menggambarkan Abdullah sebgai Mr. Clean dan insan waraq disifatkan sebagai realiti yang hakiki.

Demikianlah persepsi umum dan paparan imej Abdullah sewaktu dinobatkan sebagai PM Kelima. Kedua-duanya jadi antara faktor yang memungkinkan kepimpinan beliau memperolehi kejayaan besar dalam PRU-11.

Sokongan Merosot

Kini, sudah empat tahun Abdullah menjadi PM. Persepsi umum dan imej positif beliau seperti di atas kini dikatakan merosot. Persepsi umum yang negatif seperti yang dihuraikan dalam perenggan pertama posting ini pula dikatakan mendominasikan peribadi dan kepimpinan beliau pada hari ini.

Perkara ini dibayangkan oleh satu survey Merdeka Center (MC) yang dijalankan dari 14 Jun 2007 hingga 20 Jun 2007. Survey berkenaan memunculkan kesimpulan berikut:

Satu: Peratusan rasa puas hati masyarakat Melayu terhadap kepimpinan Abdullah menurun daripada 75 peratus pada November 2006 kepada 74 peratus pada Jun 2007.

Dua: Sokongan masyarakat Cina kepada Abdullah merosot daripada 68 peratus pada April 2007 kepada 47 pratus pada Jun 2007.

Tiga: Sokongan masyarakat India kepada Abdullah sentiasa terumbang-ambing daripada 75 peratus pada November 2006 kepada 73 peratus pada April 2007 dan 74 peratus pada Jun 2007.

Empat: Purata nasional atau national average sokongan rakyat terhadap Abdullah kian menurun. Kedudukan 64 peratus pada Oktober 2006, meningkat semula kepada 72 peratus pada November 2006, tetapi menurun kepada 73 peratus pada April 2007, dan meredum kepada 64 peratus pada Jun 2007.

Kajian Umum

Oleh itu, sempena empat tahun Abdullah menjadi PM, blog ini bercadang mengkaji ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kepimpinan beliau selaku PM, Presiden UMNO Malaysia dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Kajian ini bukan sepenuhnya secara ilmiah. Ia lebih menggunakan pendekatan journalistik. Oleh itu, berhujjahlah secara bebas, ikhlas, kritikal dan berani. Kerahsiaan identiti anda akan tetap dipelihara.

Anda dipersilakan menyumbangkan buah fikiran masing-masing terhadap topik ini. Sila nyatakan siapakah anda dan di manakah lokasi anda. Maksudnya, kalau anda menggunakan nama samaran, sila nyatakan status kerjaya anda dan di negeri manakah anda berada.

Sila nyatakan pendapat anda mengenai kelamahan Abdullah yang paling ketara, kekuatan beliau yang paling menonjol dan apa pula cadangan untuk mengatasi kelemahan Abdullah atau memperkasakan lagi kepimpinan beliau.

Sila poskan pendapat anda ke blog ini atau menerusi e-mail puteramaya@gmail.com dalam tempoh sebulan mulai hari ini. Terima kasih. – Ruhanie Ahmad

13 comments:

Berita dari gunung said...

Those clinging around politicians during their regular rounds may not represent the true sentiment of UMNO.

The malays really turned around after 1969. After 1970, Malaysia witnessed sudden influx of Malays into local universities and abroad.

Where are they now?. Who are they? Most of them do not enjoy the kind of upbringing like Najib, Hishamudin, Marina, Nori and Khairy.

What are their priorities? Air, Api and Jalan are duit raya in brown envelopes in era of their dads and mums.

What will they think of their country now?

Throughout the might of Moghul Dynasty, one Shah failed to deliver. He was long dead to relate the details.

putera bentan said...

Asalamualaikum Datuk,

Usaha ini baik. Sekurang-kurangnya Abdullah dapat tau pandangan dan isi hati hati rakyat.

Saya guru dari Pahang. Setahun lagi bersara. Ini pandangan saya mengenai Abdullah. Beliau orang yang baik. Tapi dia juga manusia yang lemah. Kalau tidak, Abdullah tak akan izinkan dirinya dikuasai oleh Khairy, Patrick Lim dan Kalimullah.

