Sunday, November 11, 2007

Gelombang Kuning Beri Isyarat
Sangat Hebat Kepada Kabinet

Gelombang Kuning memberikan signal yang sangat hebat kepada Kabinet. Silap Presiden UMNO menyentuh tentang "demonstrasi jalanan" dan "pantang dicabar" semasa berucap 20 minit dalam Dewan (PWTC pada petang 9 November 2007). Sepatutnya jangan sentuh langsung. Barulah nampak aloof dan statesmanlike.

Saya rasa terpegun bila baca truck FRU tak dapat gerak, tersekat dalam ribuan insan. Mengurus ribuan manusia dalam gelombang begitu bukan benda main-main. Ribuan manusia yang bernyawa, ada anak, ada bapa dan berkongsi ibu pertiwi, punya hak yang sama seperti orang di Sipitang, seperti orang di Parit Botak, Kampung Sireh, Kuala Berang, Tanjung Lumpur dan juga yang duduk dalam Kabinet.

Mengurus kerajaan dan negara juga bukan mudah. Bagi yang sudah veteran, mengurus anak dan menantu juga bukan senang. Lalu betullah ungkapan "telan mati anak, luah mati menantu". Tidak dinafikan, ramai yang pernah berhadapan dengan situasi serba tak kena. Rasa lemas!

Boleh juga kita rujuk dengan ungkapan "malu bertanya, sesat jalan". Soalnya, siapa yang patut kita tanya? Tanya budak pun boleh, tanya orang tua pun boleh. Tanya orang berpengalaman boleh, tanya orang tak berpengalaman (atau kanyiaq) pun boleh.

Kita berkongsi hak dan tanah air. Ia memberi signal besar kepada Kabinet, bahawa selepas diberi mandat memerintah, bukan bermaksud Kabinet boleh buat apa saja. Bila rakyat sangsi, bimbang dan terkeliru apatah lagi suara sumbang semakin berkumandang tentang gangguan dalam pemerintahan. Ada pulak yang kata negara kita dalam auto pilot mode.

Mungkin rakyat tidak faham. Kalau bagitu, ceritalah baik-baik, dalam bahasa mudah. Rakyat perlu faham banyak perkara, tentang SJER (WPI), tentang petrol, tentang espionage yang disebut-sebut.

Mengandaikan bahawa, orang Melayu tidak akan memangkah (mengundi parti) yang lain, sangat bahaya! Dalam keadaan tersepit, orang akan berfikir sejenak sebelum memangkah; antara anak dan menantu, antara Bola dan Koridor, antara 880 billion dan 880 projek, antara orang tua cerdik dan budak berhingus, antara jual dan sayangkan negara, antara terbela dan tergadai!

Gelombang Kuning ada mesej besar! Lets do some soul serching and soul cleansing. Kita diajar dari sekolah lagi, bila menyanyi NEGARAKU, nyanyilah dengan penuh semangat. Semangat itulah yang diperlukan untuk menjamin kesejahteraan tanahair tercinta. Kiriman Berita Dari Gunung

14 comments:

Judge John Deed said...

Assalamu'alaikum Dato'

Kali ini baru nampak sedikit org2 baik membuat kerja dgn lebih baik dan bersepakat lagi berdasarkan peristiwa bersejarah iaitu Perhimpuan 10 November 2007 di KL.

Kita sentiasa dipermainkan oleh pemimpin2 kerana:

1. Orang2 yang baik2 ini tidak minat langsung untuk terlibat dalam politik kepimpinan negara; atau
2. Jika mereka terlibat dalam kepimpinan negara, mereka akan terlibat setengah jalan sahaja kerana mereka fikir politik ini kotor; atau
3. Jika mereka terlibat secara tetap, mereka akan jadi jahat juga kemudian hari seperti org2 yang sedia jahat dalam kepepimpinan; atau
4. Jika mereka tetap jadi baik setelah jadi pemimpin, mereka ini tak ramai. Jesteru itu mereka ini lemah dan senang dipancong oleh penjahat2 yang sedia ada di dalam kepimpinan negara.

