Sunday, October 28, 2007

Siri Ketiga
Maklumatnya Singkat
Maksudnya Padat….

Puaka Buana Ada Namanya?
Semalan saya katakan, Datuk Seri Najib Razak sedang dirasok puaka buana yang menghantui kerusi TPM. Saya juga cadangkan orang-orang Najib engage bomoh super special untuk memusnahkan puaka buana itu. Malam tadi, saya ketemu seorang macai besar Najib. Katanya, apa nak susah-susah lantik bomoh? Katanya lagi, puak Najib dah tau siapa puaka buana tu. Dah ada gambarnya, namanya dan profilenya. Puak Najib tengah cari jampi serapah paling sesuai untuk puaka buana tu.

Kalau gitulah halnya, mungkinkah Najib berperang dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tak lama lagi? Dan, apakah akhirnya kisah puaka buana ini? Najib tersungkur dan terlungkup? AAB tersingkir dan terlingkup?

Apa jua kesudahannya, nampaknya Najib akan terus jadi mangsa kisah-kisah seram. Kalau Najib dapat musnahkan puaka buana, pontianak sundal malam pula akan menghantui beliau. Habis cerita ni, ada lagi dan ada lagi tanpa kesudahan..

Habib Hussein Nujum Perdana?

Syed Hussein Al-Attas @ Nujum Pak Belalang @ Pak Habib, kini sibuk mengedarkan buku terbarunya berjodol Khairy Jamaluddin Perdana Menteri? Dalam satu majlis yang saya hadiri, Pak Habib membahagi-bahagikan bukunya secara percuma.

Pak Habib sahabat saya sejak pertengahan tahun 70-han. Beliau bermurah hati menurunkan beberapa petua penulisan kepada saya. Tetapi, melihat cara penampilan dirinya dan gaya persembahan bukunya yang terbaru ini, saya suspect masih ada lagi petua, rahsia dan misteri penulisan yang Habib Hussein masih monopoli dan enggan dikongsikan dengan sesiapa.

Mungkin Datuk Norzah Zakaria atau Khairy sendiri dapat merungkaikan misteri dan rahsia itu. Manalah tau, sesudah buka puasa degan makan ubi kayu bersama AAB di Seri Perdana, dan sesudah gesel-gesel bahu dengan Khairy, Habib Hussein pula jadi Nujum Perdana? - Ruhanie Ahmad

5 comments:

Unknown said...

Selamat Hari Raya Datuk. Saya lama cuti kat kampung. Soal Najib ni senang je. Apa yang AAB mesti buat ialah minta KJ jangan masuk campur politik negara. Kalau KJ nak buat duit, buatlah berapa kodi yang dia mau. Tapi haramkan KJ main politik nak singkir Najib. Ini tak. AAB jadi macam kena pukau. Dia biar je KJ kacau Najib. Saya dengar-dengar, KJ dengan kawan dia kat NST tu, guna seorang bekas pegawai besar BTN susun strategi singkirkan Najib. Kata orang, pakar strategi tu dah jadi direktor NST. Sampai bila nak kacau-bilau macam ni?

Unknown said...

Saya simpati pada Najib. Tapi Najib pun kenalah kesian kat diri dia sendiri. Najib kena kasi tau semua orang UMNO yang parti tu akan aman damai kalau AAB berani buang semua pelesit dalam parti. Macam Datuk kata, AAB kenalah hapuskan semua puaka buana peliharaan menantu dia. Selamat kita... Maaf lahir batin.

Kamalkamal said...

Datuk,
Datuk Najib dilantik ke jawatan TPM atas ihsan Tun Dr. Mahathir. Tentunya PM ada calunnya sendiri!!!

Sekarang ini dalam Pemuda peranan Datuk Hisham sudah hampir tenggelam. Selalunya wajah KJ yang muncul.

PM tentunya tidak akan menghalang menantu bergiat politik...kalau nak dihalang dari dulu lagi beliau sudah berbuat demikian. Bagi saya PM adalah pendorong kepada semua aktiviti KJ.

Gerakan Anti Najib (GAN) sudah lama bermula...cuma hasilnya belum lagi dapat dipungut!!!

Kacau bilau dalam kerajaan akan berterusan sehinggalah KJ mencapai matlamatnya...tentu Pak Habib lebih tentang hal ini.

Berita dari gunung said...

Habib mengarang buku.

Secara umum, sekalung tahniah pada sesiapa yang jadi PM. Bukan calang-calang tugas dan tanggungjawab.

Tak salah kalau PM susun Khairy dalam barisan ke takhta PM. Itu bukan kronisma. Kalau kronisma, sudah lama Anwar pakai hailer jerit sana jerit sini. Bukan dulunya Anwar benci kronisma dan nepotisma?. Atau battle cry boleh berubah-ubah macam menu makanan tengah hari.

Belum baca lagi buku Khairy jadi PM. Dulu ada beli buku hampir sama tajuknya, tapi khas untuk Anwar. Kini buku itu mengumpul habuk dan kertas asalnya putih sudah jadi kuning.

kudakepang said...

Putera Bentan, Nakhoda, Kamalkamal, Berita Dari gunung, Mohamad Al-Johari:

Pertama sekali saya minta maaf kerana respons yang terlambat. Saya terlalu sibuk menyiapkan manuskrip buku The Toyol Code yang baru je selesaikan semalam. Insya Allah akan siap cetak sehari dua lagi.

Keduanya, sibuk layan tetamu berhari raya. Ketiganya, terlalu banyak untuk diresearch untuk buku susulan kepada The Toyol Code yang saya jodolkan The Trojan Horse.

Bagaimanapun, saya ucapkan selamat datang kepada Mohamad Al-Johari yang pertama kali berkunjung ke KK.

Soal KJ, ABB dan Najib saya ulas panjang lebar dalam The Toyol Code atau TTC. Pokoknya, kalau AAB benar-benar mau UMNO stabil,beliau mesti arah KJ bergenti mengacau urusan politik nasional...

Mengenai isu 3 menteri yang gawat itu, saya ada juga terbaca tulisan Datuk Kamal Amir. Rasanya, biar setakat itulah saje. Dan kita tunggu reaksi yang terbabit.

Apa yang harus kita nantikan sekarang adalah Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali ini dan juga perarakan Gelombang Kuning...

Salam takzim dan maaf lahir batin.