Inilah kelemahan utama Abdullah. Pemimpin seperti ini berbahaya kepada negara. Kalau Abdullah terus macam ni, Malaysia akan hadapi masalah besar.

Singapura akan panjat kepala kita dan pijak-pijak kita bagi pihak Amerika. Lama kelamaan, negara kita akan tergadai.

Untuk atasi masalah ini ada dua cara. Pertamanya, Abdullah kena berhentikan semua karenah Khairy dalam UMNO dan kerajaan. Keduanya, kalau Abdullah tak mau lakukan perkara ini, Abdullah wajarlah mengundurkan diri secara terhormat demi kepentingan negara.

kudakepang said...

Berita Dari Gunung: Terima kasih. FYI, I am one of those Malays who went to institutions of highrer learning soon after May 13 1969. In fact the batch of 69 from ITM. And this background really moulded to what I am today. Terus berjuang dan berjuang menerusi kapasiti apa jua walau pun dah bersara. Saya tak boleh mewakili generasi saya. Tapi saya yakin generasi itu kuat semangat patriotisme mereka.

Putera bentan: Pandangan anda akan saya kaji dan kupas. Insya Allah akan saya muatkan ke dalam buku saya yang akan datang.

Selamat maju jaya dan salam takzim.

nakhoda said...

Puisi Pak Lah tu memang betul baik. Saya pun sangka Pak Lah akan buat macam yang dia cakap dalam puisi tu.

Sekarang saya kecewa pasal nampaknya Pak Lah menyimpang jauh dari apa yang dia cakap menerusi puisi itu. Saya ingat, puisi tu orang lain yang tulis. Jadi Pak Lah syok-syok baca dan kita pun terpesona dan anggap itulah ikrar janji dia pada kita.

Tapi sebab puisi tu bukan dia yang tulis sendiri sebab tu Pak Lah lupa apa yang dia ikrar dan janjikan menerusi puisi tu. Sebab itu dia dah lain sekarang ni. Sebab tu dia dah macam lupa yang dia cari bukan harta yang bertimbun-timbun.

Nak betulkan kelemahan Pak Lah senang aje. Buang Khairy, selamatlah Pak Lah. Nak buang Khairy pun mudah. Orang Umno kena berani bersuara dalam perhimpunan agung. Jangan takut.

Tapi, kalau orang Umno pun nak jadi lintah darat dan mau senang dengan baik-baik dengan Khairy, lengkuplah Melayu dan kita semua.

Terlupa. Datuk nak tau siapa saya. Tak payahlah Datuk. Saya cuma kerani cabok dari Johor. Tapi, saya nak Pak Lah ingat, Johor tiang seri Umno dan BN. Orang Johor ramai marah Pak Lah pasal WPI.

Orang Johor juga tak suka Pak Lah rapat sangat dengan anak si lee kuan yew tu. Jangan lupa, dia orang tu nak kuasai kita. Dah dapat air, nak runding tarif air pun tangguh-tangguh. Pak Lah pun ikut je cakap dia orang.

Tun Mahathir nak buat jambatan ganti causeway, Pak Lah kensel. Hari ni, saya tau Singapura cadang nak buat superbridge tuju ke Nusajaya, ibu negeri Johor yang baru. Saya agak, Pak Lah akan setuju. Kalau macam tu, dayus kita semua. Superbridge tu bahaya. Singapura boleh kerah kereta kebal dia langgar JB dalam masa beberapa minit aje. Pak Lah takkan tak tau hal ni. Pak Lah kan bekas Menteri Pertahanan?

Untuk hal Singapura ni, Pak Lah kena tegas. Pak Lah tak boleh nak baik memanjang. Nanti kepala kita kena pijak, kedaulatan kita kena gadai. Orang Johor sensitif hal ni. Jadi, kalau Pak Lah nak betulkan diri, buang Khairy dan tak payah beri muka pada Singapura.

