Wednesday, June 20, 2007

Polis Yang Dituduh Cuai
Ghani Yang Disalahkan?

Di bawah ini adalah satu berita yang saya petik dari The Star 19 Jun 2007. Apa dah jadi? Polis yang dituduh cuai, tetapi kenapa Saujana - kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Dato’ Haji Abdul Ghani Othman, yang mesti diserbu dan dijadikan lokasi demonstrasi anti-jenayah, pada Ahad 17 Jun 2007?

Siapakah di sebalik demonstrasi itu? Apakah motifnya? Dan, mengapakah diheret MB Johor dalam soal anti-jenayah ini? Polis wajarlah menyiasat insiden ini scara segera dan terperinci. – Ruhanie Ahmad


Chua: We are not involved

JOHOR BARU: MCA has distanced itself from the recent demonstration held outside the Mentri Besar’s official residence and said that it was organised by “irresponsible” parties.

Johor MCA chief Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, who categorically denied the party’s involvement in the demonstration, accused those responsible of “playing with fire.”

“These irresponsible people have turned crime into a racial issue and if they are not careful, it can get out of control,” he said, adding that the entire Chinese community should not be blamed for the actions of a few irresponsible ones.

He was speaking to reporters after officiating at the groundbreaking ceremony for the new Hospital Permai site in Johor Baru.

Dr Chua, who is also party vice-president, said an SMS meant to incite the public was also making the rounds and that he would appeal to the police to investigate where it originated.

On Sunday, police stopped an anti-crime demonstration outside the Mentri Besar’s official residence here and picked up two protesters who resisted a police order to disperse.

About 100 people had gathered there at 10am to stage their protest in response to two violent rapes reported over the past week, one involving a 19-year-old girl on June 12 and the other a 35-year-old woman the next day.

Johor Baru (South) OCPD Asst Comm Shafie Ismail said the protestors, aged 24 and 27, have been remanded until today.

“We will investigate their role in the protest,” he said.

The Star, Tuesday June 19, 2007

8 comments:

The Silent Majority said...

Because as the MB, he hasn't been doing much to address the issue of rising crime rate in Johor, especially Johor Bahru.

As a voted respresentative of the public, he has a responsibility to ensure that matters of public interest are properly addressed, executed and resolved with the relevant government agencies and components.

If he is not going to do it, then who will?

The PDRM? No, the Polis has shown themselves to anyone who doesn't have a Datukship or links to government officials that crimes against them are not of importance or actionable. So raising the question and unhappiness to them will be met with the same indifference as the officers sitting around in the Balai. That's why people will go to him.

Perhaps he should come out and explain himself and what he intends to do about the problem. His silence is deafening. And just saying that it will be investigated, or more police will be deployed doesn't mean anything.

Why? Because the government has already spent billions on new patrol cars that are just sitting around in the balai's car parks, when they should be pounding the streets. More police means that we are just raising costs and not necessarily effectiveness.

Abdul Ghani should be addressing the matter and pressuring the appropriate parties.

Actually, this can be viewed as Ghani not having performed or controlled the crime situation in Johor, to the point that the public feels that rallys are the only way to get the attention of the country's leaders and also International attention.

Dr. Hamizi said...

nampaknya isu KPN melindungi penjenayah kongsi gelap tidak menarik sesiapa untuk dibincang melainkan oleh RPK melalui Malaysia Today...

mungkin kita tidak sanggup masuk lokap @ penjara atas akta hasutan kerana menyebarkan fitnah (sukar untuk memberi bukti hitam putih)...

saya pernah bertanya seorang pemandu lori pasir beberapa tahun lalu tentang sticker lambang binatang yang melekat di cermin hadapan lorinya... dia mengatakan sticker itu menunjukkan balai polis mana yang melindungi operasi mereka...

sama juga halnya dengan pak cik kepada isteri saya yang bekerja di pejabat tanah di pontian, menceritakan jika jabatannya bekerjasama dengan jpj untuk menangkap lori pasir, biasanya akan dapat lebih banyak berbanding bila menjalankan operasi dengan polis... jika membuat operasi dengan polis, hanya sejam yang awal sahaja banyak lori melalui jalan tersebut dan selepas itu sepi...

seperti biasa... saya tiada bukti... tapi itulah cerita orang yang terlibat secara langsung kepada saya... mungkin betul, mungkin tidak... harap ada yang menyiasat... siapa agaknya... tak akan sendiri nak menjerut diri sendiri... tubuhkan sahaja suruhanjaya pemantau salah guna kuasa polis... kalau tiada angin masa kan pokok bergoyang...

