Sunday, November 18, 2007

Keluar Permit Polis
Adalah Kuasa KPD

Spycatcher03

Saya melihat episod (pengeluaran permit untuk gelombang kuning) ini with contempt. Akta Polis menggariskan kuasa mutlak mengeluarkan permit perhimpunan di bawah Seksyen 27, adalah terletak kepada kuasa Ketua Polis Daerah (KPD), bukan Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Negara waima Menteri!!!

Jadi, segala kenyataan-kenyataan yang di keluarkan sebelum keputusan KPD dibuat adalah null and void dan dilihat sebgai usaha untuk mempengaruhi KPD daripada membuat keputusan secara bebas.

Kuasa Ketua Polis Negeri hanya membuat keputusan apabila ada rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh KPD.

Jadi, di sini kita dapat lihat betapa “takutnya” kerajaan terhadap gerakan gelombang kuning ini dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan untuk mempengaruhi keputusan KPD (sehingga dibawa dalam Pehimpunan Agung UMNO).

Bagi saya, kerajaan harus mempunyai pemikiran terbuka dalam hal ini. Perhimpunan (gelombang kuning) ini harus dibiarkan tanpa halangan untuk memberi peluang kepada kerajaan menilai tahap sokongan rakyat terhadap gerakan ini dan mengambil tindakan susulan terhadap tuntutan mereka!

Dengan cara ini gelombang kuning akan berkubur apabila didapati kerajaan membuat koreksi terhadap isu yang dibangkitkan. – Kiriman Spycatcher03, 18 November, 2007, 1:25 PM

8 comments:

cyber said...

Apa komen IGP dan Abdullah terhadap tulisan ini? Tidakkah tulisan ini membuka tembelang Abdullah kepada pihak awam?

Sekarang terimalah bahana dari kebaculan sendiri.

kudakepang said...

Cyber, terima kasih.

Komen anda baik untuk menginsafkan Abdullah. Tapi, sudah terlambat kerana gelombang rakyat kini sudah menggelora di seluruh negara.

Salam takzim.

antubiul said...

Yang boleh membetulkan kerajaan ialah UMNO, bukan PAS,DAP,Keadilan maupun Gelombang Kuning. Masaalah nya adake ahli ahli UMNO ni mempunyai semangat maukan pembetulan atau semangat patriotik. Saya ragui Ahli UMNO mempunyai semangat patrioktik. 'HATI MALAYA-1957' adalah buktinya. UMNO yang mendabik dada malah mengaku adalah front runner untuk memerdekakan MALAYA adalah mitos sahaja. Kesian Dato Onn, Tunku dan pejuang pejuang kemerdekaan dahulu. Malah lebih kesian Puan produser film tersebut. Hati Malays mencatat kerugian besar angkara ahli ahli UMNO juga. Kalau ahli DAP, Keadilan, Pas tak menonton paham paham sahaja lah, mereka tu 'opposition', tapi UMNO dimana ahlinya seramail 3.3 juta orang, ni banyak ni. Kalau semua ahli UMNO menonton Hati Malaya 1957 sudah tentu ia akan memberi menafaat pada ahli UMNO itu sendiri dalam menghayati perjuangan UMNO dan tidak lah akan membuat Puan produser pening kepala nak mencari idea macam mana nak lupuskan hutan bikin filem yang tak laku di pangung. Inikah buktinya UMNO menolong melayu. Dalam isu halal dan Haram , UMNO ni pelik, apa yang saya tahu, cuma orang orang Islam sahaja yang boleh menjaga kebajikan orang Islam kerana orang Islam sahaja yang mengetahui tuntutan agama dan bagaimana penting nya 'status halal' dalam kehidupan harian orang orang Islam. Sudah banyak kes orang bukan Islam menipu dan mempermainkan status Halal ini. Ini termasuklan syarikat syarikat besar. Apa 3.3 juta ahli UMNO buat?. Mungkin satu hari nanti bila kita tanya peniaga peniaga Ayam 'sapa potong ini ayam' dan jawapan yang di beri 'Itu cina potong..dia bukan Islam.. tapi dia potong ada baca 'Bismillah' atau 'Daging Babi Halal' disembelih mengikut syarak!.
Sepatuny ahli UMNO perlu tegas dalam hal ini dan juga hal hal yang tidak betul yang boleh dilihat sekrang ini.
Datuk dan nonton 'Hati Malaya 1957 ke.

