Saturday, June 30, 2007

Kalau Ku Li Ditakdirkan Jadi PM
Teori RAHMAN Jadi RAHMAT?

Angan-angan yang dicetuskan oleh blogger Hamizi, supaya Tengku Razaleigh Hamzah diberi peluang menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti, kini mendapat sambutan yang semakin hangat dan menarik.

Bagaimanapun, ramai di kalangan warga maya Malaysia yang turut berangan-angan seperti Hamizi masih yakin bahawa ‘teori’ R.A.H.M.A.N yang sering dikaitkan dengan susunan keperdanamenterian Malaysia tetap akan jadi kenyataan.

‘Teori’ R.A.H.M.A.N wujud daripada singkatan nama-nama perdana menteri Malaysia sejak 1957 hingga sekarang, termasuk nama bakal perdana menteri yang dijangka menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, suatu hari kelak.

Inilah huraian ‘teori’ tersebut: R (Tunku Abdul Rahman Putra) A (Tun Abdul Razak Hussein) H (Tun Hussein Onn) M (Tun Dr Mahathir Mohamad) A (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan N (Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak) yang dijangka menggantikan Abdullah
bila tiba waktu dan ketikanya.

Banyak pihak yakin ‘teori’ R.A.H.M.A.N ini, jika dimakbulkan oleh Allah SWT, akan jadi kenyataan. Lantaran itu, teori inilah yang sering diulas dan dipolemikkan bila soal pengganti Abdullah dibicarakan secara terbuka.

Biarpun begitu hakikatnya, hari ini ada pula blogger Malaysia yang menggelarkan dirinya sebagai Harlim, memperkenalkan satu ‘teori’ baru – ‘teori’ R.A.H.M.A.T.

Harlim membuat beberapa posting mengenai ‘teori’ baru ini di dalam portal berita http://www.malaysia-today-net/, sebagai reaksi kepada tulisan saya berjodol Ku Li Sebagai PM, Mahyuddin DPM? Menurut Harlim, bezanya R.A.H.M.A.N dengan R.AH.MA.
T adalah pada huruf N dan T.

Beginilah kata Harlim ketika memperkenalkan ‘teori’ R.A.H.M.A.T:

“Teori R.A.H.M.A.N kini bertukar jadi teori R.A.H.M.A.T, di mana T adalah PM kita yang terkhir bagi pusingan pertama sejarah Malaysia. T tersebut adalah Tengku Razaleigh Hamzah. Memang kurniaan Allah kepada rakyat Malaysia melimpahkan RAHMAT NYA sentiasa. T juga merupakan kelompok pertama negarawan ulung yang telah sama-sama banyak menaburkan jasa kepada bangsa Malaysia selama ini. Jadi, sudah sewajarnyalah beliau dinobatkan sebagai PM tanpa soal jawab. Kerana itu, N ataupun Najib, tidak wajar berada dalam kelompok pertama PM Malaysia. Seterusnya teori N.A.J.I.B akan menyusul pula dalam era pusingan
kedua PM Malaysia. Yang ini semua orang boleh memasang angan-angan.”

Teks sepenuhnya:

www.mayaputera.blogspot.com.

8 comments:

Dr. Hamizi said...

hehehe... dato'... saya tak percaya teori R.A.H.M.A.N. ke teori R.A.H.M.A.T. ke, teori N.A.J.I.B ke & ntah apa-apa...

mungkin tak ada huruf H agaknya, kalau tidak saya boleh jadi calonnya... hehehe...

benda-benda merepek ni tak payah layan sangat... tapi sekadar mengurangkan stress kita melayan kerenah pak lah tu, kira saya sokong jugak lah...

dato'...

saya dalam proses membina blog khas utk. mengulas isu politik/pendidikan dan berangan...

melalui blog http://angan-angan.blogspot.com

dalam masa sebulan, banyaklah yg. akan saya tulis...

insya-Allah...

Dr. Hamizi said...

tajuk blog saya: Melayu Dan Angan-Angan...

sahabat said...

Salam dari saya...

Datuk ni macam perempuan gila talak, jadi blogers nak tunjuk dia punya ilmu semalamnya dalam politik.

Saya seronok juga orang yang tak terpilih dalam arus perdana membuat andaian andaian

mengurangkan tress

Anonymous said...

Dato kita hanya asyik berteori apa kata kita buat satu usaha atau gerakkan untuk membawa serta memertabatkan KU LI sebagai PM .Saya percaya ramai yg akan
menyokong usaha ini cuma kita hanya perlukan seorang ketua dan saya cadangkan Dato dan semua blogger yg menyokong untuk meletakan KU LI sebagai PM.Buat masa ini hanya Ku LI sahaja pilihan yang terbaik yang kita ada.
Usaha atau gerakan ini biarlah secara terang atau pun bersembunyi asalkan kita dapat meletakkan Ku LI menjadi PM dan seterusnya dapat menyelamatkan negara kita dari bermacam macam kerosakan.Saya juga berharap saudara malaysia orang pertama yg akan menyokong usaha ini

tq.
Soli Pak Lah gua tak suka sama lu

sahabat said...

ya dr butq,

kenapa pula saya yang kena?

Biasalah sikap manusia ni, dia cadang-cadang, kemudian orang lain minta yang buatnya.

Dr butiq tak mau sokong tentang cadangan dr butiq itu sendiri ke

Anonymous said...

Hamizi dan Dr Butiq, terima kasih. Malaysia, selamat kembali ke KK setelah beberapa bulan menghilangkan diri.

Salam takzim
Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

kenapa blog mayaputra tak boleh bukak datuk?Apa cerita di Msia? saya masih di Indonesia, dan akan ke ternate ptg ini.

zeeyyy said...

i dengar teori ini... RAHMAK! K adalah Khairy...