Tengku Razaleigh Hamzah
Muncul Sesudah Gerhana?
[Siri Kedua]
Posting saya dalam blog ini semalam, bertajuk Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Sesudah Gerhana?, adalah suatu cetusan hati saya sendiri. Cetusan itu meledak secara spontan daripada jiwa saya yang terusik selepas saya menganalisa beberapa maklumat sensitif, spesifik, explosif, dan kontroversial yang saya terima sepanjang minggu lalu.
Sehingga hari ini saya masih lagi menilai, meneliti, menjalankan siasatan lanjutan serta menganalisa seluruh maklumat berkenaan. Proses ini saya lakukan untuk memperincikan apakah implikasinya kalau saya hamburkan seluruh maklumat itu ke intrnet secara total. Proses ini juga saya lakukan untuk membantu saya membuat keputusan sama ada saya akan mengongsikan info berkenaan dengan seluruh masyarakat internet Malaysia atau pun biarkan sahaja maklumat-maklumat itu reput ditelan kerahsiaan.
Lantaran itulah saya berusaha mendapatkan maklum balas menerusi saluran internet untuk mengukur kesediaan anda menerima maklumat-maklumat seperti di atas. Sebab itulah saya mencari jalan mengukur kebijaksanaan anda menilai dan menterjemah mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Antara intisari posting saya semalam adalah: Mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan, saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh? Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”? Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?
Mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba? Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi?
Dan, antara sedutan reaksi kepada posting saya semalam, yang dikirimkan ke blog ini dan menerusi laman berita Malaysia Today, adalah seperti berikut:
Hamizi: Perlu diakui, tiada tokoh yang layak dalam BN untuk mengambil alih kepimpinan negara. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad akan membantu Ku Li untuk menjadi PM. Beliau harus menebus kesilapan menamakan Pak Lah sebagai penggantinya.
Cakapsiang: Selagi politik menjaga periuk nasi berleluasa dalam diri orang Melayu, selagi itulah bangsa Melayu tidak berani berfikiran dan bertindak rasional. Ku Li dan Dr M tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti dalam UMNO kerana mereka berdua bukan lagi 'penjaga periok dan nasi'. Kita boleh berfantasi dan berilusi, namun realiti tetap PERIUK NASI!
Dzulman: Apa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, khususnya dalam UMNO, adalah satu cabaran besar oleh Allah SWT. Saya tak salahkan UMNO sebuah parti politik yang punyai tujuan murni. Tetapi, sayangnya ramai dari orang kuat-kuat hanya mementingkan perut sendiri.
Saya ingat masa TDM jadi PM dia jarang mengabaikan surat-surat dari rakyat. Kita hantar kad raya pun dia jawab walau pun kita tahu itu kerja pembantunya. Sekarang lain cerita.
Apa jua perubahan mesti di lakukan oleh UMNO dari dalam. Dengan keadaan sekarang nampaknya rakyat Melayu terpaksa tunggu kerana tak mungkin ada yang berani membuat sesuatu yang boleh menggemparkan.
Kami turut merasa terganggu dengan apa yang sedang dan akan berlaku. Berdoalah kita kepada Allah SWT semoga keadaan jadi baik.
A Voice (blogger): Petikan dari posting saya, Filem dan Mentera: Seniman Agong dan Pelakun Palsu. ....Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.
Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara. Kita bertelagah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!
Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda ke hadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?
Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!
Renegix: Datuk, apa sebenarnya gerhana tu? Buatkan saya juga gundah gulana. Jika tidak keberatan, sila beritahu saya.
Harry: Gerhana dalam apa bentuk pun tidak akan berlaku di negara ini, andaikata PAS atau parti pembangkang tidak membuat "kerja rumah" mengenai dasar politik mereka.
Silhoute: Masa Ku Li sudah terlepas… Gerhana telah lama melanda Malaysia dan Malaysia akan terus dilanda gerhana selagi pemimpinnya tidak insaf dan mementingkan kekayaan semata-mata.
Zed: Change is good and badly needed in this country. I for one will support Tengku Razaleigh should he decide to contest for the top post.
Geligeleman: You mengharapkan Ku Li melakukan sesuatu untuk menyaingi Pak Lah. Kenapa? UMNO kurang/tak mempunyai sebuah institutsi pewaris kepimpinan yg benar-benar jitu? Apa kekuatan yang ada pada Ku Li? UMNO sendiri tidak mahu mengubah gaya pemikiran dan tanggapan terhadap waris kepimpinan mereka. UMNO sendiri pun kelabu dengan arah tuju mereka.
