ANCAMAN SYABU SERIUS
BOLEH KUCAR-KACIRKAN NEGARA
JIKA TIDAK DIBANTERAS – MUSA
BOLEH KUCAR-KACIRKAN NEGARA
JIKA TIDAK DIBANTERAS – MUSA
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Penyalahgunaan dadah rekaan jenis syabu atau Amphetamine Type Stimulant (ATS) yang semakin berleluasa kebelakangan ini boleh mengucar-ngacirkan negara jika tidak dibanteras, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Beliau yang melahirkan kebimbangannya itu memberitahu, penyalahgunaan dadah ATS di kalangan generasi muda amat membimbangkan dan ia dikenal pasti punca utama peningkatan kes-kes jenayah termasuk rogol, bunuh, samun dan rompak.
Menurutnya, mereka yang mengambil dadah ATS akan melakukan apa sahaja selepas menerima kesan dadah itu, malah tidak mempunyai belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah.
Selain itu, jelas beliau, kesan daripada pengambilan ATS juga akan meningkatkan statistik jenayah indeks yang lain khususnya ragut di samping mendatangkan ketakutan kepada masyarakat.
‘‘Kesan pengambilan dadah ATS boleh menyebabkan seseorang menjadi lebih aktif, agresif, hilang pertimbangan, malah tidak mengenali sesiapa lagi.
“Ia masalah serius kepada negara dan kita memandang berat perkara itu dengan menumpukan pemantauan yang kerap di pusat-pusat hiburan kerana ATS banyak disalahgunakan serta diperoleh di tempat sebegitu,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu beliau menutup kursus narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Thailand di Maktab PDRM Cheras yang disertai 30 pegawai dari kedua-dua negara.
Musa berkata, dadah yang dikategorikan sebagai dadah tradisional seperti ganja, heroin, candu dan morfin semakin berkurangan di pasaran di negara ini ekoran kebanjiran ATS.
Katanya, statistik bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini menunjukkan sebanyak 11,315 orang telah menyalahgunakan ATS, manakala metaphetamin sebanyak 17,294 orang, kanabis (3,146 orang) dan heroin (2,397 orang).
Sementara itu, jelasnya, dalam tempoh itu juga, polis telah menahan sebanyak 4,818 penagih baru dan 6,135 penagih tegar.
‘‘Kita berharap semua pihak bertanggungjawab membanteras penyalahgunaan ATS ini terutamanya keluarga dan tidak meletakkan sepenuhnya peranan kepada polis semata-mata.
‘‘Sementara penagih ATS pula, mereka perlu dihantar ke pusat pemulihan untuk menjalani rawatan,’’ ujarnya.
Beliau menambah, sekiranya penagih ATS tidak menjalani rawatan, kemungkinan untuk mereka kembali mengambil dadah itu adalah tinggi.
Sehubungan itu, PDRM akan bekerjasama rapat dengan polis Thailand untuk membanteras penyeludupan dadah jenis itu khususnya di sempadan kedua-dua negara. –Oleh Sopi Samaile
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
KONSEP GLOBALISASI
PERLU DITAFSIR SEMULA
PERLU DITAFSIR SEMULA
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, terma globalisasi perlu ditafsir semula untuk memastikan ia memanfaatkan dan mendapat penyertaan semua negara, baik kaya atau miskin.
Globalisasi, katanya, yang gagal menerima sokongan negara-negara miskin dan menjejaskan rundingan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), perlu bergerak bukan sahaja ke arah perdagangan bebas tetapi juga perdagangan adil.
‘‘Konsep globalisasi yang dicipta Amerika Syarikat (AS) dan Eropah merupakan suatu yang baik bagi dunia tetapi ia dilihat sebagai hanya memanfaatkan negara-negara pelopor sahaja.
‘‘Oleh itu, untuk mendapatkan penyertaan semua pihak, lebih banyak perhatian perlu diberi ke arah memastikan ia memberi keadilan dalam bidang perdagangan.
‘‘Ia perlu membawa kepada kerjasama antara semua negara, memanfaatkan semua negara dan mewujudkan situasi menang-menang bagi semua pihak,’’ katanya.
Globalisasi, katanya, yang gagal menerima sokongan negara-negara miskin dan menjejaskan rundingan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), perlu bergerak bukan sahaja ke arah perdagangan bebas tetapi juga perdagangan adil.
