Thursday, November 15, 2007

Rukun Negara

Sebelum Rukun Negara diperkenalkan, telah berlaku rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969. Ketenteraman negara telah terjejas akibat kejadian itu. MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) telah mengambil alih pentadbiran negara. MAGERAN telah menubuhkan Majlis Perundingan Negara (MPN) untuk membincangkan dan menilai isu perpaduan Negara. MPN telah memperkenalkan ideologi negara iaitu Rukun Negara.

Matlamat Rukun Negara

Mengukuhkan perpaduan.
Memelihara corak hidup demokratik.
Mencipta sebuah masyarakat yang adil.
Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai.
Membina masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi.

Prinsip-prinsip Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

Agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia. Rakyat yang beragama mudah diurus. Perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas -diamalkan.

Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri. Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

Keluhuran Perlembagaan

Perlembagaan merupakan undang-undang utama. Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul. Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

Kedaulatan Undang-Undang

Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara. Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

Kesopanan Dan Kesusilaan

Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila. Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu. Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

[Dipetik daripada Lamanweb Kementerian Penerangan]

http://www.kempen.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=311&Itemid=144&lang=malay

8 comments:

Berita dari gunung said...

Tahniah Dato kerana mengingatkan semua tentang Rukun Negara.

Yang bersekolah di Malaysia mahir menyebut Rukun Negara, kalaupun tidak mampu menghayatinya.

Yang tidak bersekolah di negara ini, soalan masih boleh dilontarkan samaada mereka tahu apa itu Rukun Negara.

Suka atau tidak, kedapatan beberapa pemimpin negara yang tidak bersekolah dalam negara kecil berhawa panas, lembab dan sering banjir ini.

nikrahim said...

Assalamualaikum,

Menteri Penerangan (Misinformation- kata Lim Kit Siang) tu baca tak Rukun Negara yang terpapar di Laman Web Kementerian Penerangan?

Husin Lempoyang said...

Bagus Dato sebut bab "Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi."

Dalam Raja Nazrin menyebut negara ini adalah untuk kesemua rakyat, ada pula pihak yang menerima anggap kata-kata itu bertujuan berfikiran status samarata.

Artikel 153 meletakkan Raja-Raja Melayu sebagai Pemegang Amanah untuk hak keistemewaan peribumi. Jika difikirkan dengan dalam dari perspektif sejarah, peranan Raja dalam Artikel ini bukan sebarangan. Ini adalah tanggungjawab sejarah untuk membetulkan kecuaian dan kelewaan Raja-Raja terhadap rakyat asalnya.

Dengan keadaan rakyat baru (pendatang yang telah di neutralisasikan) mencengkam ekonomi dengan erat dan kadang-kadang dirasa seolah-olah mereka enggan berkongsi manafaat ekonomi, Raja-Raja perlu merungkai beban sejarah yang saya letakkan di bahu mereka ini dengan bijak, adil, dan aman.

Kesetiaan mesti datang dengan tanggungjawab! Yang salah mesti dibetulkan! Yang berhak perlu mendapatkan hak mereka!

Unknown said...

Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

Saya ucapkan terima kasih kepada Datuk kerana poskan fakta-fakta Rukun Negara untuk tatapan umum. Saya harap Abdullah, Zam Mamak Cendol dan Nazri bigau akan faham prinsip kedua RN seperti di atas.

Kalau Abdullah faham RN tentu dia beri permit kepada gelombang kuning sebab gelombang kuning adalah perarakan aman untuk rakyat menyampaikan memorandum kepada Agong sebagai Ketua Negara.

Kalau Polis faham RN tentu polis beri permit kepada gelombang kuning.

Kalau Zam faham RN tentu dia tak merapu sehingga memalukan kita semua di seluruh dunia.

Kalau Nazri faham RN tentu dia tak jadi orang bigau dengan mengeluarkan kenyataan orang sasau.

Kalau mereka semua memang tak faham RN, tutup mulut, panjat menara KLCC dan terjun tanpa parachute. Kalau tak, letak jawatan dan ganti tempat mereka dengan orang yang faham. Kalau tidak, pemimpin macam ini akan terus mempersendakan Raja dan gadai bumiputera.

Daulat Tuanku….

limado said...

PM-Menteri Dalam Negeri 2x5 bangang dengan Polis. Dua-dua bangang. Dua-dua derhaka kepada Agong, ketua Negara Malaysia. Kalau mereka tidak bangang mereka tak akan derhaka kepada Agong. Tapi, kerana Dolah dah derhaka dengan Agong dia mesti kita hukum. Anda tau kan, senjata kita paling power adalah undi yang ada dalan tangan kita?