Mudah-mudahan Pak Lah selamat dan terus pimpin kita semua. Tapi, kalau Pak Lah dah tak mau dengar maklumat orang akar umbi macam saya, selamat tinggal...

kudakepang said...

Nakhoda, terima kasih. Pandangan anda akan saya halusi dan muatkan ke dalam buku saya yang akan datang.

Salam takzim.

Kamalkamal said...

Datuk,
Sebagai tambahan kepada komen-komen di atas, amat perlu Pak Lah ingat bahawa akibat kelembutan dan kelemahan beliau memungkinkan banyak kerusi akan jatuh ke tangan pembangkang dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Saya bertugas sebagai AL di sebuah Badan Berkanun di utara Semenanjung. Mungkin pengundi di Kepala Batas (KB) akan terus menyokong Pak Lah kerana pembangunan di sana amat pesat malah pernah digelar sebagai Mini Putrajaya.

Rata-rata rakyat mengeluh kerana kos hidup semakin meningkat. Pak Lah dan para menterinya yang terbabit seolah-olah tidak memperdulikan rintihan rakyat. Kenaikan harga barangan yang berterusan ini menyebabkan rakyat "melabelkan" Pak Lah lembik. Sepatutnya sebagai PM Pak Lah tahu peranan dalam menjaga rakyat terutama golongan berpendapatan rendah yang ramai terdiri daripada orang-orang Melayu.

Malah nama Pak Lah sebagai PM dijadikan senda gurau di kedai-kedai kopi, antaranya Pak Lah dah dapat bini baru, rakyat dah tak dipedulikan lagi, Semua tugasan politik serah kepada Khairy, tugasan ekonomi serah kepada Kamaluddin. Pak Lah Imam Besar Islam Hadhari tetapi isterinya tak bertudung pun!!! Mungkin inikah ajaran Islam Hadhari!!!

Berita dari gunung said...

Dato,

Mengulas sedikit pandangan saudara kamalkamal mengenai kos hidup yang melambung.

Tun Mahathir dalam ucapan akhirnya melahirkan rasa kecewa tentang betapa sukar mengubah sikap Melayu. Beliau secara khusus menyentuh tentang bangsa yang berterusan memerlukan tongkat.

Kini bangsa ini, diberi peluang merasa kehidupan yang rumit dengan melambungnya kos hidup. Petrol hanya sebagai pemula. Di belakang petrol ada "avalanche" yang menghimpit kebebasan ekonomi.

Dalam keadaan ini, antara pilihan yang ada, atau mungkin satu-satunya, ialah mengurangkan perbelanjaan dan simpanan. Sedikit sebanyak petrol menyediakan R & R, untuk duduk sebentar melepas lelah dan meneruskan perjalanan dengan adjustment dan pengorbanan.

Di satu sudut, bangsa ini mahu dilepaskan tanpa tongkat. Tongkat tidak menjadikan bangsa ini bangsa kuat dan berjaya.

Dalam keadaan tongkat secara beransur dibuang, sebahagian dari bangsa ini terus menerus diberi tongkat dan dilindungi. Sebahagian mereka jadi sub-species yang kuat dan tidak boleh diusik. Di kalangan sub-species ini pula ada yang terang terangan mengaku mereka diberi perlindungan kerana hubungan dengan PM.

Mungkin saya salah, tetapi dengan ketiadaan tongkat, dan dengan keadaan terumbang ambing, kekuatan ekonomi yang meruncing, majoriti bangsa ini lambat laun mampu bangun semula untuk hidup bebas tanpa tongkat.

Yang saya bimbang ialah mereka yang mampu bangun semula tanpa tongkat akan berkeliaran mencari sub-species yang bertongkat. Saya takut sub-species ini akan dikumpul lalu dibuang jauh ke saki baki banjaran besar Tanah Melayu.

Sejarah dunia yang melibatkan tamadun bangsa, selalunya mempamirkan pattern yang boleh dijangka. Rakyat, Sosial dan Politik ada fundamental dan ada predictable pattern hinggakan ada yang menyebutnya sebagai engineering atau science. Oleh yang demikian sering kita dengar orang menyebut Social engineering dan Social Sciences.

