SINGAPURA
PERAGAKAN
SENJATA MODEN
PERAGAKAN
SENJATA MODEN
SINGAPURA 8 Ogos - Singapura, akan memperaga secara besar-besaran kelengkapan senjata terkini tenteranya semasa perarakan sambutan hari kemerdekaannya esok.
Bagaimanapun Kementerian Pertahanannya memberitahu, tidak semua senjata itu akan diperagakan.
Negara pulau itu sejak belerapa dekad lalu membelanjakan berbilion-bilion ringgit untuk membeli kelengkapan perang dan mewajibkan lalihan ketenteraan kepada pemudanya yang berkelayakan hingga menjadikan tentera republik itu antara yang termoden dan lengkap.
Di sebalik kebanyakan teknologi dan kelengkapan perang dibawa dari luar negara, Singapura secara rahsia telah membangunkan senjata konvensional.
"Ini merupakan pencapaian penting kepada teknologi kami. Ini amat penting kerana Singapura adalah negara kecil," kata Timbalan Setiausaha Kementerian Pertahanan Singapura, Quek Tong Boon.
Kementerian Pertahanan sebelum ini mendedahkan kejayaannya menghasilkan beberapa kelengkapan pertahanan buatan republik ini seperti pesawat pengintip tanpa pemandu, artileri dan robot untuk pertempuran di kawasan bandar serta beberapa ciptaan yang masih menjadi rahsia.
Singapura yang mempunyai keluasan 697 kilometer persegi dan mempunyai 3.6 juta penduduk pernah disifatkan oleh bekas Presiden Indonesia, B.J. Habibie sebagai "titik kecil merah" di atas peta.
Kerajaan republik ini juga pernah menyatakan secara terbuka bahawa ia akan bertindak secara agresif terhadap sebarang ancaman luar.
Bagaimanapun Tong Boon enggan mendedahkan kelengkapan senjata yang dibangunkan oleh republik itu dengan alasan "ia tetap kekal rahsia" dan tidak mahu menyatakan kekuatannya.
Ia adalah sesuatu yang kami tidak akan dapat daripada pasaran terbuka. Tidak ada sesiapa pun yang mahu menjualkannya kepada kami... kami telah melakukan penyelidikan dan pembangunan sejak lebih 30 tahun. Ia sesuatu yang mengambil masa yang amat lama," ujarnya.
Singapura telah mengambil pendekatan pragmatik dalam memenuhi keperluan pertahanannya.
Selain mendapat kelengkapan daripada pasaran antarabangsa, negara ini turut mempertingkatkan kemudahan ketenteraan menggunakan bakat tempatan melalui rangkaian penyelidikan makmal dan rakan industri.
Pada 1965, dua tahun selepas merdeka, negara ini mengeluarkan raifal M-16 dan kemudian peluru melalui syarikat Chartered Industiy of Singapore.
Pada 1980-an, republik ini menghasilkan pula artileri sendiri dan mempertingkatkan pesawat pejuang A4 Skyhawk yang dipasangkan dengan enjin F-18 serta meningkatkan sistem avioniknya.
Bermula 1980-an hingga pertengahan 1990-an, Singapura membangunkan sistem ketenteraan bagi membolehkan tentera darat, udara dan lautnya berfungsi sebagai satu entiti.
Singapura juga dilaporkan memperuntukkan 10 peratus daripada perbelanjaan tahunannya untuk pertahanan dan ketenteraan yang meliputi penyelidikan dan pembangunan, pemerolehan teknologi maklumat dan eksperimen. – Utusan Malaysia 9 Ogos 2006

No comments:
Post a Comment