Saturday, October 27, 2007

Siri Kedua:
Maklumatnya Singkat
Maksudnya Padat ….

Abdullah Dalam Dilemma?

Desas desus kencang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (AAB), nak adakan Pilihan Raya Umum (PRU12) secara mengejut (snap elections). Beliau dikatakan cadang nak adakan PRU12 pada pertengahan Disember 2007. Sebab tu beliau dikatakan cadang nak tunda Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2007 kepada bulan Disember supaya dapat umumkan tarikhnya di hari akhir PAU berkenaan. Kini cadangan PAU ditunda ditarik balik. Adakah ini bermakna PRU12 juga akan ditunda? Atau, mungkinkah PRU12 akan diadakan pada hujung November 2007 ini?

Najib Lawan Abdullah?

Kerusi TPM memang berpuaka. Waktu era Tun Dr Mahathir Mohamad, dua orang TPM tewas dirasok puaka buana tu. Tapi, tak hairanlah kalau puaka tu mengarok ketika tu sebab Tun Mahathir memimpin selama 22 tahun. Kali ni, AAB baru memimpin tak sampai satu penggal. Itu pun puaka buana tu dah mula mengarok. Sebab tu Datuk Seri Najib Razak dalam dilemma. Dia berikan sokongan kuat, tak berbelah bahagi, kepada AAB. Tapi puaka buana tetap nak singkirkan beliau. Jadi, apa orang-orang Najib nak buat? Tak mau ke engage bomoh super special untuk musnahkan puaka buana tersebut? Kalau tak, dayuslah jawabnya!!!

AAB Soal Siasat Keyveas?

Dua tiga hari yang lalu, Datuk M Keyveas telah dipanggil mengadap AAB pasal peristiwa Datuk Seri Ali Rustam belasah PPP, hentam MB Pahang, lanyak MB Perak dan balun AAB sendiri, baru-baru ini.

Sambil memegang satu salinan laporan mengenai hal tu yang tersiar di dalam http://www.malaysia-today.net/, AAB dikatakan bertanya kepada Keyveas sama ada semua laporan tu betul. Keyveas kata, memang betul. Sesudah tu seorang pegawai pun memainkan semula ucapan Ali dari satu perakam suara. Betul. Semua betul. Ali sebenarnya hentam AAB tiga kali, bukan sekali, dalam ucapan itu.. Apa nak jadi ni? Naib Presiden UMNO Malaysia belasah Presidennya sendiri di majlis anjuran parti komponen BN? Adakah AAB akan bertindak ke atas Ali? Kalau tidak, betulllah apa yang Ali kata!!! Inilah coraknya politik semasa. Huru-hara, haru-biru, bercelaru. Kata Mat Salleh, out of control?

Menteri Pakai Cawat Besi?

Sudahkah anda meneka siapa dia dua orang menteri yang sedang amat gawat akibat keterlanjuran diri mereka sendiri? Mungkin tak lama lagi meletuplah kisah ni… Saya hanya boleh katakan kepada menteri-menteri berkenaan, lain kali tempahlah cawat besi (untuk lelaki), made-in-germany!!!

Osman Saat Amat Tenat

Veteran UMNO dan bekas MB Johor, Tan Sri Osman Saat, 84 tahun, kini dalam keadaan nazak di wad 5C, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Para Doktor kini sedang meminta pendapat kaum keluarga Osman, sama ada nak cabut “life support” yang digunakan atau tidak. Osman mengidap sakit jantung. Beliau seorang MB yang sangat-sangat berjiwa rakyat. Mudah-mudahan Allah akan menyelamatkan beliau. - Ruhanie Ahmad

4 comments:

DeeN said...

Salam Eidulfitri Datuk,

Apa yg buat beliau menghentam pm dan tokoh2 politik yg lain yer?
Moga Tan Sri Osman Saat sentiasa dalam lindunganNYA.

Berita dari gunung said...

Hal Najib.

Menjengah kisah AAB dilantik TPM suatu ketika dulu... Dalam tempuh AAB bergelar TPM, tidak ada hush hush beliau cuba ditentang, lalu AAB amat selesa sekali menaiki takhta PM.

Difahamkan juga AAB tidak gemar ditunjuk-tunjuk supaya melantik Najib sebagai TPM, lalu AAB mengambil masa yang lama untuk melantik Najib.

Mungkin wajar AAB menunjukan rasa syukur dengan memelihara Najib sewajarnya. Mungkin wajar AAB menunjukan rasa gratitude dengan lebih menghurmati Mahathir.

Saya rakyat biasa. Kalau saya jadi PM mungkin pandangan tidak selurus itu.

Selamat hari Raya.

kudakepang said...

Nuraddeen, salam perkenalan dari KK. Ali Rustam balum PM jangan tunduk pada tuntutan PPP. Dia guna bahasa yang kasar dan kesat. Dia juga belasah beberapa MB lain.

Berita Dari Gunung: Komen anda dah saya published di ruang side-bar KK.

Selamat maju jaya, salam takzim dan maaf lahir batin.

Berita dari gunung said...

Dato,

Terima kasih kerana sudi letak komen saya di side bar, walaupun untuk seketika.

Memang ada pemimpin yang suka dengan krisis. Krisis kalaupun tiada, akan sengaja diwujudkan semata-mata untuk menjana kreativiti, memilih yang setia dan menyisih yang sebaliknya, mengukuh teamwork dan yang utamanya memberi ruang untuk pemimpin keluar dari kemelut dengan megah bergaya bagai Juara.

Tetapi ada juga yang jatuh tersembam dalam selut kemelut, melekat, lemas dan tidak bangun bangun lagi. Itu bukan magic, hanya hakikat hidup manusia yang senang dijangka.