MM2007: Gerhana itu adalah kejadian alam ikut design Tuhan atau sunnatullah. Jangan kita takut gerhana.
Nasigoreng: Ku Li satu-satunya 'PM material' tetapi takdir Allah mengatasi kehendak manusia. Ku Li sepatutnya jadi PM sekarang jika Mahathir berfikiran lebih waras dalam menentukan pengganti. Keberanian Ku Li mencabar Mahathir dalam tahun 1987 sudah cukup bukti bahwa selepas Mahathir, Ku Li mengambil alih pemerintahan negara ini. Apa boleh buat, orang Melayu sungguh malang, Begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya. Ku Li seorang yang cerdas dan dinamis. Sangat meyakinkan bila berucap, orang tidak mengantuk. Beliau tidak pernah tertangkap tertidur dalam mesyuarat. Alahai, nasi sudah menjadi bubur basi.
Begitulah reaksi kepada cetusan hati saya semalam. Reaksi itu diberikan walaupun gerhana sebenarnya masih belum tiba. Bagi pihak yang ingin mengetahui apakah gerhana itu sebenarnya, ikutilah blog ini dari sehari ke sehari berikutnya.
Saya katakan begitu kerana hari ini saya sudah dapat bayang-bayang tentang gerhana berkenaan. Ada beberapa “ahli falak” yang mahu mengetahui ramalan gerhana ini dengan lebih lanjut telah menghubungi saya hari ini.
Mereka bertanya di mana saya dapat info pasal gerhana berkenaan. Saya katakan kepada mereka, gerhana hanyalah perkataan yang saya pilih untuk menggambarkan apa yang mungkin berlaku. Mereka bertanya kepada saya, apa pasal saya agak akan ada gerhana? Saya jawab, saya ramalkan satu gerhana mungkin berlaku berasaskan seluruh maklumat yang saya terima sejak seminggu yang lalu. “Ahli-ahli falak” tersebut mendesak saya menyenaraikan maklumat-maklumat berkenaan. Saya jawab dengan ringkas, tunggu dulu, saya sedang siasat dan siasat secara rapi dan terperinci. Dan, kalau nak tau intisarinya, ikutilah blog saya dari semasa ke semasa.
Demi kesetiaan anda melayari blog ini dan membaca posting saya di Malaysia Today, dengan ini saya senaraikan bahawa antara topik utama kepada maklumat yang sedang saya kaji, siasat dan analisa pada ketika ini adalah seperti berikut:
Benarkah dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi Malaysia kini sedang dimanipulasikan oleh sebuah negara jiran menerusi pendekatan ekonomi dan perdagangan yang dibiayai oleh anasir zionis dan neo-imperialis?
Benarkah dakwaan kononnya ada satu entiti korporat asing akan berperanan besar dalam menentukan tarikh dan senarai calon PRU ke-12?
Benarkah dakwaan kononnya pembesar negara baru sahaja menerima nasihat daripada entiti korporat ini supaya PRU ke-12 diadakan dalam tempoh terdekat, mungkin minggu kedua Ogos 2007?
Benarkah dakwaan kononnya entiti korporat yang sama juga akan mencurah wang beratus juta ringgit dalam PRU-12 akan datang ini?
Benarkah dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri akan disingkir dan dipinggirkan menerusi beberapa pendekatan politik dan lain-lainnya tidak lama lagi?
Benarkan dakwaan kononnya beberapa individu sangat berpengaruh dan sangat berkuasa kini terlibat dalam amalan seks sejenis sesama mereka?
Apakah aktiviti meragukan yang kononnya telah dan sedang terjadi di sebuah rumah di sekitar kejiranan Istana Negara, Kuala Lumpur, kebelakangan ini?
Intisari di atas saya kemukakan dalam bentuk soalan. Kepada pasukan petugas UMNO Malaysia yang baru sahaja mengeluarkan satu analisa mengenai bloggers politik Malaysia baru-baru ini, saya harap analisalah intisari di atas secara cermat dan terperinci.
Pada waktu yang sama, saya juga harap pasukan pemantau ini bertanya kepada individu-individu di Aras Empat, apakah yang telah terjadi di pejabat berkenaan, pada suatu malam, tiga atau empat hari yang lalu? Benarkah pejabat itu pun bocor? Bukan bocor atap, bocor siling atau pun bocor paip. Tapi, bocor keselamatannya?
