Akan Adakah Tangkapan ISA
Menjelang Gelombang Kuning?
Hari ini sahabat-sahabat saya panik. Mereka terdengar ura-ura bahawa seramai 52 orang, termasuk saya sendiri, akan ditahan di bawah ISA kerana kononnya menjadi tulangbelakang kepada perarakan aman - gelombang kuning - dari Dataran Merdeka menuju ke Istana Negara, Kuala Lumpur, mulai 3.00 petang, Sabtu, 10 November 2007.
Salah seorang daripada sahabat itu bergegas menemui saya dan menasihati saya melarikan diri daripada KL dan bersembunyi untuk mengelakkan tangkapan tersebut.
Saya pun menghubngi tiga orang lagi sahabat-sahabat saya. Seorang daripadanya bernama Yassin Salleh. Katanya, kalau saya yang hanya menwar-warkan kisah gelombang kuning boleh kena tahanan ISA, beliau sendiri yang terlibat dengan gelombang kuning perlulah menawarkan diri untuk ditahan bersama.
Seorang lagi sahabat pula berkata, kalau ada tahanan ISA, tentu sekali beliau akan berada dalam kalangan top ten senarai tersebut.
Sahabat yang seorang lagi pula sibuk menelefon contacts beliau dan cuba mencari pengesahan terhadap ura-ura tersebut. Kesemuanya memberikan jawapan negatif – tidak ada tahanan akan dilakukan.
Saya sendiri terpinga-pinga menerima berita berkenaan. Dalam hati saya berkata, kalau dah ditakdirkan nak kena tahan, apa boleh buat? Allah menentukan segala-galanya.
Saya paparkan desas-desus ini di sini untuk memberitahu anda semua, kalau ura-ura ini jadi kenyataan, ucapkanlah selamat tinggal kepada kudakepang. Buat diri saya, apa bezanya kena tahan atau tidak kalau kehidupan sebilangan rakyat jelata hari ini pun serupa burung dalam sangkar…
Bagaimanapun, saya difahamkan, gelombang kuning pasti akan menggelora Sabtu ini. Bukan digelorakan dengan sepanduk yang membawa mesej politik atau dengan maki hamun terhadap pemerintah, tetapi akan digelorakan dengan ikrar Rukun Negara, nyanyian lagu Negaraku, dan laungan Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, yang pasti akan membelah angkasa. – Ruhanie Ahmad

6 comments:
Yellow is royal.
Will the royal court care about ordinary folks? Where is Panji and where is Ufti?
Berita Dari Gunung:
Your guess is as good as mine. The panji will definitely be flying high. The ufti?? Well, I supposed the rakyat don't send anymore uftis to the palaces nowadays. Instead, they do pledged their undivided loyalty to the King.
FYI: I was made to understand that the palace's relations officer already informed the gelombang organisers that the Agong had given his consent to allow 10 reps to hand in the bersih's memo on fair and clean elections, this coming Saturday.
Salam takzim.
Saya jangka AAB tak akan buat tangkapan. Kalau dia buat, tak bijaklah dia. Tapi, tak taulah lakau menantu dia dan sesetengah orang atasan polis fikir perlu ada tangkapan. Kalau Datuk pun kena tahan, selamat dia orang kena kerjakan oleh bloggers. Moga-moga semua pihak waras dan tenang.
Cyber, terima kasih.
Ada tangkapan atau tak ada tangkapan, sudah tidak jadi isu lagi sekarang. Saya difahamkan, pihak penganjur sudah menerima panggilan telefon dari pegawai perhubungan Istana Negara, mengatakan Tuanku Agong sudah perkenan mengadap 10 wakil BERSIH pada Sabtu 10.11.07.
Sama-samalah kira harap semoga pihak keselamatan dapat mentafsir berita ini. Adakah wajar satu rombongan rakyat jelata yang sudah diperkenan mengadap Agong mahu disekat, ditahan, dibalun atau diapa-apakan?
Salam takzim.
kita masih berharap, kita masih berangan... banyak sangat rumours sampai tak tahu yang mana yang betul...
Hamizi, terima kasih. Baru tadi terdetik dalam hati pasal apa lama tak dengar kisah anda.
Soal rumours kat Malaysia ni kena dengar. Lama-lama jadi betul. Kisah kahwin tu kan dulu rumours. Sekarang??? Terbukti...
Selamat berkuliah..
Post a Comment