Monday, June 11, 2007

Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?

Hujung minggu ini fikiran saya tambah bercelaru. Bukannya pasal apa-apa yang peribadi. Tetapi perihal tanahair tercinta yang kini dikatakan sedang di ambang gerhana.

Sama ada gerhana bulan, gerhana suria, gerhana siasah atau gerhana iktisad, saya tidak tahu. Saya hanya mendapat maklumat bahawa satu episod gerhana akan mnjelma di Malaysia. Jadi, harap anda semua bersabar, tunggu dan lihat, sama ada gerhana itu benar-benar berlaku.

Bagaimanapun, dalam kecelaruan ini, saya pun baca semula buku Apa Agenda Anwar Ibrahim Dengan Khairy Jamaluddin karya sahabat saya, Saudara Yahya Ismail atau Pak Ya. Kalau apa yang dinukilkan oleh Pak Ya di dalam buku itu adalah hakikat, kata suara hati saya, ke manakah akhirnya kita semua?

Pak Ya juga memaparkan banyak gambar pemimpin UMNO dari semua lapisan di dalam buku tersebut. Tetapi, saya sendiri tidak tahu, mengapakah perhatian saya terpaku kepada foto yang dipaparkan di muka surat 266 di mana Pak Ya memaparkan wajah Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen BN Gua Musang, Kelantan, dengan caption seperti berikut:

Kalau beliau (Tengku Razaleigh) menumpas Mahathir pada tahun 1987, jawatan PM akan disandang oleh beliau. Malangnya, dia gagal. Tapi beliau tidak mudah berputus asa dalam perjuangan dan tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya yang disertainya hingga sekarang. Beliau mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM. Kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.

Begitulah kata-kata Pak Ya dalam bukunya yang diterbitkan pada Ogos 2006. Saya tidak pasti mengapa Pak Ya memilih caption di atas untuk gambar Tengku Razaleigh yang berpakaian casual. Tetapi, dalam gambar itu, Tengku Razaleigh jelas memberikan satu renungan yang tajam dan penuh bermakna.

Soalnya di sini, mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan ini saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh?

Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”?

Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?

Saya tidak dapat menjawab persoalan di atas kerana soalan itu menjelma dalam kecelaruan fikiran saya terhadap tanahair.

Tetapi, mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya yang sedang dalam kecelaruan ini didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba?

Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh, putera raja berjiwa rakyat, untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi? – Ruhanie Ahmad

5 comments:

Hamizi Hamdan said...

Nampaknya begitulah Dato'... Perlu diakui, tiada tokoh yg. layak dlm. BN utk. mengambil alih kepimpinan negara walaupun di kalangan menteri kanan...

Semuanya Pak Turut dgn. Mak Turut...

Di kalangan parti pembangkang, mereka tidak akan berpeluang utk. memerintah jika tidak bertanding di semua kawasan seperti BN... Cuma utk. penawar kpd. rakyat adalah undi protes kpd. kerajaan...

Saya harap TDM akan membantu Ku Li utk. menjadi PM... Beliau tidak harus masih mengharap kpd. Najib... Beliau harus menebus kesilapan menamakan Pak Lah sbg. penggantinya dahulu yg. ternyata yg. 'cost us a bomb'...

cakapsiang said...

Ybhg Dato',

Selagi politik menjaga periuk nasi berleluasa dalam diri orang Melayu, selagi itulah bangsa Melayu itu tidak berani berfikiran dan bertindak rasional. Ku Li dan DrM tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti dalam UMNO kerana mereka berdua bukan lagi 'Penjaga periok dan nasi'. Kita boleh berfantasi dan berilusi, namun realiti tetap PERIUK NASI...!

dzulman said...

Apa yg sedang berlaku dikalangan masyarakat Melayu khusus dlm UMNO adalah satu cbaran besar oleh Allah SWT. Datuk, sudah tentu dapat memerhati Melayu UMNO yg angkuh, sombong, bongkak dan berjalan dengan menghentak bumi. Saya tak saslahkan UMNO sebuah parpol yg punyai tujuan murni tetapi sayangnya ramai dari orang kuat kuat hanya mementingkan perut sendiri.

Jika rakyat biasa hendak memohon lesen atau mendapatkan kelulusan berniaga dan sbgnya akan terpaksa menghadapai beberapa rintangan. Usaha nak berjumpa dengan menteri atau ksu adalah seperti hendak pergi ke bulan.

Saya ingat masa TDM jadi PM dia jarang mengabaikan surat surat dari rakyat. Kita hantar kad raya pun dia jawab walau pun kita tahu itu kerja pembantunya. Sekarang lain cerita.

Apa jua perubahan misti di lakukan oleh UMNO dari dalam. Dengan keadaan sekarang nampaknya rakyat Melayu terpaksa tunggu kerana tak mungkin ada yg berani membuat sesuatu yg boleh menggemparkan.

Datuk punya toyol dah bagi tahu dtg Pemilu ini banyak muka baru akan di perkenalkan dan mereka adalah dari bawah 50'han yg tua tua tu bye-bye aje. Oleh itu kenayakan sedang ambil sikap play safe lah.

Kami turt merasa terganggu dengan apa yg sedang dan akan berlaku. Berdoalah kita kpd Allah SWT semoga keadaan jadi baik.

A Voice said...

Petikan dari posting saya ... Filem dan Mentera: Seniman Agong dan Pelakun Palsu

....Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.

Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara. Kita bertelanggah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!

Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda kehadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?

Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!

Radio kereta ku tidak memainkan lagu negeri ku untuk meredakan "fikiran terganggu". Kesetian kepada raja dan negara. Semacam dirancang, "Mentera Semerah Padi" yang berkumandang. Ku kuatkan suaranya ...

renegix_01 said...

datuk..ape sebenarnye gerhananye datuk?..buatkan saya juga gundah gulana...jika tidak keberatan..sile beritahu saya datuk...