Unknown said...

Sekarang Dolah patut faham, sapa lebih besar, dia atau Agong. Kalau jadi PM tak faham perkara ni, elok berenti aje.

Zakhir's Zoo said...

Dato',

Kesetiaan kepada Raja dan Negara disusuli dengan Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang Undang merupakan prinsip pegangan kita sebagai masyarakat majmuk yang mempunyai sistem yang cukup lengkap dan matang.

Membelakangkan Perlembagaan dan Undang Undang bermaksud seorang warga/hamba-rakyat itu telah MENDERHAKA kepada Raja dan Negara.

DYMM Raja Raja Melayu telah perkenan dan bersetuju agar kuasa kuasa mutlak mereka dilucutkan dan menerima sistem 'Raja berpelembagaan', yang kemudian dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu semasa Kemerdekaan dicapai 31 Ogos 1957. Rakyat, melalui Parlimen dan Eksekutif yang dipilih dari wakil wakil Dewan Rakyat (yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi iaitu Pilihanraya Umum setiap 5 tahun sekali), menentukan hala tuju dan pengurusan Negara.

DYMM Raja Raja Melayu bertindak HANYA sebagai simbol penyatuan dan lambang Kerajaan, sistem Raja Berpelambagaan dan Negara.

Perlembagaan telah jelas menyebut bahawa kuasa kuasa mutlak DYMM SPB YDP Agong dan Raja Raja Melatu hanyalah pada perkara perkara melibatkan adat resam Orang Orang Melayu dan Ugama Islam, sebagai ugama Persekutuan Malaysia.

Hari ini kita lihat bagaimana ada segelintir dari masyarakat Malaysia hari ini ingin 'memperkudakan' institiusi Raja Raja Melayu dan mengeheret mereka kedalam kancah politik.

Ini tidak seharusnya berlaku kerana Raja Raja Melayu berada 'diatas' sistem politik dan pentadbiran dan membelakangkan apa yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan sebenarnya membelakangkan Undang Undang, 'menghina' Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan akhirnya ditafsirkan sebagai MENDERHAKA kepada Raja Raja Melayu dan Negara.

Jangan kita semua begitu mudha terpengaruh dan termakan dengan agenda politik pihak pihak tertentu, yang sanggup memperkudakan apa sahaja, termasuk menangguk di air keruh. Benar, pentadbiran hari ini pincang dan dalam keadaan tertentu, menjadi 'lemah'. Namun begitu, matlamat tidak sesekali harus menghalalkan cara. Untuk memperbetulkan keadaan ada caranya.

Two wrongs will not make it right.

Unknown said...

Zakhir's zoo,

Saya percaya anda seorang terpelajar namun anda masih sempat diperjahilkan UMNO.

Perhimpunan Bersih BUKAN untuk mengheret DYMM Agong ke kancah politik. Tuduhan itu adalah dangkal dan dayus. Ianya adalah untuk memohon DYMM Agong meneliti permintaan BERSIH untuk negara ini melaksanakan sistem pilihanraya yang lebih bersih dan adil melalui SPR. Siapa kata DYMM Agong tiadak ada kena mengena dengan SPR?! Cuba baca Perlembagaan perkara 113 dan 114. Di bawah ini adalah petikan dari laman spr.gov.my :

"Suruhanjaya Pilihan Raya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia. Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya dibuat di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Kehendak supaya Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya jujur, berwibawa dan tidak berpihak ("non partisan") telah dimasukkan dalam Perlembagaan oleh penggubal-penggubalnya pada tahun 1957.

Perlembagaan menubuhkan suatu Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas daripada Badan Eksekutif supaya Suruhanjaya tidak tertakhluk kepada apa-apa arahan badan Eksekutif tentang bagaimana hendak menjalankan sesuatu pilihan raya. Perlembagaan melalui Perkara 114 telah memberikan kuasa pelantikan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya kepada Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya terdiri daripada seorang pengerusi, timbalan pengerusi dan lima orang ahli lain. Dalam melantik mereka, Yang di-Pertuan Agong dikehendaki untuk mengambil kira peri mustahaknya diadakan suatu Suruhanjaya yang mendapat kepercayaan awam."

Maka Gelombang Kuning 10/11 adalah SANGAT relevan! Menuduh ianya suatu rekayasa pembangkang untuk memperkuda Raja Raja Melayu adalah sesuatu yang jauh tersasar!