Abdullah Akan Jelaskan
WPI Lain Dari Yang Lain?
Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2007, Datuk Seri Abdullah Ahmad memberikan peluang kepada Mingguan Malaysia (MM) menginterbiu beliau secara panjang lebar mengenai pelbagai isu, termasuklah soal koridor pembangunan yang ghairah dilancarkan kebelakangan ini.
Wawancara tersebut yang tersiar dalam MM 4 November 2007, pasti bertujuan memberikan kefahaman mendalam kepada para perwakilan PAU 2007 mengenai isu-isu besar. Ia juga pastinya bertujuan meredakan kemungkinan rasa tidak puas hati sesetengah perwakilan terhadap apa yang sedang berlaku mutakhir ini.
Sebagai anak Johor yang prihatin terhadap kedaulatan bumi Johor Darul Takzim - dulu, kini dan selamanya - saya kecewa dengan jawapan Abdullah mengenai isu koridor ini.
Minda Stereotype
WPI Lain Dari Yang Lain?
Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2007, Datuk Seri Abdullah Ahmad memberikan peluang kepada Mingguan Malaysia (MM) menginterbiu beliau secara panjang lebar mengenai pelbagai isu, termasuklah soal koridor pembangunan yang ghairah dilancarkan kebelakangan ini.
Wawancara tersebut yang tersiar dalam MM 4 November 2007, pasti bertujuan memberikan kefahaman mendalam kepada para perwakilan PAU 2007 mengenai isu-isu besar. Ia juga pastinya bertujuan meredakan kemungkinan rasa tidak puas hati sesetengah perwakilan terhadap apa yang sedang berlaku mutakhir ini.
Sebagai anak Johor yang prihatin terhadap kedaulatan bumi Johor Darul Takzim - dulu, kini dan selamanya - saya kecewa dengan jawapan Abdullah mengenai isu koridor ini.
Minda Stereotype
Setelah membaca jawapan Abdullah secara menyeluruh dan teliti, saya dapati jawapan beliau menimbulkan satu stereotype keadaan dan generalisation minda seperti berikut:
Bahawa seluruh kawasan koridor Selatan, Utara, Timur, Sabah dan Sarawak mempunyai latarbelakang political economy yang serupa.
Bahawa seluruh kawasan koridor terbabit mempunyai masalah dan faktor strategik yang sama.
Bahawa seluruh kawasan koridor berkenaan bersempadankan hakikat geopolitik yang sama.
Adenda Melayu?
Berasaskan stereotype dan generalisation seperti ini, Abdullah pun menegaskan bahawa koridor-koridor berkenaan mendatangkan manfaat seperti berikut:
Memberikan peluang kepada perkembangan modal insan dan ilmu pengetahuan.
Memperluaskan lagi peluang memperoleh pendapatan tambahan, pendapatan baru.
Penduduk di kawasan tersebut yang majoritinya Melayu (dan Bumiputera) akan turut ditingkatkan (ekonomi dan mutu hidupnya).
Secara tidak langsung, pembangunan (koridor) ini sesuai dengan agenda Melayu.
WPI Berbeza
Daripada intisari jawapan seperti di atas, Abdullah seolah-olah mahu menenggelamkan hakikat bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di selatan Johor adalah amat berbeza dengan lain-lain koridor.
Kalau koridor Utara, Timur, Sabah dan Sarawak adalah di dalam kawasan majoriti Melayu dan Bumiputera, kawasan rural-based dan kawasan agricultural-based, WPI tidak sepenuhnya rural-based atau agricultural-based.
WPI merangkumi beberapa kawasan membangun - beberapa estet perindustrian, berpuluh-puluh taman perumahan dan kampung tradisional, satu lapangan terbang dan dua pelabuhan besar.
Koridor Utara, Timur, Sabah dan Sarawak tidak menghadapi soal kedaulatan negara kerana kesemuanya tidak mengambilkira perkembangan di negara-negara asing yang terdekat.