Penjahat akan kuat bila orang-orang baik ini lemah. Penjahat yang kuat bekerja serta kuat muafakat akan mengatasi orang-orang baik yang tidak kuat bekerja serta bergerak secara bersendirian. Orang-orang jahat akan jadi pemimpin bila orang-orang baik tidak mahu terlibat dalam politik. Pemimpin yang jahat akan jadi lebih berani bila jumlah mereka lebih ramai dari pemimpin yang baik yang sedikit jumlah bilangannya.

Ingatlah wahai orang-orang yang baik, bila tak ada lagi org2 baik ini dalam kepimpinan negara, maka kekosongan mereka ini akan diisi dan akan sentiasa diisi oleh perompak, penyamun dan pengkhianat negara.

Moga-moga orang-orang yang baik ini akan bertambah lebih ramai lagi serta kuat bekerja dan bermuafakat. Moga-moga dengan jumlah orang-orang baik ini yang ramai, rajin dan bersatu akan menyebabkan:

1. Penjahat-penjahat ini akan jadi takut untuk melakukan kejahatan.
2. Mendorong penjahat-penjahat ini akan jadi lebih baik.
3. Mendorong penjahat-penjahat yang dahulunya baik supaya kembali ke pangkal jalan.
4. Mendorong pemimpin-pemimpin yang sedia baik agar terus menerus jadi baik, insya' Allah.

Sekian, wassalamu'alaikum warahmatullah.

kudakepang said...

Walaikumsalam Tuan Judge. Salam perkenalan dari saya dan selamat berkunjung ke kudakepang.

Terima kasih atas kiriman cetusan minda yang refreshing. Dalam hal ini, saya hanya mahu berkongsi pendapat dengan anda mengenai satu pepatah Cina purba yang mengatakan bahawa buluh yang lurus selalunya jadi mangsa. Buluh luruslah yang kena tebang dulu untuk dijadikan macam-macam alat - galah jemuran kain, chopstick dan lain-lainnya.
Maksudnya, lebih banyak buluh lurus yang kena tebang, lenih banyak jugalah buluh bengkok yang hidup hijau, subur dan merimbun. Renungkanlah erti dan maksud pepatah ini.

Salam takzim.

kudakepang said...

Saudara PEMERHATI: Terima kasih di atas sumbangan dan jasa bakti anda dan para sahabat untuk menjayakan gelombang kuning. Tetapi saya mohon jutaan maaf kerana mesej anda mengenai kereta jaduar tu tidak dapat saya poskan di sini kerana provokatif. Apa pun saya ucapkan terima kasih dan Insya Allah akan saya teliti, fahami mesej itu dan jadikan panduan dalam perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair tercinta.

Salam takzim dan selamat berjuang.

antubiul said...

'Mengandaikan bahawa, orang Melayu tidak akan memangkah (mengundi parti) yang lain, sangat bahaya!'

Datuk,

Pilihanraya 1998 telah membuktikan orang melayu sanggup memangkah parti lain sebagai undi protes, jadi andaiian ini tidak tepat. Malangnya orang melayu perlu berhati hati bila membuat undi protest, jangan sehingga tergadai bangsa. Sebelum pilihanraya bermula, sebelum orang melayu membuang undi protest, perlu diadakan perarakan gelombang MERAH-'UMNO' oleh ahli ahli UMNO yakni yang menjadi ahli biasa tanpa jawatan, dimana suara mereka tidak kesampaian, tidak di bawa oleh perwakilan,dimana undi amanah yang diberi tidak dijujuri oleh perwakilan menuju ke ibu pejabat UMNO dan menyerahkan memorandum 'Bahawasenya, jika Presiden dan kuncu kuncu nya tidak berubah sikap, maka kami ahli ahli umno bawahan tidak akan memangkah 'UMNO' atau 'BN' di pilihan raya akan datang. Fahamilah bahawasenya kami yang memberi mandat pada mereka. Ini lebih efektif apabila ianya nya datang dari akar umbi UMNO sendiri. Datuk masih ahli UMNO dan sayangkan UMNO. Saya percaya begitu juga dengan yang lain.Setau saya suara ahli ahli Biasa UMNO tidak kedengaran oleh pucuk pimpinan. Selamatkan UMNO demi bangsa Melayu. Tepuk dada tanya selera Datuk, Selain UMNO, parti manakan yang datuk fikir boleh mempertahankan Daulat Melayu di bumi Malaysia ini.Walau pun ada ura ura untuk menjadikan Malaysia sebagai Bangsa yakni Bangsa Malaysia, jika benarlah ianya berjaya, maka terkilaf nya legenda Melayu Hang Tuah 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'

