Tuesday, November 20, 2007

Maya Is Monsoon Cup Envoy

KUALA LUMPUR: The organisers of the Monsoon Cup 2007 has named actress Maya Karin as the event’s “maiden”, akin to being an ambassador.

Event adviser Peter Gilmour said Maya would be the spokesman for celebrities taking part in an upcoming concert that would be held in conjunction with the annual sailing competition.

“We chose her because of her popularity in the entertainment arena, especially in TV dramas and movies,” he told reporters at a restaurant here yesterday.

The press conference also announced the upcoming concert, An Evening with Maya Karin and Monsoon Cup 2007.

Among the artistes who would be featured are Deja Moss, Farah Wahida, Zaibo, Badri, Syanie, Raja Azura and Nazri, the former singer of nasyid group Raihan.

Maya, who counts sailing as one of her favourite past times, said: “I will do my best to promote the sport as well as the local culture, especially to the foreign participants.”

This year’s Monsoon Cup is part of the World Match Racing Tour 2006-2007 and the final of 10 international legs. (A match race is a regatta for two sailing boats, racing each other around a course.)

The competition, which is in the calendar of events for Visit Malaysia Year, is the training ground for America Cup qualifiers and will crown the champion of this season’s World Match Racing Tour.

It will be held from Nov 28 to Dec 2 at the Heritage Bay Club Marina and Resort in Pulau Duyong, Terengganu.

Gilmour, a four-time world match champion, said this year’s competition would feature an all-female team in the sailing event.

Apart from sailing, there are also side events that include the arts and fishing competitions.

T-Best Events, the organisers, said the Monsoon Cup offers a prize purse of RM1mil, making it the richest sailing event in the world.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/11/20/nation/19520833&sec=nation

Komen:

Maya O Maya….
Kaulah Gadis Paling Bertuah!!!

Posting ini khusus buat sahabat-sahabat di Terengganu. Akhbar The Star hari ini memaparkan kisah di atas. Iaitu kisah Maya Karin jadi Duta Monsoon (Wang Ehsan) Cup di Terengganu.

Kita semua kenal siapa Maya Karin ni. Gossip pasalnya dengan sidia tu amat meluas. Sebab tu agaknya Maya Karin kini mewah dengan projek mencurah-curah.

Tak berapa lama dulu kita dapat berita bahawa Maya Karin dapat projek membina satu bangunan di Jalan Duta Kuala Lumpur. Berjuta-juta harganya. Maya Karin juga dikatakan dapat projek PR TM atau Telekom Malaysia. Berjuta-juta ringgit juga harganya. Tuah badan!!

Tapi, bila cerita pasal Monsoon Cup, orang masih tak lupakan satu gambar istimewa membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad, PM kita, dengan aktres world, Michelle Yeoh.. Cun betul gambar tu!! [lihat paparannya di sidebar blog ini]

Lagi satu, bila cerita pasal Monsoon Cup, semua rakyat Terengganu perlu bertanya, kenapa agaknya Monsoon Cup tu dibiayai oleh Wang Ehsan yang sebenarnya untuk rakyat jelata Terengganu? Anda semua tak berani tanya? Hai, hak rakyat disalurkan kepada perlawan perahu layar pun orang Terengganu tak berani tanya?

Paling kurang, tanyalah pihak berkenaan, inikah caranya Wang Ehsan dibelanjakan? Untuk isi kantong dan saku konco-konco pihak tertentu? Inikah caranya wang untuk rakyat dibelanjakan? Atau dibazirkan?

Nasiblah kau Luncai!! Terjunlah kau dengan labu-labumu. Biarkan, biarkan!!! Terjunlah kau Luncai dengan labu-labumu. Biarkan, biarkan!!!!!
– Ruhanie Ahmad

5 comments:

Berita dari gunung said...

Bila ditanya wartawan suatu masa dulu Maya selamba menjawab dia tidak kenal siapa itu Khairy. Itu ketika episod gosip liar.