‘‘Konsep globalisasi yang dicipta Amerika Syarikat (AS) dan Eropah merupakan suatu yang baik bagi dunia tetapi ia dilihat sebagai hanya memanfaatkan negara-negara pelopor sahaja.
‘‘Oleh itu, untuk mendapatkan penyertaan semua pihak, lebih banyak perhatian perlu diberi ke arah memastikan ia memberi keadilan dalam bidang perdagangan.
‘‘Ia perlu membawa kepada kerjasama antara semua negara, memanfaatkan semua negara dan mewujudkan situasi menang-menang bagi semua pihak,’’ katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Syarahan beliau bertajuk ‘Globalisasi dan Cabaran-Cabaran Bagi Negara-Negara Maju dan Membangun’ disampaikan pada majlis anjuran Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia-Jerman (Mgcc).
Dr. Mahathir berkata, antara permasalahan perlu dihadapi dalam mencapai hasrat itu ialah membenarkan pelaburan sumber manusia oleh negara miskin ke dalam negara kaya.
‘‘Negara miskin tidak berpeluang melabur di negara kaya kerana tiada dana tetapi mereka memiliki tenaga manusia yang banyak.
‘‘Jika dana dibenarkan bergerak bebas dari negara kaya ke negara miskin, negara kaya perlu membenarkan pergerakan sumber manusia lebih bebas dari negara miskin,’’ ujarnya.
Negara miskin juga, kata beliau, enggan menerima globalisasi kerana takut pelabur asing akan campur tangan dan mengawal senario tempatan termasuk dalam bidang politik.
‘‘Mereka juga berpendapat negara kaya tidak akan mempedulikan kebajikan rakyat mereka,’’ katanya.
Dalam hal ini, tegas Dr. Mahathir, negara kaya perlu mewujudkan syarat-syarat globalisasi yang menawarkan lebih manfaat kepada negara miskin agar ia dapat diterima.
Sebab-sebab tersebut juga, kata beliau, menyebabkan negara miskin memilih untuk mengamalkan sistem autokratik dan bukannya demokratik.
‘‘Sistem demokrasi kadang-kadang tidak menyampaikan yang sepatutnya kerana pemimpinnya diganti dengan kerap dan tidak sempat melaksanakan apa-apa.
‘‘Pada tahun pertama, dia baru belajar selok-belok pentadbiran negara, tahun kedua baru merancang dan mula melaksana tetapi pada tahun ketiga dia sudah diganti,’’ katanya. - Oleh RAJA LUVENA SHARIFUDDIN
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_08.htm
KEMELUT DR. M-KERAJAAN
PERLU DISELESAI SEGERA
PERLU DISELESAI SEGERA
PUTRAJAYA 8 Ogos – Program pembangunan negara akan tergendala sekiranya kemelut yang berlaku antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kerajaan tidak diselesaikan segera, kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ini kerana kerajaan tidak boleh ‘melarikan diri’ daripada kemelut itu dan perlu berhadapan serta menyelesaikannya sebelum meneruskan program pembangunan itu.
‘‘Tun adalah orang yang meletakkan semangat Malaysia Boleh, menyemat semangat untuk rakyat Malaysia mendaki gunung tertinggi (Everest) dan belayar mengelilingi dunia (Datuk Azhar Mansor).
‘‘Namun beliau mengelilingi negara dengan mengkritik segalanya. Tun tidak akan berputus asa dan kita mengetahui mengenainya, jadi apa akan berlaku kepada negara dan program yang telah kita atur selama ini,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, kemungkinan perasaan sunyi, terpinggir dan runsing merupakan faktor yang mendorong Dr. Mahathir mengkritik kerajaan dan detik kemelut itu mungkin berpunca daripada ‘ombak’ kemenangan besar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum lalu.
‘‘Bila Abdullah ambil alih, sejak merdeka 49 tahun lalu, itulah keputusan pilihan raya umum yang terbaik dan banyak cerita (menyatakan) kemenangan itu kerana ombak Pak Lah (Abdullah).
‘‘Ini bibit permulaan dan bila orang tidak tengok beliau (Dr. Mahathir), ini menambahkan kerunsingan dan kesunyian. Kemelut yang berlaku ini amat menyedihkan dan mengelirukan (rakyat),’’ katanya.