Kedaulatan Negara
Tetapi, WPI membabitkan Singapura, sebuah negara asing yang sangat-sangat laparkan tanah dan memang sentiasa mencari kesempatan untuk meluaskan sifera politik dan ekonominya ke Malaysia. Sebab itulah, sepatah kata Abdullah sendiri, WPI adalah Shenzen kepada Singapura yang bertaraf seperti Hongkong di Negeri China.
Wilayah-wilayah koridor lain tidak membabitkan soal trans-border movement atau pergerakan melintasi sempadan.
Di WPI, Abdullah sampai tergamak menyatakan pada peringkat awalnya, bahawa orang dari Singapura tak perlu menggunakan apa-apa dokumen perjalanan untuk ke WPI. [Kenyataan dasar ini ditentang keras oleh rakyat Malaysia dan kini sudah pun diperbaiki.]
Tidak seperti WPI, lain-lain wilayah pembangunan tidak bersempadankan sebuah negara satelit Amerika Syarikat yang jadi pengkalan zionis terbesar di Asia Tenggara dan yang menjadikan Israel sebagai penasihat keselamatan dan pertahanannya.
Super Bridge
Tidak seperti lain-lainnya, di WPI telah diwujudkan satu jawatankuasa peringkat menteri Malaysia-Singapura untuk menasihati soal-soal pembangunan WPI.
Di WPI sudah diura-ura akan dibina sebuah jambatan besar atau super bridge kononnya untuk memudahkan lagi mobiliti duahala Malaysia-Singapura.
Perkara yang dikatakan ura-ura ini sebenarnya sudah pun diperincikan di Singapura beberapa bulan lalu. Satu peta mengenai cadangan super bridge ini juga sudah diedarkan kepada banyak pihak yang berminat.
Mungkinkah Abdullah akan menyetujui pembinaan super bridge seperti ini? Tidak mungkinkah di sebalik super bridge itu akan digandingkan juga agenda pertahanan dan ketenteraan Singapura yang ketulusannya terhadap Malaysia mesti sentiasa diragui?
Oleh itu, berasaskan jawapan Abdullah dalam MM 4 November 2007, adakah pembangunan WPI menepati agenda Melayu atau agenda nasional, khusus sekali dalam konteks kedaulatan, keselamatan dan pertahanan negara kita?
Saya tidak mahu menyenaraikan perincian mengenai banyak lagi perbezaan WPI dengan lain-lain koridor di seluruh negara. Saya juga tidak mahu menafikan bahawa koridor-koridor yang akan dibangunkan, melainkan WPI, pasti akan memberikan manfaat kepada Melayu dan Bumiputera.
Bagaimanapun, saya tetap mempersoalkan rasional kerajaan membangunkan WPI yang kini menimbulkan persepsi umum yang amat negatif.
Turut Berdosa?
Saya tidak anti-pembangunan. Tetapi, saya tetap sinis dengan matlamat sebenar di sebalik WPI. Adakah ianya benar-benar selaras dengan agenda Melayu dan agenda nasional?
Maka, kalau Abdullah boleh berkata, berdosalah beliau kalau pembangunan seluruh koridor di bawah rejim pentadbirannya meminggirkan Melayu dan Bumiputera, saya juga akan berdosa kalau tidak bertanya kepada Abdullah, apakah kerajaan pimpinannya telah meneliti seluruh aspek kedaulatan, keselamatan dan pertahanan negara ini dengan semasak-masaknya, sewaktu WPI digubal oleh pihak Khazanah Nasional, di mana ketua pakar ekonominya juga dikatakan adalah warganegara Singapura?
Lantas, adakah Abdullah akan terdorong untuk secara ikhlas menjelaskan kepada rakyat jelata bahawa WPI adalah lain daripada semua koridor yang akan dibangunkan di negara kita? – Ruhanie Ahmad
8 comments:
Saya sokong tulisan Datuk. Pak Lah tak boleh main pukul borong semua koridor sama aje. Kalau dia ingat sama, itu pembohongan. Saya harap Datuk tulis panjang lagi pasal super bridge tu. Saya rakyat Johor. Saya bimbang super bridge tu mudahkan kereta tank si todak ganyang JB dan seluruh Johor.
