Wednesday, October 10, 2007

Al-Fatehah Buat Dato’ Nasar
Seorang Sahabat Dan Pejuang

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Nasaruddin Abdul Jalil, meninggal dunia sekitar jam 8.00 malam, 9 Oktober 2007.

Allayarham - seorang sahabat, seorang usahawan dan juga pejuang bangsa - menghidap penyakit barah usus. Jenazah Allahyarham selamat disemadikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara jam 11.30 malam.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat Allah SWT jua dan mudah-mudahan Allahyarham juga akan tergolongan di kalangan orang-orang yang soleh.

Antara yang hadir menziarahi jenazah ialah Ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail, Pengerusi GERAK Mohamad Ezam Mohd Nor, MPT PKR Khalid Jaafar dan bekas setiausaha agung FAM Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad

Dipetik daripada KLPos

1 comment:

A Voice said...

Balik2 England dgn ijazah undang2, dia bekerja dgn MBF dan on the board of MBF. Pernah menjadi Board Member Gadek dan DRB Hicom bersma arwah Tan Sri Yahya Ahmad, kawan sedarjah Anwar di MCKK.

Dia pernah cuba memulakan business kapalterbang dengan Asia Pacific Airline dengan beas top executive MAS bernama Kamaarunihar tapi gagal.

Byk cerita2 korporat mengenainya. Tak manis nak cerita org yg dah tiada.

Saya akan ingat bahawa tiap2 kali tersempak dengannya selalu di Masjid Pulapol, dia tidak pernah tidak tegor dan mahu bersapa dengan saya. Padahal saya ni tidak ada apa2.

Fatihah buat mu, Nasa.