Friday, June 29, 2007

Penyokong-Penyokong
Md. Isa Samad Kecewa?

Beberapa pihak kecewa kerana Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyrarat petang tadi menangguhkan tindakannya menarik balik penggantungan keahlian Tan Sri Mohd. Isa Samad di dalam parti tersebut.

Sumber-sumber memberitahu blog ini bahawa penangguhan itu dilakukan kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat hadir untuk mempengerusikan mesyuarat MT UMNO petang tadi.

Sebaliknya, mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden dan juga pengerusi jawatankuasa pengurusan yang dijangka membawa cadangan penarikan balik penggantungan keahlian Isa di dalam UMNO.

“Inilah sebabnya keputusan mengenai Isa terpaksa ditangguhkan,” kata sumber-sumber tersebut.

Blog ini difahamkan para penyokong Isa di seluruh negara kecewa dengan penangguhan di atas. Sepanjang hari ini mereka telah bertukar-tukar sms mengebahkan berita gembira tentang kemungkinan Isa diizinkan menyandang semula jawatan Naib Presiden UMNO berikutan keputusan petang tadi.

“Bagaimanapun, berita gembira mengenai Isa ini pasti akan dilakukan tidak lama lagi,” tambah sumber-sumber yang sama. – Ruhanie Ahmad

6 comments:

Dr. Hamizi said...

adakah pak lah sedang menguji respon dari rakyat @ ahli UMNO... isa samad, jika ada tak berlebih, jika tiada tak berkurang (kepada rakyat)...

rakyat N9, lebih mengetahuinya... jika pak lah mengembalikan kedudukan isa samad, maka janji pak lah menghapuskan rasuah, hanyalah 'janji melayu'...

annonymous said...

Syukur, kalu itulah yang akan terjadi. Saya amat berharap TS Md Isa akan mengubah 'stance'nya apabila kembalika MKT. Jgn ikut ahli2 angguk2 geleng2. Tan Sri telah berada diluar beberapa waktu sudah tentu arif dengan pergolakan semasa, terutama pesepsi orang ramai terhadap Pak Lah. Kalau boleh Tan Sri kembalikan sinar dalam MKT dan bercakap without fear or favour, afterall this is going to be your last fling in MKT!!

Saya cabar Tan Sri supaya membawa isu2 yang hebat dipersoalkan rakyat yang tidak mendapat jawapan dari PM. Kalau Tan Sri berani bertindak sedemikian, saya akan mengepalai kempen untuk mengekal kan Tan Sri sebagai Naib (atau Timbalan jika mahu!!)

Anyway selamat berjuang, Tan Sri

Unknown said...

Salam Dato'

Saya rasa perkara ini sangatlah menghairankan. Perkara yang penting seperti ini tak dapat diputuskan tetapi usul untuk mengucapkan tahniah kepada presiden sebab dapat isteri baru dapat pula diluluskan.

Pertama sekali, UMNO bukanlah Dato' Seri Abdullah dan dia pula bukanlah UMNO.

Tan Sri Isa digantung oleh UMNO dan bukannya Presiden UMNO dan oleh itu hanya UMNO yang berhak untuk memutuskan samada penggantungannya ditarik balik atau sebaliknya.

Yang paling penting pelawak-pelawak yang memanaskan kerusi MT UMNO memang sah tidak memahami perlembagaan UMNO. Dalam perlembagaan sudah jelas bahawa jika Presiden tidak ada untuk mempengerusikan mesyuarat, maka Timbalan Presiden akan mengambilalih. Susah sangatkah?

Ini menguatkan lagi kepercayaan saya bahawa sejak dari zaman Tun hinggalah ke zaman Pak Lah, ahli-ahli MT memang tak ada t***r.

Segala titah patik junjung, itu yang menjadi pegangan.

Fasal 9 Perlembagaan UMNO terutama sekali 9.8.2.2 dengan jelas menunjukkan kuasa Timbalan Presiden untuk mempengerusikan sidang-sidang Majlis Tertinggi semasa ketiadaan Presiden.

MT pula memang berkuasa penuh untuk menarik balik penggantungan mana-mana ahli selepas 2 tahun. Jadi apabila MT bersidang secara sah, maka apa saja keputusan yang dibuat akan mengikat parti hatta di dalam ketiadaa Presiden sekalipun.

Saya sememangnya tidak faham. Kalau "consensus" yang dicari, pendirian Presiden seorang bukanlah bermakna "consensus".

Dalam hal ini saya teringat seorang sahabat menceritakan bagaimana blogger Sang Kelembai dipecat daripada parti. Katanya keputusan memecat itu dibuat oleh seorang sahaja (itu pun masuk lambat ke dalam mesyuarat)manakala yang lainnya hanya mengangguk setuju walaupun hukuman lain telah dipertimbangkan sebelum itu.

Pengajaran yang dapat kita perolehi daripada perkara ini ialah kita memerlukan pemimpin yang berani secara bertempat dan bukannya yang berani tak bertempat.

Wassalam.

Anonymous said...

Saudara Hamizi, Anon dan Saudara Arb,

Terima kasih di atas pendapat anda. Saya harap pemantau blogs UMNO akan ambil perhatian serius mengenainya.

Saudara Arb: Fotostet buku-buku tu dah siap. Kalau pejabat anda dekat dengan pejabat saya, akan saya hantarkan hari ini juga.

Salam takzim,
Ruhanie Ahmad

goJiRa said...

Salam Dato'

Saya ni bukan minat sangat ngan politik.. tapi bab pemimpin ni, kita sebagai rakyat kena gak tau kan?

kalau diorang rasa Isa Samad leh diberi peluang untuk mendapat kerusi semula MT UMNO tu, baik diorang pikir 2 3 4 5 6 kali.. kan Isa Samad kes terbaru, kes yang dulu-dulu tu, kena le bagi peluang kat diorang gak masuk balik dan bagi kerusi MT tu.. agaknya ada tak orang yang tak setuju ngan saya ni?

Anonymous said...

Gojira,

Pandangan dan buah fikiran anda sentiasa dihargai di blog ini.

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad