DEMOKRASI BURUNG
ABADI & SEMULAJADI
ABADI & SEMULAJADI
Sewaktu kanak-kanak, saya suka memerhatikan gelagat pelbagai jenis burung. Mereka berkicau-kicauan sambil berterbangan di sekitar rumah saya. Ada burung murai, burung kelicap, burung belatuk, burung punai, burung merbah, burung pipit, burung bayan, burung layang-layang, burung tempua, burung tiong, burung raja udang, burung serindit dan burung perling. Di kala musim buah, saya pula perhatikan gelagat kelompok kelawar dan keluang yang terbang berkawan-kawan di waktu senja sedang merambang.
Saya boleh berkhayal berjam-jam lamanya memerhatikan gelagat serta tabiat burung-burung berkenaan. Mereka memang berlainan jenis. Tetapi, mereka juga mempunyai persamaan. Segala-galanya mengenai alam burung ini melambangkan kedamaian yang tulen dan abadi. Segala-galanya mengenai dunia burung ini sungguh menarik dan mengasyikkan.
Sebab itulah burung murai tidak pernah berkelahi dengan burung kelicap. Burung raja udang tidak pernah berlaga dengan burung belatuk. Burung serindit tidak pernah berbalah dengan burung pipit. Burung tiong tidak pernah menerajang burung merbah. Hidup mereka penuh rukun dan muafakat. Hidup mereka sentiasa menghormati peraturan yang tegas dan karma yang penuh hikmah.
Antara sesama jenis burung pun sentiasa teratur hidupnya. Tidak pernah saya terpandang seekor burung pipit yang hinggap di kepala seekor pipit yang lain. Tidak pernah sekali saya terjumpa sekawan burung punai yang terbang sehinggakan berlaga sayapnya antara satu sama lainnya. Tidak pernah terjadi di mana burung raja udang berebut-rebut makanan. Tidak pernah ada burung tempua yang berebut sarang.
Di sebalik kedamaian yang menarik dan mengasyikan ini tersembunyi beberapa falsafah kehidupan makhluk Tuhan. Iaitu, falsafah kemasyarakatan, falsafah kebebasan, falsafah kerukunan, falsafah permuafakatan, dan falsafah perpaduan yang sejati dan semulajadi. Alangkah bahagianya kalau seluruh falsafah kehidupan ini wujud secara semulajadi di alam umat manusia. Terutama sekali di alam kehidupan bermasyarakat dan bersiasah yang sentiasa bergelora dan penuh pancaroba.
Nostalgia di atas sangat-sangat saya hargai. Nostalgia ini juga amat saya rindui. Ini kerana falsafah kehidupan komuniti burung seperti di atas sungguh menakjubkan. Lebih-lebih lagi bila seseorang itu aktif di dalam politik.
Saya sendiri pernah diajar mendalami konsep, prinsip dan falsafah politik yang berasaskan demokrasi. Saya didedahkan kepada prinsip dan falsafah kebebasan ala-Max Waver. Saya diizinkan membaca Buku Merah karya Mao-Tse-Tong. Saya mengkaji prinsip dan falsafah demokrasi dalam Perlembagaan Persekutuan. Saya dididik untuk mengkaji pemikiran beberapa ahli falsafah politik Barat. Saya pernah berpeluang mendalami konsep, prinsip dan falsafah demokrasi anjuran think-tank Wilton Park di Britain. Saya turut mengenali demokrasi dalam Islam. Saya menjadi ahli UMNO, parti yang berasaskan demokrasi, sejak 1976. Tetapi, segala-galanya tidak menakjubkan seperti falsafah kemasyarakatan, demokrasi, kebebasan, perpaduan dan permuafakatan yang wujud dalam komuniti burung yang saya hayati sejak saya masih di zaman kanak-kanak.
Berasaskan penghayatan kepada gelagat dan tabiat komuniti burung, saya berpendapat, sejumlah perilaku negatif yang wujud dalam sesetengah kelompok siasah di Malaysia hari ini mungkin berpunca daripada amalan demokrasi tanpa batas, tanpa sempadan, tanpa etika. Amalan seperti ini berlaku kerana soal demokrasi nampaknya seolah-olah dipandang remeh dan ringan.
