Monday, October 08, 2007

Alhamdulillah Tun Mahathir Selamat:
Beliau Kini Berada Di Wad VVIP IJN

Alhamdulillah. Tun Dr Mahathir Mohamad kini “out of danger.” Beliau kini dipindahkan ke Bilik Bunga Raya – Wad VVIP IJN.

Mulai semalam, Tun Mahathir sudah mulai berjalan tanpa sebarang bantuan daripada sesiapa. Bagaimanapun, lawatan masih terhad kepada kaum keluarga sahaja.
Blog ini akan membuka satu ruang ucap selamat Aidil Fitri khusus buat Tun Mahathir sekeluarga. Kirimkanlah ucap selamat anda secara ringkas menerusi posting ini atau e-mail kepada mailto:mayaputera@yahoo.com

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Institut Jantung Negara, 8 October....YABhg Tun Dr Mahathir bin Mohamad has been transferred to the Bunga Raya ward of Institut Jantung Negara from the Intensive Care Unit at noon today.

IJN doctors are happy with his progress and will continue with post-surgery rehabilitation including chest and muscle strengthening exercises. Tun Dr Mahathir has also been able to walk unaided since yesterday.

In order to give him adequate rest in between physiotherapy sessions, visitations continue to be limited to immediate family members.

4 comments:

nizam080 said...

Tahniah Dr. M kerana menjalani rawatan dalam negara. Saya rasa hal ini sukar dicontohi oleh pemimpin sekarang.

haji said...

Alhamdulillah, dan marilah klita panjatkan doa kepada Allah SWT setiap selesai kita solat, mendoakan kesehatan Tun dan keluarganya, semoga dalam peliharaan Allah SWT.

Kita amat bangga terhadap sikap dedikasi paramedik di IJN yang sememangnya "world class" menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap pesakit. Tahniah kepada semua yang telah menjalankan tugas itu semoga Allah SWT akan memberikan hidayah kepada anda semua.

Selamat Hari Raya aidilfitri buat Tun seisi keluarga, InsyaAllah Tun akan pulih sepenuhnya tidak berapa lama lagi.

Kua Kia said...

Mahathir is the most racist and greediest Prime Minister in Malaysia's history.
His passing will not be a loss to Malaysia.
Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Bin Badawi is the most fairest (fair to all religions and races) and cleanest of all Prime Ministers in Malaysia's history.
Pak Lah always stresses multi-culturalism and strength in unity.
Even though Pak Lah is malay, he acknowledges that the Malays need the chinese for the country to be strong. That is why his enlightened government always gives the message to the malays in rtm, tv3, nst, berita harian and utusan that malays need chinese to be strong - strength in unity.
We are all very lucky to have him as our beloved Prime Minister.

Kamalkamal said...

Sebenarnya Tun Dr. Mahathir telah memberi banyak contoh yang baik selama 22 tahun menerajui kepimpinan negara. Sebagai manusia biasa, beliau bukan maksum. Oleh itu tentunya terdapat cacat celanya jua.

Di penghujung Ramadhan yang cukup berkat ini, marilah kita rakyat Malaysia mendoakan supaya Tun akan terus sihat dan bersama keluarganya sempena Aidil Fitri nanti.

Mana yang baik kita jadikan tauladan, mana yang tidak baik kita jadi sempadan. Maaf zahir dan bathin...Selamat menyambut hari lembaran.