Menurut Radzi, tidak ada sesiapa yang memaksa Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan malah beliau sendiri yang membuat keputusan itu dengan tangisan air mata.
Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, ini kerana kerajaan tidak boleh ‘melarikan diri’ daripada kemelut itu dan perlu berhadapan serta menyelesaikannya sebelum meneruskan program pembangunan itu.
‘‘Tun adalah orang yang meletakkan semangat Malaysia Boleh, menyemat semangat untuk rakyat Malaysia mendaki gunung tertinggi (Everest) dan belayar mengelilingi dunia (Datuk Azhar Mansor).
‘‘Namun beliau mengelilingi negara dengan mengkritik segalanya. Tun tidak akan berputus asa dan kita mengetahui mengenainya, jadi apa akan berlaku kepada negara dan program yang telah kita atur selama ini,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan dan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Radzi berkata, kemungkinan perasaan sunyi, terpinggir dan runsing merupakan faktor yang mendorong Dr. Mahathir mengkritik kerajaan dan detik kemelut itu mungkin berpunca daripada ‘ombak’ kemenangan besar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihan raya umum lalu.
‘‘Bila Abdullah ambil alih, sejak merdeka 49 tahun lalu, itulah keputusan pilihan raya umum yang terbaik dan banyak cerita (menyatakan) kemenangan itu kerana ombak Pak Lah (Abdullah).
‘‘Ini bibit permulaan dan bila orang tidak tengok beliau (Dr. Mahathir), ini menambahkan kerunsingan dan kesunyian. Kemelut yang berlaku ini amat menyedihkan dan mengelirukan (rakyat),’’ katanya.
Menurut Radzi, tidak ada sesiapa yang memaksa Dr. Mahathir untuk meletakkan jawatan malah beliau sendiri yang membuat keputusan itu dengan tangisan air mata.
Dr. Mahathir, katanya, mempunyai pilihan untuk memilih siapa penggantinya namun beliau memilih Abdullah walaupun Perdana Menteri bukannya berada di kedudukan pertama hieraki UMNO.
‘‘Beliau ada pilihan dan bagi sebab kenapa pilih Perdana Menteri, tidak orang lain. Seluruh negara menyambut baik masa beri kepada Abdullah untuk ambil alih pemerintahan dengan cara baik,’’ katanya.
‘‘Saya berdoa supaya Allah tunjukkan jalan supaya isu ini akan selesai segera kerana kita tidak boleh melarikan diri daripadanya. Berfikirlah dengan rasional, adakah kerajaan seteruk itu,’’ katanya.- Oleh HABIBAH OMAR
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
DISEBABKAN
PERPECAHAN
DALAM konteks kekejaman Israel di Palestin dan yang terkini di Lebanon, satu perkara menarik yang seringkali dilupakan oleh kita ialah persoalan tentang pentingnya konsep bersatu di dalam sesebuah masyarakat dan negara.
Tanpa perpaduan yang utuh, sesebuah bangsa dan negara akan menjadi rapuh dan dengan mudah akan dikalahkan oleh para musuh mereka. Sejarah membuktikan bahawa negara-negara Arab khususnya para pemimpin mereka dimusnahkan oleh Israel dan sekutu Baratnya bukan kerana Israel atau Amerika Syarikat (AS) adalah sebuah negara yang kuat tetapi hakikatnya adalah disebabkan oleh negara dan para pemimpin Arab yang tidak bersatu memperjuangkan nasib rakyat mereka.
Contoh paling jelas antaranya ialah peristiwa Perang Enam Hari Arab-Israel 1967. Peristiwa ini amat penting dalam konteks krisis di Asia Barat kini kerana daripada peristiwa inilah landskap politik dan sempadan geografi di Asia Barat berubah dan kekal sehingga kini.
Malahan implikasi daripada perang ini, seperti penaklukan Baitulmaqdis, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan oleh rejim Israel kekal sehingga kini dan berterusan menjadi halangan terhadap sebarang proses damai di Asia Barat.
Tanpa perpaduan yang utuh, sesebuah bangsa dan negara akan menjadi rapuh dan dengan mudah akan dikalahkan oleh para musuh mereka. Sejarah membuktikan bahawa negara-negara Arab khususnya para pemimpin mereka dimusnahkan oleh Israel dan sekutu Baratnya bukan kerana Israel atau Amerika Syarikat (AS) adalah sebuah negara yang kuat tetapi hakikatnya adalah disebabkan oleh negara dan para pemimpin Arab yang tidak bersatu memperjuangkan nasib rakyat mereka.