Setelah saya berikan serba sedikit intisari kepada maklumat yang sedang saya siasat dan terus siasat ini, apakah pendapat anda kalau info ini diletupkan ke tengah-tengah khalayak ramai, oleh pihak yang mengetahuinya, tidak lama lagi?
Gerhana akan terjadi? Kalau terjadi gerhana, mungkinkah pembesar-pembesar terbabit akan mempunyai kekuatan moral untuk terus memberikan semula sinar perjuangan kepada rakyat dan negara tercinta ini? Kalau tidak, di manakah relevannya Tengku Razaleigh Hamzah dalam keadaan sebegini? – Ruhanie Ahmad

7 comments:
Salam Dato
Interesting read.
Gembira dapat melihat "orang kampung" saya blogging sama.
Saudara or Saudari Fayrahim:
Terima kasih.
You sapa sebenarnya? Anak Cikgu Rahim Mampan atau Cikgu Rahim Lubok? Anyway, saya juga gembira anak kampung saya jadi blogger.
Salam hormat
Ruhanie Ahmad
Anak perempuan kepadan Hajah Marfo'a Banioo (kg Separap). Ex classmate Dato kan?
Blog saya bersantai di anakcina.wordpress.com.
"Benarkan dakwaan kononnya beberapa individu sangat berpengaruh dan sangat berkuasa kini terlibat dalam amalan seks sejenis sesama mereka?" Kata Datuk.
Saya amat terpanggil untuk meminta Datuk ,kalau bolih memberi gambaran lebih dalam hal ini. Saya ingat 'Anwar's debacle'merupaka episod terakhir penglibatan pemimpin berkuasa dalam hal seks diluar tabi'i ini! Mungkin pertanyaan Datuk itu merupakan pencetus minda mereka yang mempunyai maklumat dalam hal ini. Saya ingin ingatkan jika pertanyaan Datuk mempunyai autensitinya , Malaysia akan mengalami krisis kepercayaan lagi spt ditahun 1997! adakah cara hidup ala barat ini betul2 menular dalam elit kepimpinan masyarakat kita?
Kalau lah benar Datuk, maka tidak ada gunanya pentadbiran ulamak/umara' untuk memacukan negara!!!!!!
Saudari Fay dan Saudara Lamandau.
Terima kasih.
Fay: Salam pada ayah anda, Haji Rahim Darman dan ibu Hajah anda, Hajah Marfoah. Ibu anda bukan setakat classmate, tapi masih sedara kerana Arwah Datuk anda sedara Arwah Ayah saya. Sekarang ni keluarga menetap di mana?
Lamandau: Saya hanya membayangkan sesuatu. Sebenarnya hanya bertanyakan sesuatu mengenai hal tu. Tapi, mudah-mudahan kita panjang umur dan dapat mengetahui bilakah gerhana yang akan berlaku dan adakah soalan khusus saya itu salah satu sebab-sebabnya.
Kalau anda baca posting RPK Beware the 18 June, mungkin itulah gerhana yang akan tiba.
Anda pasti agak musykil. 17 Jun TDM keluar negeri. 18 Jun AAB keluar negeri. 18 Jun juga kes Altantuya. DSAI pula dah mula kecam AAB. TRH pula dah mula didekati oleh KJ. Interesting isnt it?
Apa pun, saya akan terus menulis siri gerhana ini. Ikutilah episod selanjutnya.
Salam takzim,
Ruhanie Ahmad
Dato,
Keluarga sudah berpindah dan menetap di Parit Tegak, Parit Sulong. Abah sudah mendirikan rumah di sana selang beberapa rumah dari Masjid Besar di simpang.
Saya dan suami di Ampang.
Adik saya dan isteri di Subang Jaya berserta adik bongsu saya yang belum berkahwin.
Selalunya cerita Mama pada saya, cerita zaman-zaman sekolah dia dulu dan ada juga sebut masih ada pertalian darah.
Insya-allah akan disampaikan salam.
All the best.
Salam... tumpang lalu...saya pun anak kg separap juga..spupu kak farah,ayin..anak arwah cikgu mansor..:) lama xdengar kaba kak farah n en.ron...(en.ruhanie..erm..dato ruhani.)..wish u all the best
Post a Comment