Saturday, June 23, 2007

KEKUATAN BANGSA MELAYU
ADALAH PADA SEJARAHNYA

Tengku Razaleigh Hamzah

Kekuatan yang ada pada bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah perpaduan. Ini timbul daripada adanya kesedaran di kalangan orang Melayu, di mana pun mereka berada, bahawa mereka adalah anggota dalam satu kesatuan sosiobudaya dan sosiopolitik yang disebut bangsa Melayu atau the Malay nation, kata Raffles.

Empat faktor yang membentuk perpaduan Melayu dan yang berjaya mengekalkan identiti bangsa Melayu sepanjang sejarahnya ialah: Bahasa Melayu, budaya Melayu, Islam, dan keterbukaan minda bangsa Melayu.

teks sepenuhnya di
www.mayaputera.blogspot.com

4 comments:

Dr. Hamizi said...

zaman telah berubah... pendekatan yang perlu digunakan mungkin juga perlu berubah...

sejarah perlu dilihat sebagai tauladan... orang melayu tidak perlu terlalu berbangga dengan sejarah silam...

kita harus memandang ke hadapan... apa yang kita harapkan untuk generasi akan datang... dan bekerja keras untuk mendapatkannya...

Dr. Hamizi said...

saya mengharapkan salah seorang dari 2 tokoh ini untuk mengambil alih jawatan PM (angan-angan)...

1. Ku Li
2. Muhyiddin Yassin

Insya-Allah...

Anonymous said...

Saudara Hamizi

Semua perkara bermula dengan angan-angan. Macam mana agaknya jika angan-angan anda jadi kenyataan? Boleh diterima oleh rakyat Malaysia?

Slamat maju jaya,

Ruhanie Ahmad

Dr. Hamizi said...

mungkin kesilapan lalu adalah tidak menyediakan barisan pelapis yang benar-benar wibawa... bagi masa sekarang saya rasa rakyat Malaysia boleh menerima mereka, cuma persoalan besarnya adakah UMNO boleh menerimanya?

kerana ada orang yang sudah mengintai lama, kedudukan No. 1 & 2 lain akan mula menggunakan taktik cantas-mencantas...

masalah orang Melayu yang tidak tahu bila akan hilang (dengki)...