Tentunya Maya sudah kenal siapa PM dan menantunya sekarang.

abraham said...

assalamualaikum Dato',

Kasihan rakyat terengganu, menang sorak kampung tergadai, tanah dipijak milik orang! apalah sangat monsoon cup jika dibandingkan dengan keperluan/kebutuhan rakyat marhain yang saya kira masih ramai lagi rakyat terengganu hidup di bawah paras kemiskinan. Apa manfaatnya monsoon cup kepada majoriti rakyat terengganu kiranya yang mendapat habuannya adalah segelintir cuma. Benar tidaklah salah mencari sedikit keuntungan tetapi janganlah rakyat yang memberi mandat diabaikan, kroni diutamakan. Mungkin mereka merasakan gelombang biru penggal yang lalu mampu mengulangi kejayaanya pada pilihanraya akan datang. Mandat rakyat jangan dipermainkan, anda dipilih bukan bermakna anda wewenag berbuat apa sahaja, suara majoriti bukanlah bermakna anda boleh melewati batasan hukum duniawi dan moral, jauh sekali hukum tuhan. Suara minoriti yang tidak sealiran dengan ideologi/pendapat anda juga haruslah didengari/diambil peduli, bukankah mereka ini juga warga/rakyat anda? Tidak mengapa jika anda menganggap komentar ini sebagai suatu yang tidak bermakna, pada anggapan anda umpama "anjing menyalak bukit" tidak mengapa,teruskanlah dengan agenda anda mendodoikan rakyat semahu-mahunya atas manifesto (retorik?) tradisi membela rakyat walhal lain yang berlaku. Mengapa tergesa-gesa melakukan pembangunan drastik di kala mandat hampir tamat? Kenapa tidak semasa mula-mula mengambil alih tampuk kuasa (dari pembangkang)? Anda adalah pemimpin negeri yang banyak hasil mahsul, tiada hak kah anda untuk mengutarakan bahawa segala macam pembaharuan dan perubahan untuk kebaikan rakyat? Saya hanya berdoa dan berharap anda masih lagi mempunyai masa untuk melakukan perubahan dengan berani sebab anda dipilih oleh rakyat bukan dipilih oleh perdana menteri atau naib ketua pemuda, justeru jadilah pemimpin yang bermaruah. Anda dipilih untuk memakmurkan rakyat dan negeri bukan sampingannya untuk memakmurkan diri sendir dan kroni! Ingatlah! anda bukan tidak mengerti soal prinsip lainlah jika itu tidak menjadi soal lagi kepentingan diri dan kroni telah mengaburi mata!

Salam Hormat.

Kamalkamal said...

Datuk,

Kerajaan Islam Hadhari cukup istimewa. Kalau kita cerita lebih-lebih, nanti dikatakan kita menabur fitnah. Kalau tak diberitakan perkara tersebut memang berlaku. Habis sebagai rakyat marhaen apa yang patut kita buat?

Akhir-akhir ini rakyat semakin di perbodohkan oleh kepimpinan Islam Hadhari. Apakah itu tuntutan Islam Hadhari yang sebenar terhadap negeri Terengganu. Persoalannya berapa kerat rakyat Terengganu mendapat faedah dari Monsun Cup tersebut.

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari cukup kebal, langsung tidak memgambil "pot" rintihan rakyat...asalkan kantung kroninya diisi, rakyat biarkan!!!, biarkan!!!

karambit said...

rakyat terengganu..
come on org terengganu, buktikan pilihanraya kali ni merupakan pemerintahan terakhir kepada mereka yg memperbodohkan rakyat. Aku cabar org terengganu buat perubahan dlm pilihanraya kali ni. jgn jd dungu, bacul, penakut hanya sebab duit ngn kain pelikat hanya utk 5 tahun sekali. jd lah pengundi yg bermaruah. aku cabar ORG TERENGGANU!!!!!

kudakepang said...

Terima kasih sahabat-sahabat.

Berita...: Mungkin Maya sudah kenal kedua-duanya... Mungkin.

Abraham: Salam perkenalan dan terima kasih. Komen anda telah saya poskan ke muda depan blog ini. Datang-datanglah selalu.

Kamal: Islam Hadhari ni saya tak pakar mengenainya. Tapi apa hukumnya Abdullah meletakkan tangannya secara manja ke atas bahu Michelle Yeoh? Hadharikah perbuatan ini?

Karambit: Saya pasti sahabat-sahabat saya di Terengganu bijak-bijak belako.

Salam takzim.