Abdullah Diminta Undur
Dengan Cara Terhormat?
Di bawah ini saya siarkan komen Nakhoda sebagai reaksi kepada gelombang kuning. Saya mengambil risiko besar menyiarkan komen ini. Tapi, demi kebaikan bersama, bacalah komen berikut: - Ruhanie Ahmad
Tahniah kepada rakyat jelata yang menyertai gelombang kuning semalam. Apa yang terjadi adalah pengajaran. Lain kali saya harap Abdullah kawal lidah dia. Jangan jadi macam KJ.
Abdullah manusia paling berkuasa di negara ini. Itu kita semua akui. Tapi dia kena ingat kuasa itu mandat dari rakyat dan amanah dari Allah SWT. Jangan sombong, jangan bongkak, jangan takbur. Jangan terikut-ikut perangai KJ menantunya yang sangat angkuh dan ingat dia berada di tempat hari ini kerana kepintarannya.
Abdullah kena dengar rintihan rakyat. Bukan asyik pertahankan keluarga, anak dan menantu saja. Kalau Abdullah nak terus macam gitu, baik fikirkan cara nak kosongkan jawatan dengan seberapa segera. Kalau nak cara terhormat, kosongkanlah kerusi menjelang pilihan raya. Kalau nak cara sebaliknya, tunggu sajalah apa kemungkinan yang boleh terjadi.
Biarpun gelombang kuning dikatakan anjuran pihak-pihak tak sehaluan dengan pemerintah. Tapi, ramai peserta gelombang kuning adalah simpatisan atau penyokong pemerintah yang mahukan perubahan. Terutama sekali, mereka mahu perubahan sikap dan tindak-tanduk Abdullah supaya Abdullah boleh ubah sikap dan tindak tanduk KJ.
Kalau Abdullah tak mahu gunakan peluang terakhir ini, berundurlah seberapa segara dengan cara terhormat. Ini saja pilihan rakyat ketika ini. Tak kira Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazan, inilah cara terbaik bagi Abdullah, iaitu berundur dengan cara terhormat.
Tentu Abdullah akan marah dengan saranan ini. Tentu dia akan anggap ini cabaran. Ini bukan cabaran. Ini permintaan dan ini adalah rayuan. Permintaan dan rayuan ini datang dari manusia macam saya, orang kecil, rakyat marhaen yang sangat-sangat membenci kepincangan, kepura-puraan dan pembohongan.
Saya minta maaf kalau saya kurang ajar atau biadab. Tapi saya tak ada pilihan lain dari menyampaikan kata-kata ini. Nak bawa usul ikut saluran UMNO, saya dianggap dayus. Nak tulis surat dalam akhbar, bakul sampah menanti surat saya. Nak panjat pejabat UMNO atau JPM, gaji saya kecil. Nak apa-apa pun lagi saya tidak termampu untuk membuatnya.
Saya sayang Abdullah tapi saya meluat dengan KJ. Saya sayang UMNO tapi suara saya tak didengar. Saya sayang pemerintah tapi pemerintahan nampaknya lemah. Jadi, saya luahkanlah hati saya di mana ada ruang dan wadah. Di zaman moden ini, hanya internet saja yang masih mahu melayan manusia macam saya.
Luahan di atas bukan peribadi. Luahan ini adalah mengenai kepimpinan negara, masa depan anak cucu saya, dan maruah serta kedaulatan negara dan bangsa kita seluruhnya. – kiriman Nakhoda

6 comments:
Please go to Malaysiakita for photos links. Scroll down to "Historic Moments" below the blue ad. Thank you.
Berita Jam 8.00, TPM Datuk Najib berkata i.e 'Apa kata jika BN pula yang berarak, ia nya bukan 60,000 tapi berjuta juta'. Renungkan lah kata kata TPM kita dan benarkah Gelombang kuning telah mencapai matlamatnya.? Cuma ahli ahli UMNO saja yang boleh mengubah 'those who walk in the corridor of power'. Ahli ahli UMNO telah ditipu oleh mereka yang di atas. Pemilihan UMNO telah ditunda, tapi Pilihanraya belum kelihatan, yang kelihatan ialah kerja kerja memperkukuhkan 'kuasa dan kedudukan'. Bangkitlah ahli ahli UMNO , bangun dari mimpi anda.
Ustaz Bakaq dan Saudara Antibiul [tukarlah nama lain, walisongo ke, tok bahaman ke... gurau aje] terima kasih.
Bakaq: Harap support kempen saya - hari Setiap Sabtu pakai kuning biar kita tengok sapa yang akan putih mata!
Antibiul@Tok Bahaman: Sama-samalah kita doakan semoga ahli-ahli UMNO akan bertindak ke arah perubahan dan kebaikan.
Salam takzim.
Saudara Nakhoda,
Saranan PM berundur boleh dilihat dari perspektif sejarah. Hanya Tunku dan Tun Hussein dikatakan berundur sebab ditekan dari dalam. Harun pun cuba menekan tapi tersumbat kedalam. Anwar cuba menekan, tapi terperosok juga.
Saya orang luar, tidak tahu apa orang dalam buat. Gambaran yang ada ialah, tak ada siapa nak tekan dari dalam. Atau tunggu timing yang sesuai? Entah.
Dato Ron mungkin tahu.
Berita Dari Gunung, terima kasih.
Saya poskan komen Nakhoda dengan mengambil risiko yang besar. Saya tak sanggup jawab soalan cepu emas dari Saudara. Biarlah PM sendiri tepuk dada dan tanya selera.
Salam takzim.
Tolonnng! Tolonnng!
Saya bukan Ustaz, Tok!
Saya kutu. Ni bukan merendah diri. Ni betui-betui as it is punya!
Post a Comment