Saturday, November 10, 2007

Laporan Detik Ke Detik:
Dosakah Rakyat Berpakaian Kuning
Sempena Hari Gelombang Kuning?

Polis mengkategorikan gelombang kuning sebagai perhimpunan haram. Itu hak polis yang tidak akan saya pertikaikan.

Tetapi, dosakah rakyat jelata memakai pakaian kuning pada hari ini? Anda jawablah sendiri setelah membaca cebisan-cebisan berita di bawah ini:

12.00 tengahari, di satu lokasi kira-kira 6 kilometer daripada Dataran Merdeka, Kuala Lumpur: Beribu-ribu rakyat jelata berpakaian baju kuning ditahan beramai-ramai. Apa dosa mereka? Kerana berpakaian kuning? Apa maksudnya tindakan seperti ini?

12.00 tengahari, di satu lokasi di Subang Jaya, Selangor: Seorang pemuda Melayu disuruh keluar dari keretanya semata-mata kerana dia sedang menikmati lagu-lagu nasyid. Keretanya digeledah. Dia disuruh membuka baju. Apa keselahannya? Kerana dia Melayu? Kalau tidak, kenapa pemandu-pemandu lain yang bukan Melayu tidak ditahan dan tidak diapa-apakan? Apa ertinya tindakan seperti ini?

12.30 tengahari, di Ampang-Ulu Langat, Selangor: Seorang Hamba Allah yang berpakaian baju Melayu kuning sedondon ditahan oleh pihak keselamatan. Apa dosa? Kerana dia berbaju kuning, walaupun di satu lokasi berpuluh kilometre jauhnya daripada Dataran Merdeka Selangor? Apa motifnya tindakan seperti ini?

[akan disambung sebentar lagi]

Masjid Pun Kena Tutup?

2 petang, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur: Kira-kira 5,000 orang rakyat jelata berhimpun di sana. Masjid ditutup. Orang Islam tak dapat menunaikan Zohor. Apa ertinya tindakan ini?

[akan disambung sebentar lagi]

Disembur Water Canon

2.10 petang, Masjid Jamek Kuala Lumpur, berhampiran Dataran Merdeka: Sekumpulan umat Islam, lelaki dan wanita, yang selesai menunaikan Zohor dilarang keluar daripada masjid berkenaan. Siapa yang membantah disembur dengan water cannon. Apa ertinya tindakan seperti ini?

[akan disambung sebentar lagi]

Air Di Masjid Negara Dipotong?

2.26 petang: Umat Islam yang terperangkap di Masjid Jamek Kuala Lumpur terus tidak boleh keluar. Water canon menggunakan asid.

Pada ketika ini juga KL hujan lebat. Beribu-ribu peserta gelombang kuning basah kuyup.

2.30 petang: Keadaan di Masjid Negara Kuala Lumpur dilaporkan tegang. Umat Islam tidak dapat menunaikan Zohor kerana bekalan air sengaja dipotong.

[bersambung sebentar lagi]


Target Utama Adalah Melayu/Islam?

2.45 petang: Setelah mengikuti seluruh peristiwa di atas, hati kecil saya membuat kesimpulan seperti berikut: kelihatannya target pihak keselamatan setakat ini hanya tertumpu kepada kelompok rakyat jelata Melayu dan Islam sahaja. Mengapakah jadi begini? Adakah ini arahan pemimpin besar negara? Adakah ini arahan sesetengah personality dalam pasukan keselamatan?
[bersambung sebentar lagi]
Bedilan Gas Dan Acid Bermula..

2.50 petang: Polis mula menembakkan gas pemedih mata ke arah peserta gelombang kuning di dalam Masjid Jalan India dan Masjied Jamek. Peserta di sekitar Bangunan KWSP Jalan Raja Laut pula disembur dengan water canon berisi asid.

[bersambung sebentar lagi]
10,000 Tiba Di Istana Negara

3.00 petang: Para peserta di sekitar bangunan KWSP diberi amaran supaya bersurai. Kalau tidak mereka akan ditangkap beramai-ramai.

3.20 petang: Sekumpulan 10,000 peserta gelombang kuning sudah tiba di kawasan Istana Negara. Sementara itu, kelompok peserta yang dihalang keluar daripada Masjid Jamek pula dilaporkan semakin lumpuh. FRU hampir mengepung seluruh kawasan masjid.

[bersambung sebentar lagi]
Dianggarkan 40,000 Di Hadapan Istana

3.40 petang: Dianggarkan hampir 40,000 peserta gelombang kuning sudah berada di hadapan Istana Negara. Sementara itu, perarakan masih berterusan. Kira-kira sepanjang 1 kilometer lagi gelombang kuning bergerak menuju ke istana tersebut.

[bersambung sebentar lagi]
Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!!!!!

