MANUSIA BERBUDI
DAN KENANG BUDI
Melayu itu orang yang bijaksana. Nakalnya bersulam jenaka. Budi bahasanya tidak terkira. Kurang ajarnya tetap santun. Jika menipu pun masih bersopan. Bila mengampu bijak beralas tangan. Melayu itu kaya falsafahnya. Kias kata bidal pusaka. Akar budi bersulamkan daya. Gedung akal laut bicara. Menikam dengan pantun. Menyanggah dengan senyum. Marahnya dengan diam. Merendah bukan menyembah. Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan. Setia dan sabar tiada sempadan. Tapi jika marah tak nampak telinga. Musuh dicari ke lubang cacing. Tak dapat tanduk telinga dijinjing. Maruah dan agama dihina jangan. Hebat amuknya tak kenal lawan.
Berdamai cara Melayu indah sekali. Silaturrahim hati yang murni. Maaf diungkap senantiasa bersahut. Tangan diulur sentiasa bersambut. Luka pun tidak lagi berparut.
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu? Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang, jika pantang menghalang kemajuan. Jangan segan menentang larangan, jika yakin kepada kebenaran. Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan.
Begitulah baris-baris kata pujangga dalam puisi Melayu karya Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Usman Awang. Beliau adalah anak Johor jati. Sebab itulah puisi tersebut beliau deklamasikan buat pertama kalinya di majlis Perhimpunan Melayu Johor (PMJ) pada 18 Disembr 1988.
Puisi berkenaan dikarang oleh Abang Usman (saya diizinkan menggunakan panggilan ini kerana rapat dengannya sejak 1969) khusus untuk mendamaikan orang Melayu Johor yang berbalah-balah akibat kematian UMNO pada 1987.
Saya dan Saudara M. Hanafiah Samad, diberikan tanggungjawab oleh Perhubungan UMNO Johor untuk meminta jasa baik Abang Usman mencipta satu puisi khas demi perpaduan Melayu Johor. Hasilnya, terciptalah puisi Melayu. Sehingga saat-saat akhir pun puisi itu masih ada pindaannya. Maka Saudara Hanafiah dan sayalah yang terpaksa mengetuk mesen taip di tengah-tengah malam buta untuk menyiapkan salinan puisi Melayu yang akan dideklamasikan oleh Abang Usman di PMJ.
Perbalahan di kalangan sesetengah orang Melayu Johor pada pada 1988 amat sengit sekali. Ini terbukti dengan kekalahan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Johor Bahru, pada 25 Ogos 1988. Ia juga terbukti dengan kemenangan tipis calon BN dalam Pilihanraya Kcil DUN Parit Raja, di Batu Pahat, pada 20 Oktober 1988.
Akibat perbalahan itu, Tan Sri Mahyuddin Mohd. Yassin, selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, mengilhamkan PMJ. Beliau digandingi oleh Datuk Abdul Ghani Othman dan Allahyarham Tan Sri Haji Redzuan Salim, Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong. Turut mendukung PMJ adalah seluruh kepimpinan NGO Melayu Johor dan puluhan gurkha politik, termasuk saya sendiri.
Secara rasminya, mantan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Hussein Onn, adalah penasihat kepada PMJ. Pengerusi PMJ pula adalah Allahyarham Tan Sri Abdul Jalil Hassan. Kedua-dua tokoh berkenaan dipilih kerana budi, bakti, dan jasa masing-masing kepada Negeri Johor Darul Takzim.
Ciri-ciri budi, jasa dan bakti ini amat sesuai kerana PMJ bermatlamat menyatupadukan semula orang Melayu Johor berasaskan konsep mengenang budi pejuang-pejuang silam. Lantaran itulah kertaskerja tunggal yang dibentangkan pada PMJ bertajuk Kepimpinan Melayu Johor Kesinambungan Prjuangan Bermartabat.
Kertaskerja itu menyingkap semula budi, bakti, jasa dan perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu Johor sejak abad ke-19. Di akhir perbincangan kertaskerja itu, PMJ pun mengambil satu resolusi bahawa orang Melayu Johor hendaklah kembali bersatupadu untuk meneruskan perjuangan serta menghargai jasa, budi dan bakti seluruh pejuang Melayu daripada Johor.
Kesan daripada PMJ itu, biduk lalu, kiambang pun kembali bertaut; carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga. Politik Johor kembali mantap, Melayu Johor kmbali bermuafakat, BN Johor sebagai tiang seri BN Malaysia, kembali kuat dan berwibawa.
Saya menghuraikan soal PMJ dan konsep jasa, bakti dan budi seperti di atas bukan untuk menonjolkan kehebatan Melayu Johor dalam menyelesaikan sesuatu masalah siasah yang parah. Saya menghuraikan soal PMJ kerana pada hakikatnya, seperti kata Abang Usman, “Melayu itu orang yang bijaksana. Nakalnya bersulam jenaka. Budi bahasanya tidak terkira. Kurang ajarnya tetap santun. Jika menipu pun masih bersopan. Bila mengampu bijak beralas tangan.”
Pada waktu yang sama, Abang Usman juga berkata, “maruah dan agama dihina jangan.” Jadi, kalaulah ketika ini ada mana-mana pihak yang disifatkan sebagai telah mencemar atau mengkotak-katikkan maruah dan kedaulatan Melayu, siapakah yang boleh menyekat kalau wujud pula kelompok Melayu yang jadi sensitif dan “hebat amuknya tak kenal lawan?”
