Sunday, June 17, 2007

Dagang Lalu Ditanakkan
Anak Sendiri Kebuluran?

Di bawah ini adalah satu lagi berita yang membimbangkan, perlu direnung, dihalusi dan difahami oleh kita semua. Satu portal berita tempatan menyatakan, kini terdapat kira-kira 80,000 graduan menganggur di Malaysia. Saya percaya, majoriti mereka adalah anak-anak Melayu.

Jdi, kalaulah apa yang ditegaskan oleh PM adalah betul, apakah corak dan warna masa depan anak-anak kita yang masih menganggur? Balik kampung, tanam kacang?

Dan, inikah yang dikatakan sebagai tindakan dagang lalu ditanakkan, kera di hutan di susukan, anak di rumah mati kebuluran? Fikirkanlah!!! – Ruhanie Ahmad

Jangan Sekat Kemasukan
Pekerja Mahir, Kata Abdullah

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia tidak seharusnya "terlalu menyekat" kemasukan pekerja mahir terutamanya dalam sektor strategik memandangkan ia akan memberi faedah kepada negara.

Perdana Menteri berkata beliau percaya penduduk Malaysia yang bekerja akan mendapat faedah daripada interaksi yang lebih luas dengan tenaga mahir dari luar.

"Sudah tentu, kita boleh meningkatkan diri kita sekiranya kita bekerja dan belajar dengan mereka yang berkemahiran," kata beliau dalam ucapannya yang bertemakan "Menoleh Ke belakang, Mara Ke hadapan: 50 tahun Perniagaan di Malaysia" pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.

Bagi mendapatkan pekerja mahir, beliau berkata Malaysia seharusnya membantu pelajar asing yang mahir untuk terus tinggal selepas tamat pengajian.

Abdullah berkata Malaysia perlu mendapat faedah daripada aliran modal insan sejagat.

"Saya percaya profesional Malaysia boleh setanding di kalangan kumpulan yang berkemahiran di peringkat global dan mereka kekal pekerja pilihan oleh perniagaan di Malaysia.

"Ini tidak semestinya konflik dengan dasar menarik lebih banyak pekerja asing berpengetahuan ke negara kita," katanya.

-- BERNAMA 14 Jun, 2007

9 comments:

Hamizi Hamdan said...

Dato'... seperti komen saya dalam post Dato' sebelum ini, saya sekali lagi ingin menghuraikan pendapat saya...

rancangan Pak Lah ini adalah rancangan tangkap muat... perkara ini akan berulang-ulang selagi perkara pokok tidak diselesaikan...

perkara pokoknya adalah:

1. pendidikan di Malaysia tidak menggalakkan kreativiti dan inovasi... kebanyakan pelajar yang pandai-pandai tu adalah mereka yang suka dan senang menghafal...

2. kerajaan 'mencipta' jawatan khas untuk graduan Melayu yang terbuang (sama ada mempunyai kelulusan dari jurusan yang tiada siapa mahu dan peduli atau mereka yang tidak dapat bersaing dalam sektor swasta)... saya faham niatnya untuk membantu orang Melayu... tetapi bagi saya, 'kita tidak perlu memberi seekor ikan setiap hari kepada mereka, yang penting kita berikan joran atau jala supaya mereka sendiri boleh mendapatkan lebih banyak ikan'... dalam kes ini kerajaan boleh dianggap (seperti pepatah Cina) dia lah tuhan, dia lah hantu...

3. bahasa inggeris perlu diperluaskan di semua IPT... semasa di USM, mereka menggunakan bahasa malaysia sebagai bahasa pengantar yang sangat tidak sesuai menggambarkan perkara-perkara teknikal... bukan saya menghina bahasa malaysia (saya mendapat A1 dalam SPM dan A- di USM), tetapi janganlah kita nafikan bahawa banyak graduan Melayu yang tidak bekerja, tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa inggeris... mengikut pengalaman saya di USM, masih ada rakan-rakan saya yang level bahasa inggerisnya masih kurang baik berbanding pelajar yang mengambil PMR...

4. profession perguruan tidak boleh dipandang tinggi lagi... ini kerana kebanyakannya memilih menjadi guru & pensyarah kerana tidak ada siapa ingin mengambil mereka bekerja dan bukan kerana minat... mereka ini perosak generasi akan datang...

sebagai contoh, semasa di USM, saya suka bertanya... tetapi apabila saya mula bertanya soalan yang mencabar minda kepada pensyarah, mereka jawab 'awak jangan banyak tanya, ikut sahaja apa yang saya ajar'...

