HAYATI
KEMERDEKAAN DIRI
Kemerdekaan menjelang lagi. Kali ini usia kemerdekaan itu akan bertambah setahun lagi. Begitulah keadaannya di masamasa yang akan datang. Jangka masa itu akan terus berlaku dan berlangsung dalam sebuah persekitaran selagi kita masih hidup dan masa itu tidak pernah berpatah balik. Tetapi keadaan dan diri kita boleh berpatah balik kalau kita tidak mahu menggerakkan diri kita bersama putaran masa itu. Erti sebuah kemerdekaan itu telah banyak diperkatakan orang. Bermula daripada perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan hinggalah kepada pengisian sebuah kemerdekaan, semuanya telah jelas dan selalu diperkatakan orang setiap masa.
Tanyalah siapa pun di Malaysia, pasti mereka tahu bahawa persekitarannya hari ini sudah pun merdeka. Generasi demi generasi menyambutnya. Bersilih ganti. Malah setiap warganegara tahu dan turut serta meraikan kemerdekaan negara sebagai satu simbolik kemerdekaan dirinya.
Bercakap soal kemerdekan ini, elok juga kalau kita meneliti pandangan Islam mengenai pengisian kemerdekaan dan apakah hak kita untuk meraikannya. Merdeka dalam pengistilahan kamus merujuk kepada keadaan bebas daripada penjajahan di mana setiap komponan yang mengisi kemerdekaan itu bebas berdiri atas kaki sendiri untuk melanjutkan sebuah keadaan yang aman bebas tanpa mempunyai rasa terancam. Soal merdeka ini adalah satu soal yang penting dan amat dititikberatkan oleh Islam malah ia telah dinyatakan langsung oleh Allah di dalam surah al-Maidah ayat 20 yang bermaksud:
"Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika la menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi dan Dia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orangorangnya) dan Dia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun daripada umat-umat (yang ada pada masa itu). (surah al-Maidah:ayat 20).
Melalui ayat ini jelas pengistilahan merdeka dan pengisian merdeka itu berlaku seiring dengan kemerdekaan diri. Seseorang itu akan mencapai tahap merdeka apabila dirinya telah dimerdekakan terlebih dahulu. Sebab itulah konsep asal merdeka semasa kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah kepada manusia adalah memerdekakan diri daripada menyembah berhala. Malah kalau direnung kembali bagaimana dakwah Nabi Muhammad berlangsung, amat jelas menunjukkan bagaimana Nabi memerdekakan dirinya daripada kaumnya yang ketika itu dijajah oleh kejahilan fikiran sehingga mencorakkan sebuah persekitaran sosiopolitik tidak bebas untuk hidup selamat.
Lalu Nabi memulakan proses merdeka ini dengan memencilkan diri di Gua Hira, wahyu datang kepada Nabi untuk mengislamkan dirinya sendiri. Bermula proses pengislaman yang diterima Nabi ini membawanya menjadi seorang yang merdeka. Bermula dengan proses memerdekakar diri inilah Nabi membawa Islam kepada umatnya hingga ke hari ini c mana umat Islam merasai nikmesebuah kemerdekaan. Rahsia kemerdekaan diri yang dicapai oleh golongan awal Islam ini banyG= membuka peristilahan merdeka : zaman ini malah, idea-idea nasionalisme dan patriotisme mulai tersemai di hati sanubari para sahabat dan umat Islam awal demi mempertahankan kemerdekaan mereka kepada Allah. Kemerdekaan ulung yang tidak ada bandinganya.
Hari ini, kita terperangkap antara merdeka dengan kemerdekaan. Kebanyakan daripada kita hanya tahu merdeka itu berlaku apabila negara kita sudah tidak lagi dijajah lagi oleh mana-mana bentuk penjajahan tetapi kita tidak merasai kemerdekaan itu ekoran kita rasa diri kita bebas di sebuah negara yang sudah merdeka. Akibat tidak tahu bebas itu harus dihalakan ke arah mana, maka sekali lagi kita meletakkan diri kita untuk mempertuankan hawa nafsu bagi mengisi kebebasan yang kita ada itu. Akhirnya tergadailah kemerdekaan kepada Allah apabila ada elemen tunduk dan patuh baru dalam diri manusia kepada hawa nafsu. Apa saja keseronokan menjadi ikutan kita dan kita pamerkannya sebagai perhiasan kebebasan yang kita miliki itu. Justeru, tidak mengenal erti kemerdekaan diri maka jadilah kita daripada kalangan orangorang yang rugi seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nahl bermula dari ayat 74 hinggalah 79 yang bermaksud:
"Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya," (surah an-Nahl: ayat 74).
"Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatu pun dan seorang lagi (yang merdeka) yang kami kurniakan kepadanya pemberian yan,q baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua-dua orang ini sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu)."(surah an-Nahl: ayat 75).
"Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak daripada semula jadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya dan dia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana saja dia diarahkan pergi oleh penjaganya, tidak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkatakata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan dan dia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?' (surah anNahl: Ayat 76).
"Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui segala rahsia langit dan bumi; tiadalah hal kedatangan hari kiamat itu melainkan sekelip mata atau ia lebih cepat lagi; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " (Surah an-Nahl: ayat 77). "Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur" (surah anNahl: ayat 78).
"Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tandatanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman." (surah an-Nahl: ayat 79).
Dalil-dalil ini memberikan kita panduan bagaimana untuk mendapatkan kemerdekaan diri itu. Jika kita masih terperangkap dengan kebebasan yang kita miliki itu apakah diri kita benar-benar membebaskan kita daripada kebinasaan. Semua inilah yang menjadi pengisian kemerdekaan itu. la harus dibaja dengan iman yang kuat agar kebebasan itu tidak tergadai. Jadi penghayatan kemerdekaan itu bermula daripada kemerdekaan diri dan inilah hakikat sebuah kemerdekaan yang abadi. – dipetik daripada majalah Umph Ogos 2006.

1 comment:
kebebasan juga tidak bermakna kita boleh bertindak atau menulis mengikut hanya pada sentimen kita.
Tak semua yang kita percaya atau mahu percaya itu benar dan betul.
Jika kita dapat menulis dengan rasional dan tulus, inilah yang kita katakan merdeka dan bebas...
Merdeka dan bebas dari sikap bias terhadap seseorang... itulah merdeka diri yang sebenar...
Post a Comment