Pak Lah kena terus terang dengan rakyat Johor. WPI tu betul ke selari dengan agenda Melayu. Mungkin tak WPI memenuhi agenda todak atau talibarut amerika? ALLAH SELAMATKAN JOHOR!!!!!
Saya sebagi warga Indonesia heran bagimana si Pak Abdullah bisa ngatakan WPI itu sama aja dengan lawang-lawang pembangunan lain di Malasia. Saya bukan mau ngondo Pak Abdullah. Tapi, ngomong WPI sama saja dengan lainnya kan enggak betol si!!! Awas dong. Singapor memang ada motif ulterior.. Kami di Indonesia enggak bagi muka sama negara ini...
Dato,
Dato memilih untuk melihat SJER dengan penuh sangsi. Orang Johor selalunya begitu, dengan patriotisma unggul. Tapi jangan lupa dato, Musa H, 'gabenor' SJER juga orang Johor. Musa tetap orang Johor walau beratus kali berkahwin dengan orang Colombia atau Argentina.
Kini kita mula lemas dengan pekerja asing. Mereka bekerja, mencari wang dan membawanya pulang. Mereka juga membina benteng yang kuat, hingga aktiviti ekonomi berkaitan sukar lagi dikongsi oleh orang tempatan.
Ada juga kontraktor yang sengaja menggunakan pekerja dari Siam dengan alasan kuat bekerja dan cukup setia. Jangan kita cari lagi pekerja tempatan di syarikat usahawan berkenaan. Di ladang, di kilang, di kedai, di Klia, malah di rumah orang kita sendiri ada pekerja asing.
Dulu disebut "bibik", tapi bila melimpah perempuan dari Nepal dan Myammar di rumah-rumah, seperti yang diutarakan oleh sahabat kita Radzi, ada lagi lah nanti istilah baru untuk bibik.
Itu senario pekerja asing secara umum. Pekerja yang melaksanakan kerja-kerja yang kononnya orang sebelah sini tidak suka. Kononnya orang sini tidak suka kerja di ladang, di kilang dan di rumah. Kononya orang sini hanya suka kerja di tempat berhawa dingin.
Pekerja asing tidak lama lagi akan wujud dalam profession yang lain pulak. Johor ditunjukkan makna banjir dan sengsara. Tidak lama lagi SJER akan banjir juga, bukan dengan MODAL sahaja, malah dengan INSANnya sekali.
Dato bimbang soal keselamatan negara. Wajar sekali! Kita mungkin anggap singapura sebagai negara luar, asing dan mahu bersaing, tetapi dengan PM yang sudah berjinak dengan istilah geopolitik, pandangan kita mungkin terbabas.
Dalam nota kaki sejarah melayu, tercatat bahawa Kota Melaka bukannya diroboh tapi dibuka dari dalam. Bila ternganga luas, ramai yang tidak berdosa mati mempertahankan bumi bertuah, manakala raja, pembesar dan gundik lari dengan harta-harta mereka.
Akhirnya saya berpandangan bahawa kalau inilah cara untuk mempamirkan rasa cinta pada negara, apakah ianya salah? Malaysia adalah milik semua, bukan milik seorang dua.
Terima kasih.
Salam,
Saya adakala berfikiran jahat. Bagaimana tanah milik Palastine, asalnya, boleh dituntut hak oleh Israel. Hairan, tanah adalah tanah palestine, entah macamana, dari masa ke masa, melalui pelbagai proses serta campurtangan luar Israel boleh kata dia tuntut hak dia ke atas tanah itu.
Paling dasyat, untuk melindungi kepentingan dia atas tanah Palestine, dia boleh guna kuasa tentera pulak.
Dato, naik bulu romalah datuk, kalau cerita bab strategi israel ini.
Sama-sama kita fikirkan.
Assalamualaikum Datuk, lama saya hilangkan diri pasal sibuk beraya dan sekarang ni subuk cari makan.
