Komen Peserta:
Kejayaan Gelombang Kuning
Kejayaan Rakyat Jelata..
Saya salah seorang peserta gelombang kuning. Saya dan kira-kira 2,000 peserta pelbagai keturunan dalam kumpulan saya adalah rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti politik atau NGO.
Oleh itu, kejayaan gelombang kuning adalah kemenangan rakyat jelata tanpa mengira kaum, parti atau pertubuhan. Gelombang kuning adalah kejayaan rakyat Malaysia. Saya mahu dunia mengiktiraf hakikat ini. – Imran Hamidi
Kejayaan Gelombang Kuning
Kejayaan Rakyat Jelata..
Saya salah seorang peserta gelombang kuning. Saya dan kira-kira 2,000 peserta pelbagai keturunan dalam kumpulan saya adalah rakyat biasa yang tidak menyertai mana-mana parti politik atau NGO.
Oleh itu, kejayaan gelombang kuning adalah kemenangan rakyat jelata tanpa mengira kaum, parti atau pertubuhan. Gelombang kuning adalah kejayaan rakyat Malaysia. Saya mahu dunia mengiktiraf hakikat ini. – Imran Hamidi
8 comments:
Dato'
Kalau boleh paparkan gambar gelombang kuning ini untuk tatapan kami rakyat Malaysia yang berada di luar negara. walaupun jauh diperantauan, gelombang ini bergolak di dada kami
Apa yang saya perhatikan kemarahan rakyat meluap luap terhadap Pak Lah dan menantu kesayangannya Kj.Apa kah ahli Umno sanggup mengorbankan Umno demi 2 org tersebut.Pikir2kan lah.Pru ke 12 sudah terlalu hampir segala kerosakan telah berlaku.semalam semua pemimpin Umno yg masih lagi tidak perihatin dan menerima kenyataan bersendaloka di PWTC,hari ini rakyat marhain bangun memprotes sepatutnya perwakilan Umno yang bangun memprotes sebelum rakyat jelata bangun memprotes.Ini lah kesilapan budaya Umno hanya yang sealiran dan yang mengampu sahaja dihantar sebagai perwakilan untuk memuji2 pemimpin bukan memperkatakan apa yang benar.
Tahniah untuk semua.....
Abuazmar, Jue, Dr Butiq, terima kasih.
Abuazmar, gambar sedang diusahakan.
Dr Butiq, mana lama hilangkan diri. Memang soalnya apakah ahli-ahli UMNO sanggup mengorbankan partinya semata-mata kerana Abdullah dan menantunya? Sebagai ahli UMNO pun saya tak dapat menjawab soalan ini secara spontan kerana memerlukan penelitian rapi terhadap the bigger picture. Bagaimanapun, kalau penasihat Abdullah benar-benar berfikiran out of the box, beliau sepatutnya tidak bertindak sebagaimana beliau bertindak petang semalam.
Jue: Tahniah kepada rakyat jelata Malaysia.
Salam takzim.
Dato Ruhanie
Gelombang Kuning beri signal yang sangat hebat kepada Kabinet. Silap Presiden UMNO menyentuh tentang "demonstrasi jalanan" dan "pantang dicabar" masa berucap 20 minit dalam Dewan. Patutnya jangan sentuh langsung. Barulah nampak aloof dan statesmanlike.
Saya rasa terpegun bila baca truck FRU tak dapat gerak, tersekat dalam ribuan insan.
Mengurus ribuan manusia dalam gelombang begitu bukan benda main-main. Ribuan manusia yang bernyawa, ada anak, ada bapa dan berkongsi ibu pertiwi, punya hak yang sama seperti orang di Sepetang, seperti orang di Parit Botak, Kampung Sireh, Kuala Berang, Tanjung Lumpor dan juga yang duduk dalam Kabinet.
Mengurus kerajaan dan negara juga bukan mudah. Bagi yang sudah veteran, mengurus anak dan menantu juga bukan senang. Lalu betullah ungkapan "telan mati anak, luah mati menantu". Tidak dinafikan, ramai yang pernah berhadapan dengan situasi serba tak kena. Rasa lemas!
Boleh juga kita rujuk dengan ungkapan "malu bertanya, sesat jalan". Soalnya, siapa yang patut kita tanya? Tanya budak pun boleh, tanya orang tua pun boleh. Tanya orang berpengalaman boleh, tanya orang tak berpengalaman (atau kanyiaq) pun boleh.
Kita berkongsi hak dan tanah air. Ia memberi signal besar kepada Kabinet, bahawa selepas diberi mandat memerintah, bukan bermaksud Kabinet boleh buat apa saja. Bila rakyat sangsi, bimbang dan terkeliru apatah lagi suara sumbang semakin berkumandang tentang gangguan dalam pemerintahan. Ada pulak yang kata negara kita dalam auto pilot mode.
Mungkin rakyat tidak faham. Kalau bagitu, ceritalah baik-baik, dalam bahasa mudah. Rakyat perlu faham banyak perkara, tentang SJER, tentang petrol, tentang espionage yang disebut-sebut.
Mengandaikan bahawa, orang Melayu tidak akan memangkah yang lain, sangat bahaya! Dalam keadaan tersepit, orang akan berfikir sejenak sebelum memangkah; antara anak dan menantu, antara Bola dan Koridor, antara 880 billion dan 880 projek, antara orang tua cerdik dan budak berhingus, antara jual dan sayangkan negara, antara terbela dan tergadai!
Gelombang Kuning ada mesej besar! Lets do some soul serching and soul cleansing. Kita diajar dari sekolah lagi, bila menyanyi NEGARAKU, nyanyilah dengan penuh semangat. Semangat itulah yang diperlukan untuk menjamin kesejahteraan tanah air tercinta.
Terima kasih.
Berita Dari Gunung. Terima kasih. Komen anda saya poskan ke muka depan blog ini untuk jadi iktibar bersama.
Salam takzim.
Terima kasih Dato'. Naik rasa segan pulak. Sebab susun ayat tak berapa reti, nahunya entah kemana.
Tapi, ye la, kalau dapat kongsi apa yang ada dalam minda apa salahnya. Nak kongsi harta benda dan kuasa, yang itu tak terdaya dan memang tak ada pun.
Dato
Saya setuju bigger picture seperti yang dato sebutkan.
Kalau Pak Lah dan KJ adalah pertaruhan gelombang kuning, maka gelombang kuning untuk siapa?
Di middle east, yang disebut adalah Anwar's rally.
Post a Comment