Tetapi, berasaskan kebijaksanaan, budi bahasa dan sopan santun Melayu yang unggul, maniskah kalau pihak tertentu yang “hebat amuknya tak kenal lawan” ini pula dilayan dengan kata-kata yang kesat dan kasar, walau pun pihak berkenaan sudah banyak brbakti, berjasa dan berbudi kepada agama, bangsa dan negara?
Atau, bukankah lebih sopan jika sebarang ketegangan atau perbalahan yang mungkin wujud mutakhir ini akibat “amukan” yang “tak kenal lawan,” ditangani dan diselsaikan menerusi pendekatan budi bahasa, sopan santun dan kebijaksanaan Melayu? Saya yakin KEKWA di bawah pimpinan cemerlang Datuk Seri Rais Yatim mampu menghalusi gagasan cetek ini.
Saya timbulkan persoalan ini kerana saya yakin ramai orang Melayu yang kini terguris hati bila ada pihak tertentu yang tergamak mengeluarkan sindirin kononnya pihak yang “hebat amuknya tak kenal lawan” ini adalah umpama iblis, beruk sarkas, singa sarkas, pengacau dan sebagainya.
Biarpun sindiran itu tidak ditujukan kepada seseorang yang khusus, rakyat jelata amat insaf, sindirin itu ditujukan kepada seorang tokoh yang sangat berbakti, berjasa dan berbudi kepada agama, negara dan bangsa sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
Anehnya, tidak ramai yang berani mempersoalkan keterlanjuran seperti ini. Kalangan penulis termasuk bloggers yang berani menegur keterlanjuran itu pula cepat-cepat dikategorikan sebagai musuh. Lepas itu, mereka pun difitnahkan secara habis-habisan.
Inikah bentuknya kemuliaan adat Melayu? Inikah coraknya keluhuran budi bahasa Melayu? Inikah hakikatnya keunggulan sopan santun Melayu? Beginikah caranya orang Melayu mencari kejernihan dan kedamaian di kalangan sesama Melayu di abad ke-21?
Abang Usman dalam pusi Melayu bertanya, “bagaimanakah Melayu abad duapuluh satu? Masihkan tunduk tersipu-sipu? Jangan takut melanggar pantang, jika pantang menghalang kemajuan. Jangan segan menentang larangan, jika yakin kepada kebenaran. Jangan malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan.”
Jadi, bagaimanakah kita umat Melayu di abad ke-21 pimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Adakah salah kalau kita “menentang larangan, jika yakin kepada kebenaran?” Adakah kita akan terus “malu mengucapkan keyakinan, jika percaya kepada keadilan?”
Jadi, bagaimanakah kita semua? Datuk Seri Abdullah adalah seorang pejuang “kebenaran dan keadilan” yang terbilang. Beliau memperjuangkan “kebenaran dan keadilan” sejak akhir 60-an hinggalah sekarang. Sebab itulah hakikat “kebenaran dan keadilan” ini beliau ulangi sewaktu diwawancara dalam program Bersemuka Bersama Perdana Menteri, di TV3, 7 Ogos 2006.
Datuk Seri Abdullah juga amat arif bahawa yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang cantik itu budi, yang indah itu bahasa. Datuk Seri Abdullah juga amat insaf bahawa orang Melayu tahu berbudi dan orang Melayu tahu berbahasa.
Oleh itu, marilah kita insafkan diri kita sendiri bahawa orang Melayu, kalau dah tak termampu nak balas budi, sekurang-kurangnya kita tau untuk mengenang budi. Tetapi, kalaulah membalas budi dan mengenang budi pun tidak mampu kita lakukan, sekurang-kurangnya kita yang terhutang budi, jasa dan bakti ini akan bertutur dengan ayat serta kata-kata yang indah, sopan santun dan berbudi bahasa.
Sepatah kata Abang Usman, orang Melayu itu “kurang ajarnya tetap santun. Melayu itu kaya falsafahnya. Kias kata bidal pusaka. Akar budi bersulamkan daya. Gedung akal laut bicara. Menikam dengan pantun. Menyanggah dengan senyum.”
Lantaran itu juga, sama-samalah kita tafsir dan hayati semula mesej-mesej budi dan kebijaksanaan yang tersirat di sebalik tiga rangkap pantun berikut:
Harum setanggi bunga melati
Dicampur selasih halus dimayang
Sungguh murni harganya budi
Pasti dibalas kasih dan sayang.
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga.
Setelah kita tamat menginsafi dan mentafsirkan semula mesej-mesej di sebalik ketiga-ketiga pantun di atas, kita tanyalah diri kita sendiri, adakah kita tergolong dalam kategori Melayu dalam puisi Datuk Usman?
Jika kita memang Melayu dalam puisi itu, salahkah kalau kita selsaikan masalah-masalah utama dalam siasah Melayu mutakhir ini menerusi pendekatan sopan santun dan budi bahasa? Kalau pendekatan ini adalah yang terbaik, saya pasti golongan dajjal yang mungkin sedang bermaharajalela dalam siasah Melayu hari ini tentunya akan menghadapi kesukaran melaksanakan strategi catur dajjalnya di hari muka. – Ruhanie Ahmad

No comments:
Post a Comment