Friday, October 05, 2007

Reaksi (1)
Benarkah Amerika Syarikat
Mahu Kuasai Selat Melaka?

Selat Melaka telah menyaksikan sejarah kegemilangan Nusantara – Malaysia dan Indonesia – di zaman purba. Selat ini juga merakamkan sejarah kehancuran kegmilangan itu di tangan kuasa imperialis seperti Portugis, Belanda dan Inggeris dari awal abad ke-16 hinggalah pertengahan abad ke-20.

Kini abad ke-21. Selat Melaka kembali dikuasai oleh Malaysia dan Indonesia – dua negara yang sudah berjaya membebaskan diri daripada cengkaman penjajah silam sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Bila saya poskan satu pertanyaan: Benarkah AS Mahu Kuasai Selat Melaka di abad ke-21 ini, berikut adalah antara pendapat yang saya terima.

Cyber: Kalau nak faham pentingnya Selat Melaka, kaji (sejarah) geopolitik membabitkan Terusan Suez di Asia Barat dan Terusan Panama di the Carribeans. Amerika Syarikat (AS) sanggup berperang untuk menguasai terusan-terusan itu. Peperangan itu dimulakan dengan subversion dan infiltration. Peperangan itu demi kepentingan strategik - ekonomi dan politik – AS serta kapitalis-zionis yang menguasai AS.

Selat Melaka pun macam tu juga. Bila China jadi kuasa gergasi ekonomi dunia, Selat Melaka jadi makin penting dan prominen kepada AS demi laluan tanker minyaknya dan demi laluan armada perangnya di wilayah Asia-Pasifik (termasuk Asia Tenggara) membawa hingga ke Asia Selatan, Asia Tengah dan Asia Barat.

AS mahu menguasai Selat Melaka supaya penguasaan itu jadi kuasa pengimbang kepada kebangkitan China. Maksudnya, dengan menguasai Selat Melaka, AS boleh menguasai laluan minyak dari Asia Barat dan Asia Tengah hingga ke Timur Jauh dan Lingkaran Pasifik.

Dengan cara ini, AS boleh memanipulasikan supply dan harga minyak dan gas ke China tanpa ganggu gugat mana-mana pihak. Kekuasaan total seperti ini adalah senjata untuk menggugat China bila difikirkan perlu dan sesuai waktunya.

Tapi, kalau Selat Melaka gagal dikuasainya, maka kegagalan itu akan menjejaskan kekuasaan total AS-zionis dalam industri petroleum, daripada aspek upstream, downstream, keselamatannya dan geopolitiknya.

Untuk memperolehi control ini, AS akan lakukan apa saja. Kalau tak dengan cara diplomasi, dia akan guna taktik perasugut ekonomi, dominasi ke atas politikus setempat atau pun dengan subversion, infiltration, sabotaj dan kekerasan.

Berdasarkan seejarah dunia, AS juga sanggup melakukan regime change dengan apa jua tipuhelah dan propaganda yang ada.

Esok akan saya poskan lagi pendapat segar mengenai soalan di atas. Sama-samalah kita ambil iktibar demi kesejahteraan kita bersama. – Ruhanie Ahmad

3 comments:

Unknown said...

Saya terharu baca posting Kuda Kepang. Rupa-rupanya ramai anak Malaysia pun prihatin soal Selat Melaka. Pada pandangan saya, harus kita tubuhkan satu organisasi rakyat Indonesia-Malaysia untuk protect Selat Melaka. Usah apa-apa. Organisasi sosial cuma. Sekali-sekala kita jumpa-jumpa, ngomong-ngomong, berinteraksi.

Organisasi kaye gini kan nggak salah toh. Saya kira, badan pemerintah kita pun akan sokong. Bagaimana kalau Kuda Kepang anjurkan ide ini? Bisa kan?

kudakepang said...

Keni, sekali lagi terima kasih.

Soal Selat Melaka memang sentiasa dalam hati majoriti hati rakyat Malaysia. Saya harap, begitu juga di Indonesia, terutama sekali yang berada di Sumatera.

Idea menubuhkan organisasi rakyat Malaysia-Indonesia untuk pertahankan Selat Melaka adalah idea yang baik. Insya Allah idea ini akan dihalusi, dituntasi dan dirincikan supaya jadi realiti.

Salam takzim

Unknown said...

Dear Datuk Ruhanie Ahmad,

I think you are exxagerating the importance of Selat Melaka.
It is just a small strip of water.
I do not think that it is of any or much significance.
If our beloved Prime Minister YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Bin Badawi wants to let Singapore and America have more control or say over Selat Melaka then I am sure he has very good reasons to.
If it will make the Singapore and American governments like Malaysia more then why not.