Monday, October 01, 2007

Reaksi:
Apa Motif Sebenar FBI Bantu PDRM ? (2)

Dalam posting saya pada 29 Sptember 2007 dan 1 Oktober 2007, saya mengeluarkan soalan-soalan berikut: perlukah seorang pegawai FBI diterbangkan khas ke Malaysia hanya untuk “mengenal pasti fotofit dalam rakaman CCTV” membabitkan pembunuhan Nurin Jazlin?

Saya juga bertanya: mungkinkah penglibatan FBI ini untuk mencerminkan betapa rapatnya Malaysia pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mutakhir ini dengan pentadbiran Presiden Bush? Inikah motif sebenar-benarnya? Atau, adakah agenda lain yang masih belum diketahui umum?

Di bawah ini adalah antara komen-komen yang relevan dengan pertanyaan di atas:

Cyber: Dulu-dulu memang tak pernah dengar cerita pasal FBI. La ni ada pulak FBI. Hairan juga kita dibuatnya. Hebat betul AAB.

Cina: You been reading too much conspiracy theory. What is wrong with the FBI? Why worry if PM Badawi is close to Bush? We have to accept the fact that US is very powerful. So, it is good to be friendly with such a superpower.

Jalak Lenteng: Bila IGP umum penglibatan FBI dalam kes Nurin, tak lama kemudian terus dapat reman beberapa orang yang disyaki terlibat. Ini menunjukkan PDRM tak secekap yang Datuk katakan....Tak sampai pun seminggu ramai yang ditahan dan akan disoalsiasat dan mungkin dipaksa mengaku bagi kesalahan yang tidak dilakukuan. Bukti DNA boleh direka oleh sesiapa sahaja. Harap jangan sampai orang yang tak bersalah disuruh mengaku sudahlah.

Hakikatnya di Malaysia ini, agen-agen FBI, CIA, Mossad, MI5 selain pasukan perisik dari negara jiran, telah lama ada dan mencari maklumat yang menguntungkan kepada mereka. Cuma kali ini kedatangan FBI adalah secara undangan dari IGP. Berapa agaknya PDRM bayar bagi kepakaran yang digunakan.

InMine: If it is just to enhance the quality of the image from CCTV, we have expertise especially in Digital Image Processing area. Unless the collaboration with FBI has some other agenda besides what was being publicised.

I can name a few professors who have been working in this area since 1990's. I am not an expert but I have postgraduate degree in this area since 1990. The world experts in this area are no more americans (in 1980's yes the americans were the experts) but instead the chinese, the arabs, persians, and indians are the experts now. We have a few malays involved in this area but they are low profile and not many papers were published in international journals. The government should have given the fund for these locals professors to do more research to develop further the technologies and algorithms in this area.

InMine: Just to add further. I have an on going project called "Digital Forensic Science" under my research group. The system which is curently in development stage utilizes digital images, digital speech, and multimodal biometrics data to help investigators to find evidence of crimes.

Hamizi: The time where every Malaysian is proud to be a Malaysian already become history in the text book since our current PM take charge. Now in our PM & co opinion, malaysian are consider low class citizen and not up to standard... The worst part is, when the government suppose to encourage local expertise, now they invite professionals all over the world...I am afraid one day, most of young Malaysians or majority Malay, will say, "why must we get higher education, when we only can work as clerk or factory production operator?

Nizam: Izinkan saya memberi sedikit pandangan. Apabila terbaca artikel Datuk, teringat saya kepada kisah zaman silam semasa bumi Malaysia ditadbir oleh sultan dan pembesar-pembesar Melayu. Ketika wujudnya pertelingkahan sesama pembesar atau kerabat diraja, satu pihak akan menjemput Inggeris untuk campurtangan dan bantu mereka dan dengan bantuan Inggeris pihak tersebut akan menang dan menduduki takhta. Sebagai habuan, pihak Inggeris akan diberi sesuatu. Daripada titik tolak inilah sedikit demi sedikit akhirnya seluruh Tanah Melayu tergadai kepada Inggeris.

Kisah PDRM menjemput pakar FBI Amerika bagi memperjelaskan kekaburan gambar pada screen CCTV bagi saya tidak lebih dari membuka pintu bagi kuasa asing menguasai politik dan ekonomi bumi Malaysia. Adalah suatu tindakan yang tidak berakal dan bodoh PDRM menjemput FBI sedangkan rakyat Malaysia mampu melakukannya.

Hal ini barangkali ada kaitannya dengan apa yang dipanggil oleh RPK sebagai "underworld boss". Tidak dinafikan juga mungkin ada kaitannya dengan Singapura yang dikatakan boleh menentukan perlantikan beberapa pegawai polis atasan PDRM. Fikir-fikirkan lah...