Memang sebilangan besar orang politik di Malaysia mendakwa bahawa mereka memahami erti demokrasi, memahami apakah tuntutan-tuntutan demokrasi, memahami apakah falsafah demokrasi, juga memahami apakah sekatan-sekatan demokrasi. Tetapi, majoriti mereka juga hanya mampu menghuraikan demokrasi sebagai kebebasan untuk bersuara dan bertindak. Demokrasi juga lazim ditafsirkan sebagai kesamarataan peluang dan hak dalam merebut sesuatu jawatan dalam parti, di semua peringkat, tanpa mengira realiti sokongan dan kemampuan diri masing-masing.
Jadi, hakikat kebebasan dan kesamarataan inilah yang nampaknya amat menonjol. Sebab itulah seseorang ahli parti siasah yang sudah membayar yuran tahunan, bebas dan berhak untuk bertanding apa jua jawatan di dalam parti, di mana peringkat sekalipun. Kebebasan dan kesamarataan ini tidak membezakan seseorang itu ahli baru atau ahli lama. Pokoknya, sesiapa sahaja yang mahu bertanding, silakan. Sesiapa sahaja mahu mencuba nasib, silakan.
Tetapi, bila jawatan dalam parti mula ditafsirkan kononnya sebagai pra-syarat utama untuk seseorang individu memperolehi kesenangan, kemewahan, pangkat dan darjat, proses kebebasan dan kesamarataan hak untuk bertanding ini pun jadi semakin sengit. Akibatnya, amalan demokrasi ini pun mewujudkan beberapa perilaku negatif. Ini termasuklah amalan fitnah memfitnah, baling batu sembunyi tangan, salahguna kuasa, membeli undi, politik wang, dan rasuah siasah.
Serentak dengan itu, wujudlah kelompok-kelompok dajjal, pembiaya rasuah politik yang dikenali sebagai lembu siasah, dan pihak yang dimanipulasikan oleh lembu-lembu berkenaan yang dikenali sebagai kuda kayu. Kelompok dajjal, lembu siasah dan kuda kayu ini, menjadikan suasana siasah lebih liar dan mencabar. Apabila kelompok-kelompok dajjal, lembu siasah dan kuda kayu ini mula mengamalkan fitnah dan rasuah dalam siasah, waspadalah. Mulai ketika itu, demokrasi, kebebasan dan kesamarataan hak di dalam siasah mungkin menyebabkan mana-mana parti siasah jadi brmasalah, pecahbelah, dan musnah.
Saya tidak mahu menghuraikan soal di atas dengan lebih terperinci. Bagaimanapun, saya yakin perkembangan sedemikian boleh dikurangkan atau pun diatasi. Syaratnya, kita perlu mempunyai iltizam politik yang tinggi untuk berbuat demikian. Kalau tidak, kelompok dajjal, lembu siasah dan kuda kayu akan bermaharajalela. Kalau tidak, amalan fitnah dan rasuah dalam siasah akan merebak dengan lebih meluas.
Oleh itu, demokrasi dalam siasah perlulah difahami falsafahnya. Untuk memahami falsafah demokrasi, sama-samalah kita teliti disiplin, etika dan susila yang meregulasikan terbang dan hinggapnya sekumpulan burung di ruang angkasa yang bebas, lepas dan luas. Hakikat ini penting kerana segala jenis burung adalah pencinta kedamaian dan kebebasan. Namun begitu, alam dan persekitaran yang menjanjikan kebebasan dan kedamaian kepada masyarakat burung juga dibatasi dengan disiplin, etika dan susila yang mulia lagi abadi.
Sebab itulah seluruh burung yang terbang di ruang angkasa dunia ini mesti mematuhi etika, had dan sekatan dalam proses penerbangannya. Segala etika, disiplin dan susila ini wujud supaya kebebasan burung untuk terbang itu tidak akan menimbulkan mudarat, tidak akan menyebabkan kemalangan, tidak akan menyebabkan cedera-parah, luka ataupun patah sayap, sehingga terdapat burung yang terhumban dan mati terhempas ke bumi.
Seluruh bentuk etika, disiplin dan susila ini diwujudkan secara semulajadi oleh Allah SWT supaya ada sistem keselamatan, ketenteraman, keamanan, kadamaian, keharmonian, kebenaran dan keadilan dalam hidup masyarakat burung berkenaan. Keseluruhannya juga diwujudkan secara semulajadi supaya wujud perpaduan, kerukunan dan permuafakatan dalam masyarakat burung terbabit pada setiap masa dan sepanjang zaman.