Hamizi said...

"power is ultimately a perception, so people might gain power simply by convincing others that they have something in value" - McShane/Von Glinow...

so kepada PM kita, sedarlah diri bahawa kuasa yang ada padanya adalah disebabkan tanggapan rakyat kononnya dia berkuasa...

malah PM diharap sudah faham bahawa kuasa yang ada padanya adalah atas pemberian rakyat yang merupakan amanah...

apabila perhimpunan semalam berlangsung, diharap majoriti rakyat sudah sedar bahawa mereka ada "counter-power" untuk mengawal kuasa PM...

ahmad effendy said...

SALAM kpd dato'. nasihat kpd para demonstrator, amalkan ayat panglima salleh amalkan iaitu; LAILAHAILAANTA, SUBHANAKA INNI KUNTUM MINAZZOLIMIN. semasa berhimpun. amalkan sehingga sebati dalam diri. takpayah slogan lain. anda akan rasa kelaianan nya insyaalah. HIDUP GELOMBANG KUNING.

nakhoda said...

Tahniah kepada rakyat jelata yang menyertai gelombang kuning semalam. Apa yang terjadi adalah pengajaran. Lain kali saya harap Abdullah kawal lidah dia. Jangan jadi macam KJ. Abdullah manusia paling berkuasa di negara ini. Itu kita semua akui. Tapi dia kena ingat kuasa itu mandat dari rakyat dan amanah dari Allah SWT. Jangan sombong, jangan bongkak, jangan takbur. Jangan terikut-ikut perangai KJ menantunya yang sangat angkuh dan ingat dia berada di tempat hari ini kerana kepintarannya.

Abdullah kena dengar rintihan rakyat. Bukan asyik pertahankan keluarga, anak dan menantu saja. Kalau Abdullah nak terus macam gitu, baik fikirkan cara nak kosongkan jawatan dengan seberapa segera. Kalau nak cara terhormat, kosongkanlah kerusi menjelang pilihan raya. Kalau nak cara sebaliknya, tunggu sajalah apa kemungkinan yang boleh terjadi.

Biarpun gelombang kuning dikatakan anjuran pihak-pihak tak sehaluan dengan pemerintah. Tapi, ramai peserta gelombang kuning adalah simpatisan atau penyokong pemerintah yang mahukan perubahan. Terutama sekali, mereka mahu perubahan sikap dan tindak-tanduk Abdullah supaya Abdullah boleh ubah sikap dan tindak tanduk KJ. Kalau Abdullah tak mahu gunakan peluang terakhir ini, berundurlah seberapa segara dengan cara terhormat. Ini saja pilihan rakyat ketika ini. Tak kira Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazan, inilah cara terbaik bagi Abdullah, iaitu berundur dengan cara terhormat.

Tentu Abdullah akan marah dengan saranan ini. Tentu dia akan anggap ini cabaran. Ini bukan cabaran. Ini permintaan dan ini adalah rayuan. Permintaan dan rayuan ini datang dari manusia macam saya, orang kecil, rakyat marhaen yang sangat-sangat membenci kepincangan, kepura-puraan dan pembohongan.