Sebelum saya komen hal WPI, saya nak tanya, kenapa ada sorang tukang komen guna nama PEMERHATI dan lama tak nampak namanya dalam blog Datuk. Saya cuma nak kata, siDia ni jangan jadi macam durian, ada kulit ada bau wangi, tapi bila dah kena makan, kulit dan biji dia hanya layak untuk tong sampah. Saya dengar siDia ni dah setuju jadi pelepah pisang yang tahan panas dan bukan pucuk pisang yang layak untuk bungkus lemang. Saya dah kata dulu, jangan komen pedas-pedas. Tapi tak apa, siDia dah mula pukul gambar baru untuk buat setem dan watikah jadi pelepah pisang.....
Hal Pak Lah ni pun satu. Apasal dia kata semua koridor tu sama je? Jangan nak bagi rakyat marah. Orang Johor bukan buta huruf atau tongong. Harap Pak Lah betulkan kenyataannya.
Selamat hari raya maaf lahir
Nakhoda, Azam, Berita Dari Gunung, KZ Ahmad dan Cyber. Terima kasih.
Secara umumnya, WPI amat berbeza dengan lain-lain koridor yang kononnya diilhamkan oleh PM. Saya telah ulas dan jelaskan hakikat ini dalam posting saya. Tapi, banyak lagi yang masih saya peram untuk dapatkan kepastian.
Kepada Bapak Azam dari Indonesia, saya hormati pandangan ikhlas anda. Sebab Indonesia sudah haramkan eksport batu dan pasir ke Singapura, (satu tindakan bijaksana dan strategik) WPI menjadi satu wilayah yang cukup menarik kepada pulau tersebut. Ini satu aspek strategik dan geopolitikal. Ini juga boleh menular kepada aspek keselamatan dan pertahanan. Kalau kita semua berfikiran "jahat" seperti KZ Ahmad, sapa yang tak gerun dengan kemungkinan ini. Jadi, berdosakah saya sebagai anak watan Malaysia dari Johor bersuara lantang mengenai WPI?
Salam takzim.
"New Straits Times, 11 November 2007
KUALA LUMPUR: A crowd of about 4,000 gathered for an illegal march close to Dataran Merdeka yesterday, causing massive traffic jams across the city.
Kuala Lumpur police chief SAC 1 Zulhasnan Najib Baharudin said more than 1,000 policemen were on duty to control the situation."
Guys, Msian police are so PONDAN that at least 1,000 police were forced to be at Dataran Merdeka against "allegedly" 4,000 illegal demosnstrators...? 1000 Police VS 4,000 people?ONLY superbly-stupid citizen will believe this figure...SINAR Harian stated more than 4000 police...u see? These are inconsistent and pure lies. As I said, ONLY brainless creature can be fooled like this.
ACTUALLY I was there with more than easily estimated 50,000 people for the BERSIH peaceful and respectful march to the Istana Negara...IF no ROADBLOCKS anywhere towards KL entry gates like Selangor/Perak/Kedah/Melaka/Johor etc...the numbers will possibly exceed 150,000 people...
This is the next IMPORTANT STEP to do:
100,000 people can agree to gather peacefully for BERSIH 10th NOVEMBER 2007...NOW let us unite again with 100,000 of us to boycott the Prime Media Newspaper and TV News...Each of us then get 2-3 friends to STOP BUYING NST/THE STAR/UTUSAN/BH at we can reach at least 400,000 or half million people BOYCOTT the media...punish them for irresponsible news!!!
Read those newspaper for free is ok, but NEVER BUY those newspapers!!! Use our purchasing power to punish them big time!
salah kerajaan jugak ke?
tp korang tgk sendiri laa kan..US pon xdak maslah masa org2 rakyat2 mereka xpuas hati kt presiden diorg ttg kempen anti keganasan bush ...diorg leh plak suarakan perasaan mereka dgn demostrasi yg aman..nih kita malaysia beb...nk canggih laa konon tp akal pendek beb..perghh pikir sendiri laa salah sapa..cuba dua pihak saling kerjasama..xkan ada laa masalah yg mcm nih..boring aku tgk kebodohan kita sendiri..melalui ketukan kekunci....pikir2kan lah..dan aku sokong dengan agenda kuning yg penulis blog ini bawa....ALLAHUAKBAR
Post a Comment