3.55 petang: Jumlah peserta gelombang kuning di hadapan Istana Negara makin bertambah. Seorang peserta mengirimkan sms ini: “saya bangga jadi rakyat Malaysia. Daulat Tuanku!!!” Seorang lagi peserta pula mengirimkan sms ini: “Perkarangan Istana Negara dibanjiri gelombang kuning. Kira-kira 100,000 manusia.”.
Alhamdulillah…

[bersambung sebentar lagi]
Truck FEU Tersadai
4.00 petang: Beberapa truck FRU berkejar ke Istana Negara. Kenderaan mereka tidak boleh bergerak kerana jalanraya dibanjiri gelombang kuning.

Delegasi BERSIH Mengadap Agong

4.03 petang: Syukur Alhamdulillah… Pada jam 4.03 minit sekumpulan 10 orang delegasi BERSIH diperkenan masuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

[Pembetulan fakta: Wakil BERSIH diizinkan masuk ke Istana untuk menyampaikan memorandum kepada Setiausaha Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Setiausaha tersebut menerima memorandum itu dengan perkenan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.]

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!!!!!

[bersambung sebentar lagi]

Hujan Lebat, Gelombang Kuning Terus Menggelora

4.15 petang: Blogger Mohd Sayuti Omar menelefon. Katanya, beliau amat berbangga dengan respons rakyat jelata. Majoriti mereka terpaksa berjalan kaki hampir 15 kilometer untuk ke istana dalam keadaan hujan lebat. Katanya lagi, kalau inilah hakikatnya Pilihan Raya Umum akan datang, hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahannya.

Seorang eksekutif syarikat swasta pula mengirimkan sms: “Alhamdulillah. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah, seorang individu dan lebih penting lagi, sebagai seorang Muslim. Perarakan ini adalah untuk anak saya, agama saya, bangsa saya dan negara saya. Daulat Tuanku!”

[bersambung sebentar lagi]


Misi Berjaya. Daulat Tuanku!!!

4.25 petang: Seorang anak muda yang saya kenali mengirimkan sms ini: “Saya bersama-sama kira-kira 20,000 orang masih terus berjalan ke Istana Negara. Hidup Melayu! Daulat Tuanku!!!”

Pejuang-penyair Yassin Salleh pula mengirimkan sms: “Misi tertunai. Alhamdulillah! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!”

Seorang sahabat pula mengirimkan sms ini: “Jam 3.30 petang tadi Agong meninjau gelombang kuning dari udara dengan menggunakan helikopter.”

[Pembetulan fakta: Saya difahamkan bahawa yang meninjau keadaan dari udara dengan menggunakan helikopter adalah sekumpulan pegawai daripada Istana Negara.]

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!

[bersambung sebentar lagi]

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!

4.57 petang: Peserta gelombang kuning mula meninggalkan kawasan Istana Negara. Bagaimanapun, wakil BERSIH masih lagi di dalam istana.

Sebagai keseimpulannya, para peserta telah membuktikan bahawa mereka memang bertindak secara aman, walau pun diprovokasi dengan pelbagai rintangan, mereka meneruskan perjalanan mereka dalam hujan lebat menuju Istana Negara.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengirim mesej dan yang membuat panggilan telefon kepada saya untuk membolehkan saya merakamkan detik bersejarah ini.

Dengan ini, saya tamatkan laporan detik ke detik ini. Analisa mengenai kejayaan gelombang kuning akan menyusul malam ini.

Akhir kata, gelombang kuning yang menggelora telah pun reda bersama senja yang akan berlabuh dengan satu nostalgia kebangkitan rakyat yang amat merindukan kesejahteraan dan kedamaian untuk diwarisankan kepada generasi muka…..

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!! – Ruhanie Ahmad


3 comments:

antubiul said...