Negara yang rakyatnya hidup sempit dan rumit, kadar jenayah akan meningkat. Bukan di Oxford saja yang diajar begitu, universiti di Indonesia dan Filipina juga mengajar benda yang sama. Di Malaysia saya tidak tahu, namun kepastian boleh diperolehi dari penasihat cerdik pandai Kerajaan Malaysia tercinta.

Terima kasih.

kudakepang said...

Kamal dan Berita dari Gunung, terima kasih.

Kedua-dua pandangan anda akan saya halusi. Soal PRU tu saya harap pihak berkenaan ambil perhatian serius.

Salam takzim.

joe penang said...

Pada pendapat saya(w/p saya menyokong pembangkan)

Zaman Mahathir

- anak2nya tak naik mencanak2 jadi jutawan dalam masa singkat.
- w/p zamannya banyak projek mega namun ramai tak bising sebab banyak peluang kerj
- saya respect Mahathir bila bercakap isu pendidikan atau ekonomi memang class. Apsal? Ini kerana dia mempunyai think thank dr pakar2 bidang tersebut. Dia juga rajin buat homework.

Zaman Pak Lah
- nak menantu menjadi jutawan segera sebaik sahaja dia jadi pm
- Tingkat 4 semuanya berkiblatkan negara Sang Nila Utama. Tak peliklah mengapa Isu WPI dan Air Asia menguntungkan negara jiran
- zaman Pak Lah w/p ada projek mega(baru2 ni je) tak nampak banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
- Pak Lah asyik keluar ayat i don't know and i'll ask them. Budak kecik pun bleh cakap...

p/s: yang saya nampak bahtera BN telahpun senget. Mungkin takkan karam lagi tapi jika dibiarkan BN akan mengulang sejarah parti Kongres di India. Mungkin disebabkan anai2 yg memamahnya tanpa disedari. Tapi bagaimana jika anak kapal nampak namun membiarkanya? Tambah lagi terdapat ahli kapal yg melubangkan kapal itu. Nakhoda pula tidak mengawal haluan...

Kamalkamal said...

Datuk,
Terima kasih atas pandangan bernas Sdr. berita dari gunung.

Walaupun tongkat akan menjadi bangsa itu kurang bermaya, khususnya bangsa Melayu. Namun jika kita tinjau kehidupan para pak tani kita yang mengusahakan sawah-sawah. Mereka masih memerlukan bantuan. Harga padi sejak dari dulu hingga kini masih sama, sedangkan kos mengusahakannya sawah meninggkat. Tanpa subsidi baja dan subsidi semasa jualan tentu agak sukar mereka meneruskan usaha-usaha ini. Kebanyakannya petani-petani ini telah berusia. Mereka ini pula puratanya memiliki tak melebihi 2 ekar, tidak ekonomik. Tanpa bantuan mungkin sawah akan terbiar atau dipajak kepada pihak lain untuk diusahakan secara komersial.

Begitu juga nasib nelayan, terutamanya nelayan kecil/pantai. Tanpa subsidi petrol mereka agak sukar kelaut. Kos untuk kelaut sekurang-kurang RM50 (harga petrol yang diperlukan) sedang hasilnya belum tahu lagi. Sedangkan harga hasil tangkapan mereka harga masih ditakuk lama juga. Untuk menjadi nelayan moden memerlukan modal yang besar, mana mereka nak korek. Untuk menyediakan kelengkapan nelayan kecil sahaja sekarang ini pun memerlukan modal tak kurang dari 10,000 ribu.

Golongan petani dan nelayan ini hanya dapat menyuarakan perasaan mereka di parlimen kedai-kedai kopi sahaja...dirumah mereka bukannya ada Internet.

Apa yang penting pihak yang bertanggungjawab mestilah memantau supaya tongkat-tongkat ini tidak disalahgunakan.