Abg Halim: Tindakan PDRM ini sama seperti tolong membalas dendam PM yang gagal menjemput Pasukan Liga Inggeris MU untuk membelasah pasukan Malaysia semperna Kemerdekaan ke-50.

Maka kini terbukti bahawa kita tidak pandai. Orang Malaysia tidak boleh menguruskan Malaysia. Mana mungkin Selat Melaka yang luas hendak dijagai. Nanti kita kasi Amerika. Biar mereka yang jaga. Dihujung Tanah Melayu kita kasi Singapura yang jaga. Di bumi bersejarah Melaka kita kasi BABI yang jaga. Kita dok TAK PA Habis tembakau tinggal telepa

Nakhoda: Rakyat Malaysia yang bangang je yang tak mau cemburu dengan Amerika Syarikat. Kalau dia orang tak bangang, dia orang mesti tau, Bush tu lembu zionis. Kalau Bush lembu zionis, pentadbiran Bush juga lembu zionis. Lembu zionis inilah yang bunuh juta-juta umat Islam Afghan dan Iraq. Iblis macam ni ke yang PM kita nak buat baik? Rentikanlah……

Cyber: Saya cuma nak tau, sapa yang berkuasa dalam PDRM sekarang? IGP? Pak Lah? Joe Baharom? KJ? Wan Farid? Christopher Wan? Line of command penting dalam mana-mana pasukan. Kalau line of command kena short-circuited, rosak dan tonggang terbalik jawabnya. Lebih serius lagi, morale pasukan akan lemah, imej pasukan akan luntur. IGP, jangan bagi muka sangat pada Christopher Wan. Kalau dia panjat kepala, jahanam PDRM.

Renungkanlah sendiri komen-komen di atas. Pastinya anda akan dapat menyimpulkan bahawa kehadiran FBI untuk membantu PDRM dalam kes Nurin, walau pun baik, tetap diragui motif sebenar-sebenarnya! - Ruhanie Ahmad

11 comments:

limado said...

Apa yang disuarakan oleh komen-komen dalam posting ini betul. Pihak berkuasa kena prihatin. Kena bertindak segera betulkan keadaan.

Saya tetap percaya Tan Sri Musa Hassan jadi mangsa politik PDRM. Mungkin juga mangsa politik Jo Bahrom dan KJ. Macam biasa, Pak Lah tak tau apa-apa.

Ini semua game balaci dia. Yang terima akibat Tan Sri Musa. Yang terjejas, keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Berapa lama lagi hal-hal macam ni nak dibiarkan berlaku? Keselamatan negara dan ketenteraman awam jangan dikompromikan dengan politik jabatan.

politica said...

Siapa punya keputusan minta tolong FBI dalam siasatan kes Nurin? Adakah ini idea KPN? Mungkinkah KJ atau Wan Farid yang arah? Atau betulkah Christoper Wan yang mandai-mandai? Rakyat kena tau hal ni. Implikasi bantuan FBI ni serius. Amerika, kalau dah dapat betis, sure mintak peha!!!!

kudakepang said...

Limado:

TS Musa Hassan orang integriti tinggi. Tapi, ada juga orang tuduh beliau talibarut underworld. Moga-moga harapan anda akan jadi pengeras semangat kepada beliau untuk berjuang menegakkan keamanan dan kebenaran.

Dalam hal ni, PM yang juga Menteri Keselamatan kena ambil keputusan tegas. Beliau dah sambung kontrak TS Musa. Jadi, beliau kenalah beri mandat untuk TS Musa bertugas tanpa mana-mana pihak masuk campur dan mengeruhkan keadaan.

kudakepang said...

Politica:

Saya tak terdaya jawab soalan anda. Saya pun tak pasti kalau Pengarah CID, Christopher Wan, yang jemput FBI dalam hal ni.

Pasal Amerika tu betul. Kalau dah dapat betis, lebih daripada peha pun dia nak.. Sebab tu kita kena hati-hati dan waspada.

Esok saya akan poskan kisah Amerika nak kuasai Selat Melaka. Kata orang, Amerika kerjasama rapat dengan Singapura pasal nak kuasai Selat Melaka.

Salam takzim.

cina said...

My identity is my secret. But, I do not sing the Majulah Singapura.

I wonder why you guys always suspicious of the US. Be practical, like Singapura. The US is the protector of Singapura.

kudakepang said...

Cina:

You can keep your secret. But it is good that you don't sing that anthem.

Anyway, we are not suspicious of the Americans in general. It is only Bush and his administration. Anybody with the right and sensible mind will deplore Bush and his administration for what they had done in the Central and West Asia.

