Friday, November 09, 2007

Abdullah Panggil Semua Komponen BN
Mahu Umumkan Tarikh Pilihan Raya?

Desas-desus terbaru menyatakan, Datuk Seri Abdullah Ahmad telah mengarahkan seluruh ketua komponen Barisan Nasional (BN) menghadiri majlis penutup Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di PWTC, Kuala Lumpur, petang ini.

Abdullah dipercayai akan mengumumkan di majlis itu tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 yang akan datang.

Adakah ini benar? Perkara seperti ini tidak pernah berlaku dalam mana-mana PAU sebelum ini. Tetapi, kalau inilah kebenarannya, maka ia akan menjadi satu sejarah dalam politik UMNO.

Bagaimanapun, ada juga maklumat mengatakan bahawa dalam ucapan penggulungannya petang ini, Abdullah akan “condition the minds” atau menyediakan kerangka minda rakyat jelata Malaysia mengenai beberapa isu penting. Antaranya adalah seperti berikut:

Malaysia mungkin kalah kepada Singapura dalam perbicaraan kes Batu Putih yang sedang berjalan di The Hague sekarang ini.

Implikasi negatif beberapa dasar penswastaan dan beberapa klausa perjanjian penswastaan yang selama ini dikatakan menimbulkan ketidakadilan kepada rakyat jelata.

Kesuntukan masa dalam BN dan impak negatif PRU12 kalau ianya dilaksanakan lewat daripada tempoh suku pertama 2008.

Kita tunggulah perkembangan yang sebenarnya petang ini dan pastikanlah sendiri sama ada desas-desus atau ura-ura di atas adalah benar. – Ruhanie Ahmad

2 comments:

spycatcher03 said...

Nampaknya belum lagi Datuk!!! Anyway selamat hari Raya. Dia nak tengok respon BERSIH besok!!!

kudakepang said...

Saudara Spycatcher, terima kasih dan selamat hari raya maaf lahir batin.

Your message understood. Selamat maju jaya dan salam takzim.