PM dan Penasihat Islam Di JPM
Mestilah Perbetulkan Kenyataan
“Islam is not above constitution”
Kali ini saya memilih untuk menjawab komen Saudara Hamizi, Saudara Ariff dan surfer yang menggunakan nama samaran Pesanan, dengan scara terbuka – tidak hanya terhad di ruang komentar semata-mata.
Terlebih dulu saya ucapkan berbanyak terima kasih. Keduanya, izinkan saya nyatakan di sini bahawa apa yang telah saya paparkan dalam blog ini - www.kuda-kepang.blogspot.com - dengan tajuk Islam Tak Mengatasi Perlembagaan?, atau Islam Is Not Above Constitution?, adalah satu usaha yang positif.
Apa yang saya paparkan dalam tulisan itu - mengenai kenyataan PM yang dipetik oleh akhbar the Sun adalah serius. Saya katakan serius kerana bagaimanakah PM boleh mengatakan dalam akhbar The Sun bahawa "Islam is not above the Federal Constitution"?
Saya amat musykil terhadap kenyataan ini kerana Islam adalah agama Allah. Islam mengatasi seluruh undang-undang yang diperbuat oleh umat manusia!!!
Mungkin PM hanya mahu mengatakan seperti yang dilaporkan oleh Bernama dan Utusan Malaysia bahawa "Islamic (syariah) laws are not above constitution" atau “undang-undang Islam (syariah) tidak mengatasi perlembagaan.”
Kalau itulah yang sebenarnya dimaksudkan oleh PM, kenyataan itu pun agak mengelirukan kerana sestengah pihak yang jahil pastinya tidak dapat membezakan hukum Islam yang ditentukan oleh Allah dengan undang-undang syarie yang digubal oleh manusia berasaskan Quran dan hadis!
Saya lebih terdorong untuk mempercayai bahawa yang dimaksudkan oleh PM adalah undang-undang syariah tidak mengatasi perlembagaan.
Kalau inilah hakikatnya, pegawai-pegawai PM dan penasihat agama Islam di JPM mestilah membuat pembetulan dengan seberapa segera, tepat dan jelas terhadap kenyataan PM yang dilaporkan oleh akhbar The Sun bahawa “Islam is not above the Federal Constitution.”
Sebab itulah saya merayu dengan kata-kata: “jelaskanlah dengan sebaik-baiknya kepada kita semua” akan apa yang dilaporkan oleh The Sun itu supaya pembetulan dapat dibuat dengan sewajarnya, “terutama sekali sewaktu agama Islam di Malaysia kini memang sedang cuba dipersenda-sendakan oleh pihak yang sedang memilih untuk mempersendakannya.”
Sebab itulah juga saya nyatakan bahawa “kalau Perdana Menteri tidak pernah berkata seperti yang dipetik oleh The Sun, tetapi hanya menyatakan seperti yang telah dipetik oleh Bernama dan Utusan Malaysia, maka akhbar The Sun mestilah bertindak sewajarnya dengan seberapa segera sebelum api kemarahan umat Islam memuncak dan membara akibat kesilapan strategik yang berkenaan.”
Jadi, salahkah saya membuat saranan seperti di atas? Salahkah saya bertindak menerusi blog ini supaya kenyataan PM yang sangat-sangat menglirukan itu dikoreksi dengan seberapa segera?
Salahkah saya katakan bahawa kalau tidak diperbetulkan segera, kenyataan PM itu boleh membawa implikasi serius?
Kalau kenyataan itu tidak diperbetulkan, apa akan jadi kepada Islam yang diberikan status agama rasmi dalam perlembagaan negara kita ini?
Fikirkanlah dengan tenang. Sama-samalah kita berdoa semoga PM, Penasihat Islam PM Di JPM, serta seluruh pegawainya yang bijak laksana akan menerima teguran ini dengan hati terbuka demi kepentingan bersama. Sama-samalah juga kita berharap semoga satu pembetulan yang sewajarnya dibuat dengan segera. – Ruhanie Ahmad

5 comments:
Salam Datuk
Sudahlah sebelum ini masyarakat islam dan bukan islam dimuskyilkan dengan mahkamah sivil dan mahkamah syariah, kemudiannya dikelirukan rakyat pelbagai kaum tanpa memaklumkan bidang kuasa kedua-dua mahkamah tersebut, kini dikatakan pula islam tidak mengatasi perlembagaan . seolah-olah cuba disorokkan sesuatu, seolah-olah ada ketakutan, seolah- olah akan kehilangan sesuatu dan seperti tiada keyakinan diri dlm sanubari kepimpinan yg ada. sampai bila? yg jadi penasihat pun seperti bimbang akan hilang punca rezeki (dah yakin manusia sebagai pemberi rezeki) jika bercakap benar - amar maaruf nahi mungkar. inilah masanya mengkhabarkan kebenaran biarpun ianya pahit untuk ditelan. ibarat ubat- pahit sebentar kemudian melegakan InsyaAllah.
Al islam yaklu wala yukla alaih (yang tinggi itu Islam)...kita sebagai muslim patut menghayati kata-kata diatas...apa yang terjadi kepada agama kita mutakhir ini merupakan manifestasi kepada apa yang dilakukuan oleh pimpinan negara...tidak boleh disalahkan non-muslim secara keseluruhannya...
PM, TPM , IGP, Panglima ATM kesemuanya terdiri daripada orang kita (melayu/islam)...tapi apa yang telah dilakukan oleh mereka terutamanya kumpulan eksekutif...mereka sendiri tidak minat untuk mempertahankan agama..lebih mementingkan bangsa..bukankah perjuangan atas dasar bangsa berkemungkinan menjurus kepada assabiyyah sebagaimana yang terjadi di parlimen?...apa yang jadi kepada IFC?...saya tidak kata yang kerajaan bersetuju tetapi menangguhkan perlaksanaannya samalah seperti memberi restu dalam diam...tahukah datuk apa yang pernah diperkatakan oleh datuk seri nazri aziz dalam sebuah majlis anjuran majlis peguam beberapa tahun lalu mengenai Islam?...apa yang telah dilakukan oleh pimpinan negara terhadap kenyataan Pengerusi Gerakan KL yang mengeluarkan kenyataan supaya Mufti Perak dipecat?...kita pun takda sibuk2 hal agama depa...depa punya sami ka apa ka..kita tak peduli pun...biaq pi lah kat dia...apa yg depa sibuk2 tang agama kita?....
biarkan si ariff tuh terus buta matanya...ke die tak tahu undang2 mane paling tinggi?..syirik ade 3 datuk...percakapan,perbuatan dan niat...
jadi saya menggesa semua muslim agar berhati2 dgn ke-3 ini agar tidak dipersoalkan oleh rabbul jalil kelak..
Salam,
Islam tu hanya satu, hukum islam tu pun ada satu tu je. Hukum syariah Malaysia tak tau ler... Kenyataan PakLah tu bahaya kepada Aqidah dia dan juga umat Islam lain (yang selama ini tak pernah dipedulikan oleh UMNO). Cuba Baca buku "Hakikat Tauhid" karangan Yusuf Qorodhawi bab perkara yang membatalkan aqedah.
pah lah tu cakap dalam mimpi dia tu.entahapapapentah
Post a Comment