Saya minta maaf kalau saya kurang ajar atau biadab. Tapi saya tak ada pilihan lain dari menyampaikan kata-kata ini. Nak bawa usul ikut saluran UMNO, saya dianggap dayus. Nak tulis surat dalam akhbar, bakul sampah menanti surat saya. Nak panjat pejabat UMNO atau JPM, gaji saya kecil. Nak apa-apa pun lagi saya tidak termampu untuk membuatnya.
Saya sayang Abdullah tapi saya meluat dengan KJ. Saya sayang UMNO tapi suara saya tak didengar. Saya sayang pemerintah tapi pemerintahan nampaknya lemah. Jadi, saya luahkanlah hati saya di mana ada ruang dan wadah. Di zaman moden ini, hanya internet saja yang masih mahu melayan manusia macam saya.

Kalau Datuk Ron berani siarkan komen saya ini, jangan salahkan dia kerana menyiarkannya. Kalau Datuk Ron tak siarkan, itu pun hak dia.

Saya umpama mentimun. Abdullah umpama durian. Mentimun tak mahal harganya. Tapi mentimunnya saya lain dengan duriannya Abdullah. Mentimun dimakan manusia kerana ciri-ciri kesihatannya. Durian harganya mahal. Lagi harum dan lazat, lagi mahal nilainya. Tapi sesudah di makan kerana kelazatannya, duri kulit durian yang ditakuti manusia dan biji-biji durian sekali pun berakhirlah di tong sampah.

Luahan di atas bukan peribadi. Luahan ini adalah mengenai kepimpinan negara, masa depan anak cucu saya, dan maruah serta kedaulatan negara dan bangsa kita seluruhnya.

kudakepang said...

Saudara Ganyang KJ:

Maaf kerana terpaksa edit komen asal anda kerana ada yang terlalu peribadi dan amat offensive terhadap orang lain. Di bawah ini saya siarkan sebahagian komen anda seperti berikut:

“Protection” dari Pak Lah? Sekarang kita ahli UMNO tahu keikhlasan KJ. Puan Nori, bukalah mata anda...KJ kahwini anda pasal kedudukan bapa anda.

KITA RAKYAT MALAYSIA...KITA AHLI UMNO...mahukan pemimpin yang ikhlas dan tulus. Malangnya, Pak Lah terlampau bersandarkan kepada KJ. Zaki (Head of Poilcy) adalah kawan KJ. Ganen (ED of Khazanah) adalah kawan sekolah KJ. Dahrim (ED Halal Development Corp) adalah kawan lama KJ. KJ juga meletak sorang balacinya di AirAsia dan TuneHotel. HEBAT!!! Nampaknya, KJ mengejarkan hanya harta, HARTA dan lebih banyak HARTA.

Wahai ahli GELOMBANG KUNING. Selamatkan bangsa kita!
(ganyangKJ)

Mohd Shani said...

Datuk,

Tahniah kepada semua yg menghadiri Perhimpuning Kuning semalam.

Saya cadangkan Rakyat memakai Kuning pada setiap hari Sabtu sebagai bukti harapan Rakyat hanya tinggal kepada YDP Agong saja kini.

DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU

kudakepang said...

Antubiul, Hamizi, Ahmad Effendy, Nakhoda, Ganyang KJ, Mohd Shani: Terima kasih.

Antubiul: Moga-moga orang UMNO menyetujui gagasan anda untuk adakan gelombang merah. Tak taulah apa reaksi Abdullah pasal hal ni. Kalau dia kata haram, macam mana? Saya harap anda mulakan gerakan itu dan kita tengok apa reaksi KJ dan Abdullah.

Hamizi: Satu ingatan yang baik. Moga-moga Abdullah faham dan insaf.

Ahmad Effendy: Terima kasih atas kiriman doa untuk dikongsikan dengan pembaca Kuda Kepang. Untuk saya? Hai, kan saya orang Mukim Empat, di mana Panglima Salleh pernah jadi penghulunya!!

Nakhoda: Komen anda dah saya poskan sebagai artikel utama dalam KK.