Istimewanya dalam Pilihanaraya parti pemerintah seringkali mencapai kemenangan di kawasan-kawasan luar bandar kecuali negeri Kelantan berbanding kawasan bandar. Mungkin pemimpin-pemimpin parti pemerintah tahu resepinya?

limado said...

Ini komen saya pasal AAB. Dia orang baik. Dia patriotik. Dia nasionalis. Dia warak. Dia bijak. Dia rasional. Malangnya, sekarang dah berubah 360 darjah.

Banyak sebab pengaruhi perubahan ini. Satu daripadanya menantu dia asyik kata, AAB orang sayang dan puji. Realitinya orang dah meluat. Lepas tu, pengaruh todak yang asyik puji AAB pemimpin toleren. Akibatnya apa masalah yang tertunda dgn todak pun terus tertunda. Kemudian, lepas satu, satu lagi AAB beri muka pada todak. Ini bikin rakyat hangat mendidih.

Satu lagi sebab, AAB baik sangat dengan Bush. Saya dapat tau sebab skandal OIL FOR FOOD kat Iraq, AAB dikatakan terlibat. Juga pasal scomi kompeni anak AAB. Maka dia pun sembah Bush macam apa..

Lagi satu kerana ada manusia macam Kalimullah. Orang yg dikatakan ejen musuh ni pengaruhi AAB juga. Kalau tak, mana orang ni boleh naik tocang.

Lepas tu ada Annuar Zaini. Kata orang, masa zaman Musa Hitam, orang ni tak dipedulikan oleh Musa. Dia ni ego sangat dan terlalu nak tonjolkan diri yang dia paling best dan pandai.

Lepas tu lagi, budak-budak tingkat 4. Dia orang ni semua muda-muda. Pandai-pandai. Belajar di BTU atau british top universities. Tapi, sapa dia orang? Ada tak jiwa nasionalis? Dia orang ada tak di vetting oleh pihak keselamatan. Tak mungkinkah dia orang ditanamkan ke pejabat AAB dengan agenda merosakkan AAB dan negara kita? Saya mintak, AAB, kalau ada masa, beritaulah rakyat semua, benar atau tidak orang-orang tkt 4 tu tak pernah disiasat latarbelakang mereka sebelum bertugas dengan PM.

Habis semua kisah ini, ada pulak Patrick Lim. Ini satu lagi penyakit AAB.

Kesimpulannya, AAB akan selamat kalau dia boleh atasi semua kelemahan di atas. Kalau tidak, entahlah apa nak cakap lagi... AAB pilihlah masa depan yang terbaik untuk diri sendiri. Tepuk dada, tanya selera!!!!!

Untuk rekod Datuk, saya ni professional di KL. Saya juga lulusan luar negara...

keni said...

Saya ikuti blog Datuk dengan penuh minat. Saya pelajar di seberang laut. Saya tak faham kepana PM kita ni macam kena bomoh sampai tak boleh nak tegur langsung khairy. Kami di sini, bila ada orang datang dari tanah air, semua cerita pasal khairy. What is wrong with UMNO? Just because of one miserable soul named khairy, nobody in UMNO dares to tegur our PM?

Last two months I met one gentleman from KL. He said he was the officer of one minister. He came here to take pictures of Patrick Lim's palace now under massive rennovation. He showed me all the pictures he had taken for his boss.

I just kept silent. I hairan pasal manusia Patrick Lim ni. Dia ni sapa? We all hairan macam mana PM kita boleh kasi muka sangat kat dia ni. We all also hairan why khairy denied the house being rennovated here not belonged to Patrick.

I cannot say further. I am a student. I just stop here and you all fikir-fikirlah sendiri apa nak jadi pada PM kita. FYI, restoren nasi kandar kat sini yang dia rasmi dulu dan lungkup....

kudakepang said...

Joe Penang, Keni, Limado, Kamal. Terima kasih.

Seluruh komen dan pandangan anda akan saya tuntasi sebagai bahan buku saya yang akan datang.

Pokoknya, PM kita perlu berani bertindak tegas terhadap menantunya. Kalau tidak, banyak lagi hal akan berlaku.

Salam takzim.