Prof Diraja Ungku Aziz Membids
Ura-Ura Komersilkan Kampus UM
Suatu Yang ‘Gila Dan Kurang Ajar’
Utusan Malaysia 16 Jun 2007 menyiarkan dua reaksi kepada ura-ura Guocoland (M) Berhad, yang dikuasai jutawan Tan Sri Quek Leng Chan, untuk memindahkan kampus Universiti Malaya (UM) ke Sepang dan membangunkan tapak kampus itu sekarang sebagai pusat komersial dan perumahan, menerusi projek dianggarkan bernilai RM10 bilion. Untuk berita sepenuhnya, sila klik link di bawah ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Profesor Diraja Ungku Aziz pula menyifatkan cadangan untuk membeli dan membangunkan tapak UM sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’.
Tegasnya, pihak-pihak terbabit langsung tidak mempunyai sifat patriotik kerana sanggup menawarkan harga bagi khazanah negara yang tidak ternilai itu.
‘‘Ini suatu cadangan yang gila. Individu tersebut fikir dia boleh beli apa sahaja yang dia mahu kerana ada banyak wang. Saya sendiri tak kenal orang yang cuba berbuat demikian.
‘‘Saya tidak fikir mana-mana universiti di luar negara sanggup dibeli oleh mana-mana individu hanya untuk kepentingan peribadi mereka kerana mereka sangat menghargai gedung ilmu,’’ katanya lagi.
Prof. Ungku Aziz berharap ‘‘semua pihak perlu bangkit dan memainkan peranan bagi mempertahankan maruah Universiti Malaya. Saya juga berharap perkara ini juga ditentang oleh pemimpin tertinggi kita. Kita harus bersama-sama mempertahankan maruah negara,’’ tegasnya. Untuk berita sepenuhnya, sila klik link di bawah ini:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0616&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
Komen:
Bantahan dan kecaman seperti di atas adalah wajar. Blog ini dan www.mayaputera.blogspot.com adalah antara blogs yang pertama mengulas isu ini. Bloggers lain termasuk Datuk A Kadir Jasin dan Rocky’s Bru pun turut membidasnya.
Persoalannya sekarang, apakah kita berani mengkecam tindakan itu sebagai suatu yang ‘gila dan kurang ajar’ seandainya pembesar negara kita mnyokong membantu berkenaan jadi kenyataan? Atau, mungkinkah pembesar negara dan team penasihatnya akan prihatin kepada seluruh bantahan yang disuarakan oleh banyak pihak sejak dua-tiga hari yang lalu? Kita tunggu dan lihat!!! – Ruhanie Ahmad

4 comments:
Saya percaya Pak Lah tidak tahu-menahu tentang hal ini... Sebabnya Pak Lah adalah PM yang serba-serbi tak tahu...
Yang saya nampak sekarang kerajaan Malaysia, macam lalang... Semuanya trial and error... sebarkan dulu berita sebagai rumours (sengaja @ tak sengaja), lihat reaksi umum, hantar Pak Lah sebagai pengulas... Jika angin berkata jangan pindahkan UM, nanti Pak Lah akan umumkan 'saya tidak bersetuju UM dipindahkan @ tiada cadangan dari mana-mana pihak untuk memindahkan UM'...
Kenapa kita perlukan lagi PM yang tidak bijak membuat pertimbangan sendiri? Adakah kita perlu leader @ kita perlu lead leader kita?
Come on Pak Lah... Semua orang dah fed-up dengan U... Just announce the PRU date (judgement day), and we know what to do...
salam datuk,
apa dia orang bising-bising sangat. jualkan saja tapak UM tu. ade ke patut hutan dan bukit dlm bandaraya KL. serah saja kpd tauke-tauke yg tengah nganga tu. khzanah apa? kita tukarkan saja dengan tanah di sepang. tak cukup kita minta tanah di kepala batas pula. tamadun ilmu apa datuk? tamadun tu kan boleh dibina kembali. runtuhkan saja yg dah lama. jika boleh jual, sebelum kemerdekaan yg ke 50 ini lagi baik. jadikan sejarah kehebatan pm ke 5.
anak cucu kita nanti tak kan lah nak belajar di UM yg lama dan lapuk tu. bina saja pusat perniagaan di tapak tu.
pejabat NC makcik rafeah tu (dengar kata ada hubungan dgn KJ) jadikan tandas utk orang ramai. tak payahlah kenakan bayaran. percuma. lepas ambik UM, tengok-tengoklah muzium negara, bangunan parlimen, istana negara lama tu, bangunan s a samad - mana lagi? sapu semua. lepas jual, kita pakat-pakat lena. puas hati. Proff Ungku pun tak payah susah hati. apa ada dgn sejarah. sejarah kita isikan kemudian. itupun jika kita masih ada tapak dan udara utk bernafas.
Saudara Hamizi dan Saudara Aftar,
Terima kasih.
Soalan-soalan Saudara Hamizi tak perlulah saya jawab. PRU nanti rakyat berhak menggunakan undi masing-masing.
Kenyataan Saudara Aftar pula adalah suara insan yang amat kecewa. Kita bacalah maksudnya yang tersirat.
Percayalah generasi anda serta anak dan cucu anda masih lagi memerlukan tapak dan udara untuk survive di negara ini. Berjuanglah ikut kemampuan kita bersama.
Salam takzim,
Ruhanie Ahmad
Gila dan kurang ajar...
itu gelaran diberikan Si Bijaksana Prof Diraja Engku Aziz..
pada saya.. yang tak bijakmana ni..
saya rasa orang tu, TAK PERNAH MASUK U..
Post a Comment