Datuk, Apakah kesudahannya? Boleh kah dikatergorikan 'Gelombang Kuning' sebagai berjaya dan di susuli pula dengan gelombang gelombang lain yang mungkin atau akan di anjurkan pada masa hadapan? Atau akan di susuli pula oleh Gelombang Biru yang akan di hadiri ribuan hadirin degan pakaian biru atau akan di susuli pula oleh Gelombang Hijau yang akan dihadiri oleh mereka dengan berpakain Hijau atau akan di susuli pula oleh Gelombang Merah yan akan di hadiri oleh ribuan yang akan berpakaian serba merah dan akan disusuli pula oleh gelombang gelombang bermacam macam warna tanpa ada nya penamat? Maka selesai nya Gelombang Kuning dengan jayanya telah dapat menyampaikan memorandum bersih di mana dua ahlinya terdiri dari Wan Azizah dan Teresa Kok. Saya tidak tahu berapa ramai lagi ahli politik yang mengangotai panel tersebut. Besih adalah melambangkan kain putih tanpa setitik noda atau kotoran. Malang nya Bersih ini teleah dikotori oleh kekotoran apabila penyampai nya terdiri dari ahli politik , tidak kiralah pembangkang atau pun pemerintah. Datuk, politic is a dirty game, and those people who are involved in politics are dirty. Jadi dengan sengaja atau tak sengaja Bersih telah dicemari dengan najis politik. Sebelum ini Bar Council telah berarak di putra jaya dengan alasan memperjuangkan 'Independent Judiaricy'. Malang nya, mereka ini sepeti meludah ke langit. Judiaricy kita sememnag nya tidak independence baik dari Judges or lawyers. Buat macam mana pun, kita tidak akan mendapat Independent judiary. Datuk juga tau berapa ramai Hakim Hakim kita yang menjadi Ahli parti politik dan berapa ramai lawyer lawyer di Bar council juga ahli parti politik. Berapa ramai kah diantara mereka yang biased dengan client mereka atau yang mempunyai hubungan niaga dengan client mereka. Dalam zaman sekarang Millineum age, everything is business. Loyar firm perlukan business. The more you win the case the more business you get. Jadi to achieved the goals,etika boleh diketepikan. Ramai yang mengatakan issue kehakiman bermula dari penyingkiran Tun Salaeh Abas di Zaman Tun DR Mahathir sehingga mereka menyalahkan Tun DR Mahathir. Malang nya semua cerita cerita yang kedengaran adalah dari pihak yang menyokong Tun Saleh Abas, dan pihak kerajaan cuma menepis seperti menepis nyamuk. Sehingga sekarang saya masih belum mendengar cerita dari sebelah Tun Dr Mahathir yang semesti nya tau punca sebenar Tun Saleh Abas di pecat. Bagi saya walau pun saya menghormati Tun Salleh Abas, saya juga menghormati Tun Dr Mahathir, dan keputusan memecat nya adalah tepat. Please bear in Mind that Tun Saleh Abas pernah bertanding mewakili semangat 46 atau Pas, (correct me if I m wrong here), in a way, he too has a political interest. Your blog is powerful and I never missed reading it. Walau pun beberapa predicment Datuk tidak tepat atau tak jadi reality, saya percaya sumber sumber Datuk adalah reliable. Blogs can be made a powerful tools to fight for injustices but do it in the right way to achieved the goals without benefiting other interested politician, parties or NGO's. Bersih berjaya dan ia juga berjaya melonjakkan nama nama Wan Azizah Parti Keadilan, Teresa Kok parti DAP setakat yang saya tau. Sekali lagi politic is dirty and even you employed Indah water it will never be clean!

Pok Dogol said...

salam dato'.selama ini saya amat mengkagumi dato'.tapi ternyata saya silap.adakah benar pihak dato' berjumpa dgn YDP AGONG?kerana setahu saya,YDP AGONG berada di terengganu.berpada-pada la membuat cerita dato'.salam

kudakepang said...

Antubiul: terima kasih. Apakah kesudahannya? Saya tidak pasti. Tetapi, yang pasti ialah jumlah rakyat yang kurang senang dengan rejim Abdullah adalah besar. Hari ini mencerminkan segala-galanya kerana yang hadir bukan sahaja ahli-ahli pembangkang, tetapi ada juga anak-anak muda UMNO, kumpulan bebas terdiri daripada eksekutif GLC dan swasta, guru-guru, kelompok pesara peringkat tinggi, private citizens yang non-partisan dan lain-lainnya.

Hari ini juga membuktikan bahawa mereka yang berarak berbuat demikian secara tertib dan aman. Tindakan pihak polis tidak perlu dikesali kerana mereka hanya menjalankan tugas kerana perisriwa itu dilabelkan sebagai "haram". bagaimanapun, pada peringkat akhirnya, bila terbukti para peserta tidak liar, saya difahamkan perjalanan peserta ke istana tidak terlalu disekat.

Pak Dogol: Salam perkenalan. Saya memohon maaf kalau anda beranggapan saya berada di tengah-tengah gelombang kuning. Tidak. Hanya semangat saya sahaja mungkin bersama. Saya membuat laporan dalam blog ini berdasarkan kiriman sms dan panggilan telefon dari kawan-kawan. Ramai juga kawan-kawan saya golongan pesara bersama gelombang tersebut. Mereka orang UMNO.

Mengenai soal Agong, saya menerima maklumat yang berbeza-beza. Tetapi kerana laporan itu detik ke detik, saya hanya terdaya membuat counter checking sesudahnya. Hakikat sebenarnya akan saya laporkan dalam posting saya malam ini. Oleh itu, terserahlah kepada anda untuk membuat kesimpulan mengenai diri saya. Bagaimanapun, saya tetap berterima kasih kerana anda berterus-terang membantu saya mengatasi apa jua kesilapan yang ada.

Salam takzim.