Dr. Hamizi said...

dato'...

walaupun saya bukan warga johor (cuma isteri dan ayah saya orang johor), namun johor sudah seperti negeri saya juga...

sepanjang ingatan saya sebagai orang luar, saya lebih menyukai corak kepimpinan muhyiddin yassin berbanding ghani othman...

muhyiddin lebih outspoken dan mewakili hasrat rakyat kebanyakan, berbanding ghani othman... cuma ramai rakyat johor berasa terkilan dengan muhyiddin ketika isu imuniti raja-raja Melayu suatu ketika dahulu... tetapi beliau adalah pemimpin yang 'walk his talk'... saya memang respect beliau...

sepanjang 5 tahun kebelakangan, berulang-alik ke JB, saya rasa JB sangat huru-hara bandarnya...

jalan raya rosak, di kampung-kampung, mengambil masa yang lama untuk disiapkan...

masalah sosial dan jenayah di bandaraya jb tidak kurang hebat seperti kl...

maka, tidak hairanlah jika rakyat menggunakan pelbagai saluran yang boleh untuk menarik perhatian...

janganlah kerana mereka yang berkumpul ini kebanyakan bangsa Cina, kita perlu pekak kan telinga... jika ada kebenarannya perlu lah disiasat... mereka juga warganegara malaysia dan warga negeri johor juga...

Anonymous said...

The Silent Majority and Saudara Hamizi:

Thank you.

It is rather unfair to accused YAB Ghani as not doing anything. And there are several ways to get what we desire.

I am of the opinion, one of the best approaches is through dialogue - use the persuasive channel to get the end result.

By the way, why not get your elected representative, the MP of JB and the ADUN to pressure the government about the increasing crimes in JB?

I am not against what had taken place last Sunday. But, was it the last resort? Have you all exhausted all strategies?

About the allegations against our IGP, what RPK has written may be correct. And I believe, the authorities are doing their best to solve the issues.

We have to give credit to the police force. They have given their best. But, we also have to be firm against anybody giving protection to the underworld.

While we are concerned about what RPK has written, we must also keep the morale of the whole police force high. We need them. And, I am sure most of them are principled people with the interest of the nation at heart.

Regards,

Ruhanie Ahmad

Dr. Hamizi said...

dato'...

macam mana hendak berbincang, jika hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri...

bagaimana hendak bersabar, jika mengambil tindakan dalam masa yang singkat adalah satu perkara yang hampir mustahil berlaku di Malaysia... semuanya lembap di Malaysia... setiap tindakan sering diimbangi dengan keuntungan politik...

untuk menyalahkan ghani othman 100%, memang tidak adil, kerana beliau masih ada batas kuasa... tetapi jika dgn. manganjurkan demonstrasi aman dapat memberi publisiti yang lebih baik untuk mendapatkan tindakan segera dan memberi 'sokongan moral' secara tidak langsung kepada ghani othman untuk melangkau batas kuasa beliau tadi, why not?

sekarang ini, ia sepatutnya digunakan oleh ghani othman untuk menyuarakan hasrat rakyat melangkaui batas kuasanya kerana ia telah menjadi isu besar setempat, jikalau pun belum bersifat nasional...

Unknown said...

Salam Dato'

Saya kira wajarlah dilihat siapa yang menganjurkan tunjuk perasaan sebegini rupa.

Wajar juga kita lihat bangsa apakah yang menjadi majoriti peserta tunjuk perasaan ini.

Saya sangat musykil mengapa sekarang baru "mereka" ini bangkit untuk menunjuk perasaan?