Contoh paling jelas antaranya ialah peristiwa Perang Enam Hari Arab-Israel 1967. Peristiwa ini amat penting dalam konteks krisis di Asia Barat kini kerana daripada peristiwa inilah landskap politik dan sempadan geografi di Asia Barat berubah dan kekal sehingga kini.
Malahan implikasi daripada perang ini, seperti penaklukan Baitulmaqdis, Tebing Barat, Gaza dan Bukit Golan oleh rejim Israel kekal sehingga kini dan berterusan menjadi halangan terhadap sebarang proses damai di Asia Barat.
Salah satu pengajaran sejarah yang penting daripada kemusnahan perikatan negara Arab yang diketuai oleh Presiden Gamal Abdul Nasser pada tahun 1967 itu ialah para pemimpin Arab rata-ratanya amat mementingkan diri sendiri, keluarga, kekayaan dan kelompok masing-masing menyebabkan mereka berpecah belah.
Secara luaran, daripada laporan akhbar kita mendapat gambaran bahawa negara-negara Arab telah bersatu di bawah kepimpinan Gamal ketika perang tersebut. Namun begitu hakikat sebenar adalah sebaliknya. Dokumen sejarah membuktikan bahawa pemimpin Arab tidak bersatu, tidak ikhlas membantu rakan- rakan mereka dalam kesusahan malah sehingga tahap bekerjasama dengan musuh mereka untuk menghancurkan bangsa Arab sendiri.
Umum mengetahui, salah satu sumber utama yang menarik negara Barat berlumba-lumba untuk menguasai negara-negara Arab sejak sebelum era 1960-an lagi ialah kerana kekayaan bumi Arab dengan minyak. Justeru apabila tercetusnya Perang Enam Hari tersebut yang menyaksikan perikatan negara Arab musnah, para pemimpin Arab telah berkumpul dalam mesyuarat Majlis Perpaduan pada 13 sehingga 15 Julai 1967. Mesyuarat ini diikuti pula dengan Persidangan Menteri-Menteri Minyak, Kewangan dan Perdagangan dari 13 buah negara Arab pada 19 Ogos 1967 untuk merangka strategi ‘mengajar’ negara-negara Barat khususnya AS dan Eropah yang dilihat menyebelahi Israel dalam perang tersebut.
Salah satu strategi dan cadangan yang dikemukakan ialah untuk melancarkan sekatan minyak ke atas sekutu Israel selama sekurang-kurangnya tiga bulan.
Antara langkah yang diambil ialah untuk menutup saluran paip minyak Iraq yang merentasi Syria dan Lebanon ke Laut Mediterranean. Penghantaran minyak hanya akan dibekalkan kepada negara-negara yang tidak menyebelahi Israel. Dijangkakan akibat daripada sekatan ini, kadar pengeluaran minyak dunia akan merosot kepada 10.2 juta tong sehari.
Kenyataan daripada mesyuarat ini begitu ‘indah’ dan menampakkan penyatuan bangsa dan kepimpinan Arab. Walau bagaimanapun, fakta sejarah yang tidak pernah didedahkan selama ini ialah mereka sesama mereka tidak pernah bersatu dalam erti kata yang sebenar. Misalnya Mongi Salim, Menteri Luar Tunisia ketika itu telah mengkritik cadangan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dalam persidangan tersebut dan mempersoalkan hak dan status PLO termasuklah status pemimpinnya Ahmad Shuqairi untuk bercakap bagi pihak penduduk Palestin.
Malahan cadangan PLO agar negara Arab memiliknegarakan kepentingan sekutu Israel di Asia Barat dipandang remeh dan ditolak mentah-mentah.
Selain itu, kepimpinan Arab dari Dubai, Bahrain dan Qatar menentang keras cadangan PLO untuk melarang penempatan pangkalan tentera Barat di wilayah mereka. Alasan para pemimpin ini ialah mereka amat memerlukan penempatan tentera asing khususnya AS dan Britain bagi mewujudkan kestabilan di rantau Teluk.
