Suara Hati Ahli UMNO Biasa
Mengenai Khairy Jamaluddin
Saya seorang ahli UMNO peringkat bawahan. Sempena Perhimpunan Agung UMNO kali ini, saya mahu berkognsi pendapat dengan semua perwakilan mengenai Khairy Jamaluddin. Sikap, gelagat dan perilaku biadap dan angkuh anak muda ini sudah melampaui batas. Ini bukan kerana dia Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tetapi kerana dia menantu Perdana Menteri.
Mengikut pepatah, bidalan atau peribahasa Melayu, Khairy adalah umpama kadok naik junjung, beruk dapat bunga, kacang lupakan kulit atau kodong dapat cincin. Ada juga karenah dan gelagat Khairy yang melayakkan dia digelar sebagai musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan, pagar memakan padi dan sokong membawa rebah. – Kiriman Putera Bentan
Untuk membaca komen sepenuhnya sila akses:
http://puteramalaysia.blogspot.com

6 comments:
Saya ucapkan ribuan terima kasih kerana Datuk sudi menyiarkan komen saya pasal Khairy dalam muka depan blog Datuk.
Moga-moga perwakilan UMNO 2007 dapat berkongsi pandangan dengan saya pasal anak muda ini.
Mudah-mudahan Abdullah juga insaf yang menantunya serta balaci-balacinya adalah kumpulan perosak yang boleh menyebabkan Abdullah kecundang dalam perjuangan.
Sekali lagi saya katakan, saya sayang UMNO. Tapi saya benci gelagat Khairy dan saya kecewa dengan Abdullah yang tidak mau bertindak tegas terhadap menantunya. Hidup UMNO!!!
Putera Bentan, terima kasih.
Saya juga berdoa semoga usaha dan sumbangan anda menginsafkan pembesar-pembesar UMNO akan bahaya gerak geri menantu Abdullah ini mencapai matlamat yang sewajarnya. Saya juga berharap semoga Khairy sendiri menghormati pandangan orang UMNO akar umbi seperti anda.
Salam takzim.
Hari ini saya ambil cuti. Saya ikuti ucapan Abdullah di TV. Sesudah habis ucapan, saya terima panggilan telefon dari seorang kawan. Dia bertanya" "engkau hadir tak kursus tatarakyat hari ni?"
Saya tak tau apa yang dimaksudkannya. Saya tanya dia, kurus di mana? Jawab dia, kursus di PWTC. Saya pun tau bahawa kawan saya menyindir Abdullah yang kononnya seperti penceramah kursus sivik sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya di Perhimpunan UMNO.
Saya muatkan sindiran ini di sini untuk mencerminkan betapa hari ini ada Melayu sanggup memperlekehkan Abdullah. Saya percaya sindirin seperti ini agak meluas.
Abdullah dan UMNO kena kaji mengapa jadi macam ni. Mungkinkah yang disindirkan itu adalah kenyataan sebenarnya? Mungkinkah kawan saya ni fedup dengan Abdullah akibat karenah dan gelagat menantunya?
Khairy muncul bila menang tanpa bertanding. Kita sama-sama tenguk berapa kali lagi dia akan menang tanpa bertanding.
Nakhoda dan Berita dari Gunung, terima kasih.
Nakhoda: Saya minta maaf kerana tidak mengikuti ucapan dasar tersebut. Sibuk urusan cari makan. Bagaimanapun, takkanlah sampai begitulah sekali sindirian sahabat anda mengenai Presiden UMNO.
Berita...: Yalah. Sama-samalah kita ikuti kehebatan Khairy yang sudah mengaku bahawa dia memang mencari "protection" daripada Abdulah kononnya untuk membawa angin perubahan dalam UMNO.
Salam takzim.
Salam Datuk,
"Jangan Kerna Pulut, Santan Binasa..Jangan Kerna Mulut, Badan Binasa.."
"Jangan Kerna tingkah KJ seorang.. UMNO terus menerima calit diserang.."
Tingkah KJ "memberukkan" dan "memonyetkan" dalam ucapannya semasa perhimpunan UMNO Pemuda yang lalu, tidak mengambarkan cendiakawan seorang lulusan Oxford sebagai seorang bakal pemimpin masa depan. Secara ikhlas saya pemuda UMNO tidak memerlukan lulusan Oxford untuk menjadi pemimpin, cukuplah sekadar lulusan UM sekurang-kurangnya adat tertib masih terpelihara dan sama sekali saya tidak bersetuju tingkah KJ yang lebih emosional daripada rasional, ikutkan perangai nakal tanpa menggunakan akal, jangan terus mencari pasal kelak takutkan menyesal.
"Belajarlah memimpin diri sendiri, agar dapat memimpin yang lain berdiri"
HIDUP UMNO!!! KAMI SAYANGKAN UMNO.
Post a Comment