Ganyang KJ: Komen anda saya modified sikit. Harap maaf.

Ahmad Shani: Cadangan yang baik. Saya pun ada idea macam tu yang akan saya poskan sebentar lagi. Tapi semua orang, baik yang naik kereta Jaguaur, yang jadi Malim kapal dan semua kena sokong saya. Kalau tak, bera muka saya.

Salam takzim.

Berita dari gunung said...

Perwakilan UMNO kurang diversiti. Diversiti bermaksud semua ada; ada petani, nelayan, guru, professor, polis, askar, doktor, pilot, paramugari, penebar roti canai, peniaga dan pesara.

Bila semua suara didengari, mungkin orang Melayu tidak perlu berbaju kuning lagi, berarak serata jalan.

Tanpa diversiti, in-breeding akan berlaku dan lahirlah generasi pemimpin yang lemah, cacat dan terasing.

Takut Mohamad Hassan, Nazri dan Khairy tidak selesa dengan kehadirin Melayu yang pelbagai. Tapi saya yakin segak dan cerdik Mohamad, Nazri dan Khairy tidak akan tenggelam dengan kehadiran Melayu yang umum.

Bukankah Melayu umum yang memangkah mereka? Termasuk yang cerdik, yang kurang cerdik, yang miskin, yang berumah dan yang menyewa, dari kota maupun felda.

Biar kita berarak untuk Maulud saja!

kudakepang said...

Berita Dari Gunung. Terima kasih.

Jom sama-sama kita perjuangkan perubahan di dalam UMNO.

Salam takzim

zephyr said...

salam Dato'

saya bukan laa pro atau ant gomen dan bukan juga datang dari pro atau ant pembangkang...
saya sebagai seorang rakyat sering tertanya-tanya mengapakah sejak kebelakangan ini khususnya selepas pemecatan mantan TPM DSAI dan juga selepas berakhirnya zaman bapa pemodenan kita TDM...barulah terbit pelbagai NGO seperti bersih yang ingin SPR dirombak??
kenapa selepas 50 tahun merdeka baru hari ini timbul segala permintaan yang sepatutnya diutarakan pada zaman dahulu.
Penggunaan dakwat kekal.Undi Pos untuk dirombak, undi hantu....dan sbgnya seperti petisyen yang dianjurkan oleh Bersih....kenapa baru-baru ini isu ini timbul?? mengapa tidak ditimbulkan pada tahun 70-an, 80-an dan 90-an dahulu....
Dato' merupakan bekas presiden backbenches gov...mengapa tidak diutarakan hal2 ini pada zaman dato' dahulu?
bukan saya mencabar kredibiliti dato'...saya akui hampir setiap hari saya mengujungi blog dato' cuma saya sering tertanya2..
mengapa individu seperti Dato', mantan TPM tidak mengutarakan petisyen2 ini semasa berada di dalam kerajaan yang memerintah...
saya juga bertanya kepada diri saya sendiri...sekiranya demostrasi utk menhantar pertisyen kepada YDPA ini jujur mengapa tarikh tersebut dianjurkan sedangkan YDPA sedang berada di Terengganu???Mengapa Istana Negara(walaupun Istana Negara melambangkan tempat tinggal YDPA) tidak istana Terengganu di Jalan Tun Razak yang menjadi tempat tinggal YDPA....? bagi saya ini semua polemik politik.
saya bukanlah tidak menyokong gerakan seperti BERSIH ini cuma pada saya cadangan seperti berDemo bukan sesuatu tindakan yang bijak...
saya melihat Al Jazeera....dengan headlinenya " This is Malaysian Style of Democracy"...saya malu....
malu bukan kerana tindakan polis yang menyembur water cannot tetapi malu dengan Anak2 Islam yang majoritinya disembur dengan air...
adakah Dato' dan para pembaca blog Dato' tidak berasa malu dengan mendengar komentar wartawan luar mengenai demostrasi terbabit...
bukankah impak lebih besar akan dihadapi oleh rakyat sekiranya dunia luar takut utk melabur ke Malaysia akibat tindakan hari sabtu lepas??
Saya juga berkesempatan melihat wawancara Al Jazeera dengan DSAI....DSAI merupakan pemimpin yang saya sanjung ketika dahulu tetapi selepas wawancara tersebut saya rasakan sanjungan tersebut tinggal kenangan... Ini kerana beliau membangkitkan isu pengundi hantu dan sebagainya...dan bagi hemat saya, beliau semasa memegang jawatan TPM sudah sepatutnya mengambil langkah yang drastik utk merombak SPR dan bukan selepas beliau dilucutkan jawatan....
Maafkan saya Dato' cadangan saya sekiranya pihak Dato' ingin berdemo pada masa hadapan...silalah berdemo di kawasan luar KL..ini kerana....
pada hari sabtu lepas....demostrasi yang disokong oleh BERSIH didapat MENYUSAHKAN ramai rakyat...jalan jem dan sebagainya...
bukankan ini memberi perspektif yang negatif terhadap gerakan BERSIH dari kacamata rakyat seperti saya.....kerana demostrasi nyata MENYUSAHKAN RAKYAT...