Hal ini terbukti, misalnya pada tahun 1968, negara-negara ini memohon agar British mengekalkan penempatan tentera British di wilayah mereka dan dokumen sejarah di London menunjukkan bahawa negara-negara Arab ini bersetuju pula untuk menanggung segala kos ketenteraan British di wilayah mereka yang dianggarkan sebanyak 12 juta setahun.
Selain daripada itu, kepimpinan Arab yang rapat dengan Barat seperti Raja Hussein di Jordan amat mencurigai PLO yang dilihat sebagai satu ancaman besar terhadap kepimpinan beliau di Amman. PLO yang dilihat sebagai revolusioner di sebalik sokongan Mesir dan Syria mampu untuk menggulingkan kerajaan Raja Hussein. Apatah lagi dengan populasi penduduk di Tebing Barat yang merupakan para pelarian dan populasi rakyat Palestin di Jordan sendiri yang merangkumi 40 peratus penduduk Jordan.
Jumlah ini belum dikira dengan mereka yang bersimpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin. Justeru tidak hairanlah sejarah membuktikan bahawa kemudiannya pada tahun 1970, kepimpinan Raja Hussein dengan sokongan Britain, AS dan Israel menggempur dan membunuh para pejuang di kem pelarian Palestin di Jordan.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa ‘perpaduan’ kepimpinan Arab sebenarnya hanya pada luaran sahaja dan pemimpin mereka bersifat hipokrit. Bagi mereka, apa yang utama ialah pengekalan status quo keluarga dalam hierarki politik Arab dan ‘takhta’ mereka sendiri berbanding dengan nasib saudara sebangsa mereka.
Sebagai contohnya ketika perang 1967, negara seperti Kuwait menonjolkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada kesatuan Arab dan turut terlibat dalam kempen sekatan minyak dan memboikot barangan Barat seperti barangan dari Britain. Namun secara sulit seperti mana yang tercatat dalam dokumen sejarah di Arkib London, para pemimpin Kuwait hakikatnya hanya berpura-pura.
Sheikh Ahmad Sabah, Menteri Luar Kuwait dalam satu mesyuarat sulit dengan Setiausaha Luar Britain, George Brown pada Jun 1967 menyatakan bahawa mereka terpaksa menunjukkan sokongan kepada Gamal tetapi hakikatnya kata beliau,
“Kuwait was in need of the United Kingdom‘s friendship more then anything else”. ( Fail PREM 13/1622, 1967, PRO London). Begitu juga dengan catatan dokumen yang terdapat di London menunjukkan pemimpin Arab Saudi menyatakan secara sulit kepada Amerika dan Britain; “The King (Saudi) said that if he had been in Israel‘s place, he would have done exactly the same and struck first rather then risk being attacked and overwhelmed”.
Hari ini, apabila Lebanon dimusnahkan oleh Israel, maka kepimpinan negara Arab berjanji secara terbuka bahawa mereka akan memberikan bantuan berbilion dolar bagi membangunkan semula Lebanon.
Dalam erti kata lain, biarlah Israel menghancurkan Lebanon kerana kami yang akan membayar kosnya. Tetapi apakah sokongan kewangan seperti ini benar-benar atas dasar keikhlasan?
Sekali lagi bukti sejarah menjadi sandaran. Pada perang 1967, PLO yang diketuai oleh Ahmad Shuqairy pada ketika itu telah memohon bantuan dari negara-negara Arab yang kaya. Pada 22 Mac 1964, Ahmad telah tiba di Bahrain dan meminta sokongan Bahrain terhadap perjuangan PLO dan rakyat Palestin. Sheikh Khalifa, pemerintah Bahrain bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan segera kepada PLO sebanyak £10,000.
Bagaimanapun, sebaik sahaja Ahmad meninggalkan Bahrain untuk ke Doha, Sheikh Khalifa yang didatangi oleh Mr. Smith, naib presiden syarikat minyak BAPCO, seperti yang tercatat dalam dokumen sulit di arkib, London dilaporkan berkata: “Sheikh Khalifa opposed the solution of the Palestinian problem by force, he felt it would be wrong to incur the danger of a major war by armed attack on Israel”
Selain Bahrain, negara lain seperti Kuwait juga mengakui bahawa mereka ‘terpaksa’ terlibat dalam perang 1967 dan usaha sekatan minyak ke atas Eropah adalah sekadar sementara sahaja dan memberi jaminan secara sulit kepada British bahawa London tidak perlu khuatir dengan sebarang sekatan minyak Arab. Dokumen sulit Kedutaan British di Kuwait melaporkan kepada London bahawa:“Sheikh Sabah repeated that the oil stoppage would be temporarily. Sheikh Sabah said with a sign that Kuwait was an Arab country. She was not be a satellite of Egypt. She struck to the principle of Arabism” (Fail OD 34/281, telegram no. 258, Kuwait to London, 1967).