Now, the Bush's administration is working on the US senate to split Iraq into ethnic zones. What right do they have to decide on the destiny and future of an independent and sovereign nation like Iraq? You tell me. Am I wrong by asking this simple, but pertinent question?

I am not going to be drawn into discussion on the question of Singapura and the Bush Administration. The republic has the very right to do what is deemed fit and necessary.

But, yes BUT, please do not impose on Malaysia to open up the Straits of Malacca to be dominated by the US.

Salam takzim.

pemerhati said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kudakepang said...

Saudara Pemerhati:

Bila sembahyang di Masjid Telor, [Masjid Kuning]di Pulau Pnyengat, doa-doakanlah tanah air kita terselamat dari bala bencana.

Kalau ada terluang masa jengok-jengoklah blog baru oleh anak jati rembau www.antikhairy.blogspot.com. Kawan baru je membacanya.

Kawan pun macam anda. Sebab tu, walau dah pencen, masih rela cengkal mata sampai subuh, buat kerja sukarela demi agama,bangsa dan tanah air.

Kawan harap bawa pulanglah doa mustajab dari Masjid Kuning tu balik ke KL. Ini sebab kawan dapat tau, River Park Konsortium pun nak anjur majlis hariraya bsar-besaran di KL pada bulan 11 ni. Juadah khususnya, pulut kuning. Jadi, berkat doa Masjid Kuning Pulau Penyengat tu mungkin boleh buat pulut kuning jadi besi kuning... Ha ha ha...

Tapi, siap-siaplah juga ya, kerana kawan dengar, akibat perubahan cuaca dunia yang PM kita ucapkan di PBB dua hari lalu, para saintis meramalkan yang kita juga mungkin kena langgar gelombang kuning. Kalau gitu, kita kenalah tempah lancang kuning dari Bentan.... Ha ha ha...

Lepas, tu kawan dengar lagi, ada pula orang nak buat majlis untuk orang kuning pulau besar. Nampak gayanya, meriah juga sambutan kali ni. Penuh mistiq dan penuh misteri.

Agaknya kebetulan ya anda ziarah ke Masjid Kuning, pakar kaji cuaca kata akan ada gelombang kuning, River Park Konsortium nak ada majlis pulut kuning dan kumpulan mistiq pulak nak adakan majlis orang kuning.. Hai.. pening kenoneng dibuatnya kawan nak fikirkan soal ni...

Salam takzim dan selamat berjuang.

Kamalkamal said...

Datuk,
1. Apakah TS Musa Hasan ingin mengadai integriti PDRM yg. telah mula tercemar dengan membawa masuk FBI. Mungkin juga Dato' Joe telah mula menunjukkan taringnya dengan menguasai PDRM melalui kerabat-kerabatnya di sana.
2. Sebenar politik jabatan lebih hebat dari politik negara, sesaorang sanggup pijak kepala kawan yg. dikenali berpuluh tahun demi pangkat dan kuasa.

Jalak Lenteng said...

Akhirnya 4 orang yang direman dibebaskan oleh polis setelah DNA suspek tak sepadan. Kaedah padanan gambar /fotofit berdasarkan daripada maklumat orangramai pula yang digunakan sebaliknya.

Mungkinkah kedatangan FBI ini sebenarnya dirancang dari awal lagi bagi kegunaan tujuan lain. Ianya hanyalah sekadar alasan PDRM bagi membolehkan pihak Amerika ini masuk secara sah bagi membantu kerajaan. Kenapa FBI tidak dipanggil untuk membantu dalam siasatan kes pembunuhan Altantuya ataupun bagi menentukan ketulenan rakaman video si Lingam?

Keputusan membawa masuk FBI mungkin mendapat kelulusan menteri dalam negeri...tak lain tak bukan Pak Lah sendiri. So alasan tak tahu tu tak relevan bagi Pak Lah. Sebagai menteri dan yang penting sebagai Perdana Menteri mesti tahu semua dan perlu ambil tahu. Bahagian A di Kementerian terlibat mungkin dah lama bincang pasal FBI ini.

kudakepang said...

Kamal: Saya yakin TS Musa Hassan adalah seorang pegawai polis yang mempunyai integriti tinggi.

Andaian anda mungkin tepat, iaitu TS Musa Hassan mungkin sedang berhadapan masalah dalaman PDRM. Sama-samalah kita berharap semoga beliau mampu mengatasi masalah ini secara baik dan berkesan.

Jalak: Daripada lingo dan jargon yang anda gunakan saya pasti anda adalah individu yang faham akan perjalanan kementerian keselamatan kita.

Mudah-mudahanlah soal keterlibatan FBI dalam PDRM mutakhir ini akan diperjelaskan kepada rakyat jelata dengan telus dan ikhlas.

Salam takzim dan terima kasih.