P/s Semasa di JB 5 tahun dulu, saya pernah terjumpa satu perencah 'BAKUTEH' ada chop Halal. Dibahagian belakang paket tersebut di tulih resepi Bakutteh yang di mulai dengan :- Ramuannya:- 1kg daging bagi..etc etc. Harap harap sekarang ni dah tak ada.

Berita dari gunung said...

Satu keadaan rumit dengan seribu macam rasa serbasalah berpaut.

Batu Buruk dan kini gelombang kuning. Disebalik itu ada kes Lingam. Altantuya pula terheret lama, menunggu penyudahnya. Ramli yang pulang dari umrah dengan rombongan Sultan Kelantan, tentunya resah disebalik tenang. Ketua SPR pula memecah sunyi dengan ilham pilihanraya.

Rentetan yang sangat menarik. Saya suka thriller, tetapi yang ini sangat mendebarkan. Bila helang berperang dilangit, banyak bulu beterbangan jatuh ke bumi.

Rudy said...

Bagi saya proses politik itu ialah untuk mendapatkan kuasa.

Dalam pertembungan antara gelombang kuning dan gelombang biru tentunya rakyat macam saya akan dapat faedah samaada fulus atau makan free.

Kedua2 gelombang ini nak berebut kuasa. Saya dah lama hidup dah. Dah nampak macam2.

Pada saya siapa yang bawa kebaikan saya pilih. Nanti kalau tak bagus saya tak kan sokong lagi.

Jadi Dato, jaga lah anak buah Dato dalam gelombang kuning tu. Dan Pak Lah pula jaga orang2nya dalam gelombang biru.

Tentunya nanti kami rakyat yang akhirnya akan beruntung. Bukan begitu Dato?

AR RISALAH said...

Walau apapun sekarang pemimpin negara semakin pening. Rakyat jelas tak hormat dan taat kepada mereka. Berilah apa juga kata-kata ugutan, mereka sudah tak peduli lagi !.

Ibarat air bah dah tiba, perlu selamatkan apa yang penting dan berfaedah saja...

Millie said...

Teringat saya kepada bidalan:
1) Perselisihan pendapat antara ulamak, membawa kebaikan kepada umat (positive thinking)

2)Gajah sama gajah berperang, pelanduk mati ditengah-tengah.

Kini rakyat berhadapan pula dengan pertembungan antara gelombang kuning dengan gelombang biru.

Saya percaya sekiranya suara itu sebenarnya datang dari hati nurani rakyat, tiada apa yang mampu menahannya.

Saya kagum dengan usaha Dato' terhadap gelombang kuning, walaupun orang lain yang mendapat faedahnya-teruskan.

Secara peribadi saya anti kepada pergerakan jalanan. Demokrasi hanya 'tools' seperti mana monarki, syura dll.

Kepelbagaian dalam kaedah tentunya membuka seribu jalan penyelesaian. Setiap institusi (Raja, Parlimen, eksekutif, dll) perlu dikembalikan peranannya.

Maruah institusi DiRaja yang telah dipunahnya dahulu perlu dikembalikan- benar gelombang kuning jawapannya dan gelombang kuning itu bukanlah pergerakan jalanan.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat budiman, terima kasih.

Antubiul: (Belum tukar nama lagi ke?) Satu analisis menarik. Saya tertarik dengan kisah HATI MALAYA 1957. Oleh kerana saya bukan kaki wayang atau teater, saya akui belum tonton kisah itu. Akan saya hubungi sahabat saya di KEKWA untuk dapatkan salinan dvd mengenainya.

Berita...:Begitulah panorama sosio-politik negara kita hari ini. Terserahlah kepada kebijaksanaan rakyat dan pemimpin untuk memulihkan suasana yang ceria dan bahagia.

Rudy: Setiap perjuangan memerlukan ketegaskan tekad dan cita-cita. Dengan cara itu kita jadi jemaah perjuangan yang komited dan tidak membabi buta. Semoga anda adalah dalam jemaah perjuangan yang sedemikian.

Ar Risalah: Dari riak jadi badai, dari badai jadi ombak, dari ombak jadi gelombang. Kesemuanya adalah air tetapi pada tabiat dan peringkat yang berbeza. Tetapi, bila gelombang menerjah pantai, tentu banyak yang terbongkang dan tersadai..

Millie: Jangan kagumi saya kerana gelombang kuning bukan inisiatif saya. Gelombang kuning dan gelombang rakyat milik kita semua.

Soal-soal strategik lain yang anda bangkitkan di sini saya pasti akan diambil catitan oleh sesiapa sahaja yang prihatin terhadap koreksi total dan komprehensif terhadap pentadbiran dan masa depan negara, agama dan bangsa.

Salam takzim.