sekian wassalam

kudakepang said...

Zephr, terima kasih.

Persoalan anda, apakah yang telah saya perjuangkan mengenai sistem pilihan raya yang relevan dengan tuntutan demokrasi, sewaktu saya menjadi Ahli Parlimen. Jawab saya, silakan masuk ke website Parlimen Malaysia dan perolehilah jawapannya. Secara ringkas, saya telah sampai ke peringkat membuat beberapa saranan mengenai perpindahan rejim daripada demokrasi non-siber kepada demokrasi siber di mana proses pilihan raya dan pembuanhan undi juga banyak didominasikan oleh penggunaan mekanisme ICT.

Bagaimanapun, saya tidak boleh menjawab bagi pihak Datuk Seri Anwar. Walaupun mungkin wujud sinergi antara pandangan saya dan beliau, walaupun beliau seorang sahabat yang mula saya kenali sejak 1969, saya sendiri pun setahun tak sekali terserempak dengan Anwar.

Soal perarakan gelombang kuning. Adakah anda menerima gambaran bahawa saya salah seorang di belakang tabir ledakan itu semata-mata kerana blog saya turut memainkan peranan dalam penghebahannya dan membuat analisa akan impak dan implikasinya? Kalau begitu anda tersilap dan saya tidak akan berusaha membetulkan kesilapan sedemikian.

Bagaimanapun, saya mengajak anda menganalisa lebih jauh daripada 10:11, lebih jauh daripada tuntutan pilihan raya bersih, adil dan saksama, lebih jauh daripada polemik tentang wajah-wajah pembangkang yang mengetui perarakan tersebut. Tidakkah anda akan terpandang wajah-wajah rakyat jelata tanpa nama, baik anggota pembangkang atau pendukung kerajaan, yang sedang diselubungi gerhana akibat keterlanjuran kepimpinan Abdullah dan menantunya? Tidakkah anda terhidu keresahan rakyat jelata yang dihimpit oleh pelbagai isu sosio-politik dan ekonomi? Tidakkah anda menginsafi kekecewaan rakyat jelata terhadap satu era kepimpinan negara yang lemah, pincang dan tempang serta penuh dengan kepura-puraan dan pembohongan?

Anda kaji dan berilah jawapan kepada seluruh soalan-soalan di atas. Lepas itu, anda tanyalah diri sendiri, mungkinkah gelombang kuning kini menjadi satu pletfom yang lebih besar daripada agenda pembangkang di mana pletfom itu akan terbentuk wajah dan matlamatnya mengikut perkembangan mutakhir? Lantas, wajarkah kita hanya menyempitkan minda kita hanya kepada soal yang kecil berbanding the agenda of the picture yang sedang membentuk wajah dan mendefinisikan matlamatnya secara khusus? Fikirkanlah.

Salam takzim.