5. untuk berjaya, graduan Melayu mesti jadi seperti bangsa Cina... mereka berdikari... mereka tidak mengharapkan bantuan walau mereka susah... ini kerana mereka telah ditanamkan istilah 'tiada siapa yang akan menolong kita'...

semasa saya menjadi Presiden Persatuan Kejuruteraan Awam di USM dahulu, saya pernah mengusahakan perjumpaan dengan para pensyarah dengan para pelajar yang tidak berpuas hati apabila kami perlu belajar PERSEKITARAN 2 dan GEOTEKNIK 2 sebelum kami belajar bahagian 1 (kerana tidak cukup dewan kuliah)... ramai pelajar Melayu hadir menyuarakan bantahan, tetapi hanya 3-4 orang sahaja pelajar Cina hadir dan bercakap... saya bertanya mereka, kenapa rakan-rakan Cina yang lain tidak hadir, jawapan mereka agak di luar jangkaan saya iaitu 'mereka sudah tahu lecturer tak akan peduli apa sahaja complaint kita'... dan sememangnya betul apa yang dikatakannya...

akhir sekali, sehingga kini, saya sudah tawar hati... jangan harap kerajaan akan menolong saya walaupun saya orang Melayu... jadi pada graduan Melayu, apakah kelemahan anda dan perbaiki diri anda... kepada kerajaan, jangan lah jadi doktor yang memberi ubat sedangkan racunnya juga datang dari kerajaan... yang paling menyedihkan, ubat juga akan hanya menjadi dadah yang tidak boleh ditinggalkan sampai bila-bila...

A Voice said...

Ini hanya menunjukkan pemikiran seorang PM yang flip flop.

Di konon dan di kompangkan bahawa pemenrintahannya adalah untuk mengisi software kepada hardware yg dibina Tun Dr Mahathir, keluar slogan pembangunan modal insan.

APa yang saya lihat modal insan hanya lah bina banyak sekolah, universiti dan tadika.

Mana cerita dana kemahiran di bawah Fong Chan On yg di pusing2 kan dan berakhri hanya untuk kepentingan bukan Melayu dan buka keseua rakyat Malaysia.

GLC reformasi melihatkan modal insan yg benar modal insan kerana ada kemahiran, kepakaran, pengalaman, kebolehan perancangan dan pengurusan di berhentikan beribu2.

DEB membina negara melalui pertumbuhan. APa kadar pertumbuhan bawah Pak Lolo? 5% dan paling tinggi kalau pandai di spin 6%.

5-6% apabila di adjust inflasi yang tinggi, pertumbuhan penduduk, currency dan lain2 faktor = zero growth.

Undur ... Lah!

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Yang dapat saya ingati....

Tunku - Merdeka!

Tun Razak - Pembangunan Luar Bandar, DEB

Dr Mahathir - Wawasan 2020 dll.. Terus terang, saya lawan Dr M habis-habisan dulu, walaupun saya hormat dia sebagai orang tua. Yang saya hargai hanya dua, tak sembah raja dan pecat Anwar. Sekarang jadi tiga, lawan PM yang orang kata not an astute PM. Dan, saya lebih hormat dia sebagai orang tua...

Abdullah Badawi - Wilayah Smart Card untuk muqaddimah buang DEB dan menyerahkan negara ini kepada lanun-lanun yang tamak.

Selamat hari Bapa untuk Datuk dan semua! Salam.

Husin Lempoyang said...

Ini jadi nya PM yang malas membaca tapi nak suruh orang membaca dan meningkatkan pelajaran/ilmu untuk konon mementingkan pembangunan modal insan.

Insan yang cakap pun tidak menunjukkan contoh yang baik. Insan yang cakap tak faham apa dia modal insan. Insan yang cakap hanya risau kan popularitinya.

Kera yang di naikkan tahta. Cakap merepek dan merosakkan bunga!

Unknown said...

Datuk, seingat datuk selaku MP dulu, adakah Akta Sekatan Kerja 1969 sudah dimansuhkan? Kalau Akta itu masih berkuatkuasa, mengapa kemasukan orang luar di benarkan?

Anonymous said...

Saudara Hamizi, Saudara Voice, Saudara Bakaq, Saudara Husin, Saudara Haji.

Terima kasih.