Hipokrisi ini bukan sahaja oleh pemimpin Kuwait, Arab Saudi dan Bahrain tetapi juga para pemimpin Arab lain termasuklah Presiden Habib Bourgiba dari Tunisia yang menyatakan “…his president (Tunisia) certainly intended to advocate a new Arab (moderate) not to ruin themselves by stopping their main sources of revenue, an export of oil to the West and Britain” (PREM 13/1622, Jun 1967).
Malahan sekutu Mesir dalam perang tersebut, Raja Hussein juga menyatakan kepada Abba Eban, Menteri Luar Israel bahawa, “King Hussein was telling the Israelis that his greatest wish was that Nasser was collapse”. (PREM 13/1622, London, 1967).
Hari ini kita melihat wujudnya perpecahan di kalangan kepimpinan perjuangan rakyat Palestin sendiri iaitu persaingan pengaruh antara Fatah dan Hamas. Hakikatnya, dari segi sejarah perpecahan ini bukanlah sesuatu yang baru.
Pada tahun 1967, berlakunya persaingan pengaruh antara kepimpinan Ahmad dan Hussein al-Husseini, Mufti Baitulmaqdis ketika itu. Masing-masing cuba menonjolkan diri sebagai ketua yang memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Namun, hakikatnya perpecahan mereka menguntungkan Israel. Malahan dalam satu kejadian, apabila rumah penyokong Hajj Amin bernama Hikmat Al-Masri diserang dengan bom, pengikut Hajj Amin menuduh perbuatan tersebut didalangi oleh penyokong Shuqairi. Dan perbalahan terus-terusan berlaku di kalangan mereka seterusnya sudah pasti menggembirakan Israel.
Perpecahan di kalangan para pejuang Palestin ini kekal sehingga kini apabila sayap PLO, Fatah berjuang bukan sekadar menentang Israel sebaliknya turut berjuang sesama mereka khususnya dengan Hamas untuk menonjolkan diri masing-masing bahawa merekalah pejuang sebenar rakyat Palestin.
Justeru itu, tidak hairanlah sebagaimana dalam peristiwa 1967,negara-negara Barat dan Israel tidak gentar menghadapi negara-negara Arab kerana mereka tahu bahawa kepimpinan dan masyarakat Arab berpecah dan bergaduh sesama sendiri.
Pada tahun 1967, apabila Sheikh Sabah, pemimpin Kuwait mengecam Barat dan Israel, kepimpinan Barat, Amerika dan Israel hanya ‘tersenyum’ melihat lakonan pemimpin Arab ini. Menurut satu dokumen sejarah di London, mencatatkan bahawa: “We (UK and US) do not think that Sabah‘s statement should be taken as meaning anyway more then that Kuwait is loyalty, if blindly, supporting the common line (Arabism). Some articles in the press asking ' Why the Arab states had to wait for president Nasser to reject the solution (1967‘s war solution) before saying that they also rejected it? One of the influential Kuwait leader and family said, Oh! Yes, we reject your solution but actually we like it really”. (Fail FO 960/11, London, Disember 1967).
Sikap hipokrit kepimpinan Arab ini amat difahami oleh Barat dan Israel. Malahan ketika negara Arab berbincang untuk mengenakan tindakan minyak kepada Barat dan Israel, Pejabat Luar British dengan sinis melaporkan isu sekatan ini; “The West no need to be frightened by threats of oil and other economic boycotts by so called United Arab World. These neither united nor effective”. (Fail PREM 13/1630, London, Jun 1967).
Sejarah menunjukkan bahawa musuh menjadi kuat bukan kerana mereka kuat tetapi kerana kita lemah. Dan sejarah mengajar kita kenapa kita menjadi lemah? Jawapannya kerana kita berpecah belah.- Oleh MOHAMAD HASRUL ZAKARIAH
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
No comments:
Post a Comment