Begitu juga sewaktu seekor burung itu hinggap di mana-mana jua sekalipun. Etika, disiplin dan susila wujud supaya sewaktu seekor burung itu hinggap, dia akan hinggap di ranting, cabang, batu atau apa sahaja yang secara tradisinya adalah tempat hinggapan. Ini adalah untuk mengelakkan burung berkenaan daripada hinggap di kepala seekor burung yang lain, biarpun kepala kawan, mahupun kepala lawan.
Sekali lagi, ternyata di sini bahawa hukum terbang dan hukum hinggap dalam sesuatu masyarakat burung adalah diwujudkan secara semulajadi untuk mempastikan kerukunan, kemuafakatan, ketertiban, keharmonian, keamanan, kedamaian, ketenteraman dan keselamatan hidup dalam masyarakat burung itu sendiri. Hukum-hukum ini, sebenarnya serupa dengan amalan demokrasi serta sekatan-sekatannya di dalam sesuatu masyarakat manusia. Hukum dan rukun keburungan seperti di atas juga, sebenarnya sama dengan prinsip dan falsafah demokrasi, kebebasan dan kesamarataan hak di dalam siasah.
Oleh itu, dalam kita memperkatakan soal demokrasi, kebebasan dan kesamarataan hak di dalam siasah, seseorang individu harus insaf bahawa sesuatu kekebasan yang hakiki ataupun absolute freedom juga mempunyai sekatan dan larangannya. Jika tidak, kebebasan itu sendiri akan mati. Jika tidak, masyarakat yang memperjuangkan kebebasan itu juga akan terkorban.
Lantaran itu, kalaulah kita mempunyai kebebasan untuk bersiasah secara demokratik, jangan sekali-kali kita menyerondol seperti babi hutan. Pergerakan menyerondol seperti ini boleh menyebabkan banyak pihak mungkin terkorban. Kalau kita memperolehi kebebasan untuk berjuang dalam sesebuah pertubuhan siasah, janganlah kita berjuang seperti dajjal, lembu siasah dan kuda kayu. Perjuangan seperti ini sia-sia, banyak pihak akan tertipu, banyak pihak akan jadi pengkhianat, dan banyak pihak juga akan kehilangan kedaulatan, maruah serta harga diri. Kalau kita menikmati kebebasan untuk bersuara dalam siasah, janganlah kita berlagak seperti burung kakak tua yang membuka mulut tanpa timbang dan tara.
Demikianlah falsafah di sebalik kebebasan burung yang terbang di angkasa raya. Demikian jugalah disiplin dan susila yang meregulasikan sistem kebebasan burung yang hinggap dan terbang tanpa sebarang halangan. Alangkah indahnya kalau falsafah ini difahami oleh majoriti pengamal siasah di negara ini. Pastinya gejala-gejala negatif yang wujud dalam arena siasah mutakhir akan berkurangan, atau mungkin juga langsung tidak wujud sama sekali.
Soalnya, kalau masyarakat burung boleh patuh kepada hukum dunia semulajadi untuk menghadkan kebebasannya terbang di ruang angkasa, kenapakah manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah SWT, masih ada yang enggan menghayati soal etika, disiplin dan susila dalam perjuangan siasah? Dan, mengapakah ada juga kelompok siasah yang seolah-olah lupa akan seruan amal makruf yang dituntut oleh Islam? Adakah semua ini kerana amalan, prinsip dan falsafah demokrasi hanya difahami secara cetek dan sambil lewa? Adakah semua ini terjadi kerana etika, disiplin dan susila yang murni dalam siasah, kini disifatkan sebagai penghalang kepada usaha mencapai cita-cita sesetengah ahli siasah yang rakus kuasa, harta dan nama?
Saya tidak boleh memberikan jawapan kepada soalan di atas. Segala-galanya terserah kepada pengamal-pengamal siasah di Malaysia. Kelangsungan dan masa depan sesebuah parti siasah terletak di bahu para pemimpin dan ahlinya. Gunakanlah kebijaksanaan untuk mempastikan agama, bangsa dan negara ini terus merdeka, berdaulat, berwibawa dan sejahtera. Bersatu. Bersetia. Berkhidmat. – Disiarkan oleh www.kuda-kepang.blogspot.com 16 Ogos 2006. - Ruhanie Ahmad

No comments:
Post a Comment