Friday, November 09, 2007

Kerana Abdullah Pantang Dicabar
Kita Tanya Beliau Soalan Mudah

Datuk Seri Abdullah Ahmad memberitahu seluruh dunia petang tadi bahawa beliau pantang dicabar. Kita mesti terima kenyataan itu dengan penuh hormat dan takzim kerana pendirian itu adalah hak asasi Abdullah sebagai individu, Perdana Menteri dan Presiden UMNO Malaysia.

Oleh kerana itu, saya tidak akan sekali-kali mencabar Abdullah. Tetapi, saya hanya mahu bertanyakan beberapa soalan mudah kepada Abdullah. Soalan-soalannya adalah seperti berikut:

Soalan asal satu: Pihak Istana Negara sudah menyatakan perkenaan untuk menerima 10 orang wakil BERSIH mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada petang 10.11.07 untuk menyerahkan memorandum mengenai Pilihan Raya. Tidakkah secara tidak langsung ini bermakna bahawa perarakan gelombang kuning berada dalam pengetahuan Istana Negara?

Soalan tambahan: Pihak Perdana Menteri pasti sudah mendapat maklumat ini. Jadi, apa implikasinya kalau perarakan itu dihalang dan para pesertanya dikasari oleh pihak keselamatan?

Soalan tambahan: Bukankah lebih wajar kalau pekembangan di atas ini ditafsirkan secara waras dan rasional untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang seribu satu macam bentuknya?

Soalan asal dua: Perdana Menteri juga memberitahu seluruh dunia petang tadi bahawa peristiwa di Batu Buruk, Terengganu, baru-baru ini adalah perbuatan liar. Kenapa tidak dihebahkan bahawa seorang pegawai polis telah melepaskan dua das tembakan peluru hidup kepada dua orang pemuda tanpa mengikut Geneva Convention?

Soalan tambahan: Kenapa tidak dijawab soalan mengenai tembakan peluru hidup itu sampai sekarang? Siapakah yang liar dalam kes tembakan itu?

Soalan asal tiga (tak berkaitan dengan BERSIH): Sewaktu ratusan ribu rakyat Johor dilanda banjir besar hujung 2006, Perdana Menteri tergesa-gesa terbang ke Perth, Australia. Betulkah laporan akhbar The Star baru-baru ini bahawa Perdana Menteri ke sana untuk pergi belayar dalam sebuah kapal layar serba canggih? Inikah contoh pemimpin besar yang sangat-sangat berjiwa rakyat?

Soalan asal empat (juga tak ada kena mengena dengan BERSIH): Beberapa bulan lalu ada sekumpulan kaum India Malaysia berdemonstrasi di Putrajaya. Adakah demo itu dapat kelulusan polis? Kenapakah kisah itu tidak dilaporkan oleh media perdana?

Soalan tambahan: Kalaulah demo ini tidak ada permit, kenapa tidak ada tindakan polis? Kenapa kisah di Batu Buruk pula diperbesar-besarkan out of propotion?

Saya rasa cukuplah untuk saya mengemukan empat soalan asal dan beberapa soalan tambahan seperti di atas. Saya harap Abdullah tidak akan melenting dan menuduh saya sebagai mencabar beliau.

Saya tidak mencabar sesiapa. Saya hanya kemukakan soalan mudah yang perlu dijawab kalau Abdullah sudi, atau biarkan sahaja tanpa jawapan, kerana sebilangan rakyat jelata pun sudah tahu jawapan sebenarnya.

Pokoknya, saya berpegang kepada kenyataan Abdullah bahawa beliau pantang dibacar. Jadi saya tidak mencabar beliau. Untuk rekod, secara hitam dan putih menerusi blog ini, saya cuma bertanya!!! – Ruhanie Ahmad

11 comments:

Unknown said...

Datuk, saya pun dengar kenyataan Dolah dalam TV senja tadi. Apa hal dia ni melenting-lenting tak tentu pasal? Dia tak tau ke Agong dah setuju nak jumpa wakil BERSIH petang esok? Kalau dia tau, kenapa dia macam tu? Dia krisis dengan Raja ke? Saya percaya, kalau Dolah ni bijak, suruh polis kasi permit. Tentu geraf dia naik! Ini tak. Kononnya je fikiran out of the box. Rupa-rupanya masih katak bawah tempurung.

kudakepang said...

Cyber, terima kasih.

Tak elok kata PM katak bawah tempurung. Tapi, saya setuju dengan anda, kalau PM izinkan BERSIH berarak, geraf dia tentu melambong-lambong. Macam ni kan elok, pilihan raya pun dah dekat. Tapi, dah penasihat dia kata jangan kasi permit, tak kasilah permit.

Salam takzim.

Unknown said...

Datuk, saya pun nak tumpang tanya soalan-soalan mudah pada Abdullah.

Pertama sekali, berani tak Abdullah warning Khairy jangan melampau sangat, jangan angkuh dan jangan sombong?