Adakah kerana 2 mangsa rogol sebelum ini adalah dari kalangan mereka ataupun atas sebab kesedaran dan untuk kebaikan umum?

Mengapakah bila kes-kes jenayah melibatkan bangsa lain sebagai mangsa tidak dipedulikan?

Saya kira ini adalah satu tindakan halus untuk menekan (pressure)pihak berkuasa supaya tunduk kepada desakan yang lebih besar di kemudian hari. Maklumlah pilihanraya dah semakin dekat.

Bukankah kita maklum bahawa kerajaan yang kita sendiri pilih ini nampaknya lebih cenderung untuk menjadi pro bangsa tersebut.

Mungkin ini mengingatkan Dato' kepada demonstrasi pelajar terhadap Almarhum Tunku yang dilihat pro-Cina.

Saya percaya bahawa masanya akan sampai tidak lama lagi apabila orang Melayu akan bangkit dan mula sedar dari lena yang melekakan ini dan mempertahankan kedaulatan bangsa Melayu.

Mengapa berdemonstrasi di hadapan Saujana dan bukan di kawasan IPK Johor? MB tidak ada kuasa ke atas polis. Mereka sedar perkara itu tetapi ini lebih bermotifkan politik. Mungkin mereka mahu letakkan seorang MB yang boleh mereka perkotak-katikkan. Hanya Allah yang tahu.

Saya faham ramai orang JB (bukan di seluruh Johor) yang tidak senang dengan kadar jenayah. Saya ramai kawan di JB tetapi saya difahamkan bahawa orang tempatan tidak ramai yang terlibat tetapi sebaliknya warga asing. Mungkin ini tidak tepat tetapi itulah gambaran yang saya dapati.

Siapakah yang bersalah dalam hal ini apabila kos sarahidup meningkat berkali ganda daripada dahulu dan kadar pengangguran pula meningkat?

Haruskah kita salahkan mereka dari seberang tambak yang berbelanja di JB sehingga pengusaha makanan membuat untung berlipat ganda? Atau haruskah kita salahkan orang sendiri yang tidak sedar dek untung dan masih "hemoi" bertuankan orang asing?

Wallahua'lam.

AFRAR YUNUS said...

salam datuk,
isu PDRM terlibat dgn gejala tidak sihat atau rencana sdra RPK, semua jenayah menuju atau menghala ke putrajaya spt tdk ada sesiapa yang sedari. mana wakil rakyat kinabatangan dan jasin. mana ahli parlimen BN yg lain. kenapa mereka tidak dipersoalkan kesahihan gambaran di rencana berkenaan. mana nazri aziz. diharap, ada kejantanannya sbg menteri parlimen.

sayangmalaysia said...

Mungkin benar ada yang menagguk di air keruh tapi hakikatnya memang kadar jenayah dah meruncing dan sungguh tidak terkawal bukan saja di Johor tetapi juga di Kuala Lumpur, di Pulau Pinang, dan juga di hampir kesemua pekan-pekan kecil dan kampung.

Memang kita tidak boleh hanya menyalahkan Polis jika KDN dan Immigrasion membuka semua pintu masuk negara seluasnya kepada pendatang dan pekerja asing. Memang gaji rakyat tempatan tidak akan sihat setanding kos sara hidup, selagi gus mendesak ramai mencari jalan mudah. Memang ramai pendatang tanpa izin yang ditindas dan ditipu akan merasa geram dan mencari jalan mudah mencari wang sebelum pulang semula secara haram. Jika tidak masakan satu kawasan di Ampang dipenuhi ramai penduduk Afrika yang tidak diketahui apa pekerjaannya? Masakan rama pemandu teksi dan pemandu lori dari negara seberang?

Pada awal menjadi IGP, Tan Sri Musa ada menyebut tentang kebimbangannya berkenaan keselamatan negara dan buruh asing. Tapi kini bukan saja buruh asing yang membanjiri KLIA tapi kini ada pula sistem VISA on arrival??

Are we that desperate?? Who is protecting the citizens of this country. If the Pollice is limited in its capacity and capability, then should the public not express their concern to the elected leader?