Friday, November 09, 2007

Perarakan Gelombang Kuning:
Jalur Gemilang Senjata Utama

Blog ini difahamkan, matlamat tunggal perarakan gelombang kuning mulai 3.00 petang esok, Sabtu, 10 November 2007, daripada Dataran Merdeka menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur, adalah untuk menyampaikan satu memorandum menuntut sistem Pilihan Raya Umum (PRU) yang telus, adil dan saksama di negara ini.

Blog ini juga difahamkan, para peserta gelombang kuning diharamkan daripada membawa apa jua bentuk senjata dan sepanduk berbau politik.

Sebaliknya, pihak penganjur dipetik sebagai berkata bahawa “senjata” yang terbaik sekali pada esok hari adalah sehelai bendera Jalur Gemilang yang bersaiz kecil seperti yang dikibarkan di kereta-kereta sewaktu perayaan kemerdekaan tanahair.

Oleh itu, para peserta dinasihatkan membawa bersama mereka Jalur Gemilang berukuran kecil untuk dikibarkan sewaktu dalam perarakan sambil melaungkan kalimah Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, dengan penuh semangat membelah angkasa. - Ruhanie Ahmad
Terbaru:

Untuk membaca panduan terperinci bagi peserta Himpunan 100k Rakyat, oleh Herman Samsudeen, dalam Malaysia Today, sila askes link berikut:

http://www.malaysia-today.net/nuc2006/letter.php?itemid=167

2 comments:

Unknown said...

Memang betul. Elok kalau bawa bendera. Bendera Malaysia, saiz kecik pun tak apa, lagi bagus. Sapa boleh kacau kalau kita kibar dan pegang Jalur Gemilang? Hanya musuh je yang memusuhi bendera negara kita.

Lagi satu, jangan layan apa-apa provokasi. Niat kita berjalan dengan aman. Kalau ada provokasi, ambik gambar cepat-cepat untuk rekod.

kudakepang said...

Nakhoda, terima kasih.

Semoga para pesertaambil ingatan hal ini.

Salam takzim.