Yang kedua, betul ke FBI dan ejen Singapura akan terlibat dalam PRU ke 12?

Yang ketiga, berapa banyak saham-saham GLC kini dah dibolot oleh temasek? Betul ke ketua ekonomis Khazanah Nasional warga Singapura?

Yang keempat, rumah yang di Perth tu sapa punya? Patrick punya atau Abdullah punya?

Yang kelima, betul tak Abdullah mengarahkan supaya by hook or by crook Tun Mahathir mesti disekat dari menang jadi perwakilan G7 Kubang Pasu tahun lalu?

Yang keenam, betul atau tidak dalam satu mesyuarat MT 2006, Abdullah arah dibuang tiga lembar muka surat yang ada minit pasal arahan untuk kalahkan Mahathir tu?

Saya pun macam Datuk Ron. Kalau Abdullah sudi, silalah jawab. Kalau tidak, pun tak apa! Saya orang kecik, mana ada kuasa? Oopp. Lupa, saya orang kecik, tapi ada kuasa undi!

Unknown said...

Why dont you guys leave Abdullah in peace? He is very much under stress now. Some more, BERSIH wants to conduct a yellow march. Some more, The Rulers rejected Fairuz to be extended as CJ. So bagi chance la.. But, I agree with Cyber. If only Abdullah allows the yellow wave to go on without hassle, sure one his name shooting up to the sky. Sure one CNN and others puji-puji him non-stop. I tell you, PM really rugi when he said the yellow march was illegal.

kudakepang said...

Putera dan Cina, terima kasih.

Putera: Saya biarkan soalan-soalan anda dibaca oleh Abdullah atau pembantunya. Saya tak boleh komen pasal soalan saya juga pun belum pasti akan dijawab.

Cina: This time you are wiser. Hopefully, there will be a change of heart before the yellow wave starts at 3.00 pm.

Berita dari gunung said...

Tempuh hari kalau Presiden UMNO tak halang Tun, keadaan lagi kelam kabut. Nanti orang kata Presiden dan MT tak licik dalam politik. Adat memang macam tu la, bila Tun kuat kritik, Tun perlu disenyapkan. Dari sudut itu, Presiden dan MT memang sudah berjaya. Cara eluk atau tidak, itu cerita lain la.

Bila Presiden kata beliau pantang dicabar, itu ditujukan kepada MT dan perwakilan. Eluklah yang hadir dalam Dewan tadi ambil perhatian. Yang tidak jadi perwakilan , tak tenguk TV dan tak baca akhbar muka pertama esuk, amaran itu tak sampai.

Moga-moga negara ini aman dan makmur dengan pemimpin yang ikhlas untuk bangsa dan agama.

kudakepang said...

Berita Dari Gunung, terima kasih.

Pandangan anda sentiasa rasional dan menghiris kalbu secara halus. Mudah-mudahan pihak-pihak yang berkenaan akan insaf.

Selamat maju jaya dan salam takzim.

Dr. Hamizi said...

pak lah pantang dicabar? kelakar betul... tak pandai berucap... tengok TDM, walau stress cakap masih boleh control...

kalau PM pun cakap macam nak ajak orang bergaduh, rakyat pun kata, "kecil tapak tangan, dataran merdeka kami tadahkan"...

kudakepang said...

Terima kasih Hamizi.

Selamat maju jaya dan salam takzimnya. Info terbaru mengatakan KL penuh dengan polis.

nizam080 said...

berhubung soalan asal yang terakhir, entah mengapa kerajaan agak takut kepada masyarakat bukan melayu di Malaysia. jika masalah ditimbulkan oleh melayu maka cepat cepat diambil tindakan itu dan ini. jika is ditimbulkan oleh bukan melayu, disenyapkan begitu sahaja. barangkali kerajaan dan pemimpian melayu sudah hilang jati diri. Saya pun agak setuju dgn datuk bahawa melayu diperlakukan bagai rakyat second class di tanah air sendiri. Sungguh malang. Tapi datuk, masalah ini ada puncanya dan penyelesaiannya. Semuanya berpunca dari sikap melayu sendiri yang tidak ambil berat soal amalan agama. Allah telah berjanji akan meninggikan maruah dan memberi kemuliaan kepada mukmin sekiranya mukmin mengamalkan keseluruhan agamanya. Sebaliknya dikala dia mengabaikan perintah Allah, maka di saat itu juga kehinaan akan datang menemuinya. Semoga kita sama-sama insaf dan kembali ke jalan Allah dan pasti Allah akan beri kemuliaan kepada kita walau dimana jua kita berada.

kudakepang said...

Saudara Nizam, terima kasih.

Mudah-mudahan pandangan anda yang ikhlas ini akan dijadikan azimat sepanjang hayat. Pada waktu yang sama, kita teruskanlah proses ingat mengingat dan nasihat menasihat atau tegur menegur sesama kita - Melayu - yang sedang dilanda kecelaruan kepimpinan, jiwa, budaya dan cita-cita.

Salam takzim.