Semoga pandangan Saudara semua dipantau oleh cybrtroopers UMNO yang saya dapat tau, kini mendapat barjet yang lumayan. Dengan itu, mereka dapatlah menasihatkan PM supaya prihatin kepada suara rakyat jelata.

Saya siarkan kenyataan PM ini sebagai menyedarkan kita semua supaya jangan hanyut dalam arus globalisasi secara membabi buta. Globalisasi perlu diizinkan hadir di kalangan kita tanpa merobah struktur dasar yang berkait dengan maruah bangsa dan kedaulatan negara.

Saya tak perlu berkhutbah dalam hal ini. Apa pun, saya memang banyak mengupas hal globalisasi sewaktu di Parlimen. Saya juga pernah menjadi anggota jawatankuasa globalisasi MTEN pimpinan Datuk Mustafa Mohamad selama tiga tahun. Di samping itu, saya banyak membaca buku-buku mengenai globalisasi dan neoimprialisme.

Pokoknya, globalisasi di negara ini jangan sekali-kali diizinkan bertapak secara melulu sehingga boleh meminggirkan anak bangsa sendiri, sehingga menjejaskan fasal 153, sehingga boleh melenyapkan DEB atau semangat dan falsafahnya yang kini dijelmakan dalam Dasar Pembangunan Nasional. Inilah yang patut jadi asasnya. Tetapi, lihatlah WPI dan kenyataan terbaru ini.

Kita patut ambil iktibar dari luar. Mengapakah masyarakat di Eropah sanggup bergadai nyawa pasal membantah globalisasi? Kenapa kita mudah saja menerima globalisasi secara total?

Soalan Haji tak dapat saya jawab. Saya kena rujuk balik soal akta berkenaan. Tetapi, saya tau, kita mempunyai undang-undang mengawal kemasukan pegawai dagang - termasuk pakar - ke negara ini. Sebab itulah PM kata jangan undang-undang kita terlalu menyekat!!

Banyak cara kalau kita masih kekurangan tenaga kerja atau modal insan yang diperlukan oleh industri kritikal. Satu daripadanya ialah kita gunakan agensi-agensi dan trade mission kita di luar negara untuk scout dan outsource secara terkawal dan rinci. Jangan kita buka pintu seluas-luasnya tanpa kawalan. Cara begini kurang bijak dan mungkin backfire kemudian hari kelak.

Salam takzim,

Ruhanie Ahmad

sayangmalaysia said...

Let me add to Sdr Harmizi's:

1 Granted many of the graduates that are still employed are not finding the right 'fit' but it is not totally true that they are choosy. Many honestly wnt to find jobs but the truth is many local employers prefer foreigners to locals. If the government continues to allow influx of foreign workers with no control, the social issues will just keep growing.

2 Who pays for the unemployment cost? Taxpayers.

HR ministry got smart and have all kinds of scheme to promote employment -- but reality is many of the programs are just avenues to distribute money to select few organisations. I know for a fact there is hardly any audit on how the HRDF or Treasury funds for the unemployed are disbursed. I have seen many cases of abuses. How do we actually check if training really take place before money is paid??

3 The sad truth is many ministers stay in one position for too long that there is very litlle concern for good governance. Many ministries become a 'harta pusaka' of sort to designated pollitical parties. If you do not believe it is true, then how do we explain highway contractors using 'cangkul and shovel' as the only tools to repair highways?? How do you explain a guy who claims he can still make money after being the 7th in the subcontract concession chain from the original government tender.

Only my doa supaya rakyat Malaysia dan pemimpin UMNO sedar diri!

Hamizi Hamdan said...

Thank you for your additional info 'sayangmalaysia'...

The truth is I do not believe in government audit... Even the same case also happen to GLC... Majority of their contractor are not Bumiputera company status... But the same government shouting to all Bumiputera not to sell their project to non-Bumi... This thing repetitively happen (until now) and they have this so called audit by external party, but I believe all have been kaw-tim... Wah, now Bumi already follow non-Bumi, they are so good in kaw-tim now...

Bumi Boleh... No lah actually Melayu Boleh... Other Bumi not like Malay...

Anonymous said...

Sayang Malaysia [welcome to kk] and Saudara Hamizi:

Thank you.

Your observations about the HR Ministry may be correct. I also suspected something is wrong somewhere. Millions of ringgit had been spent on the so-called unemployed graduates programmes. But the result??? Unsatisfactory???

Actually it is the job of Government MPs to find out what went wrong. Component parties of BN too must do something. They have their BIRO BURUH. What are they doing??

Regards,

Ruhanie Ahmad