AJK Cawangan Buat Laporan Polis
Dedahkan Konspirasi MT UMNO?
Kuala Lumpr, 6 November 2007: Johari Ismail, 49, seorang ahli UMNO dari Segamat, Johor, membuat laporan polis mengenai Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah, di Balai Dang Wangi, di sini petang tadi.
Laporan Johari memfokus kepada dakwaan wujudnya “unsur konspirasi melakukan jenayah politik” kepada Tun Dr Mahathir Mohamad selaku mantan Presiden UMNO.
Johari yang berada di balai tersebut dari 4.25 hingga 6.15 petang, dipetik oleh blog rocky’s bru sebagai berkata bahawa beliau membuat laporan itu atas kapasitinya sebagai ahli UMNO.
Johari juga dipetik sebagai berkata, beliau tidak dipengaruhi atau disokong oleh mana-mana pemimpin untuk bertindak membuat laporan berkenaan.
Laporan Polis yang dibuat oleh Johari (disiakan sepenuhnya tanpa sebarang perubahan) adalah seperti berikut:
Pada Khamis 28 August 2006, jam 300 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama UMNO, Ibu Pejabat UMNO, Tingkat 38, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur telah diadakah sebuah mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.
Dalam mesyuarat itu, Minit Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO selepas telah membincangkan secara terperinci usaha menggagalkan mantan Presiden UMNO, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bertanding sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke Mesyuarat Agung UMNO 15-17 November 2006, dalam pemilihan Perwakilan pada Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006 di Jitra, Kedah.
Dalam perbincangan ini, turut dirakamkan tugasan tugasan yang ditanggung jawabkan kepada beberapa ahli MKT UMNO untuk laksanakan agar Tun Dr. Mahathir Mohamad gagal dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu.
Setelah menyedari Minit Mesyuarat pada 28 Ogos itu mengandungi perbincangan secara terperinci mengenai niat jahat menghalang mantan Presiden UMNO itu dipilih sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu, maka Presiden UMNO YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Brig. Jen (B) Dato’ Hussainay Hashim, Setiausaha Kerja MKT UMNO, mewakili Sekretariat UMNO agar tiga muka surat Minit Mesyuarat tersebut dikecualikan dari Minit Mesyuarat asal.
Walaupun ditegur oleh Ahli MKT UMNO YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim kerana perbuatan mengecualikan sebarang maklumat dari Minit Mesyuarat yang telah direkod dan sediakan itu sebagai menyalahi peraturan mesyuarat, namun begitu Presiden UMNO masih berdegil.
Maka arahan itu dilaksanakan dan Minit Mesyuarat rasmi pada MKT UMNO 28 September 2006 telah mengecualikan tiga helai muka surat asal mengenai perbincangan mengenai usaha mengagalkan pemilihan mantan Presiden UMNO sebagai Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu pada 9 September 2006.
Oleh demikian, kerana MKT UMNO telah mengesahkan satu Minit Mesyuarat pada 28 September 2006 yang telah di’ubah suai’, maka Saya minta siasatan dibuat kerana ini jelas melanggar peraturan mesyuarat dan ujud unsur konspirasi melakukan ‘jenayah politik’ kepada mantan Presiden UMNO.
Sementara itu, beberapa pihak berpendapat, jika tindakan itu benar-benar berlaku, implikasinya kepada Perhimpunan Agung UMNO 2006 adalah serius.
Pada tahun lalu juga, beberapa ahli UMNO Kubang Pasu dikatakan telah membuat bantahan mengenai kes yang membabitkan Tun Dr Mahathir kepada jawatankuasa disiplin UMNO Malaysia.
Bagaimanapun, bantahan yang dipercayai disertakan dengan kenyataan bersumpah (affidavite) itu telah ditolak oleh jawatankuasa disiplin UMNO Malaysia. – Ruhanie Ahmad

5 comments:
Orang tua-tua kita kata, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Mereka juga kata, bangkai gajah jangan ditudung dengan nyiru. Baunya tetap boleh dihidu..
Nah.. Inilah akibatnya AAB nak sorok-sorok apa yang salah daripada ahli UMNO dan rakyat jelata. Saya yakin Johari yang buat laporan ini berdiri atas prinsip berani kerana benar...
Kita tengoklah perkembangan kes ini selanjutnya..
Datuk,
Kes ini saya pernah dengar tak lama dulu tapi tak ada kepastian.
Adakah kes ini akan berjalan mengikut undang-undang yang sedia ada atau kes ini akan lenyap dibawa angin lalu !!
Tapi Datuk, kita jangan lupa di negara kita ini, kita ada "Ketua Executive" yang boleh mengatasi segala bentuk undang-undang yang sedia ada.
Cyber dan Kamal, terima kasih.
Saya sedang kaji perlembagaan UMNO yang mengatakan ahlinya tak boleh heret UMNO ke mahkamah. Tapi dalam kes ini cuma laporan polis untuk memastikaqn sama ada dakwaan itu benar.
Seperti Kamal kata, kes ni dah diulas panjang lebar oleh Malaysia Today tahun lalu. Dan, tak ada pun pihak menafikannya...
Salam takzim.
macam biasa... kalau ikan bilis buat salah, siap sedia utk. diambil tindakan....
tapi kalau ikan jaws yang buat, tiada tindakan... itulah panduan islam hadhari...
Hamizi, selamat bertemu kembali. Apakhabar bebi? Dan kuliah?
Tapi kes ini akan melarat. Baru nak buat posting ni pasal satu saman sivil akan dikenakan ke atas UMNO esok. Kalau sangkut, PAU 2006 null n void..
Salam takzim.
Post a Comment