Saturday, November 03, 2007

Gelombang Kuning:
Putera UMNO Mau Tunjuk Hebat?

Desas-desus mengatakan segolongan ahli Putera UMNO kononnya akan dikerah untuk tunjuk kehebatan mereka pada 10 November 2007.

Mereka yang majoritinya terdiri daripada Mat Rempit ini dikatakan akan dikerah supaya bertembung dengan perserta gelombang kuning.

Kalaulah desas-desus ini benar, maka orang kuat Putera UMNO kenalah fikir dua tiga kali sebelum bertindak.

Ini kerana saya difahamkan, di antara puluhan ribu perserta gelombang kuning adalah termasuk segolongan anak-anak muda UMNO – Putera dan Pemuda.

Mereka dikatakan memilih menyertai gelombang kuning kerana suara mereka dalam UMNO tidak mendapat perhatian sewajarnya. Mereka juga dikatakan meluat dengan bos-bos mereka.

Para peserta gelombang kuning adalah rakyat biasa. Mereka ketepikan fahaman politik masing-masing demi memburu suatu keadilan. Mereka telah diarah tidak membawa apa-apa lambang atau bendera parti. Sebaliknya hanya Rukun Negara, lagu Negaraku, bendera Malaysia dan laungan Daulat Tuanku.

Oleh itu, bos Putera UMNO yang bijaksana kenalah betul-betul bijaksana. Ini kerana gelombang kuning bukannya satu sandiwara. Ia adalah perarakan untuk merafak sembah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Tapi, kalau benarlah upacara menjunjung keris oleh Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2006 adalah lambang keberanian sejati, maka pergerakan itu dan Putera UMNO seharusnyalah sama-sama menjunjung keadilan dan kebenaran dan menyertai gelombang kuning.

Kalau tidak, apa ertinya upacara menjunjung keris kalau itu cuma wayang pekji semata-mata? Pantang anak Melayu menjunjung keris kalau takut berjuang. Itu dayus namanya! – Ruhanie Ahmad

4 comments:

putera bentan said...

Tak payah kita jolok-jolok Pemuda UMNO. Habiskan masa. Kita semua tau dia orang tu bukan fikir soal bangsa atau negara. Dia orang cium keris, junjung keris atau apa-apa pun, semuanya wayang je. Dia orang tu pura-pura. Dia orang masuk Umno pasal nak dapat kereta mewah, boleh main golf dan boleh enjoy sakan. Lain dari tu, Tuhan je yang tau...

limado said...

Semua kelemahan Pak Lah macam Datuk senaraikan memang betul. Tapi semua boleh dibaiki. Syaratnya Pak Lah nak baiki diri sendiri. Kalau tak, rakyat macam saya apa boleh buat?

Saya mai tanjung. Saya memang simpati sangat pada Pak Lah. Mula-mula jadi PM orang puji dan puja Pak Lah. Orang sayang Pak Lah. Tapi, bila menantu dia mula tunjuk belang dan main politik, saya mula hilang hormat pada Pak Lah. Ada sorang dua orang tanjung pi nasihat Pak Lah. Beliau buat bisu je. Serba salah dibuatnya semua orang. Komplain pasal Khairy berbakul-bakul. Hapah, satu pun Pak Lah tak dengar.

La ni, biarkan je. Orang kata, biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya. Kalau Pak Lah insaf dan bertindak, kita sokong penuh. Kalau Pak Lah duduk diam, kita dok diam jugaklah. Kita tengok je apa kesudahannya.

Saya berdoa isteri baru Pak Lah akan main peranan betulkan suaminya. Kalau tak, isteri baru tu bisik-bisiklah biar Pak Lah berundur. Kalau tak, nanti malu Pak Lah.

Itu saja pandangan saya sebagai rakyat prihatin. Saya kerja sendiri. Niaga setengah mati pun Melayu tanjung dok sempot tak sudah-sudah. La ni lagi haru bila Patrick Lim dah mula berkuku kat tanjung. Dia bawak projek billion-billion. Melayu tanjung dok gigit jari terlioq. Apa nak jadi, saya tak tau. Tapi pasai saya tak boleh buat apa-apa, tengoklah pilihanraya nanti macam mana undi saya. Saya sayang bn. Tapi saya meluat dengan Khairy dan Patrick. Harap-harap Pak Lah bersihkanlah dua orang ni cepat-cepat. Lepas tu sure semangat saya naik balik untuk sokong bn. Hidup Pak Lah…

limado said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kudakepang said...

Putera Bentan: Terima kasih. Moga-moga pandang anda diambil dengan semangat yang positif oleh pihak yang berkenaan.

Limado: Apa pasal komen pasal PM dalam posting ni? Terbabas kot. Tapi, tak apa. Komen anda juga akan saya kaji dan kupas.

Salam takzim.