Thursday, November 22, 2007

Gelombang Merah
Setiap Hari Jumaat

[dipetik daripada http://anotherbrickinwall.blogspot.com]

Secara ikhlas, kali ini penulis bersikap agak tawar untuk bersungguh-sungguh berhujah dan mempertahankan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Apa ertinya mempertahankan kerajaan kepimpinan Abdullah kalau tindakan itu akan diputarbelit sebagai memberi legitimasi kepada kepimpinan dan tindak tanduk Abdullah?

Mempertahankan Abdullah bermakna bersekongkol dengan kelemahan dan kecuaian kepimpinannya; amalan korupsi yang berleluasa; ketidak-cekapan pentadbirannya; polisi-polisinya yang menjejaskan kedaulatan negara, negeri dan masa depan orang Melayu; amalan pembohongan yang lazim oleh pucuk kepimpinan; dan meleluasakan amalan nepotisma. Penulis tidak rela melakukan perbuatan sedemikian.

Di bawah kepimpinan Abdullah, negara, bangsa, agama dan UMNO sudah tidak disegani dan dihormati. Kelalaian, sikap ambil mudah dan penyerahan penuh perjalanan parti dan kerajaan pada kaum kerabat dan sahabat-sahabat tertentu telah meniriskan perjuangan asal parti untuk memertabatkan agama, bangsa dan negara. - A Voice

Untuk membaca posting sepenuhnya sila klik

http://puteramalaysia.blogspot.com

2 comments:

Berita dari gunung said...

Orang Melayu sudah beberapa kali menghantar UMNO ke Parlimen setiap kali ada pilihanraya.

Ada sekali Orang Melayu berubah hati, kerana Anwar kelihatan amat teraniaya. Orang Melayu sangat sensitif.

Adakah kali ini, masyarakat Melayu benar-benar sedih dan benci dengan UMNO, pemerintahan dan PM? Adakah isu-isu yang ada kini amat sensitif dan meruntun jiwa Melayu yang sentimental itu? Adakah darah Melayu Shah Alam dan Melayu Kuala Terung masih sama merahnya bagi menghunus keris, baik untuk berjuang baik untuk bersilat?

kudakepang said...

Berita Dari Gunung, terima kasih.

Persoalan-persoalan anda berat-berat belaka. Tapi, saya tau, darah orang Kampung Separap, Rimba Terjun, Paya Mengkuang, Batu Buruk, Tasik Gelugor, Pandamaran, Pekan Samariang, Buntal dan di mana-mana, pastinya menggelegak mengenangkan pentadbiran Abdullah yang pincang dan tempang.

Salam takzim.