Saturday, November 17, 2007

Peserta Gelombang Kuning
Bukan 60,000 Tapi 138,000?

Saya dapat info terbaru. Jumlah yang menyertai gelombang kuning Sabtu lalu adalah 138,000 orang. Inilah sebabnya Abdullah khuatir sehingga KJ pun dah jadi bisu.

Satu lagi info. Katanya, dalam istana pun ada talibarut Abdullah yang berusaha memperkecilkan Raja kita. Jadi, janganlah kita terburu-buru membuat kesimpulan. Daulat Tuanku. – Kiriman Cyber, 17.11.07, 12:20 am.

8 comments:

cina said...

Yes Sir, yellow all the way every Saturday!!!! I suggest DIGI will sponsor us for this endeavour...

kudakepang said...

Cina, tq. I am sorry for having doubts about you before this. Yes, it is yellow Saturday all the way.

Salam takzim.

selongsong said...

Minta maaf bukannya saya berasa sangsi dengan data Tuan Ruhanie, tetapi saya minta jasa baik Tuan Ruhanie untuk berikan rujukan kepada saya bagaimana tuan mendapat angka sebesar itu.

kudakepang said...

Di bawah ini adalah mesej kiriman Haji, seorang pembaca setia KK. Saya terpaksa edit bingkisan beliau kerana terdapat beberapa hal yang sulit dan peribadi:

Selamat berjuang kepada rakyat Malaysia yang ncintakan negara. Saya masih di Indonesia. Wassalam -Haji

kudakepang said...

Selosong, terima kasih dan salam perkenalan.

Data yang saya poskan adalah kiriman pembaca blog ini.

Bagaimanapun, pagi tadi seorang sahabat mengesahkan jumlah berkenaan memang boleh boleh diperolehi.

Katanya, pihak pemerintah menggunakan kaedah komputer untuk mendapatkan jumlah kasar para peserta gelombang kuning itu.

Kata sahabat saya, pihak berkuasa ambil gambar dari udara dan gambar dari atas bumi mengikut pelbagai lokasi. Kemudiannya mereka gunakan komputer untuk kira jumlah manusia mengikut kadar kepadatan setiap inci persegi. Jumlah manusia di setiap inci persegi itu kemudiannya dikalikan dengan jumlah inci persegi daripada seluruh gambar-gambar berkenaan. Begitulah penjelasan sahabat saya.

Salam takzim

selongsong said...

Salam perkenalan Tuan Ruhanie. Kali pertama saya mendengar nama Tuan Ruhanie adalah ketika desas desus di akhbar arus perdana semasa awal penubuhan "MRSM Parit Sulong".

Sebagai kakitangan kerajaan yang sedang berkhidmat, saya juga menggunakan nama samaran. Tuan lebih mengetahui sebabnya. =)

Terima kasih atas penjelasan tuan, saya kira ia sudah memadai. Sekiranya tuan boleh dapatkan imej digital dari angkasa, lagi bagus.

kudakepang said...

Selosong, terima kasih.

Kalau anda berhajat dapatkan details pasal jumlah ini silakan ke web Malaysia Today di www.m2day.org

Salam takzim.

lamandau said...

Datuk, bilangan kehadiran tidak begitu penting bagi saya. Yang pentingnya objektif untuk mempersembahkan memorandum kepada KDYMM SPB Yang di Pertuan Agong tercapai. Kalau lah diambil kira teks memorandum tsbt adalah spt yang disiarkan oleh Malaysia-today , saya rasa dari segi protokolnya adalah tidak bertepatan. Ini adalah kerana penggunaan bahasa yang diutarakan tidak bertepatan dengan bahasa istana!!! Kalau kita hamba rakyat meyanjung tinggi KDYMM , maka sebarang warkah kepada Tuanku hendaklah menggunakan bahasa dan gaya penulisan yang bertepatan dengan kedudukan DYMM.!! Correct me if I'm wrong!