Wednesday, October 10, 2007

Ucap Selamat Aidilfitri Khusus
Buat Tun Mahathir Sekeluarga (3)

Berikut adalah mesej ucap selamat Aidilfitri selanjutnya daripada rakyat jelata Melaysia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang masih tetap berada di IJN Kuala Lumpur.

Sesetengah mesej ini bersahaja nadanya. Tetapi tetap mengusik jiwa kerana keselembaan itu mencerminkan keikhlasan pengirimnya. Moga-moga Tun sekeluarga juga sudi menerima mesej ini dengan hati terbuka.

Haji TTDI KL: Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Tun seisi keluarga. InsyaAllah Tun akan pulih sepenuhnya tidak berapa lama lagi.

Kamalkamal: Di penghujung Ramadhan yang cukup berkat ini, marilah kita rakyat Malaysia mendoakan supaya Tun akan terus sihat dan bersama keluarganya sempena Aidilfitri. Maaf zahir dan batin...Selamat menyambut hari lembaran.

Kamsin Jali, Batu Pahat: Selamat Hari Lebaran Pada Tun Mahathir sekeluarga. Walau apapun terjadi, you are the best.. Maaf zahir batin.

Julaihi Mazidi, Miri, Sarawak: Kami sekeluarga harap Tun sekeluarga sentiasa bersabar. Mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita semua semoga Tun kembali sihat seperti biasa. Kami bangga ada pemimpin seperti Tun dan Tun Hasmah. Selamat Hari Raya.

Mat Tahir Kitingan: Kota Belud, Sabah: Kami doakan Tun segera pulih. Kami di Sabah sentiasa ingat jasa-jasa Tun kepada kami. Biar orang lain lupa, kami rakyat bawahan tidak akan lupa. Ampun dan maaf dan Selamat Hari Raya untuk Tun sekeluarga.

Nik Razali Nik Man: Wakaf Baru, Kelantan: Saya sekeluarga sentiasa mendoakan kesihatan Tun. Selamat Hari Raya maaf lahir batin.

Arfan Izzuan Affendi: Precint 9 Putrajaya: Di hari baik bulan baik ini, saya sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih pada Tun. Kerana ada Putrajaya hidup kami tambah selesa. Sekolah anak-anak kami dekat dan moden. Kemudahan tempat tinggal kami canggih. Segala-galanya menceriakan. Jasa Mu Tetap Dikenang Tun. Selamat Hari Raya dan jutaan maaf daripada kami sekeluarga kepada Tun dan Tun Hasmah sekeluarga.

Erni Izati Redzuan, Pontian, Johor: Saya Anak Merdeka membesar di zaman Tun jadi PM. Saya bangga ada pemimpin besar macam Tun. Hari ini, orang-orang dekat kawasan saya merungut pasal WPI. Saya tak tau pasal apa. Kata mereka, kalau Tun masih PM, WPI takkan jadi. Salam sayang buat Tun dan Tun Siti Hasmah. Sembah salam dan maaf zahir batin.

Abdillah Islamuddin, Pattani, Thailand: Salam mesra dan Selamat Hari Raya pada Dr Mahathir, isteri dan anak-anak. Moga-moga Tun cepat sembuh.

Ibrahim Agil, Bukit Timah, Singapura: Kita orang satu keluarga doakan Tun sekeluarga bahagia selalu di Aidilfitri. Selamat Hari Raya, maaf lahir batin.

Mas Indera, Bank Mandiri, Jakarta: Salam hormat saya pada Pak Mahathir sekeluarga. Semoga di hari lebaran ini beliau semakin sembuh. Maaf lahir batin.

Mat Deros Ibrahim, Padang Marsirat, Langkawi: Tun, roti syarikat Tun best. Kami doakan Tun segera sembuh, ceria dan boleh mai Langkawi jengok-jengok kedai roti tu. Sembah salam dari kami sekeluarga. Dr M tetap best. Maaf dan ampun pada Tun dan Tun Siti Hasmah.

No comments: