70% MELAYU
BELUM DAFTAR
MENGUNDI
TERENGGANU 22 Ogos 2006: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bimbang jumlah orang Melayu yang belum mendaftar sebagai pemilih di negara ini semakin meningkat iaitu mewakili lebih 70 peratus daripada keseluruhan 4.5 juta penduduk yang belum berbuat demikian.
Dalam usaha memancing golongan itu mendaftar sebagai pemilih, SPR bersedia mengikuti langkah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang pernah menawarkan hadiah bulanan lumayan termasuk kereta MyVi bagi menarik orang ramai supaya segera menukar kad pengenalan baru.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abd. Rashid Abd. Rahman berkata, angka 4.5 juta dan perlu diberi perhatian khususnya oleh parti-parti politik termasuk UMNO.
Malah, beliau mengingatkan UMNO bahawa parti pembangkang terutama Pas dan DAP sekarang agresif melaksanakan tugas sebagai ejen SPR dalam proses daftar pemilih dalam kalangan ahli parti mereka.
‘‘SPR memiliki lebih 1,600 ejen daftar pemilih termasuk UMNO dan Pas. Tetapi ejen UMNO mungkin banyak tidur sedangkan ahli dan ejen DAP serta Pas termasuk di Pantai Timur begitu agresif sekali.
‘‘Jika ada pihak nak marah, saya tidak kisah tetapi itulah hakikatnya dan saya tidak mahu mana-mana pihak akan rugi jika semakin ramai orang Melayu tidak mendaftar sebagai pemilih,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Kembara Merdeka SPR 2006 di Dataran Pantai Batu Buruk di sini.
Mengenai laporan bahawa lebih 660,000 ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pemilih, Abd. Rashid berkata, ia perlu diberi perhatian oleh parti itu untuk menggerakkan lebih aktif proses daftar pemilih. – Utusan Malaysia 23 Ogos 2006.
HAYATI
SEJARAH NEGARA
SEJARAH NEGARA
Dalam tiba Bulan Kemerdekaan ini, rakyat Malaysia akan mengibarkan Jalur Gemilang, tanda penghargaan dan bangga mereka sebagai rakyat bagi sebuah negara merdeka.
Malahan, beberapa program sudah diatur rapi sama ada di pihak badan swasta, mahupun kerajaan, masing-masing mempunyai agenda tersendiri untuk memenuhi acara.
Bagaimanapun, suasana yang paling meriah pastinya dirasai kanak-kanak sekolah dan pelajar di institusi pengajian tinggi.
Ini kerana merekalah yang paling rapat dengan pengetahuan mengenai sejarah negara melalui pendidikan Sejarah.
Di institusi pengajian tinggi pula, pendedahan mengenai sejarah negara diselit melalui subjek Pengajian Kenegaraan.
Keadaan ini seolah-olah menggambarkan sejarah negara hanya perlu dipelajari dan dihayati semasa di bangku sekolah sahaja.
Apabila tamat pengajian, pengetahuan dan penghayatan mengenai sejarah negara seakan tenggelam.
Apa yang tinggal hanyalah keupayaan generasi hari ini mengibarkan Jalur Gemilang dan mengaturkan beberapa program bagi mengisi Bulan Kemerdekaan seperti ceramah, pertandingan membaca sajak, puisi dan sebagainya.
Persoalannya sekarang ialah sejauh mana penghayatan generasi masa kini terhadap sejarah negara sendiri?
Apakah pula peranan setiap peristiwa sejarah negara kepada mereka sebagai generasi baru dan satu perkara lagi, apakah sebenarnya peranan mereka dalam mengisi kemerdekaan yang dikecapi kini?
Setiap generasi moden Malaysia kini perlu menghayati dan memahami sejarah negara walaupun ia merupakan perkara yang telah berlalu.
Berapa ramaikah generasi Malaysia pada hari ini menyedari bahawa pengetahuan mengenai sejarah negara adalah relevan untuk semua generasi dan apa pun jenis pekerjaan walaupun zaman telah berubah.
Perkara inilah yang perlu direnungi bersama. Setiap warganegara Malaysia tidak kira keturunan, faktor usia, ataupun apa jua profesion dan tingkat pendidikan seseorang, mereka perlu mengetahui sejarah latar belakang pembentukan negara.

Ini kerana peristiwa sejarah yang telah berlaku sebenarnya banyak menyimpan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada generasi masa kini agar tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
Banyak peristiwa sejarah negara sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, zaman penjajahan sehingga ke perjuangan menuntut kemerdekaan serta peristiwa penubuhan Malaysia, ada kisah dan pengajaran yang tersendiri.
Antaranya ialah konsep kerjasama dalam mengukuhkan kedudukan bangsa. Dalam sejarah perjuangan bangsa, sultan, pembesar negeri, pemimpin pertubuhan dan rakyat jelata, semuanya berganding bahu membebaskan tanah air daripada penjajahan.
Generasi masa kini sepatutnya menghayati dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh beberapa tokoh terkenal seperti Datuk Bahaman (Pahang), Abdul Rahman Limbong (Terengganu), Tok Janggut (Kelantan), Mat Kilau (Pahang), Datuk Maharaja Lela (Perak) dan Mat Salleh (Sabah).
Perjuangan oleh golongan yang berpendidikan tinggi seperti Ibrahim Yaakub, Ahmad Boestamam, Za’ba dalam membebaskan tanah air daripada penjajahan dan pada masa yang sama berjuang memajukan bangsa sendiri, juga perlu dipelajari.
Bukan itu sahaja, akhbar dan majalah juga menjadi medan untuk menyebarkan semangat patriotik kepada rakyat jelata.
Ini dapat dilihat pada peranan yang dimainkan oleh akhbar Warta Malaya, Majlis, Majalah Guru dan beberapa akhbar dan majalah yang tidak dapat disebutkan di sini.
Peristiwa penjajahan di Tanah Melayu pula memberi pengajaran agar kita tidak mengulangi kesilapan masa lampau.
Salah satu kelemahan negara ini dijajah pada waktu itu adalah disebabkan oleh kelemahan minda, berpendidikan rendah, perpecahan antara kaum dan bangsa serta kelemahan dari segi politik dan ekonomi.
Generasi masa kini perlu mempelajari kebijaksanaan pemimpin terdahulu menggunakan minda untuk memerdekakan negara daripada penjajah.
Ini menunjukkan betapa pentingnya rakyat zaman dahulu menggunakan akal fikiran untuk menawan hati penjajah demi membebaskan tanah air yang tercinta.
Selain daripada itu, peristiwa proses kemerdekaan tanah air juga memperlihatkan bangsa dahulu memperjuangkan pembinaan sebuah negara bangsa melalui usaha menyatupadukan kaum.
Contohnya Datuk Onn Jaafar yang telah menggemblengkan usaha mengumpul semua bangsa dan agama yang ada di Tanah Melayu untuk berjuang menentang Malayan Union.
Malahan usaha ini telah disambung oleh Tunku Abdul Rahman dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu dengan cara mengadakan rundingan dengan pihak British dan komunis.
Justeru generasi masa kini tidak kira apa profesion sama ada golongan profesional atau tidak profesional, semuanya ada peranan masing-masing.
Siapa kata golongan profesional seperti jurutera misalnya tidak ada kaitan mempelajari sejarah negara dengan profesion mereka?
Sebenarnya jurutera mempunyai tempat dalam sejarah negara sejak dulu lagi.
Lihat saja kepada pembangunan negara dari segi infrastrukturnya daripada dulu sehingga sekarang.
Siapakah yang telah membina dan mereka cipta landskap bangunan-bangunan di negara ini kalau bukan jurutera?
Seseorang jurutera yang mempunyai semangat patriotik dan tahu tanggungjawabnya kepada negara akan membina infrastruktur dan bangunan yang akan menjadi kebanggaan negara.
Pada masa yang sama, ia memberi faedah kepada pembangunan bangsa serta negara dan bukannya mencipta sesuatu yang boleh merosakkan dan meruntuhkan negara.
Selain daripada itu, dengan mempelajari sejarah negara, seseorang jurutera itu akan dapat memahami konsep perkembangan dan perubahan masyarakat.
Ini secara tidak langsung akan memberi panduan kepada jurutera untuk menghasilkan ciptaan yang memenuhi cita rasa dan keperluan negara pada masa akan datang.
Setiap warganegara Malaysia perlu memahami bahawa negara ini adalah sebuah negara yang berdaulat.
Segala perlakuan adalah tertakluk kepada undang-undang negara. Teras kepada pembentukan undang-undang negara adalah dengan lahirnya Perlembagaan Persekutuan.
Sejarah pembentukan Perlembagaan negara juga mempunyai sejarah yang panjang.
Pembentukannya adalah hasil tolak ansur antara kaum di Tanah Melayu pada waktu itu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Semua pihak saling menerima di antara satu sama lain.
Melalui perjanjian ini juga, setiap bangsa tidak akan mempersoalkan lagi apa yang telah dipersetujui bersama.
Ia mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, agama Islam sebagai agama rasmi negara serta hak-hak istimewa orang Melayu dan begitulah sebaliknya orang Melayu juga menerima hak-hak istimewa kaum lain di negara ini.
Justeru generasi yang lahir selepas pembentukan Perlembagaan ini tidak boleh mempersoalkan semula perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama.
Segala bangkangan atau penolakan semula terhadap isu-isu tersebut oleh generasi selepasnya dianggap mencabuli perjanjian yang telah ditetapkan bersama.
Perlu diketahui umum bahawa segala hal yang berkait dengan isu tersebut jika dibangkitkan semula akan menimbulkan banyak masalah kepada negara dan pada masa yang sama akan menggugat keamanan negara.
Generasi masa kini perlu ingat bahawa pergolakan dan perbalahan antara kaum akan menyebabkan negara menjadi lemah dan tidak stabil. - HASNAH HUSSIIN
http://utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm
No comments:
Post a Comment