Saturday, October 13, 2007

Rompakan Bersenjata Di KLCC?

Kuala Lumpur, 12 Oktober 2007: Satu rompakan bersenjata oleh sekumpulan penjenayah berlaku di sebuah kedai jam di Suria KLCC sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang dari sebuah masjid berhampiran pusat membelibelah itu kira-kira jam 7.00 petang tadi.

Sumber-sumber berwibawa memberitahu kudakepang malam ini, seorang pengawal keselamatan yang cuba mengejar perompak itu telah ditembak oleh seorang daripada perompak berkenaan. Pengawal itu dikatakan tertembak di bahagian perutnya.

Sumber-sumber yang sama berkata, beberapa jam tangan berjenama dikatakan jatuh berciciran sewaktu kumpulan penjenayah itu melariakan diri. Salah satu senjata api milik kumpulan itu juga dikatakan turut tercicir.

Kumpulan perompak itu berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta import yang menggunakan nombor plet sebuah negara jiran di selatan.

Sehingga posting ini selesai ditulis masih belum terdapat sebarang berita mengenai rompakan tersebut daripada mana-mana sumber berita rasmi tanahair.

Sumber-sumber tersebut musykil sama ada rompakan itu hanya satu jenayah biasa atau satu tindakan yang mungkin mempunyai motif tersendiri.

Moga-moga Datuk Christopher Wan, Pengarah CID Bukit Aman, yang cekap dengan teknologi fotofit dan cekap dalam pengesanan jenayah menerusi CCTV, akan mengesahkan sama ada rompakan ini benar-benar berlaku.

Kalau tidak, ia mungkin hanya satu drama di senjakala lakonan segolongan manusia yang berhasrat menakut-nakutkan para pelancong dan pengunjung ke KLCC, satu-satunya destinasi kelas dunia yang amat masyhor di negara ini. – Ruhanie Ahmad

4 comments:

A KADIR JASIN said...

Sdr Ron,

Mula-mula sekali Salam Eid Mubarak buat Saudara dan keluarga.

Mengenai rompakan di KLCC (macam rompakan-rompakan di tempat lain), perlukah kita berasa hairan?

Rasanya tidak. Jenayah sudah menjadi sinonim dengan negara kita kini.

Rompak, culik, rogol, bunuh adalah kejadian harian.

Masalah sosial? Masalah mental? Masalah moral? Atau apakah ini bala Tuhan?

Adakah Malaysia sentiasa begini?

Saudara lebih arif mengenainya.

Saudara pernah menjadi orang kuat pemerintah, orang kuat Umno, pernah menjadi MP dan pernah menjadi handler Timbalan Perdana Menteri (Tun Musa Hitam).

Saudara pasti boleh menjawabnya.

Terima kasih.

nizam080 said...

Datuk,
Apa komen datuk terhadap kenyataan terbaru lee kuan yew terhadap dasar malaysia mengenai melayu dan bukan melayu.
sekian.

InMine said...

Selamat hari raya maaf zahir dan batin Dato'.

Talking about the enhancement of CCTV images, I was disappointed after looking at the result (which was published in The Star on page 1 and 3)of the enhancement done but the expert from USA. To me the result looked like something which can be produced by our masters students. I am sure our UIA students under the supervision of Assoc. Prof. Othman Kalifa, or students under supervision of Prof. Syed Abd. Rahman Al-Attas from UTM can produce.

Berita dari gunung said...

Rumit bila mengenangkan rompakan yang kerap berlaku.

Apa kita boleh buat?